Showing posts with label Media Islam. Show all posts

Task Force Hari Valentine

Flyers Hari Kekasih (Valentine), untuk sebaran. Copyleft (hakcipta tidak terpelihara). Sila klik dan save.

Versi Bahasa




Versi English


~ Perkasakan Tarbiah, Selamatkan Ummah ~

Palestin Takkan Pernah Gentar!!

Sekadar berkongsi video klip Palestin oleh Maher Zain.

Aku cukup 'excited' bila tengok animasi video klip ni. Macam guna Adobe Flash!!

Media dan Dakwah

Baru balik dari keluar, dengan anak saudaraku, jumpa dengan akh Amirul Letfee, mantan presiden KNL. Berbincang dengannya memberi sedikit idea untuk aku update blog malam ni.

Kecanggihan teknologi sekarang sangat mengagumkan. Tapi adakah kita menggunakan sehabis baik sumber yang ada sebagai peluang dakwah? Perlu diberi perhatian, masih banyak lagi kekosongan yang boleh diisi dan dimanfaatkan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Salah satunya media.

Dari apa yang kami bincang, banyak projek dan rancangan yang boleh dilakukan. Cuma tenaga kerja sahaja yang menjadi masalahnya.

Kami 'ter'bincangkan hal ini sebab anak saudaraku yang bekerja sebagai graphic designer di Pustaka Darul Iman sekarang ini. Kebetulan, Pustaka Darul Iman sering juga menggunakan khidmat grafik dari abangku (ayah anak saudaraku). Dan aku juga pernah menerima tawaran untuk membantu tapi aku memilih untuk menyambung pelajaran buat masa ini.

Setakat ini, aku ada merancang banyak perkara. Tapi masih banyak yang terbengkalai di laptop dan external hard disk ku. Juga ada merancang untuk buat skrip filem pendek yang berunsurkan dakwah.

Mungkin ada sesiapa ingin membantu? Apa pun, aku perlu tumpu pada imtihaan dahulu! (haha mungkin ada yang kecewa dengan anti-climax di penghujung entri ini)

P/s - entri ni macam berterabur la bila aku baca lagi sekali.. Ah tak kisah janji update..

Kempen 3J UUM




Sepatutnya entry ini dimasukkan awal-awal sebelum bermulanya ekspo konvokesyen UUM kali ke 22 sidang ke-2 pada awal oktober baru-baru ini, tapi ke-tidak-sempat-an menyebabkan penulisan mengenai kempen itu tidak dilakukan.

Mengenai kempen tersebut, anda boleh lihat di montaj video di atas (insya Allah akan diletakkan di bahagian atas blog ini sehingga hujung tahun ini). Kempen 3J ini ialah kependekan bagi “Jagalah Aurat, Jauhi Maksiat dan Jangan Tinggal Solat.”



Jagalah Aurat

Allah berfirman dalam surah ke-24 dalam Al-Qur’an, An-Nuur, ayat ke-31 :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak (hamba sahaya) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
[ Surah 24, An-Nuur : Ayat 31 ]

‘Detail’ sekali penerangan mengenai aurat di dalam Al-Qur’an. Dalam hal ini, penutupan aurat bukanlah untuk mengongkong seperti yang dikatakan orientalis. Bukan untuk menyekat kebebasan mereka. Tetapi ini untuk kebaikan juga.

Banyak perkara yang tidak baik dapat dijauhkan apabila aurat ditutup dengan sempurna. Allah telah menetapkan semuanya dengan sangat tersusun. Menutup aurat tidak menghalang wanita untuk bersukan, bekerjaya dan sebagainya, asalkan batas-batas syari’at dan pergaulan sentiasa terjaga.

Perhatikan ayat tersebut, dimulakan dengan “hendaklah mereka menahan pandangannya” bererti menjaga batasan pandangan. Fitrah bagi manusia, suka melihat sesuatu yang menyedapkan pandangan. Namun, bukankah seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah? Bererti yang menurut perintah Allah (sudah semestinya menutup aurat). Maka dengan menundukkan pandangan juga, insya Allah akan berkuranglah jumlah wanita yang tidak menutup aurat.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[ Surah 33, Al-Ahzaab : Ayat 59 ]

Jauhi Maksiat

Akhir-akhir ini, pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat tidak terjaga. Bertepuk tampar tanpa segan silu, malah berpegangan tangan di khalayak ramai.

