Showing posts with label Sembang-sembang. Show all posts

Mc D Jom!

Jam 1300 di sebuah pejabat di utara tanah air.

“Jom, lunch!” Ikmal mengajak rakan sepejabat barunya untuk pergi makan tengahari.

“Jap, nak siapkan sikit lagi kerja ni,” balas Muaz.

Lima minit kemudian.

“Nak pergi makan kat mana ni?” tanya Muaz.

“Hari ini ade tempat special aku nak bawak hang,” beritahu Ikmal sambil memicit alat kawalan jauh keretanya.

“Kenalkan ni, Fuad,” Ikmal memperkenalkan kawan sekampungnya yang berlainan pejabat. Pejabat Ikmal dan Muaz terletak di tingkat lapan manakala Fuad bekerja di tingkat tujuh belas. Muaz dan Fuad berjabat tangan sambil tersenyum.

Mereka menaiki kereta MyVi milik Ikmal menuju ke destinasi istimewa yang diberitahu Ikmal.

“Hari ni kita makan burger,” beritahu Ikmal apabila sampai ke destinasi yang diperkatakan.


‘Eh, McD ke.. Aku ingat nasi kandar ke.. Naqib aku cakap McD kena boikot aritu..’


getus Muaz dalam hatinya. Dia teringat pesan naqibnya, Afif. Dia berasa kurang sedap hati. Apa yang diketahuinya, McD atau kependekan bagi McDonald Restaurant adalah salah satu dari penyumbang kepada Yahudi Zionis yang menjajah dan membunuh rakyat Palestin.

Ketika hampir sampai ke pintu, tiba-tiba Muaz bertanya, “McD sekarang ada pakej nasi tak?”

Ikmal ketawa, “Nasi? Takde kot. Apesal?”

“Takde la. Aku tak kenyang la makan burger je. Nak makan nasi la,” helah Muaz.

“Alaa, kenyang je aku makan burger. Aku kalau dapat makan yang paling special tu, nak abiskan french fries pun dah tak larat. Aku belanja. Tak nak gak?,” pujuk Ikmal.

“Ehhh.. Tak boleh la. Aku melayu totok kot. Hehe ~ Kena makan nasi.”

“Takpelah, kat sebelah sana ade restoran, beli la, sat gi bawak masuk makan ngan kitorang,” Fuad mencelah.

~ ~ ~ ************** ~~~

Selang sepuluh minit.

“Lauk apa? Ikan je? Kalau tak kenyang, aku bagi sikit burger aku ni ha,” pelawa Ikmal kepada Muaz.

Muaz menolak penuh sopan, “takpelah, susah-susah aje. Nasi ni dah cukup untuk kenyangkan aku.”

“Kalau camtu, takpelah.”

Muaz selesai makan lebih awal dari Fuad dan Ikmal. Selepas membasuh tangan, Ikmal bertanya, “eh, hang tak beli air ke? Tak haus ke?”

‘Alamak, ape nak jawab ni? Ah, bantai je la..’


Otak Muaz ligat mencari helah.

“Aku biasa minum air setengah jam lepas makan. Jaga kecergasan. Biaselah, atlit. Ahaha...” jawab Muaz spontan.

“Heh, ye la sangat. Aritu hang minum terus je lepas makan?”

“Aritu sebab mase sarapan pagi aku tak minum air. Tu yang haus sangat tu. Lagipun lambat sangat tunggu nasi. Order la air,” jawab Muaz lagi.

“Ala, air coke ni free je. Boleh topup kat kaunter tu,” pujuk Fuad pula.

“Segan ke? Kalau segan, biar aku tolong amikkan untuk hang,” Ikmal menawarkan bantuan. Dia bingkas bangun dan menambah air cokenya untuk diberikan kepada Muaz.

‘Alamak, camne ni..’

Muaz berfikir helah lain untuk mengelak. Dia terbayangkan setiap minuman atau makanan yang masuk ke perutnya seolah darah saudara seaqidahnya di Palestin. Ada juga rakan-rakannya sebelum ini berdalih,

‘Ala, berapa peratus je dari McD ni disumbangkan pada Zionis. Yang kita beli ni bahagian tak menyumbangkan pada Zionis. Takpe.’

‘Tahu ke pulak bahagian mana yang kita bayar tu disumbangkan kat Zionis atau tak? Ish.. Camne ni?’

Ikmal menghulurkan air coke yang sudah ditambah kepada Muaz.

“Minumlah. Jangan malu-malu,” pelawa Ikmal.

Mahu tak mahu, Muaz terpaksa minum juga.

‘Takpe la, minum sikit je. Raikan diorang ni.’

Selesai makan, dalam perjalanan pulang, “adui ni yang tak suka minum air gas ni. Perut rasa memulas sikit.” Kata Muaz, berhelah.

“Ye ke? Lain kali hang minum air takde gas la.” Kata Fuad.

