Showing posts with label 'Idul. Show all posts

Update Pantas - Syawal

Selamat Hari Raya 'Idul Fitri, kullu 'aamin wa antum bikhayr..

Maaf sebab lama tak update, dan lepas balik ke rumah, tak sempat nak online. Insya Allah, nanti saya kongsikan sedikit la gambar-gambar sempena Syawal tahun ni. Meriah di pertengahan minggu pertama sebab hari pertama ramai abang dan kakak beraya di rumah mertua mereka. Apa pun, semoga ikatan kekeluargaan terus dirahmati Allah..

P/s - belum start lagi puasa enam. Esok kena mula nanti banyak jamuan raya, dah tak boleh pulak..


(( Salam 'Idul Fitri ))

Walaupun dah terlewat 4 hari, ana tetap nak ucapkan Salam 'Idul Fitri khas buat semua pengunjung blog2 ana. Tak ade kuih raya, kad raya apatah lagi duit raya nak diberi. Just nak pamerkan kad raya yang diterima dari Akh Khairulisam. Jeng, jeng, jeng!!!



Maaf sebab ana tak buat kad raya untuk antum.. Sibuk masa nak dekat balik tu. Sampaikan ade kawan suh pos DVD 'Sang Murabbi' pun terlupe. Maaf ye.

p/s -lihat posting ini [[ link ]]

Klik Seterusnya untuk sampaikan ucapan raya..!!

(( Rabi'ul Awwal ))

Sempena bulan kelahiran Junjungan Mulia Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ana post kan nasyid Rabiul Awwal yang pernah didendangkan oleh kumpulan Nada Murni.


Munsyid : Nadamurni
http://liriknasyid.com

Rabiulawwal menjelang lagi
Terkenang kita Rasul pilihan
Nabi Muhammad pemimpin ummat
Membawa rahmat membawa berkat
Nabiulhadi rasul mustofa 2x

Lahirnya nabi memancar cahaya

Hilang lah gelap datanglah suria
Membawa ukhwah ikatan ummah 2x
Sollua'laih 2x

Rabiulawwal bulan keramat

Membawa syariat panduan umat
Mengenal Allah kenal akhirat
Tinggi kan darajt insan sejagat
Ya Rasulullah ya habiballah 2x

Ya... Rasulullah...

Lambang keadilan hilang gelisah
Yang merosakkan hidupnya insan
Besar jasamu ya Rasulullah

(( Maal Hijrah 1429H.. ))

Alhamdulillah, Tahun Baru Hijriah/Awal Muharram telah pun menjelma. Semoga amal ibadah pada tahun yang lepas diterima Allah inshaAllah. Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk beribadah dan mengabdikan diri padaNya. Oleh itu, usia yang masih tersisa ini, isilah dengan amal yang baik. Dianjurkan juga untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya tidak lalai dengan kemaksiatan dan tipu daya dunia. Jom kita do'a sama-sama...


Do'a Awal Tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Berikut ialah do'a akhir tahun :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s - Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin...