Showing posts with label Kontemporari dan Semasa. Show all posts

3-4-3, Usaha Keras dan Mencapai Kemenangan

Antonio Conte.

Pengurus Chelsea yang masih di musim pertama di Liga Inggeris. Seorang yang tenang, fokus dan mempunyai passion/keghairahan yang tinggi terhadap bola sepak.

Gambar diambil dari Telegraph/Google

Seorang jeneral yang sentiasa punya motivasi tinggi dan mampu meniupkan hamaasah (semangat, spirit) yang tinggi kepada perajuri-perajuritnya.

Bermula baik dengan 3 kemenangan liga sebelum 'terduduk' sejenak dengan satu seri menentang Swansea dan dua kekalahan kepada pencabar terdekat (ketika itu) iaitu Liverpool (tewas 1-2) dan Arsenal (tewas 0-3).

Kemudian, bermulanya eksperimen 3-4-3 sejak separuh masa kedua ketika tewas 0-3 kepada Arsenal ternyata melonjakkan Chelsea dari tangga ke-8 menuju ke persada liga.

13 kemenangan berturut-turut dalam satu musim yang menyamai rekod Arsenal beberapa belas tahun yang lalu berjaya dicatat sebelum dihentikan oleh Tottenham.

Hasil revolusi 3-4-3 Chelsea oleh Antonio Conte akhirnya menyebabkan beberapa pasukan mengubah formasi ketika menentang Chelsea kerana melihat kemampuan unit pasukan dalam 3-4-3 ini memanipulasi pihak lawan sama ada ketika mendominasi perlawanan atau ketika bertahan dan serang balas.

Gambar dari thefutballreview


Namun, tidak ada formasi yang sempurna. Beberapa pasukan telah berjaya menembusi Chelsea dan menyebabkan Antonio Conte mengubah taktikal atau formasi ketika perlawanan berlangsung.

Dari 3-4-3, perlawanan boleh berubah dengan kemasukan seorang midfield lagi menjadikan 3-5-2, atau mengubah bentuk dari 3-4-3 kepada 4-2-3-1 atau 4-2-4.

Fleksibel. Fluid.

Inilah sikap yang harus ada pada seorang penyeru dan juga pemimpin. Juga jiwa seorang 'pemenang'.

Berusaha sehingga kehabisan ikhtiar. Bekerja keras sehingga kemenangan dikecapi. Sentiasa mempertingkatkan diri dan mencabar diri untuk menjadi lebih baik.

Kemenangan itu akan tiba. Konsisten sehingga garis penamat!

Serlahkan Sokongan Buat Saudara Seaqidahmu!

Allaahu akbar! (Wa lillahil hamd!)

Down! Down! Husni Mubarak!

Begitulah sepintas lalu gema sorakan di sepanjang 'Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir'.

Kita mengharapkan agar Allah menjatuhkan pemimpin yang zalim dan kejam. Kita mengharapkan agar Allah memberi kembali peluang untuk Islam kembali menyinar dan memerintah.

Saban hari, kita berusaha. Menyebarkan maklumat, menyeru dan mengajak.

Kita lantang sekali apabila di hadapan orang ramai, atau di hadapan pemimpin yang zalim tersebut.

Tapi, rasanya lebih malu apabila kita beria-ia mahu Allah menewaskan musuh yang kita benci, sedangkan musuh yang sepatutnya kita benci terlebih dahulu, kita tidak benci padanya. Kita tidak menjauhi dan menghindar darinya.

Lupakah kita? Ramai punya musuh dalam diri, tapi tidak mampu ditewaskan. Tapi mahu menewaskan musuh yang lebih besar! Tidak kiralah apa jua musuh dalam dirinya! Sama ada perangai mazmumah, atau sifat-sifat yang negatif seperti malas, mudah putus asa dan sebagainya.

