Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Layari Perkembangan LL4G di Net

Facebook

Livestream IHH

Twitter

Latest info (31 Mei, pagi) - 2 syahid, lebih 30 luka.
It's keep increasing.. Doakan untuk mereka!

~ Moga Tabah Hati Tak Berbelah Bagi ~

Sudahkah Aku Beramal?

Lama sangat tidak mengemaskini.

Ada yang marah.

InshaAllah, sedang siapkan entry baru. Rahsia tak boleh bagitau lagi.

Cabaran untukku selepas ini, mengamalkan apa yang aku tulis di sini. Kerana, cukuplah bagiku menghimpun kemurkaan Allah lantaran lebih banyak kata dan saranan untuk pembaca di sini, berbanding amal untuk aku jadikan rutin harian yang sebati dalam perjalanan harianku.

Amal dzatiah hanya jadi rutin ketika program, hanya ketika bersama ikhwah.

Inikah aku? Teruk dan hampeh nya diriku!!

Justeru, jangan tiru aku yang begitu!
Dan kerna kekuranganku itu, jangan segan
dan silu untuk menegurku dengan tegas!

Diriku, perbetulkan semula niatmu di jalan ini!

Jika tidak...

Jangan puitis bersilat kata,
sedang isinya kosong belaka!

Jika hanya bergoyang kaki,
jangan Jannatul Firdaus yang kau impi!

p/s - tarbiah tidak sepatutnya melahirkan orang yang hanya suam-suam hangat-hangat najis tahi ayam, tapi sepatutnya yang komited dan berterusan. Juga tidak melahirkan orang yang hanya berapi-api bicaranya serta membakar keazamannya, tapi hanya bak angin lalu. Tiada penerusan dan penjagaan untuk mengekalkan momentum. Eh, eh, aku pun menulis dengan penuh berapi..?

~ Once Tarbiah, Always Tarbiah, Forever Tarbiah ~
~ Tarbiah That's Never End ~

Pembukaan Semula

Bismillaah, pembukaan semula blog..

Hm, macam Solahuddin Al-Ayyubi membebaskan palestin pulak. Ataupun seperti Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Konstantinopel (kini dikenali sebagai Istanbul).

Saya mohon maaf kepada semua yang mengadu tak dapat mengakses blog ini kerana paparan blog ini telah di'lock' kepada semua atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Apapun, saya berasa semakin tumpul dalam menulis blog. Mungkin kerana lamanya tidak memblog menyebabkan hal ini terjadi.

Nantikan entry yang akan datang!

Wajah Baru

Uhuk.. Uhuk..!! ~

Ehem, teruknya Indeks Bacaan Habuk kat blog nie.. Tulah, biarkan lama sangat tak berupdate. Habis sawang dengan sarang burung, sume melekat.. Kan dah jadi camni. Template pulak, rasanya dah dekat setahun tak tukar. Mesti membosankan bagi setiap pengunjung, penziarah, pelawat (atau yang sewaktu dengannya) yang menyurfi menziarahi blog ni.

Setelah dibiarkan layu, kini akan disiram semula. (perumpaan ikut suka)

Insya Allah, akan terdapat beberapa perubahan yang akan dapat dilihat kelak. Semoga setiap usaha yang dilakukan sentiasa diganjari pahala dan diberi rahmat oleh Allah swt.

(( Out of Area ))


Sedang bermukhayyam di Jitra, Kedah.

Maklumat lanjut, layari sini. (http://mizu2009.blogspot.com/)


(( Ekpresi Remaja Ambang IPT 09' ))

Kepada lepasan SPM 2008. Juga lepasan STAM, STPM atau SPM 2007.

Usah jadi pungguk yang merindukan bulan, usah jadi bakal mahasiswa yang merindukan Eksplorasi Menara Ilmu atau EMI!

