(( Syawwal 1429H ))

Lambat beno baru nak tulis tentang pengalaman raya yea. Mood raye dah nak abis dah pun. Tapi takpe, blog ni pun cam diari kan, kalau takde orang nak baca entry ni pun takpe.

29 Ramadhan 1429H
Hanya persiapan ringkas dahulu. Memotong rumput, menyapu sampah di halaman rumah bersama dengan anak saudara, Arif dan adik ana (Ummi Salamah). Selesai, buat 'takde keje', pegi panjat pokok kelapa. Lenguh jugak, itu pun ambik sebiji je. Huhu. Seronok main rakam video hehe.

Siap pakai spek untuk perlindungan mata lagi tu... Heh.


Urgh.. Tingginya..!!


Sikit je lagi..


Yang ni memang rasa lenguh betul..

Malam tu, Kak Chik tiba dengan suami dan anak-anaknya kira-kira jam 3 pagi. Bersembang sementara menunggu sahur.


30 Ramadhan 1429H
Gotong-royong membuat lemang. Abang Uda, pakar lemang keluarga memperturunkan teknik-teknik membuat lemangnya kepada junior-junior seperti Ummi Salamah (adik) dan anak-anak saudara ana yang lain. (Arif, Syaza, Najihah, Zulaikha, Hajar). Abang Yang (Azhari) menjaga api, bergilir-gilir bersama-sama ana dan Arif. Abg Sham (suami Kak Chik) pula membantu untuk persiapan rendang. Ketua masak rendang, De dibantu oleh Kak Yang dan Kak Chik. Ummi pula mengetuai 'geng Ketupat' (tapi Ummi sorang je yang anyam ketupat, yang lain-lain cuma masukkan beras dalam ketupat je).

Abg Uda, gaya seorang pembuat lemang berpengalaman.

Ade jugak..??! Reti ke.. (Ana & Najihah)

Ketua Geng Rendang, De

Pekerja-pekerja fleksibel, pembantu bahagian dapur. (Zulaikha & Hajar)

Pengarah Projek, Abg Yang

Isk, isk.. Orang sibuk buat keje, dia tengok TV.. Aqil, Aqil..

Abg Sham : Dah biasa buat dah sebelum ni..

Gaya mantap seorang jurufoto. (Arif)

Buat pembasah tekak waktu berbuka.

Puasa ke budak berdua ni? Main sampai letih..

Sementara menunggu waktu berbuka, ana dan Arif pula mengambil kelapa muda tetapi kali ni ambik kat seberang jalan depan rumah. Ambik je, lagipun memang pokok tu, apak yang tanam. Hehe. Amik kira-kira 9 biji. Arif sebagai assisstant je, dari proses mengambil buah sehingga mengupas. Arif tukang cedok isi kelapa je hehe.


Selepas solat Isya', 10.30 malam, kami sekeluarga berkumpul untuk perjumpaan keluarga. Alhamdulillah, dapat mengumpulkan kira-kira 7 adik-beradik termasuk ana.
Anak ke-3, Abg Yang (Azhari) dan Kak Yang (Sunarti) serta anak-anak mereka (M Arif, Syaza Syafawani, Nur Najihah, M Afdhal, Hajar, M Aqil, Husna, M Asyraf).
Anak ke-4, Uda atau disebut De (Rohani) dan Abg Uda (Othman) serta anak-anak (Nurul Zulaikha, M Irfan Daniel, M Izhar)
Anak ke-5, Kak Chik (Samaratul Puad) dan Abg Sham (Hishamuddin) serta anak-anak (M Amirul Iman dan Nur Insyirah)
Anak ke-7, Kak Nah (Hasnah) dan Abg Sahim (Sahaim) serta anak pertama (Marwan) yang lahir beberapa hari menjelang Ramadhan.
Anak ke-8, Abg Tan (Ahmad Latif) masih single. Hehe.
Anak ke-9, ana (Muhammad Bashir) turut hadir. =)
Anak ke-10, adik (Ummi Salamah) juga hadir.

Adik-beradik yang tidak dapat turut serta,
Anak sulung, Yeop (Zahiruddin) dan Kak Mona tidak hadir kerana beraya di kampung isterinya.
Anak kedua (Rohaya) dan Abg Lani tidak hadir kerana tiada cuti.
Anak ke-6, Abg Man (Ahmad Azman) pula baru terbang ke UK pada 28 Ramadhan untuk mendaftarkan diri di sebuah universiti di Manchester.

Ayahanda sedang memberikan tazkirah.

Mendengar dengan penuh khusyu'.