Perlu ditekankan, apabila meningkat remaja, lelaki dan wanita sudah mula mempunyai keinginan terhadap berlawanan jantina. Maka, dalam menjauhi maksiat juga, hendaklah dimulakan dengan menjaga pergaulan antara jantina yang berlawanan. Allah telah mengingatkan dalam firmanNya :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
[ Surah 17, Al-Israa’ : Ayat 32 ]

Firman ini sangat popular. Namun ramai yang endah tak endah dengannya. Apabila ditegur, “kami berbual je,” “kami makan-makan je,” “kami SMS je” dan 1001 serba serbi jawapan yang akan diterima. Ayat tadi melarang mendekati zina, bererti mendekatinya sudah pun HARAM!

“Apabila seorang lelaki berseorangan bersama seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”
[ hadith riwayat At-Tirmizi ]

Apabila pergaulan antara silang jantina berlaku, syaitan akan menggunakan segala cara yang ada untuk memesong seseorang hatta orang ‘alim sekali pun.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.
[ hadith dari Abu Hurairah r.a. ]

Perhatikan!

Bermula dengan mata, mungkin menyebabkan timbul keinginan. Kerana itulah pentingnya menjaga pandangan. Akhir sekali, hendaklah juga berjaga-jaga dengan zina hati di mana menyebabkan timbulnya ‘penyakit’ rindu.

Jangan Tinggal Solat

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.”
[ hadith riwayat Al-Baihaqi dari Ibnu Umar ]

Situasi ini mungkin tidak perlu diterangkan lebih lanjut rasanya. Di universiti sahaja, berapa ramai sangatlah bilangan jamaah yang hadir untuk solat berjemaah. Mungkinlah mereka solat di bilik, tapi dari ‘interview’ tak rasmi yang pernah dilakukan saya, ada yang memang tidak bersolat dengan alasan kelas dan sebagainya.

Ingatlah! Solat merupakan amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Bagaimanakah nasib kita di sana kelak jika amalan solat kita tidak sempurna? Dan adakah kita pasti bahawa solat yang dilakukan itu diterima olehNya?

Kita dikira beruntung kerana dapat solat dalam keadaan yang aman. Bayangkan di masjidil Aqsa, Palestin. Mereka bersolat dengan diacukan senjata ke arah mereka. Tidakkah ia suatu yang susah? Namun kerana ini adalah perintah Allah, mereka tetap melakukannya. Tidakkah kita berasa malu?



Kesimpulan

Pada masa Islam menguasai 2/3 dunia, ketiga-tiga perkara ini mungkin tidak terfikir bagi mereka terutamanya meninggalkan solat. Namun amat menyedihkan apabila di masa kini, umat Islam terleka sehingga perintah lima waktu ini kerap ditangguhkan atau ditinggalkan. Diharapkan dari penulisan ini dapat membawa satu perubahan kepada pembaca sekalian terutama dari golongan muda kerana merekalah harapan baru ummah!

P/s - posting ini tidak menyatakan 100% pendapat penulis. Mungkin ada toleransi dalam sesetengah perkara, bergantung kepada keadaan.

Ramadhan 1430H

Sedar tak sedar, sudah masuk hari ke 14 Ramadhan. Semoga amalan kita semakin 'laju'. Di sini saya kongsikan beberapa video sempena Ramadhan untuk dijadikan santapan rohani..

7 victories in Ramadhan - haa, tengok! Puasa pun, generasi terdahulu umat Islam berjaya memenangi peperangan.





Perkongsian video dari AMIR (Aspiring Malaysian Rijal) di Jepun. (Sorry ni video 1429H)

Men-Jejak

Lama dah tak 'share' lirik nasyid di sini.

Kebetulan, ade beberapa nasyid yang baru ana dengar (walaupun dah lama keluar di pasaran). Hehe..

