(( Palestinku... ))

Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah Sollallaahu 'Alaihi Wassallam.

Sejak serangan ke atas Palestin bermula, ana yakin semakin ramai yang ambil tahu tentang isu ini. Namun, masih ada juga segelintir (atau ramai?) yang masih endah tak endah serta buat tidak tahu.


Siapakah mereka sebenarnya? Mengapa kita mesti 'busy body' dengan hal mereka?

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat." (( Surah 49, Al-Hujuraat : Ayat 10 ))

Tapi isu ini dah lama, buat apa dibangkitkan lagi. Cukuplah, terima sahaja penubuhan negara Israel.

Astaghfirullaah. Adakah kita hendak membiarkan tanah suci ketiga umat Islam dicemari? Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menumpahkan darah di Al-Quds. Mereka telah menghalang umat Islam beribadah di rumah Allah malah membunuh mereka ketika mereka beribadah. Adakah kita hanya membiarkan kita diperlakukan sekehendak mereka?

Israel mudah menyembelih rakyat Palestin kerana pemimpin Palestin sendiri tidak bersatu. Lihatlah sengketa antara Hamas dengan Fatah. Kerana merebut kuasa mereka sanggup bermusuhan dan memberi laluan kepada Israel mengganas. Sikap mereka yang tidak sehaluan telah membingungkan negara Islam yang lain.

Perselisihan faham ini bukanlah perselisihan politik yang biasa tetapi kebanyakan pemimpin Fatah merupakan dalang dalam 'membantutkan' pembebasan Palestin, malah terlibat sama dalam menangkap pemimpin dan ahli Hamas. Oleh kerana itulah Fatah dan Hamas tidak sehaluan. Hamas lebih kepada gerakan Islam di samping juga menuju matlamat pembebasan Palestin dari cengkaman penjajah Zionis Israel.

Bukankah lebih baik hidup dalam keadaan aman dan memperkuatkan diri supaya negara Palestin dihormati juga oleh Israel? Apabila kita lemah tidak ada gunanya melawan dengan membaling batu dan memanggilnya intifada.

Adakah jika seseorang dibuli, dia tidak boleh mempertahankan dirinya? Sudahlah tidak diberi bantuan oleh negara Arab (kebanyakan), malah dipersalahkan pula atas tindakan mempertahankan diri.

(Gambar ihsan dari akh Azree)

Semoga kita semua sentiasa berusaha dalam membantu saudara-saudari seIslam kita terutama di Semenanjung Gaza yang teruk diserang habis-habisan.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat-maklumat mengenai sejarah palestin, sila klik link di bawah :

Refugees Picture Gallery

Free Palestina

Peacers

Bagi info-info Palestin, klik

Info Palestina

Palestin Kini

HALUAN Palestin

Palestinian Information Centre

Bagi yang masih terleka, ayuh sama-sama sedarkan diri! Kita menunggu Salahuddin Al-Ayyubi abad ke-21 untuk membebaskan Palestin kembali!!