Kereta meluncur laju. Muaz mengenang ‘peristiwa’ yang berlaku sebentar tadi. Dia berasa bersalah kerana tidak mampu menyedarkan rakannya. Namun dia tahu, sukar untuk menegur secara terus. Mungkin dia perlu berbincang dan bertanya pada naqib atau ahli usrahnya yang lain tentang cara yang efektif untuk menasihati kawan sepejabatnya itu, dan orang lain juga mengenai pemboikotan terhadap Zionis.

‘Ya Allah, semoga Kau tunjukkan jalan bagiku untuk menyedarkan mereka dan menghindarkan aku dari tersesat dari jalanMu.’

Doa Muaz dalam hatinya.

McDeath!!

 Apakah yang dibanggakan dengan sticker ini pada kereta?

Tackle Yang Tarbawi

Di sebuah restoran, selepas program katibah di Seri Iskandar, sekitar jam 1430.

“Cit cit cit... ,“ Megat memanggil seekor kucing yang sedang khusyuk (sambil buat muka comel) memerhatikan ikhwah yang sedang makan tengahari.

“ Meow...” kucing yang comel lagi gebu itu datang menggedik apabila dipanggil.

“Jangan lupa baca bismillah tau!” kata Megat sambil memberikan sedikit bahagian daging ayam kepada kucing tersebut.

Selepas beberapa ketika, kucing itu sudah pun menghabiskan makanan yang diberikan kepadanya.

“Meoww.... Meowwww...” kucing yang gedik itu mengiau lagi, sambil menjilat-jilat jarinya. (Jari ke kaki?)

“Alamak, lauk dah habis la kucing oii...” Megat menjawab ‘permintaan’ kucing itu dengan kehampaan.

“Megat, enta patutnya cakap ‘dah takde apa-apa nak bagi kat kau la kucing, yang ada hanya Allah dan RasulNya’... Hehe.. “ Mad berjenaka.

“Wuii... Ana takde la sampai camtu lagi. Baru bagi tak sampai 0.1% je dari harta ana..” Megat merendah diri.

“Kalau camtu, enta kena infaq banyak-banyak lagi la..” Afiq mencelah.

Izzudin yang kasihan akan kucing tadi yang terus mengiau, memberikan kepala ikan yang tersisa dari makanan tengaharinya.

“Haiii... Din??” Megat tiba-tiba bersuara kembali.

“Kenapa?”

“Berani enta rampas..”

“Rampas apa ni? Tak faham ana..” Din terpinga-pinga.

“Enta rampas mad’u dia..” Mad mencelah.

“Ohh.. Ye ke? Tapi enta tak letak apa-apa tanda pun. Mana la ana tau..” Din membela diri.

“Ana tackle dia dulu kot. Enta senang-senang je nak nak potong line..” Megat buat muka.

“Alah, enta belum usrahkan dia lagi kan? Belum confirm dapat lagi..”

“Ana dah belanje makan tu.. Dalam proses la.. Adoyai..”

“Takpe-takpe, banyak lagi mad’u lain enta boleh tackle,” Din berdiplomasi.

“Mana boleh.. Ana tackle dulu, ana la yang bawak usrah untuk dia..” Megat sengaja mencetuskan kontroversi.

“Isk.. Sudah-sudahlah..! Pasal mad’u pun boleh jadi perselisihan ke?” Mad mengendurkan suasana.

“Megat mula dulu..” Din berhujah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.

“Enta pun same je Din. Tu baru kucing sebagai mad’u. Belum manusia lagi. Kita nak tackle bukan robot. Hanya programkan je, lepas tu jalan. Antum tak boleh fikir, lepas jumpa sekali dua, lepas tu ajak usrah, and then kita harap diorang akan bekerja bersama kita untuk berdakwah. Tak semudah itu..” tegas Mad lagi.

“Dakwah tidak dihamparkan dengan permaidani merah... Tapi kita mewarnai jalan dakwah ini dengan merahnya darah-darah kita...” Afiq mencelah.

Kesemua terdiam. Berfikir. Angin bertiup sepoi-sepoi lembut, menyapa muka-muka ikhwah yang masih lagi di meja luar restoran.

“Sebut pasal robot. Ana teringat bila pagi-pagi masa duduk kat Shah Alam dulu..” Basyir yang terdiam dari tadi bersuara.

“Citer sket. Cam menarik je..” Afiq meminta.

“Takde ape yang menarik sangat. Cuma nak pergi masjid time Subuh, kena lintas jalan dari flat yang kami duduki. On the way tu nampak la ramai orang tengah tunggu bas. Ada pakai baju pekerja kilang, ada baju sekolah, ada baju formal pejabat.”

“Then? Apa yang robotnya? Orang kerja kilang tu buat robot?” Din bertanya sambil berjenaka.

“Bukanlah. Tak habis lagi cakap ni.”