Begitu juga, ramai melaungkan agar Islam ditegakkan, sedang saja Islam dalam dirinya tidak mahu ditegakkan, atau ditegakkan sekadar yang diingini, atau pada batas-batas yang disukai sahaja. Tidakkah itu satu pengkhianatan yang lebih besar?

Saudaramu di sana, (Palestin, Mesir, Tunisia, Jordan, Yaman dan lain-lain) inshaAllah kuat-kuat sahaja. Kita mahukan semangat lantang kita di medan selari dengan semangat kita menewaskan musuh dalaman kita! Musuh Allah tidak musnah dengan hebatnya teknologi kita, tapi mereka musnah apabila kita punya hubungan dengan Allah kental dan teguh!




~ Tewaskan Musuh Dalam Dirimu, Kelak Musuh Yang Lain Di Muka Bumi Juga Akan Tewas InshaAllah! ~

Listening to : Untuk Sebuah Perubahan (Fathul Jihad)
Reading : Dakwah Kami (Himpunan Risalah HAB)
Mood : Hamaasah Al-Laahibah!

Mc D Jom!

Jam 1300 di sebuah pejabat di utara tanah air.

“Jom, lunch!” Ikmal mengajak rakan sepejabat barunya untuk pergi makan tengahari.

“Jap, nak siapkan sikit lagi kerja ni,” balas Muaz.

Lima minit kemudian.

“Nak pergi makan kat mana ni?” tanya Muaz.

“Hari ini ade tempat special aku nak bawak hang,” beritahu Ikmal sambil memicit alat kawalan jauh keretanya.

“Kenalkan ni, Fuad,” Ikmal memperkenalkan kawan sekampungnya yang berlainan pejabat. Pejabat Ikmal dan Muaz terletak di tingkat lapan manakala Fuad bekerja di tingkat tujuh belas. Muaz dan Fuad berjabat tangan sambil tersenyum.

Mereka menaiki kereta MyVi milik Ikmal menuju ke destinasi istimewa yang diberitahu Ikmal.

“Hari ni kita makan burger,” beritahu Ikmal apabila sampai ke destinasi yang diperkatakan.


‘Eh, McD ke.. Aku ingat nasi kandar ke.. Naqib aku cakap McD kena boikot aritu..’


getus Muaz dalam hatinya. Dia teringat pesan naqibnya, Afif. Dia berasa kurang sedap hati. Apa yang diketahuinya, McD atau kependekan bagi McDonald Restaurant adalah salah satu dari penyumbang kepada Yahudi Zionis yang menjajah dan membunuh rakyat Palestin.

Ketika hampir sampai ke pintu, tiba-tiba Muaz bertanya, “McD sekarang ada pakej nasi tak?”

Ikmal ketawa, “Nasi? Takde kot. Apesal?”

“Takde la. Aku tak kenyang la makan burger je. Nak makan nasi la,” helah Muaz.

“Alaa, kenyang je aku makan burger. Aku kalau dapat makan yang paling special tu, nak abiskan french fries pun dah tak larat. Aku belanja. Tak nak gak?,” pujuk Ikmal.

“Ehhh.. Tak boleh la. Aku melayu totok kot. Hehe ~ Kena makan nasi.”

“Takpelah, kat sebelah sana ade restoran, beli la, sat gi bawak masuk makan ngan kitorang,” Fuad mencelah.

~ ~ ~ ************** ~~~

Selang sepuluh minit.

“Lauk apa? Ikan je? Kalau tak kenyang, aku bagi sikit burger aku ni ha,” pelawa Ikmal kepada Muaz.

Muaz menolak penuh sopan, “takpelah, susah-susah aje. Nasi ni dah cukup untuk kenyangkan aku.”

“Kalau camtu, takpelah.”

Muaz selesai makan lebih awal dari Fuad dan Ikmal. Selepas membasuh tangan, Ikmal bertanya, “eh, hang tak beli air ke? Tak haus ke?”

‘Alamak, ape nak jawab ni? Ah, bantai je la..’


