Sudahkah Aku Beramal?

Lama sangat tidak mengemaskini.

Ada yang marah.

InshaAllah, sedang siapkan entry baru. Rahsia tak boleh bagitau lagi.

Cabaran untukku selepas ini, mengamalkan apa yang aku tulis di sini. Kerana, cukuplah bagiku menghimpun kemurkaan Allah lantaran lebih banyak kata dan saranan untuk pembaca di sini, berbanding amal untuk aku jadikan rutin harian yang sebati dalam perjalanan harianku.

Amal dzatiah hanya jadi rutin ketika program, hanya ketika bersama ikhwah.

Inikah aku? Teruk dan hampeh nya diriku!!

Justeru, jangan tiru aku yang begitu!
Dan kerna kekuranganku itu, jangan segan
dan silu untuk menegurku dengan tegas!

Diriku, perbetulkan semula niatmu di jalan ini!

Jika tidak...

Jangan puitis bersilat kata,
sedang isinya kosong belaka!

Jika hanya bergoyang kaki,
jangan Jannatul Firdaus yang kau impi!

p/s - tarbiah tidak sepatutnya melahirkan orang yang hanya suam-suam hangat-hangat najis tahi ayam, tapi sepatutnya yang komited dan berterusan. Juga tidak melahirkan orang yang hanya berapi-api bicaranya serta membakar keazamannya, tapi hanya bak angin lalu. Tiada penerusan dan penjagaan untuk mengekalkan momentum. Eh, eh, aku pun menulis dengan penuh berapi..?

~ Once Tarbiah, Always Tarbiah, Forever Tarbiah ~
~ Tarbiah That's Never End ~

2 Tindakbalas²:

comelnya penulisan kali ni.Jangan dikutuk-kutuk diri.sama-sama lah berusaha islah amal dan iman ya=)

kahfi8 said...

[ Serikandi Islam ]

sila definisikan comel di situ. heh ~

erm, bukan mengutuk diri, tapi perli kepada diri. untuk menegur diri sendiri.