Dinyanyikan oleh 'Izzatul Islam, bertajuk 'Jejak'.
Layan..


Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawa lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan
Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuk di badan
Namun jiwa harus terus berjalan / tetap bertahan
Karna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentara Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan
Wahai tentara Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan BERSIAP SIAGALAH!

Nak download? Di sini.


Bingkai Kehidupan di Youtube



Dah lama siap sunting video ni menggunakan Sony Vegas, tapi baru je sempat nak upload..

Terimalah, Bingkai Kehidupan, nyanyian Shoutul Harokah.

Lirik? Boleh cari di sini.




(( Mencari Spirit Yg Hilang - Review 'Sang Murabbi' ))

"Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan Firman tuhanmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Berhujan badai tak runtuhkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
Tak silaukan pandangmu"


*************************************************************************************

“Kalau gak mau jadi pegawai pemda, lu mau kerja jadi apa sih”
“Mamat ngajar aja Bu”
“Gak Lepas tu omongan dari dulu. Sampai sekarang pengen jadi guru aja. Gak kepengen jadi orang berharte”
“Guru itu justru hartenya banyak . Ngasih ilmu aja kerjaannya. “
“Ya udah. Jadi guru juga gak apa sih, bagus. Asal satu, Jangan Korupsi.

*************************************************************************************

“Abi minta maaf ya Nai. Akhir-akhir ini Abi sibuk banget. Jadi gak sempat ngobrol ama kamu dan ama anak-anak. “
“Ya, udah resiko Bi, jadi istri anggota DPR”
“Kau senang Abi jadi anggota DPR”
“Biasa aja. Tapi Ummi lebih senang jadi istri Abi yang dulu”
“Kenapa?”
“Tuh, rambut abi pada putih semua. Mikirin negara ya?”
“Ada yang lebih berat Nai, mikirin ummat”

*************************************************************************************

“Tapi afwan ya bi, jangan marah. Saya masih bingung besok masak apa. Uang yang abi kasih udah abis."
“mmhm…Kalau uang udah abis, kita minta aja lagi sama Allah”
“Kan Allah kasihnya sama abi, jadi saya mintanya sama abi”
“Kalau uang udah abis Nai, itu berarti rejeki udah mo datang lagi. Kayak sumur aja. Kalau sumurnya kering, berarti ujan udah mo datang. “
“Abi lagi gak punya uang ya ?”

*************************************************************************************

Saya faham kita memulai merintis dari awal. Dari tidak mempunyai apa-apa dan ketika perlahan-lahan kehidupan mulai membaik. Alhamdulillah. Tetapi saya lihat banyak diantara pemimpin ummat ini, lupa ustadz. Apa gerangan yang membuat dunia ini menjadi lebih menarik dari pada dakwah itu sendiri . Dan kita sudah lihat itu. Apakah ini , ini yang dikehendaki oleh perjuangan kita selama ini dengan pengorbanan kami para ibu di belakang, saya yakin bukan untuk itu ustadz. Pedih hati ustadz melihat …iman kita ini dipertaruhkan itu dikalahkan hanya oleh jabatan dan harta ustadz

*************************************************************************************

Kiranya sudah dua bulan movie ‘Sang Murabbi – Mencari Spirit Yang Hilang’ mula dikeluarkan. Namun, ana baru semalam selesai menonton kisah ini.

Sebuah filem yang dapat menaikkan semangat dalam perjuangan da’wah ini. InshaAllah, jika tidak sekarang, hasil usaha kita selama ini dapat dirasai oleh generasi akan datang. Semoga setiap dari kita bertanggungjawab akan tugas berda’wah kepada sesama sahabat iaitu saling ingat-memperingati ataupun kepada non-Muslim.

Perjuangan da’wah ini takkan mudah. Rasulullah sendiri pernah merah padam menahan marah apabila seorang sahabat bertanyakan mengapa Allah tidak memenangkan umat Islam. Inilah ujian namanya. Iman manusia takkan teruji jika tiadanya ujian. Ujian itu kan sebagai tarbiyyah dariNya. Mendidik hambaNya untuk meningkatkan tahap keimanan. Namun jika tewas, boleh menyebabkan semakin jauh dariNya.