“Tu la, tunggu la orang habis cerita. Tau la trigger sangat..” Megat memerli. Din buat muka selamba.

“Ana nampak kitaran robot. Kitaran yang berulang. Setiap hari.” Basyir terdiam seketika sebelum menyambung. Semua menunggu sambungan cerita.

“Bila maghrib, ana akan terserempak lagi dengan mereka ini yang turun dari bas. Dan bila hujung minggu, boleh nampak pula mereka menunggu bas untuk ke bandar.”

“Berulang-ulang. Repetisi,” celah Mad.

“Betul tu. Tengok seperti robot di kilang-kilang yang telah diprogramkan. Mengulang kitaran hidup yang sama setiap hari. Kalau enta, tak bosankah?” Basyir menimbulkan persoalan.

“Hmm.. Jadi? Nak buat camne?” Megat bertanya lagi.

“Kita manusia, dikurniakan akal dan hati. Kita ada emosi. Dan, kita jangan lupa. Robot ada pencipta. Dan pencipta itu mesti mahukan ciptaannya berbuat selari mengikut kehendaknya, kan?” Basyir bertanya lagi.

“Maksudnya, manusia pun diprogramkan ke? Ke, camne? Hehe.. Blur,” Mad bertanya.

“Oh, takde la manusia ni diprogramkan. Tapi, kita kan ada pencipta, iaitu Allah. Dan Allah sudah setkan matlamat penciptaan, misi bagi manusia dicipta. Antum semua dah tahu kan?”

“Ubudiah dan khalifah. Pengabdian padaNya dan memakmurkan muka bumiNya dengan pengabdian padaNya,” Afiq membantu untuk menjawab.

“Benar sekali. Dan ramai manusia melupakan misi yang sudah Allah tetapkan ini. Padahal semuanya telah tercatat dalam manual kehidupan kita, Al-Qur’an. Dan cuba bayangkan kalau robot yang diprogramkan tidak menepati misi yang ditetapkan penciptanya, tentulah penciptanya marah bukan? Macam tu lah juga manusia. Apabila sudah sampai tiba untuk kembali padaNya, kita akan dihisab, untuk direview prestasi kita sepanjang tempoh perkhidmatan kita di dunia. Adakah menepati misi yang telah ditetapkan? Atau hanya membuang masa? Sekadar menjadi penambah kuantiti sahaja. Tidak bererti, seperti tin kosong?”

“Sebab tu la, kita perlukan tarbiah. Untuk mengenali siapa kita. Mengetahui apa misi kita. Dan melaksanakan misi tersebut. Jika tidak, sia-sia sahajalah kehidupan kita ini,” Mad menambah.

“Dan, atas rasa tanggungjawab pada manusia yang lain, kita juga berdakwah untuk mengembalikan manusia pada landasan misi pertama tadi, ubudiyyah...” Megat memberi kesimpulan.

“Ha, pasal mad’u tadi! Terlajak pulak. Ana teringat kalau dalam bola sepak. Kalau antum main bola sepak, dan ada seorang forward yang agak handal dari opponent team. Jika antum jadi defend, adakah seorang je yang nak ‘marking’ dia? Atau ada teammate yang nak bantu?” Afiq menimbulkan persoalan.

“Mesti lah ada seorang lagi yang bantu. Kalau forward tu terer mendribble, lagi la kena marking selalu,” Din menjawab.

“Macam tu la dakwah. Kadang-kadang tak cukup seorang da’i yang menDF (Dakwah Fardiah) mad’u. So, sepatutnya tak timbul la kan isu perebutan mad’u. Sebab kalau sorang ikhwah tengah DF sorang mamat ni, dia kena ajak ikhwah lain, terutamanya usrahmate dia untuk DF mamat ni sama-sama. Itulah muafakat. Dakwah ini tidaklah individualistik, tapi jama’i. Memang lah disebut dakwah fardiah, individu. Tapi individu pada sasaran. Kita menyasarkan pada sasaran yang kecil. Tapi, insya Allah, ia lebih berkesan kerana lebih fokus. Ingat lagi dalam fizik? Sasaran kena konsisten dan menghampiri sasaran. Bukan berselerak, bukan juga jauh pada sasaran, meskipun konsisten.”

“So, pilihlah, sorang tackle sorang, atau ramai tackle sorang?” Basyir mencelah sambil tersengih.

“Sebut pasal bola, dah lama kita tak riadah ni. Nak main apa pulak next riadah?” Din bertanya.

“Kita main paintball plak, amacam? Kata nak berjihad. Ikhwah kena la lasak sket..” Mad memberikan cadangan.

“OK, set!” semua bersetuju.

“Hari ini ana belanja. Ana nak naikkan sket peratusan infaq ana. Antum kan buat kerja untuk Islam, so kira infaq la..” Megat menawarkan diri.