Kerana EMI kini kembali, dengan wajah baru! Mempersembahkan;
Ekspresi Remaja Ambang IPT 2009 (ERAT '09)

Jika anda tertarik, daftarlah sekarang! Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bro. Danny -- +6012.930.7522 -- dhanysarip@gmail.com

atau layari
http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/

(( Bersamamu Palestin COB ))

Dengan Nama ALLAH
YANG MAHA PENGASIH, Lagi MAHA PENYAYANG

Assalaamu'alaikum wbt..

POSTER ini telah diluluskan untuk
BERSAMAMU PALESTIN
oleh KOLEJ PERNIAGAAN UUM

rekabentuk oleh KAHFI8
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERPERANG
DI JALANNYA DALAM BARISAN YANG TERATUR SEAKAN-AKAN
MEREKA SEPERTI SUATU BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH."
(( ASH-SHOFF, 61 : 4 ))



SETIAP HARI
Pameran & tayangan video
Foyer FPP (1-3 Mac)
Foyer FPK (4-5 Mac)

3 MAC (DKG 2/1)
9.00 am
Tayangan Video 'The Iron Wall'
10.00am-12.30pm
Ceramah Khas : Personal Journey in Ghaza
Dr Jamnul Azhar

4 MAC (Foyer FPP)
Sembang santai bersama pelajar-pelajar Palestin

5 MAC (DKG 2/1)
Special Lectures : Consumer Boycotts:
The impact of 'War on Gaza'
Dr Abdul Rahim Abu Bakar
Dr Asmat Nizam Abdul Talib
Dr Nazlida Muhamad @ Hashim
12.30 pm - 2.00pm


InshaAllah, di samping itu, dapatkan juga t-shirt ketika
program berlangsung. Selain waktu program, sila ke
foyer FPP (1-3 Mac) atau foyer FPK (4-5 Mac)

Lengan pendek - RM18
Lengan panjang - RM20 (sama design dengan lengan pendek)
Muslimah - RM26

Untuk melihat reka bentuk dengan jelas, sila klik pada gambar.

01
Depan - Warning! Save our first qiblah!
Belakang - Free Palestine


Ikhwah

Akhowat


02
Depan - Free Al-Quds
Belakang - Bebaskan Palestin 1948-2009


Ikhwah

Akhowat

(( Bengkel Blog, 27 Mei 2008 ))



Alhamdulillah, Dr Asmat telah menghantar mesej dan memberitahu bahawa kira-kira 15 orang akan menghadiri bengkel ini.

InshaAllah akan diadakan esok, disampaikan oleh ana sendiri, di samping berkongsi pengetahuan dengan sahabat-sahabat... Semoga beroleh manfa'at..

(( Bengkel Blog di Jitra ))

InshaAllah ana akan mengadakan bengkel blog pada 27 Mei 2008 ini. Syukran kepada pencetus idea ini, Dr Asmat Nizam bin Abdul Talib. Juga kepada sahabat2 lain yang membantu (En Hasbullah, Akh Fadhli dll). Semoga bengkel ini dapat dijalankan dengan jayanya.



InshaAllah, di samping membina blog, akan diselitkan juga cara untuk menghias blog agar lebih menarik. Tidak dilupakan juga memberi kesedaran agar menggunakan kemahiran membina blog untuk menyampaikan maklumat yang berguna kepada ummah.

(( Ambillah Pusaka Kita ))

Kepada Warga Universiti Utara Malaysia,

anda semua dijemput untuk mengambil harta pusaka anda. Maklumat boleh didapati di bawah :

Masa : 12.15 tengah hari - 1.15 petang (sejam je..)
Hari : Isnin setiap minggu
Amil : Prof Madya Dr Syukri Ahmad

Jangan lupa bawa kertas dan pen. Harta pusaka peninggalan Rasulullah S.A.W. ini jangan kita biarkan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ust Syahril ext : 5803 / 5808


__________________________________________________________________


Pakat-pakat mai ambik harta pusaka Nabi kita!
DAURAH FIQH MINGGUAN (Kitab Bahrul Mazi)