Satu sedutan dari filem ‘Sang Murabbi’ :

*************************************************************************************

Seseorang :
Ustadz, gimana nih? Teman-teman udah pada kendor semangatnya. Kalau kita ketemu nggak pernah ngomongin pengajian lagi. Yang diomongin soal ekonomi… politik… Gimana dong, tadz?!

Ustadz Rahmat :
Akhi, antum mesti sabar dan ikhlas. Antum tahu monyet?

Seseorang :
Ya, tahu Ustadz. Tapi bukan ane kan monyetnya?

Ustadz Rahmat :
(Tersenyum) Ada ceritera, seekor monyet nangkring di pucuk pohon kelapa. Dia nggak sadar lagi diintip sama tiga angin gede. Angin Topan, Tornado sama Bahorok. Tiga angin itu rupanya pada ngomongin, siapa yang bisa paling cepet jatuhin si monyet dari pohon kelapa. Angin Topan bilang, dia cuma perlu waktu 45 detik. Angin Tornado nggak mau kalah, 30 detik. Angin Bahorok senyum ngeledek, 15 detik juga jatuh tuh monyet. Akhirnya satu persatu ketiga angin itu maju. Angin Topan duluan, dia tiup sekenceng-kencengnya, Wuuusss…. Merasa ada angin gede datang, si monyet langsung megang batang pohon kelapa. Dia pegang sekuat-kuatmya. Beberapa menit lewat, nggak jatuh-jatuh tuh monyet. Angin Topan pun nyerah. Giliran Angin Tornado. Wuuusss… Wuuusss… Dia tiup sekenceng-kencengnya. Ngga jatuh juga tuh monyet. Angin Tornado nyerah. Terakhir, angin Bahorok. Lebih kenceng lagi dia tiup. Wuuuss… Wuuuss… Wuuuss… Si monyet malah makin kenceng pegangannya. Nggak jatuh-jatuh. Ketiga angin gede itu akhirnya ngakuin, si monyet memang jagoan. Tangguh. Daya tahannya luar biasa.

Ngga lama, datang angin Sepoi-Sepoi. Dia bilang mau ikutan jatuhin si monyet. Diketawain sama tiga angin itu. Yang gede aja nggak bisa, apalagi yang kecil. Nggak banyak omong, angin Sepoi-Sepoi langsung niup ubun-ubun si monyet. Psssss… Enak banget. Adem… Seger… Riyep-riyep matanya si monyet. Nggak lama ketiduran dia. Lepas pegangannya. Jatuh tuh si monyet.

Nah, akhi. Tantangan dakwah seperti itu. Diuji dengan kesusahan… Dicoba dengan penderitaan… Insya Allah, kita kuat. Tapi jika diuji oleh Allah dengan kenikmatan, ini yang kita mesti hati-hati. Antum mesti sabar… ikhlas… Ingetin terus temen-temen antum, jangan seperti monyet…

*************************************************************************************

Pengajarannya di sini, ujian tidak diberi melalui kesusahan sahaja, namun juga melalui kesenangan. Biasanya, ujian kesenangan sering membuatkan kita terleka lantas mampu melencongkan kita dari jalan da’wah secara perlahan-lahan. Berhati-hatilah, sahabat!

Yaa Muqollibal Quluub, Tsabbit quluubanaa ‘alaa diinik wa ‘alaa to’atik (Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkan hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu)

Website Sang Murabbi : [ link ]

Mengenai langganan VCD/DVD filem ini, rujuk : [ link ]



*************************************************************************************

Sumber :

Zul3 Multiply - Petikan 'Sang Murabbi'

Alimmahdi - Jangan seperti monyet

Azwarti - Mencari Spirit Yang Hilang

Hasdiputra - Mencari Spirit Yang Hilang

(( kahfi8 on Youtube! : Klip Nasyid Merah Saga ))

Bangkitlah wahai syabaabul Islam! Di mana pengganti Umar Al-Faruq? Siapakah pewaris Salahuddin Al-Ayyubi? Di mana pemuda-pemuda Sultan Muhammad Al-Fateh? Tanamkan semangat jihad dalam hatimu, tekadkan azam untuk syahid dalam dirimu! ALLAHU AKBAR!!