Otak Muaz ligat mencari helah.

“Aku biasa minum air setengah jam lepas makan. Jaga kecergasan. Biaselah, atlit. Ahaha...” jawab Muaz spontan.

“Heh, ye la sangat. Aritu hang minum terus je lepas makan?”

“Aritu sebab mase sarapan pagi aku tak minum air. Tu yang haus sangat tu. Lagipun lambat sangat tunggu nasi. Order la air,” jawab Muaz lagi.

“Ala, air coke ni free je. Boleh topup kat kaunter tu,” pujuk Fuad pula.

“Segan ke? Kalau segan, biar aku tolong amikkan untuk hang,” Ikmal menawarkan bantuan. Dia bingkas bangun dan menambah air cokenya untuk diberikan kepada Muaz.

‘Alamak, camne ni..’

Muaz berfikir helah lain untuk mengelak. Dia terbayangkan setiap minuman atau makanan yang masuk ke perutnya seolah darah saudara seaqidahnya di Palestin. Ada juga rakan-rakannya sebelum ini berdalih,

‘Ala, berapa peratus je dari McD ni disumbangkan pada Zionis. Yang kita beli ni bahagian tak menyumbangkan pada Zionis. Takpe.’

‘Tahu ke pulak bahagian mana yang kita bayar tu disumbangkan kat Zionis atau tak? Ish.. Camne ni?’

Ikmal menghulurkan air coke yang sudah ditambah kepada Muaz.

“Minumlah. Jangan malu-malu,” pelawa Ikmal.

Mahu tak mahu, Muaz terpaksa minum juga.

‘Takpe la, minum sikit je. Raikan diorang ni.’

Selesai makan, dalam perjalanan pulang, “adui ni yang tak suka minum air gas ni. Perut rasa memulas sikit.” Kata Muaz, berhelah.

“Ye ke? Lain kali hang minum air takde gas la.” Kata Fuad.

Kereta meluncur laju. Muaz mengenang ‘peristiwa’ yang berlaku sebentar tadi. Dia berasa bersalah kerana tidak mampu menyedarkan rakannya. Namun dia tahu, sukar untuk menegur secara terus. Mungkin dia perlu berbincang dan bertanya pada naqib atau ahli usrahnya yang lain tentang cara yang efektif untuk menasihati kawan sepejabatnya itu, dan orang lain juga mengenai pemboikotan terhadap Zionis.

‘Ya Allah, semoga Kau tunjukkan jalan bagiku untuk menyedarkan mereka dan menghindarkan aku dari tersesat dari jalanMu.’

Doa Muaz dalam hatinya.

McDeath!!

 Apakah yang dibanggakan dengan sticker ini pada kereta?

Be Prepared.. He's Coming!


MashaAllaah. Sedar tak sedar, Ramadhan akan bertandang kembali. Pintu rahmah, maghfirah dan pembebasan dari api neraka akan terbuka kembali. Khas, buat sesiapa yang mencarinya dengan penuh daya.

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menyusul.

Mari kita senaraikan kewajipan-kewajipan yang sangat digalakkan sepanjang Ramadhan :

1. Tilawah Al-Qur'an 1 juz sehari
2. Solat sunat / qiamullayl setiap malam
3. Memeriksa hafazhan juzu' 30
4. Iftar bersama usrahmate / mutarabbi sekurang-kurangnya sekali
5. Infaq RM 1 sehari (simpanan dari perbelanjaan harian biasa)
6. I'tikaf di masjid sekurang-kurangnya 2 hari di penghujung Ramadhan
7. Istighfar 100x sehari


Mahu ekstra?

Buat banner atau bunting sempena Ramadhan. Atau kat bilik, print atau buat poster yang mem'boost' untuk beramal sepanjang Ramadhan. Tampalkan muhasabah atau senarai check list amalan harian sepanjang Ramadhan.


Mahu tambah lagi?

Dua kali gandakan amalan biasa..!!


