Recent Posts

Re-form

Assalamualaikum.

Fuh, sudah lama tidak mengemaskini blog ini.

Sungguh bersawang. Nyaris-nyaris tidak diduduki oleh makhluk halus. Hehe.

Dua tahun menyepi bukan tempoh yang sekejap. Alhamdulillah, banyak peningkatan dan perubahan diri yang berlaku. Kini saya juga sudah punya anak berumur setahun.

InshaAllah, blog ini akan diupdate semula dari masa ke semasa. Dan fokusnya tidak lagi sekadar sebuah blog dakwah dan tarbiah, tetapi juga berkisar kehidupan seharian yang mana boleh memberi manfaat untuk kita semua.



~ Jangan Hangat-hangat Tahi Ayam Pula ~
Listening to : Lagu tema TV IKRAM
Watching : How to Train Your Dragon 2
Mood : So much job to do. Alhamdulillah.

Kurelakan Dikau Pergi

Walau baru mengenalimu hanya dalam batas waktu yang singkat, tapi aku sangat merasa senang denganmu. Banyak kenangan yang kita hadapi dan harungi bersama yang menjadi kenangan buatku. Kau antara ikhwah yang senang 'masuk' dan kita kerap bergurau serta mempunyai 'interest' yang sama : Media Kreatif.


30 Mei 2008, ya itulah tarikh hari pertama ku mengenalimu, ketika Mukhayyam KRJ (Kelab Remaja JIM) bertempat di Lata Celak. Kita sama-sama menjadi fasilitator untuk program itu. Tidak banyak kenangan ketika 2008. Namun ada entry mengenainya di dalam blog ini.


2009, Rehlah ikhwah IPDA dan UUM. Oh, seronok juga kan bermain bola di atas padang 'pasir dan batu'!


MIZU 2009, Mukhayyam Intensif Siswa-siswi Islah Zon Utara. Kita sama-sama menjadi peserta, dan dikau banyak membantuku untuk unit media. Bantuan yang kau hulurkan sangat-sangat mengurangkan kepayahanku.


 2009, Mukh de Syarif. Maaf, aku kurang ingat peristiwa yang signifikan.


2010, MISI (Mukhayyam Intensif Siswa-siswi Islah). Kali ini kita kurang bersama kerana jumlah peserta yang ramai dan kerana aku pun tidak ditugaskan untuk unit media kecuali ketika saat-saat akhir program. Tahun ini aku berpindah sebentar dari lokaliti Kedah dan mengurangkan lagi tempoh kita bersama. Tapi setiap kali aku ke sana, pasti aku meminta pertolonganmu untuk mengambil dan menghantarkanku ke stesen bas. Ketika aku bekerja sementara di Sekolah Al-Azhar juga, kita kerap bertemu dan bermain futsal bersama ikhwah-ikhwah zon utara.


2011, jarak yang memisahkan antara faktor 'menjauhkan' kita.

2012, kali terakhir berjumpa denganmu ialah ketika Roadshow JKP IKRAM di Pusat Pendidikan Al-Islah. Dikongsikan video tazkirah sebelum talqinmu, akh Hatim.

Terima kasih kerana menemaniku selama ini. Aku menjadi saksi terhadap amalmu kepadaku. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Tunggu kami, kami akan menyusuri!



Sumber lain tentang Hatim : sini

~ Mati Itu Pasti ~
Listening to : In-Team - Detik Kematian
Reading : Entry lama blog kahfi8 
Watching : Tazkirah Sebelum Talqin [Hatim Jeffri]
Mood : Mendung

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

Separuh masa kedua Ramadhan tidak lama lagi. Bagaimana prestasi kita?


Jika meningkat dari Ramadhan tahun lepas, ALHAMDULILLAAH.

Jika sama, ASTAGHFIRULLAAH. Tingkatkan lagi!

Jika lebih teruk, INNAA LILLAAH! Warning pada diri!


Meskipun seribu bulan Ramadhan yang kau tempuhi, jika tiada perubahan dan peningkatan pada diri, tiadalah ertinya.

Kerana matlamat Ramadhan dan Siyam (puasa) itu bukan sekadar menahan diri. Sama ada menahan diri dari lapar, dahaga dan hubungan antara suami isteri.

Tetapi matlamatnya ialah TAQWA.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA. "
(Surah 2, Al-Baqarah : Ayat 183)

Niat.

Mari, perbetulkan niat Ramadhan dan Siyam (puasa) kita!

Berpuasalah kerana ALLAH, untuk mencapai TAQWA padaNya.. InshaALlah, jadikan puasa kita lebih berkualiti, inshaAllah.


Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun puasa seribu tahun,
Lapar dahaga saja tidak berguna.

http://yusufcolors.deviantart.com/art/Ramadhan-kareem-2011-251841835

~ Ramadhan : 2 Fast 4 Taqwa! ~

Listening to : Tilawah
Reading : Ma'thurat
Watching : Ramadhan in Mesir
Mood : Iftar. Hehe ~