Hmm, hari nie ana nak berkongsi satu klip nasyid jihad dengan antum/antunna/korang. InshaAllah, bila tengah buat kerja tu, rase bersemangat dan berkobar-kobar. Kaki pun rasa nak hentak macam kawad plak heheh! Layan laa... Merah Saga!!


Munsyid : Shoutul Harokah
Nasyid : Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa syahid dalam cintaNya


Selamat menonton. Video ini juga dapat dilihat dalam flash tentang Nakbah Palestin Kedah pada 20 Jun 2008. Lihat posting ana sebelum ini (( Hi-Impak Nakbah Palestin : Sungai Petani & Kulim ))

Untuk mendownload flash tersebut, klik PalestineFlash ® ReleaseJune08

(( Nasyid Yang Metal?? ))

PadaMu ku serah segala
Hatta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau Yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah Ya Allah

PadaMu ku serah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

*
Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walau pun sekali takkan ku ulangi

Ya Allah tuhanku bantulah hambamu
Jangan biarkan diriku terus dibelenggu
Ampuni dosaku terangi hatiku
Izinkan ku kembali ke jalan redhaMu

Tiada lain yang ku harapkannya
Kasih sayangmu tuhan
Membawaku kerimbun keampunan
Ya Allah padamu ku serah segala

(ulang dari *)

**************************************************************

Begitulah bait-bait 'Nasuha' dendangan Mestica, dalam album terbaru mereka, BADAR 313. Ana baru dua hari dapat dengar, copy dari sahabat. Agak banyak menampilkan muzik yang keras, suatu kelainan yang mungkin menyebabkan 'kening terangkat' masa mula2 dengar, hehe. Berikut adalah review dari sebuah blog.

**************************************************************

TERBALIK?? Itu persoalan pertama aku pabila dapat je CD Mestica 313 ni. Bukan apa, cuma inlay cover CDnya diletakan secara terbalik. Satu idea menarik. Hasil kerja Zaidi (Dizai_ner) pada cover cam beselah, superb dan dan luar biasa. Mestica berposing sempoi je dlm gambar cover… jom, check out lagu2 nya pula!

Segalanya Milik Mu: Bermula yakin dengan pop balada yang agak baik. Sekali dengar, melodinya dah dapat tangkap. Memang sedap. Chorus ada sedikit sound gitar distortion. Boleh dikatakan melodi seperti lagu ni adalah melodi trademark original Mestica.

Hurul Ain: Feel Arab dengan sedikit (tak sampai 10% pun) lenggok dangdut. Lagu yang mempunyai groove yang boleh kata sedap jugaklah. Kira oklah tu.

Nasuha: Balada yang sungguh sedap. Lagu pasal taubat. Aku pilih lagu ni sebagai killer song. Tapi aku tak berapa nak setuju lagu yang sedap camni pakai dram programming je. Tapi kira boleh la diterima. Dan lagu ni memang sedap! Melodi terus melekat 100% dalam otak aku…good job!

Seruan: Uihhh, intro cam nak jadi band Queen je, sebelum masuk part yang muziknya agak pop+funky. Melodi dia ok.

Wajah Suci: Lirik dari Kak Ikin(Ana Muslimah). Terdiam kejap aku dengar dan baca lirik lagu. Sedih. Pasal buang bayi. Arghhh… Lagu yang best, tapi lirik dia mendalam dan sapa yang mendalaminya pasti sedih dan leh menangis. Kenapa? Fikir sendiri….

Muhammad Al-Huda: Lagu Arab dengan muzik pop. Kali ni programming muziknya agak kaku dan macam cukup makan jer….

Mimpi Yang Indah: Ni betul punya kuat irama popnya. Sekali lagi programming muzik keras. Hmmm…boleh diterima

Badar 313: Gothic Metal kegemaran aku! Cam dengar lagu ‘epic metal’ ala band luar negara seperti Kamelot, Symphony X atau Evenesence pun ada. Gitar distortion berat gila! First time dgr nasyid dibikin camni. Cayalah!