“Alaa.. Kalau tau awal, ana amik banyak lauk dah tadi!” Din buat muka terkilan.

“Hahaha...”

Mahu tackle satu sama satu?

Atau ramai sama satu?

~ Dakwah Forever, and Ever ~

Sebu

“Erm, sedapnya kek ni!” kata Din.

“Yela, tapi sikit la plak. Kalau banyak, kan best!” balas Mad pula.

“Eeerrkk. Alhamdulillah..” ujar Megat sambil bersendawa.

“Ana pernah dapat hadiah kek ni. Lepas tu ana makan banyak-banyak.” Tambah Afiq.

“Bestnye! Kalau la ana dapat jugak..” Mad mencelah dengan girangnya.

“Hm, tak jugak..” Afiq bersuara kembali.

“Kenapa pulak? Mesti la best kan? Dah la sedap. Dapat makan banyak-banyak pulak.” Mad bertanya kembali.

“Sebu.” Afiq menjawab.

“Sebu?” semua tertanya-tanya.

“Pernah tak antum makan makanan yang antum suka banyak-banyak?”

“Pernah sekali.” Mad menjawab.

“Apa yang enta rasa lepas tu?”

“Huuu.. Tak larat dah. Lepas tu cam hilang selera nak makan benda tu untuk beberapa minggu kot.”

“Haa.. Tahu pun. Camtu gak macam semalam, enta pulun tilawah banyak-banyak. Tapi hari ni suara pun dah serak, lepas tu malas dah pulak kan?”

“Hehee..”

“Nafsu manusia ada hadnya. Sebab tu, dalam sesuatu perkara, jangan dibuat berlebih-lebihan. Nanti datang rasa jemu. Begitu juga dalam ibadah.”

“Dalam ibadah pun camtu?”

“A’ah. Pernah dengar kisah sahabat Rasulullah yang nak puasa tak nak berbuka?”

“Pernah.”

“Camtu la kita dalam beribadah. Ada masa kita ibadah, tapi tanpa berlebih-lebihan sehingga menyebabkan badan kita exhausted. Lepas tu, muncul pulak rasa kemalasan. Sebabnya, dah buat banyak-banyak sebelum ni. Yang sebenarnya, sepatutnya buat walaupun sedikit, tapi berterusan.”

“Macam dalam sukan, untuk menaikkan fitness seseorang, bukan boleh secara mendadak. Hari ni berlari pusing padang 10 pusingan, esok pusing 20 pusingan terus. Badan kita tak boleh ‘catch-up’. Kalau hendak tingkatkan pun, biar lah bertahap. Hari ini 10 pusingan, lusa baru tambah jadi 11 pusingan. Minggu depan baru tambah pula jadi 12 pusingan.” Tambah Din yang sememangnya sentiasa menjaga kecergasan dan tahap fitnessnya dengan berjoging.

“Hmm, betul kata Din tu. Kalau dalam dakwah pulak, tidak boleh pulak terlampau menumpukan pada tarbiah sahaja, tanpa melakukan aktivisme. Tetapi juga, tak boleh hanya tumpu aktivisme, sehingga mengabaikan tarbiah. Kedua-duanya perlu seiring. Tawaazun.”

“Tawaazun?” Mad terpinga-pinga mendengar istilah yang tidak pernah didengarinya sebelum ini.

“Megat, cerita sikit.” Afiq meminta.

“Seimbang.”

“Seimbang?”

“Seimbang dalam dakwah. Namun seimbang bukanlah pada kuantitinya. Tapi seimbang pada tahap keperluan. Kalau orang tu masih baru, digalakkan untuk tumpukan pada tarbiahnya. Namun, bukan tarbiah pada teori sahaja tau. Tarbiah juga pada amal. Dan kemudiannya baru lah kita menggalakkan untuk mengaplikasikan amal tersebut dengan lebih tersusun melalui aktivisme.”

Adakah seimbang maksudnya mesti sama?
“Oh, cam tu. Baru ana teringat. Dulu zaman Rasulullah, Abu Dzar terus je pergi isytiharkan keIslamannya pada penduduk Mekah.”

“Ish, tu bukan aktivismelah!” celah Din.

“Habis tu?”

“Sahabat-sahabat cuba melakukan amal sebaik sahaja mereka mendengarnya. Dan kemudian mereka konsisten dengannya. Cuba bayangkan, jika Al-Qur’an diturunkan sekaligus?”

“Hmm.. Kalau turun sekaligus, pada bulan Ramadhan, konfem la, nak kene puasa, solat, bayar zakat terus.. Mesti macam berat je rasanya..”

“Sebab tu kena ada tadarruj..”

“Tadarruj?” Mad menyampuk lagi.