Selamat berkongsi dan beramal..



~ Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna ~

Mentor, Guru, Cikgu, Mudarris, Muallim, Murabbi

Keluhan hati dan jiwaku mengatakan, aku tak sesuai jadi cikgu.

Sudah mencuba hampir dua bulan, tapi nampaknya, ini bukan profesion yang sesuai untukku.

Ikhwah yang berharap agar aku kekal di sini, kupohon maaf sepanjang perkhidmatanku yang kurang memberangsangkan, aku tidak dapat menunaikan permintaanmu untuk kekal berkhidmat sebagai guru.

Bukan aku tidak mahu membimbing bakal-bakal pengganti pemimpin sekarang, tapi biarlah tugas itu dilakukan oleh orang yang lebih sesuai dan bersedia (untuk mengajar dengan penuh komited serta kasih sayang).

Mungkin, jiwaku yang lebih pada 'art n design' ini sesuai berkomunikasi dengan lukisan dan komputer yang kuhadap hampir setiap hari..



Cikgu dan murabbi. Hampir sama. Namun, pengunduran diri dari menjadi cikgu, tidak bererti berundur dari menjadi murabbi. Aku tetap berusaha menjadi murabbi, tetapi dengan caraku tersendiri. Melalui multimedia dan seni lukisku. Bukan dipandang pada berapa ramai anak binaan, tapi biarlah pada istiqamahnya hati-hati yang terpikat dengan ajakanku kepadaNya. Setakat ini, belum ada seorang lagi mutarabbiku yang 'lekat'. Semoga pengalaman dapat memberikan pengajaran untuk masa akan datang. Bukankah pengalaman itu guru terbaik?

~ Murabbi Tegar, Mutarabbi Menyinar (Tema TiTiaN 08) ~

Apa Yang Termampu

Kebelakangan ni ramai pulak ikhwah ditimpa musibah.

Positif H1N1 (alhamdulillah dah keluar hospital), kecurian dan kemalangan.

Semoga ujian yang menimpa tidak melemahkan semangat mereka.

Jalan yang kita lalui ini memang penuh dengan liku-likunya.

Tapi di saat ini, aku yang di akhir semester sudah kekeringan duit poket. Apalah dayaku.. Imanku tidak seperti Abu Bakr r.a. yang menginfaq keseluruhan hartanya untuk Islam. (T_T) Hanya doa yang mampu dihulurkan. Juga kata-kata semangat sebagai penguat diri antum. Semoga kita terus tsabat di jalan ini. ~ Aameen ~

Idola atau Terpengaruh??

~ Dah lama tak menulis dalam bahasa yang santai ~

Hampir semua orang ada sesuatu yang menjadi sebab bagi memulakan sesuatu perkara. Contohnya, bola sepak. Ada yang mula minat bola sepak sebab menonton perlawanan di TV dan tertarik dengan corak permainan yang ditunjukkan dan mula menjadi peminat setia bola sepak ‘gila bola’. (aku le tu – tapi sekarang dah kurang sejak merasa kemanisan tarbiah ni)

Sebut tentang ikutan, atau dipanggil idola ni, rasanya ada beberapa orang dalam hidupku yang ‘mempengaruhi’ (cam idola la kot) aku sama ada mereka sedar atau tak.

Kalau masa kecil dulu, aku sangat obses dengan sorang abang aku. Masa tu dia baru mula kerja sebagai pelukis kat Pustaka Salam. Jadi, aku minat melukis jugak walaupun tak sehebat abang aku tu. Lepas tu, adik aku pun ikut plak. Kiranya aku idola adik aku le? Haha. Then, abang aku antara yang terawal guna komputer dalam keluargaku, so aku pun ikut dia la yang sekarang ni jadi sangat obses dengan komputer. Tak silap, first time aku format komputer (windows 3.11) kat komputer masa darjah 4 (1998). Itu pun lepas banyak kali komputer rosak pastu dia suruh format dan install sendiri. Mula-mula, aku suka main games (biasalah budak-budak masa tu), tapi bila tengok abang aku guna komputer untuk buat grafik, aku pun ikut jugak. Sampai sekarang, banyak jugak hasil karya abang aku. Kalau pernah baca Kamus Adik terbitan Pustaka Darul Iman, dia la pelukis dan pereka grafiknya! (heh) Dan kerana dia jugak le aku suka perkara-perkara yang berkaitan dengan ‘desktop publishing’ (DTP) ni. Hasilnya, aku diamanahkan sebagai AJK grafik masa kat sekolah menengah dan kat matriks.