Kesimpulan: Album yang seimbang diantara lagu yang ‘easy listening’ dan yang berat. Beberapa elemen pelik turut dijumpai, tapi itulah Mestica, penuh dengan kejutan dan experimentasi yang tak diduga. Nilaikan sendiri!

info dari: [[ link ]]



Komen Ana : Dulu ana minat lagu-lagu 'keras' camni. Tapi sekarang ni dah tak dengar lagu2 camtu, sebab semuanya berkisar pada cinta, cinta, cinta dan cinta. So ana pilih nasyid yang rancak sikit. Lagipun ana time dengar nasyid, suka bernasyid sekali, hehe. Album ni sangat cepat untuk diingati bagi ana.

Rujukan Tambahan : Lihat [[ link 1 ]], [[ link 2 ]] dan [[ link 3 ]]

(( Hiburan Remaja - Nasyid dan Bukan Nasyid ))


Alhamdulillah, Hijjaz telah pun menerbitkan album terbarunya, Pelita Hidup 5 / Panggilan Haji.
Terdapat 14 'track' semuanya :

1. Hijjaz - Cerita Sejarah Pengorbanan 2 (5:30)
2. Hijjaz - Cerita Sejarah Pengorbanan (4:26)
3. Hijjaz - Doa Dan Zikir Di Padang Arafah (0:48)
4. Hijjaz - Haji Rukun Ke 5 (4:38)
5. Hijjaz - Panggilan Haji - Feat Hjh Nur Asiah Djamil (Ex El-Suraya) (5:35)
6. Hijjaz - Panggilan Haji (5:25)
7. Hijjaz - Peristiwa Padang Arafah (4:18)
8. Hijjaz - Sejarah Pengorbanan (5:13)
9. Hijjaz - Sofa Dab Marwah (4:59)
10. Hijjaz - Tawaf 2 (2:42)
11. Hijjaz - Tawaf 3 (1:35)
12. Hijjaz - Tawaf (2:55)
13. Hijjaz - Cerita Khutbah Wida' (6:09)
14. Hijjaz - Cerita Pertemuan Di Padang Arafah (2:20)

Sebut tentang nasyid kontemporari ni, mesti sebut jugak tentang hiburan, tapi kebanyakan orang sekarang (terutamanya remaja Islam, tak terkecuali juga yang tua) berhibur dengan hiburan yg melalaikan.

Tetapi kita dapat lihat nasyid telah melalui satu evolusi di mana kandungan nasyid telah mula berubah dari matlamat sebenarnya. Jika kita kembali kepada asas tujuan nasyid, nasyid menjadi medan da'wah zaman moden. Nasyid membawa mesej Islam, keinsafan, kesedaran dan juga motivasi kepada manusia. Tidak lupa juga sebagai menceritakan semula kisah2 teladan yang memberi manfaat dan juga pengajaran.

Akan tetapi, semakin banyak nasyid2 'meleleh' yang kita dengar di mana2, didengarkan di corong2 radio, juga ditayangkan di kaca TV. Isi2nya selalu dihidangkan dengan lirik yang berkaitan dengan percintaan, jiwang dsb. Ya, ada diselitkan cinta ilahi, tapi cinta ilahi tidak dapat dilakar melalui lakaran bicara puisi, sajak atau lain2nya. Ana memetik dari blog [[ link ]] seperti berikut :


Cinta Ilahi bukan sekadar lakaran puisi, ia harus dirasai.
Bukan sekadar permainan kata-kata, melainkan rasanya hadir di kedalaman jiwa. Berjuang meraihnya, tak semudah menyusun kalimah indah memukau mata.

Cinta adalah rahsia-Nya. Yang tersembunyi, dan pencari-Nya tak mudah mendakwa-dakwa sudah memiliki.