“Bertahap-tahap. Dalam beramal, pun macam tu. Macam lari pusing padang tadi. Hari ini baca 1 muka surat Al-Qur’an. Esok 2 muka surat pula. Nak kekalkan 2 muka surat sampai minggu depan, lepas tu baru tambah jadi 3 muka surat, terpulanglah. Yang penting, istiqamah. Bukan baca satu juzu’ hari ni, minggu depan baru nak baca lagi.” Afiq menjelaskan.

“Dan satu lagi, tentang tawaazun tadi. Kalau tarbiah je, maksud ana, nak dapat pengisian tarbiah aje, nak program berbentuk ruhiah je, tapi takde aktivisme, sudah tentu kita tak hadapi masalah. Bila kita berkomunikasi dengan masyarakat melalui aktivisme, kita akan mengenali masalah, dan cuba mencari jalan penyelesaiannya. Dan, tarbiah kita bukan menuntut amal untuk diri, tapi juga untuk masyarakat. Sebab tu adanya aktivisme.” Din menambah.

“Tapi juga, tak boleh hanya aktivisme sahaja tanpa tarbiah. Lama-lama, akan jadi exhausted. Ibaratkan kereta yang tidak diganti minyak pelincir (minyak hitam) nya. Sudah tentu lama kelamaan, kereta itu akan menghadapi masalah dan tidak boleh bergerak. Begitulah manusia. Jika aktivisme sahaja, tanpa tarbiah, akhirnya sampai satu masa, dia akan ‘burn out’, keletihan, dan akhirnya mungkin futur atau putus asa dengan dakwah.” Megat menerangkan dengan panjang lebar.

Bermain dan belajar. Tarbiah dan aktivisme.
“Semoga enta dapat faham sedikit sebanyak penerangan dari kami yang tak seberapa ni. Ingat ya, balancekan aktivisme dan tarbiah. Kalau terlebih fokus aktivisme, cepat semput. Terlebih fokus tarbiah, enta akan jadi kakak tua, hanya tau teori, tapi tak manifestasikan dalam amal. Dalam sirah, setiap sahabat yang ditarbiah akan terus berada di medan melaksanakan amal, mengikut kapasiti masing-masing. Amal aktivisme jugalah yang memacu agar tarbiah itu tidaklah nampak ideal, tapi realiti.” Afiq mengakhiri penerangan.

“OK, jomlah, dah nak Isya’ ni. Mari kita bersiap ke surau.”

“Ana sakit perut plak. Antum gerak dulu ya.”

“Itulah, tadi baru lepas makan nasi dengan kuih. Lepas tu makan kek pulak.”

“Ye la, lain kali ana kurangkan makan banyak-banyak..”

~ Manifestasikan Tarbiah Dalam Aktivisme ~

Ramadhan Yang Bakal Pergi

Ya Allah,
Semoga dapat kumanfaatkan Ramadhan kali ini.
Jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas..

*****************************************

+ Entahlah, akhir-akhir ni rasa macam amalan yang dibuat macam ‘kering’.

Kering? Macam mana tu ya?

+ Hmm.. Takde penghayatan lah lebih kurang. Rasa macam tak mengalir ke segenap tubuh ni.

Ceewaah, berpuitis plak.

+ Betul la.. Sepatutnya kalau dalam beribadah ni, kena cuba sampai tahap macam tu. Bererti, kita lakukan ibadah itu dengan sepenuh hati, dengan penuh rasa kecintaan padaNya. Bukan sekadar pada mulut sahaja. Kan?

Hm, bila fikir-fikirkan, betul jugak pendapat tu. Sedihnya, Ramadhan tinggal beberapa malam je. Tak tau, dapat lagi tak bersua tahun depan..

+ That’s why la kene pertingkatkan lagi.. Ganbatte! (pengaruh anime dan manga nie)



*******************************************

Alhamdulillah, sudah berjaya hafaz dengan lancar surah Ash-Shaff (surah ke 61), dalam proses menghafaz surah Muhammad (surah ke 47). Baru hafaz satu muka surat, tapi baru 4 ayat je yang lancar (yang tak lancar tu kena berhenti sekejap bila membaca, ingat-ingat lupa)

Ayat favourite dalam surah Ash-Shaff ni ialah ayat ke 4 dan ke 10-11.

Ayat 4

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.


Ayat 10-11

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


Macam mana? Dapat rasa ‘boost’ sikit tak? Kita bermuamalat dengan Allah. Bayarannya tak mahal, cuma beriman kepadaNya dan RasulNya, serta berjihad.

Ingatlah, setiap amalan seperti saham di sana kelak. Maka, janganlah risau. Insya Allah, menyimpan untuk hari muda iaitu di Hari Pembalasan.

Jom! Pulun untuk baki-baki ‘second half’ Ramadhan! 2 Fast for Taqwa! (Rujuk Al-Baqarah ayat 183)

Hutang Tag

Saje mengisi masa lapang. (Yang sebenarnya, 'kewajipan lebih dari masa yang ada' - quote dari kata-kata Asy-Syahid Hassan Al-Banna.)