Seorang lagi, Encik H (dirahsiakan walaupun ramai yang boleh teka). Sejak jumpa kali pertama, aku rase selesa bila pandang muka dia. Dialah orang yang mentarbiah diriku sejak semester 2 di UUM. Alhamdulillah, semoga usaha yang dia buat dapat memberatkan neraca amalan di sana kelak. Kalau jumpa, mesti ada ilmu yang baru aku dapat (dia nasihat untuk aku yang nakal ni). Teknik penyampaian dia jugak kreatif, dan menarik minat aku untuk memperjuangkan dakwah melalui ilmu yang aku ada hasil minat dari abang aku tu (grafik).

Mungkin jugak perpisahan yang Allah aturkan ni untuk mengurangkan kebergantungan aku padanya, belajar berdikari dan menjadikan Allah sebagai tempat utama untuk berharap tidak kira apa jua keadaan.

Apapun, walau apa pun yang menarik kita untuk kembali kepadaNya, biarlah ia sebagai satu titik mula dalam perubahan diri. Bukanlah sebagai sebab utama, tetapi hanyalah ‘asbab’ atau penyebab. Alhamdulillaah, aku rasa sedang dalam proses pengembalian jati diri yang terbaik buat diriku. Jati diri yang telah lama hilang sejak kejatuhan diriku dalam lembah jahiliah. Sebuah hadith yang aku masih hafaz matan (isi hadith) dan maksudnya (sanadnye tak ingat ~) sejak sekolah rendah, pasal kemanisan iman :

1. Mencintai Allah dan RasulNya lebih dari perkara lain
2. Mencintai seseorang kerana Allah (sejantina)
3. Benci kembali kepada kekufuran seperti
mana dia benci dilempar dalam api neraka.


Dan perubahan tu biarlah akhirnya akan menjadikan kita ikhlas kerana Allah.

Maka kat sini sebagai peringatan kepada da’i yang menyeru kepadaNya, mungkin anda penyebab perubahan seseorang, tapi berdoa juga supaya mad’u anda berubah keranaNya. Walau sehebat mana pun cara seruan kita, walau ramai pun yang kita sudah ajak, tapi biarlah mereka yang diseru itu melakukan amal keranaNya.

Semoga hadith di atas memperbetulkan niat kita dalam beramal lantas dapat mencapai kemanisan iman tu. Aameen ~

Kempen 3J UUM




Sepatutnya entry ini dimasukkan awal-awal sebelum bermulanya ekspo konvokesyen UUM kali ke 22 sidang ke-2 pada awal oktober baru-baru ini, tapi ke-tidak-sempat-an menyebabkan penulisan mengenai kempen itu tidak dilakukan.

Mengenai kempen tersebut, anda boleh lihat di montaj video di atas (insya Allah akan diletakkan di bahagian atas blog ini sehingga hujung tahun ini). Kempen 3J ini ialah kependekan bagi “Jagalah Aurat, Jauhi Maksiat dan Jangan Tinggal Solat.”



Jagalah Aurat

Allah berfirman dalam surah ke-24 dalam Al-Qur’an, An-Nuur, ayat ke-31 :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak (hamba sahaya) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
[ Surah 24, An-Nuur : Ayat 31 ]

‘Detail’ sekali penerangan mengenai aurat di dalam Al-Qur’an. Dalam hal ini, penutupan aurat bukanlah untuk mengongkong seperti yang dikatakan orientalis. Bukan untuk menyekat kebebasan mereka. Tetapi ini untuk kebaikan juga.