Bagi ana, nasyid yang ana panggil nasyid ialah lagu yang mengandungi mesej2 yang memberi kesan dan impak kepada penggunanya. Seperti nasyid 'The Zikr' iaitu 'Air Mata Keinsafan'. Nasyid ini sangat menimbulkan kesan yang mendalam dalam diri. Sungguh menginsafkan dan membekas di dalam hati (walaupun ana insaf sekejap je, time dengar nasyid tu je). Nasyid2 klasik (area awal 90-an sebelum munculnya raihan) lebih menarik minat ana kerana tidak terlampau mengasyikkan dan melalaikan. Nasyid seperti 'Dunia Baru Islam' dan 'Di Pondok Kecil' antara nasyid2 'hits' pada zaman itu. Walaupun masa tu ana baru berusia 5,6 tahun.

Antara nasyid kontemporari yang ana kategorikan sebagai nasyid klasik ialah 'Raihan - Wahai Kawan' dan 'Hijjaz - Sebelum Terlena'. Kedua2 nasyid ni antara favourite ana. Dan nasyid2 sekolah seperti SMAKL dan SMAP Kajang juga ana suka, seperti 'SMAKL - Usia', 'SMAKL - Masih Ada Waktu', 'Soutul Jihad - Masanya Telah Tiba' dan banyak lagi. Namun, tak dinafikan juga ana meminati nasyid2 dari Ustaz Akhil Hayy seperti 'Di Bawah Satu Cahaya' dan 'Berita Pada Kawan'.

Ana ada terbaca dari satu website, so nak share dengan sahabat2 semua tentang dasar2 & batas2 nasyid.

Dasar-dasar & Batas-batas Minima Yang Boleh Ditetapkan
Berdasarkan perkara di atas, dicadangkan dasar-dasar dan batas-batas minima berikut bagi menentukan musik dan lagu ‘halal’ bagi masyarakat awam;

1. Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah taala atau menjurus kepada yang haram seperti:

• memuja wanita.

• mendedahkan aurat.

• menggalakkan pergaulan bebas.

• mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.

• memuja dadah dan arak.

• mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.

• menghina amalan-amalan Islam.

• memfitnah orang.

2. Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetap oleh Islam.

3. Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.

4. Hiburan bukanlah alternatif pada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.

5. Hiburan hendaklah menjauhi dari unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlaq rendah kerana Islam sentiasa menuntut umatnya agar menyalahi amalan penganut agama lain dan menjauhi dari dikaitan dengan akhlaq-akhlaq yang keji. Ini dapat dilihat dari larangan bersolat selepas solat Subuh dan selepas Asar kerana menjauhi amalan penyembah matahari dan amalan berpuasa sembilan dan sepuluh Muharram kerana menyalahi amalan orang Yahudi yang berpuasa pada sepuluh Muharram sahaja.

Sebagai contoh ialah berambut panjang. Walau pun tiada dalil khusus yang melarang orang lelaki berambut panjang tetapi oleh kerana ia telah menjadi simbol para penyanyi Rok yang dikeji oleh Islam maka ia perlu ditinggalkan.

6. Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan yang lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.

7. Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.

8. Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.

9. Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal ia membawa pada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha.

10. Begitu juga lagu-lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.



Justeru itu, hiburan perlulah dipilih dengan berhati-hati. jangan 'sembrono' sahaja. Sebabnya nasyid pun boleh melalaikan juga. Macam mana tu? Ha, kalau dengar nasyid Raihan, Hijjaz, In-Team hatta Yusuf Islam sekalipun, tapi sampai lewatkan solat, sampai tak pergi usrah, dsb, tak lalai ke tu? Jangan anggap bila dengar nasyid, kita menjadi lebih baik dari semalam. Atau rasa lebih baik dari orang yang dengar lagu rock. Malah di sini ada satu link yang memaparkan 'top 20 nasyid yang bukan nasyid'. Ingin tahu? Klik [[ link ]]

Bolehlah disimpulkan di sini bahawa muzik yang memberi keinsafan dan kesedaran tidak terhad pada nasyid sahaja. Tapi nasyid ini sebagai alternatif masa kini. Pilihlah nasyid (atau yang bukan nasyid) yang dapat memberi kesedaran pada kita. Juga yang tidak melalaikan atau menjauhkan diri kita dari Allah s.w.t. Pilihan di tangan anda.