3 anak teruna. (Abg Tan, ana, Arif)

Alhamdulillah, pengisian yang disampaikan oleh ayahanda yang berkisarkan mengenai pemergian bulan yang penuh barokah iaitu Ramadhan Al-Mubaarak agak menyentuh hati. Juga mengingatkan kami semua mengenai kelalaian apabila tibanya bulan Syawwal (terutama kalau pasal hiburan, TV, dan sebagainya). Dekat 11.30, ingatkan dah habis. Rupanya ayahanda meminta kami untuk memberi ucapan dan peringatan antara satu sama lain (round table). Abg Sahim memperingati tentang ibadah serta amalan-amalan. Tiba giliran ana, tiba-tiba blur, keluar je ayat "Kuntum khoiro ummatin..." tentang amal maaruf. Cakap dalam 2,3 minit je. Kak Yang pulak bagi peringatan tentang ukhuwwah sesama ahli keluarga untuk mantapkan dan hilangkan sebarang perselisihan faham. Muhasabah dan juga berlapang dada walaupun tidak bersalah.

Tamat perjumpaan, kami 'merasmikan' lemang yang dibakar. Juga sedikit jamuan ringkas sesama keluarga.

Tahun depan boleh buat bisnes pulak..


1 Syawwal 1429H

Kullu 'aamin wa antum bikhayr..

Selepas solat raya dan bermaaf-maafan, kami berkumpul untuk sesi bergambar. Jurufoto keluarga, Abg Yang macam biasa la, sibuk menyusun kedudukan kami.

Pelanduk dua serupa..?? Bakal mujahidah inshaAllah.. (Husna dan Insyirah)

Kak Chik dan keluarga

De and family

Abg Yang dan usrahnya (Abg Tan camne boleh masuk sekali pulak?)

Geng Single-Mingle.

Keluarga yang disayangi..

Pergi ke rumah De dan mak mertuanya di Sungai Tapah. Kemudian, pergi ke rumah Wak dan Nyah Ada (Nyah tu panggilan utk anak kedua, Ada pulak nama dia Rabiatul Adawiah) di Taman Sri Rapat.

Petang tu, ana mula sakit perut dan panas badan.


2 Syawwal 1429H

Masih lagi sakit perut, tapi suhu badan sedikit menurun. Kak Chik dan Abg Sham pulang ke Johor. Yeop tiba sebelum zohor dan mengajak ayahanda ke Bota dan kubur atuk. Kira-kira jam 4 petang, ana mengikut naqib ana ke rumah terbuka JIM Perak. Ana berjumpa dengan ikhwah dari UTM, akh 'Ammar Taqiyuddin dan berkongsi pengalaman di lokaliti masing-masing. Alhamdulillah, banyak yang dapat dipelajari hasil perkongsian pengalaman. Kira-kira 5 petang, ana pulang ke rumah terlebih dahulu untuk membuat sedikit persiapan sementara menunggu naqib ana datang.

Gambar ikhwah

Kira-kira 6 petang, naqib ana dan keluarganya (zaujah dan 7 orang anak) tiba di rumah ana. Alhamdulillah, ada rezeki untuk ayahanda ana berjumpa dengan naqib ana kerana sebelum maghrib, ayahanda sampai di rumah.

Nak bertolak pulang baru ingat nak tangkap gambar. Dah maghrib pun. Gambar ni telah dicerahkan.

Hari itu ana ke tandas hampir 7 kali. Hehe.


3 Syawwal 1429H

Esok ana harus pulang ke Kedah. Tapi perut masih lagi sakit. Ana tidak mengikut ayahanda, ummi, adik dan Abg Tan ke kampung ummi di Bagan Datoh. Duduk di rumah, berehat sahaja. Sebelum maghrib, keluarga Pak Yang (abg mak tiri ana) datang menziarahi. Mujurlah ada Yeop dan Kak Mona.

Bayi yang menjadi tumpuan. (Marwan)


4 Syawwal 1429H

Keluar dari rumah kira-kira jam 11 pagi. Ana, ummi dan adik ke Green Town Mall Ipoh untuk membeli sedikit barang sebelum pulang.

Gambar sebelum pulang. (Adik, Ummi, Apak, Ana)

Ana terpaksa membeli kasut baru kerana kasut yang ana pakai dari Kedah telah hilang (raya pun ada jugak pencuri). Kira-kira jam 2.30 petang, ana tiba di stesen bas Medan Gopeng. Bas dijadualkan pada 3 petang tetapi tidak juga tiba. Rupa-rupanya terdapat 'traffic jam' di lebuh raya dari Jelapang ke Taiping. Alhamdulillah, pukul 4, ana bertolak ke Kedah menaiki MaraLiner.

P/s- Erm, apa kesimpulan dari sini yea? Selamat Hari Raya dan berpuasa enam. Semoga Madrasah Ramadhan berjaya mengubah diri kita lebih baik dari sebelumnya inshaAllah.