Banyak perkara yang tidak baik dapat dijauhkan apabila aurat ditutup dengan sempurna. Allah telah menetapkan semuanya dengan sangat tersusun. Menutup aurat tidak menghalang wanita untuk bersukan, bekerjaya dan sebagainya, asalkan batas-batas syari’at dan pergaulan sentiasa terjaga.

Perhatikan ayat tersebut, dimulakan dengan “hendaklah mereka menahan pandangannya” bererti menjaga batasan pandangan. Fitrah bagi manusia, suka melihat sesuatu yang menyedapkan pandangan. Namun, bukankah seindah perhiasan dunia ialah wanita solehah? Bererti yang menurut perintah Allah (sudah semestinya menutup aurat). Maka dengan menundukkan pandangan juga, insya Allah akan berkuranglah jumlah wanita yang tidak menutup aurat.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[ Surah 33, Al-Ahzaab : Ayat 59 ]

Jauhi Maksiat

Akhir-akhir ini, pergaulan antara lelaki dan perempuan sangat tidak terjaga. Bertepuk tampar tanpa segan silu, malah berpegangan tangan di khalayak ramai.

Perlu ditekankan, apabila meningkat remaja, lelaki dan wanita sudah mula mempunyai keinginan terhadap berlawanan jantina. Maka, dalam menjauhi maksiat juga, hendaklah dimulakan dengan menjaga pergaulan antara jantina yang berlawanan. Allah telah mengingatkan dalam firmanNya :

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
[ Surah 17, Al-Israa’ : Ayat 32 ]

Firman ini sangat popular. Namun ramai yang endah tak endah dengannya. Apabila ditegur, “kami berbual je,” “kami makan-makan je,” “kami SMS je” dan 1001 serba serbi jawapan yang akan diterima. Ayat tadi melarang mendekati zina, bererti mendekatinya sudah pun HARAM!

“Apabila seorang lelaki berseorangan bersama seorang wanita, yang ketiga ialah syaitan.”
[ hadith riwayat At-Tirmizi ]

Apabila pergaulan antara silang jantina berlaku, syaitan akan menggunakan segala cara yang ada untuk memesong seseorang hatta orang ‘alim sekali pun.

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.
[ hadith dari Abu Hurairah r.a. ]

Perhatikan!

Bermula dengan mata, mungkin menyebabkan timbul keinginan. Kerana itulah pentingnya menjaga pandangan. Akhir sekali, hendaklah juga berjaga-jaga dengan zina hati di mana menyebabkan timbulnya ‘penyakit’ rindu.

Jangan Tinggal Solat

“Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikan solat dia telah mendirikan agama dan sesiapa meninggalkan solat dia telah meruntuhkan agama.”
[ hadith riwayat Al-Baihaqi dari Ibnu Umar ]

Situasi ini mungkin tidak perlu diterangkan lebih lanjut rasanya. Di universiti sahaja, berapa ramai sangatlah bilangan jamaah yang hadir untuk solat berjemaah. Mungkinlah mereka solat di bilik, tapi dari ‘interview’ tak rasmi yang pernah dilakukan saya, ada yang memang tidak bersolat dengan alasan kelas dan sebagainya.

Ingatlah! Solat merupakan amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak. Bagaimanakah nasib kita di sana kelak jika amalan solat kita tidak sempurna? Dan adakah kita pasti bahawa solat yang dilakukan itu diterima olehNya?

Kita dikira beruntung kerana dapat solat dalam keadaan yang aman. Bayangkan di masjidil Aqsa, Palestin. Mereka bersolat dengan diacukan senjata ke arah mereka. Tidakkah ia suatu yang susah? Namun kerana ini adalah perintah Allah, mereka tetap melakukannya. Tidakkah kita berasa malu?