Melunaskan hutang tag dari Yaaser Hasbullah.

Gambar kredit google


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Allah, RasulNya dan iman.

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
Soya kotak besar dan roti. (Supper malam semalam)

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Tak pernah fikir, yang penting tak basah dek hujan, tak ‘dehydration’ dek panas.

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Dengan sapa?

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?
Layak ke saya..?

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?
Kafe kolej Perwaja, UUM.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Buku lima. Eh bukan =p dua buah buku, satu untuk nota akademik, satu untuk nota usrah.

8. Nama penuh anda?
Muhammad Bashir ibnu Haji Zulkifli

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?
Ummi. Tengok waqi’ (situasi) la..

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?
Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Mutalib

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu?
Kang ade yang jeles kalau nama takde ni..
Mohd Iqbal Mukhti, Mohd Razman Ramzan, Mohd Harris Imran Jamaludin, Muhammad Ghazaali Parman, Muhammad Zayyad Kamal, Mohd Hatim Jaafar, Muhammad Syahid Al-Murtuzah Syeikh dan anda yang membaca. (adil sikit hehe)

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?
Dah tu sape nak tolong basuh pulak.

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?
Jannatul Firdaus..

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
Yaaser Hasbullah, anak naqib saya. Da’i blogger yang baru muncul, insya Allah bakal jadi agen revolusi dalam multimedia melalui dakwah..

15. 8 perkara yang saya gilai..
Usrah / halaqoh dengan murobbi
Membaca mengenai perkara yang diminati
Something with multimedia (Edit video,create graphic design)
Blogging [ of course (~_~) ]
Bola sepak!
Chatting
Melukis (tak cantik so segan nak tunjuk)
Berukhuwwah – sangat rindu huhu.. (insya Allah jumpa time program ya ~)

16. Pelukan atau ciuman?
Ya.. Peluk ukhuwwah dengan ikhwah terutama time nak berpisah.. (sedih)

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?
Al-Quran
Majalah i Julai 2009
Syahadah : Dialog dengan gadis Melayu atheist
Buku nota usrah
Majalah PC Julai 2009
Kitab Tauhid (tak abis lagi)
Dakwah Fardhiah (Mustafa Masyhur)
Biarkan Aku Jadi Orang Palestin (terbitan JIMedia)

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?
Mars Kepanduan v2 (Shoutul Harokah)
Mars PKS v2 (‘Izzatul Islam)
Jalan Juang (‘Izzatul Islam)
Merah Saga v2 (Shoutul Harokah)
Asmaul Husna (Akhil Hayy)
Hanyut (UNIC)
1924 (Soldier of Allah)
Jihad (Abu Nurah – ni islamic rap)

19. mari main TAG 8 orang lain.
Sape nak buat, sila request di ym. Id cari kat friendster saya.

(( Saatnya Ia Tiba ))

Assalaamu'alaikum wbt.

+ Wa'alaikumussalaam wbt.

Lama tak nampak. Sibuk ke?

+ Takdela sangat. Sihat ke?

Sihat la jugak. Anta?

+ Ana selesema dan batuk-batuk sikit. Maklumlah, cuaca tak menentu.

Yealah, hm, tambah-tambah nak dekat musim peperiksaan. Jaga sikit kesihatan anta tu.

+ InshaAllah.. Syukraan atas nasihat anta.

Hm, ana nampak dok menung panjang je tadi. Terkenangkan sesuatu?

+ Erm, adalah sikit.

Isk, tak abis-abis anta ni. Lupakan dia tu..

+ Aik, takkan tak boleh kot. Ingat kat sahabat ana..

Yelah. Sape?

+ Hm, sedih jugak nak ceritakan. Masa form 4 dulu..

Form 4?

+ Teringat kat kawan se'dorm' ana di sekolah. Dia meninggal sehari sebelum raya 2004.

Oh.. Yang anta ceritakan haritu yea? Izzat?

+ A'ah.. Kesian jugak dengan keluarga dia. Ana pun, tak sempat nak mintak maaf kat dia dan mintak halal makan minum. Lagipun dia ni selalu kongsi makanan mak dia hantar. Katil ana sebelah je katil dia.

Hm.. Ukhuwwah yang kuat ek. So kita sedekahkanlah Al-Fatihah untuk allahyarham. Semoga dia dapat ganjaran pahala dan ditarik seksaan kubur. Tambah-tambah lagi, bulan Ramadhan dah pun berlalu.

+ InshaAllah. Al-Faatihaah...

Semoga anta sabar dengan ujian ini. Kita yang masih hidup ini, teruskan perjuangan, sedarkan rakan-rakan yang masih terlena dibuai mimpi indah. Biar sehebat mana tentangan, jangan kita goyah!

+ Huhu tiba-tiba masuk bab dakwah lak.

Eh betul la ana kata..

+ Yelah saje je uji anta.. Jom lah kita siap gi beli makanan berbuka..