Kesimpulan

Pada masa Islam menguasai 2/3 dunia, ketiga-tiga perkara ini mungkin tidak terfikir bagi mereka terutamanya meninggalkan solat. Namun amat menyedihkan apabila di masa kini, umat Islam terleka sehingga perintah lima waktu ini kerap ditangguhkan atau ditinggalkan. Diharapkan dari penulisan ini dapat membawa satu perubahan kepada pembaca sekalian terutama dari golongan muda kerana merekalah harapan baru ummah!

P/s - posting ini tidak menyatakan 100% pendapat penulis. Mungkin ada toleransi dalam sesetengah perkara, bergantung kepada keadaan.

Kepupusan versi dua

Sudah fikir? Bagaimana?

Dapatkah anda meneka siapa spesis I dan siapa pula spesis A?

Tak mengapa, saya tidak mahu membiarkan persoalan terus bermain di fikiran.

I yang saya maksudkan ialah lelaki manakala A pula ialah perempuan.

Betul, kan?

Mengapa saya berkata begini? Ya, perhatikan saja zaman sekarang. Di mana-mana sahaja, di kampus, di sekolah.. Jumlah perempuan mengatasi lelaki.

Dalam institusi tarbiah?

Begitu juga.



Kalau dalam sistem usrah di kampus tu, lagilah. Akhawatnya pasti lebih 'laju' mencari anak usrah (baca : mad'u) berbanding ikhwah. Sehingga terjadi, ikhwah 'hilang' bila mereka 'grade' tanpa meninggalkan generasi pewaris dalam dakwah di kampus.

Bersambung lagi.. (Idea asal ana dah terhilang sebab banyak kerja lain yang perlu dilakukan..)

Terancam oleh Kepupusan

Tahukah anda, terdapat spesis (kita namakan sebagai I) yang semakin terancam di muka bumi Allah swt ini?

Gambar kredit google


Dari segi hakikatnya, saya merasakan spesis I ini tidaklah terancam dari segi bilangannya (jumlahnya tidak menyusut ke tahap kritikal), tapi spesis ini sepatutnya ber'simbiosis' dengan satu lagi spesis (kita namakan sebagai A) sehingga jika spesis I berkurangan, maka spesis A juga turut terancam.

Apakah sebab-sebab spesis I semakin terancam? Bagaimanakah penyelesaian untuk masalah ini?

Saya tinggalkan sedikit persoalan di sini. Insya Allah, fikir-fikirkan. Bukankah Allah menyarankan kita memerhatikan ayat-ayatNya serta alam ini dan berfikir agar dapat menambahkan keimanan? Huhu.

Bersambung..

(( Ekpresi Remaja Ambang IPT 09' ))

Kepada lepasan SPM 2008. Juga lepasan STAM, STPM atau SPM 2007.

Usah jadi pungguk yang merindukan bulan, usah jadi bakal mahasiswa yang merindukan Eksplorasi Menara Ilmu atau EMI!

Kerana EMI kini kembali, dengan wajah baru! Mempersembahkan;
Ekspresi Remaja Ambang IPT 2009 (ERAT '09)

Jika anda tertarik, daftarlah sekarang! Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Bro. Danny -- +6012.930.7522 -- dhanysarip@gmail.com

atau layari
http://www.eksplorasimenarailmu.blogspot.com/

(( Mencari Spirit Yg Hilang - Review 'Sang Murabbi' ))

"Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negeri kau sambangi
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan Firman tuhanmu
Terik matahari tak surutkan langkahmu
Berhujan badai tak runtuhkan azzammu
Ragakan terluka tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia tak silaukan pandangmu
Tak silaukan pandangmu"


*************************************************************************************

“Kalau gak mau jadi pegawai pemda, lu mau kerja jadi apa sih”
“Mamat ngajar aja Bu”
“Gak Lepas tu omongan dari dulu. Sampai sekarang pengen jadi guru aja. Gak kepengen jadi orang berharte”
“Guru itu justru hartenya banyak . Ngasih ilmu aja kerjaannya. “
“Ya udah. Jadi guru juga gak apa sih, bagus. Asal satu, Jangan Korupsi.