*************************************************************************************

P/s - Alhamdulillah tinggal lagi satu hari lagi untuk selesaikan puasa enam Syawwal. Semoga dapat habiskan bakinya hari ini. Selesema dan batuk masih lagi melanda diri. Do'akan ana agar sembuh supaya dapat selesa menjalani ibadah dan melakukan aktiviti seharian.

*************************************************************************************

Begitulah kematian, berlaku tidak mengira kita sudah bersedia atau belum. Yang pasti, kita harus bersedia dalam menghadapinya.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." (Surah 29, Al-'Ankabuut : Ayat 57)

(( Perjuangan Bermula!! ))

Hari ni ana agak kurang sihat dan sakit kepala. Memang tak keluar ke mana pun. Makan pun dah petang, sebab ade pakcik yang jual nasi goreng (nasi ayam, nasi goreng, burger, bihun, mee, kuetiaw) lalu depan bilik. Kelas pun tak pegi. Isk3x..

Dalam kehebohan mengenai pilihan raya di Permatang Pauh, ana merasa terpanggil untuk melihat-lihat berita Palestin.

Nampaknya, rejim zionis masih meneruskan kebiadapan mereka terhadap umat Islam di sekitar al-Quds. Alhamdulillah, umat Islam di sekitarnya masih tidak gentar dan takut mempertahankan kesucian al-Aqsa.

Sebagai umat Islam, kita harus sedar akan kepentingan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Apatah lagi, kebanyakan kawasan di negara itu telah dirampas secara biadap dan terus-menerus menindas saudara-saudara kita di sana. Tidakkah kita merasa malu yang setiap hari kita hanya memikirkan 'Apa yang aku nak makan, nak pakai dan nak pergi?' sedangkan mereka di sana setiap hari dihujani peluru yang tidak diketahui siapa mangsanya.

Oleh itu, ana menyeru sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita menyumbang untuk saudara-saudara kita di sana, untuk membiaya ubat-ubatan, makan minum dan pelajaran (ramai saudara Palestin menyambung pelajaran di luar Palestin dan tidak dibenarkan pulang).

Jika bukan kita(umat Islam), siapa yang hendak membebaskan Palestin?

Jika bukan sekarang, bila?

Bagaimana caranya? Marilah menyumbang di Tabung Palestin!

Jangan nanti di hari kemudian antum akan menyesali diri sendiri kerana tidak melakukan sesuatu untuk saudara antum di Palestin. Apa yang ditunggu lagi, berdermalah sekarang! Masukkan derma antum ke dalam akaun “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: 12113010005797. Selamat Menyumbang...

Rujukan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

Sumbangan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

(( Hi-Impak Nakbah Palestin : Sungai Petani & Kulim ))

Assalaamu'alaikum w.b.t..

+ Wa'alaikumussalaam w.b.t.. Apa khabar? Lama tak dengo khabo. Baru balik ke?


A'ah, baru je tengahari tadi sampai.

+ Cuti U bukan dah lame ke? Apesal lambat bebeno anta balik?

Heh ade la..

+ Alah dengan ana pun nak berahsia.. Ni mesti ade wat jenayah? :p

Isk ke situ pulak, astaghfirullaah.. Ana tolong lecture ana la kat U. Tu yang tak balik tu..

+ Amboi bagusnye, so masuk ofis la tiap2 hari?

A'ah.. Sambil-sambil tu tolong naqib ana untuk program Nakbah Palestin kat Kedah.

+ Program ape tu? Nampak menarik.

Alaa.. Pasal isu Nakbah Palestin, nak bagi kesedaran, wat pameran pastu ade la sikit forum, ceramah, camtu..

+ Oh ye ke.. Erm Nakbah tu ape?

Tak tau ke? OK Nakbah tu maksudnya malapetaka ataupun bencana. Nakbah Palestin tu dibuat bukan suka-suka je. Sebabnye Nakbah Palestin tu memperingati umat Islam Palestin yang diusir beramai-ramai dari bumi mereka sendiri. 15 Mei 1948, tertubuhnya negara HARAM Israel. Sejak dari itulah, rakyat Palestin merempat di negara mereka sendiri dan beberapa negara di sekitarnya seperti Lubnan dan Syria.

+ Uii.. Jahat yea Palestin..

Hmm camtulah.. Banyak lagi kalau nak diceritakan. Camnilah, anta download file kat blog ana, pastu tengok la sendiri yea.. Ana wat untuk persembahan multimedia tentang Palestin masa malam 21hb Jun 2008 kat Mini Stadium Keladi, Kulim. Tapi sistem LCD tak berapa baik, so ramai yang tak berapa nampak flash yang ana wat. Dan ana ada ubah sedikit isi dalam flash tu. Maafla arini ana tak bawak laptop, tak dapat nak transfer file tu kat anta.

+ Oh ye ke? Takpelaa, nanti ana download je. Syukraan.. Jazaakallaahu khoiron kathiiro..

'Afwan.. Selamat menonton yea.. OK la ana nak balik dulu, ade hal sikit. Assalaamu'alaikum..

+ Wa'alaikumussalaam..



PalestineFlash ® ReleaseJune08 [[ Link Download ]]

(( Valentine..?? ))

Assalamu'alaikum w.b.t.. Ana ganggu ke ni?

+ Wa'alaikumussalam w.b.t.. Boleh la tahan. Study sikit. Esok exam mid term.

Oh ya ke.. Subjek ape?

+ Matematik Untuk IT.

So far macam mana, susah ke?

+ Alhamdulillah, OK. Tapi bab akan datang tak tau la pulak. InshaAllah, ana cuba yang terbaik.

Ma'at taufiq wan najaah. Semoga Allah mempermudahkan anta jawab imtihan tu esok..

+ Syukran sebab do'akan ana.

Em, ni nak tanya sikit. Apa hukum sambut valentine ek?

+ Anta sambut jugak ke? Anta tau apa dia valentine tu?

Eh, takdela. Tapi nak penjelasan lanjut. Nanti kalau ada orang nak tanya ana, ana cuba la jelaskan pasal benda ni.

+ Bagus jugak tu. Hm, sebenarnya ada banyak versi tentang valentine ni. Ada 3 pendapat tentang asal-usul dia:
i. Valentine’s Day bermula semasa empayar Rom memerintah iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tu, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta tu berlangsung.
ii. Pendapat kedua pulak mengatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh sebab dia bertengkar dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati pastu dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Untuk nak memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, so 14 Februari ni dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan lepas kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova sebab St.Valentine tu seorang Paderi Katolik yang tak boleh kahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan kemurkaan Ratu Isabella, so St.Valentine pun kena penjara untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Oh, macam tu ke.. Mengapa Islam larang sambut Valentine ni?

+ Islam ni sangat prihatin dan nak umatnya ada identiti tersendiri, berbeza dengan identiti umat yang lain. Sebab tu penghayatan aqidah Islam, pelaksanaan ibadah, mu'amalah dan akhlaq serta tradisi2 yang ada pada umat Islam tak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Senang cerita kat sini, umat Islam tak boleh campur adukkan aqidah dan peribadatan agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain. Kita boleh fahami dari 6 ayat dalam surah Al-Kafirun yang bermaksud :
" Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang kafir. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah sebagaimana kamu beribadah dan kamu pula tidak mahu beribadah sebagaimana cara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. "[ Al-Kafirun : 1-6 ]
Rasulullah sangat melarang umat Islam meniru dan menyertai tradisi umat2 selain Islam.
"Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut."
(HR. At-Tirmidzi).
Kalau seseorang tu meraikan hari tersebut untuk mengenang peristiwa tersebut, maka dia telah pun kafir manakala jika dia tak bermaksud demikian, dia telah membuat kemungkaran kepada Allah. So, kita hendaklah berhati-hati dalam tingkah laku kita.
Kan ke banyak lagi sunnah Rasulullah s.a.w. yg lebih mulia dan baik? Kenapa nak ikut jejak langkah orang yang bukan Islam (kristian)? Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya nak tiru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Oh, em, betul jugak tu.. Kan ada satu hadith yang bagitau tentang larangan Rasulullah s.a.w. terhadap amalan bukan Islam :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

+ So secara ringkasnya, budaya meraikan Hari Valentine ni tak dibenarkan sama sekali oleh Islam.
Lagipun, perayaan ni banyak campur dengan unsur2 ritual dan kepercayaan Kristian. Maksiat pun mesti ada jugak tu. Kalau ye pun nak berkasih sayang, takkan satu hari je? Islam galakkan aje berkasih sayang terutama sekali suami isteri. Tetapi biarlah batasan tu dijaga dan tak dicampur aduk dengan budaya yang bercanggah dari Islam serta mengandungi maksiat.
Kenapa kita harus bangga dengan budaya agama lain? Kan banyak lagi amalan2 sunat dan juga sunnah Rasululullah yang boleh diamalkan?

Em, syukran atas informasi anta tu. Baru ana faham dengan lebih jelas. Sebelum ni samar2 lagi. Tapi ana memang tak sambut pun benda ni.

+ Baguslah, syukur pada Allah sebab dijauhkan dari benda2 maksiat ni. Semoga Allah melindungi kita dan ahli2 keluarga kita. Ameen..

Ameen... InshaAllah, jika ada kelapangan, kita bertemu lagi. Ilal liqa'. Assalamu'alaikum w.b.t.

+ Ilal liqa' aidon.. Wa'alaikumussalam...


Isi kandungan dirujuk dari sumber :
http://www.dudung.net/index.php?naon=depan&action=detail&id=210&cat=2