*************************************************************************************

“Abi minta maaf ya Nai. Akhir-akhir ini Abi sibuk banget. Jadi gak sempat ngobrol ama kamu dan ama anak-anak. “
“Ya, udah resiko Bi, jadi istri anggota DPR”
“Kau senang Abi jadi anggota DPR”
“Biasa aja. Tapi Ummi lebih senang jadi istri Abi yang dulu”
“Kenapa?”
“Tuh, rambut abi pada putih semua. Mikirin negara ya?”
“Ada yang lebih berat Nai, mikirin ummat”

*************************************************************************************

“Tapi afwan ya bi, jangan marah. Saya masih bingung besok masak apa. Uang yang abi kasih udah abis."
“mmhm…Kalau uang udah abis, kita minta aja lagi sama Allah”
“Kan Allah kasihnya sama abi, jadi saya mintanya sama abi”
“Kalau uang udah abis Nai, itu berarti rejeki udah mo datang lagi. Kayak sumur aja. Kalau sumurnya kering, berarti ujan udah mo datang. “
“Abi lagi gak punya uang ya ?”

*************************************************************************************

Saya faham kita memulai merintis dari awal. Dari tidak mempunyai apa-apa dan ketika perlahan-lahan kehidupan mulai membaik. Alhamdulillah. Tetapi saya lihat banyak diantara pemimpin ummat ini, lupa ustadz. Apa gerangan yang membuat dunia ini menjadi lebih menarik dari pada dakwah itu sendiri . Dan kita sudah lihat itu. Apakah ini , ini yang dikehendaki oleh perjuangan kita selama ini dengan pengorbanan kami para ibu di belakang, saya yakin bukan untuk itu ustadz. Pedih hati ustadz melihat …iman kita ini dipertaruhkan itu dikalahkan hanya oleh jabatan dan harta ustadz

*************************************************************************************

Kiranya sudah dua bulan movie ‘Sang Murabbi – Mencari Spirit Yang Hilang’ mula dikeluarkan. Namun, ana baru semalam selesai menonton kisah ini.

Sebuah filem yang dapat menaikkan semangat dalam perjuangan da’wah ini. InshaAllah, jika tidak sekarang, hasil usaha kita selama ini dapat dirasai oleh generasi akan datang. Semoga setiap dari kita bertanggungjawab akan tugas berda’wah kepada sesama sahabat iaitu saling ingat-memperingati ataupun kepada non-Muslim.

Perjuangan da’wah ini takkan mudah. Rasulullah sendiri pernah merah padam menahan marah apabila seorang sahabat bertanyakan mengapa Allah tidak memenangkan umat Islam. Inilah ujian namanya. Iman manusia takkan teruji jika tiadanya ujian. Ujian itu kan sebagai tarbiyyah dariNya. Mendidik hambaNya untuk meningkatkan tahap keimanan. Namun jika tewas, boleh menyebabkan semakin jauh dariNya.



Satu sedutan dari filem ‘Sang Murabbi’ :

*************************************************************************************

Seseorang :
Ustadz, gimana nih? Teman-teman udah pada kendor semangatnya. Kalau kita ketemu nggak pernah ngomongin pengajian lagi. Yang diomongin soal ekonomi… politik… Gimana dong, tadz?!

Ustadz Rahmat :
Akhi, antum mesti sabar dan ikhlas. Antum tahu monyet?

Seseorang :
Ya, tahu Ustadz. Tapi bukan ane kan monyetnya?

Ustadz Rahmat :
(Tersenyum) Ada ceritera, seekor monyet nangkring di pucuk pohon kelapa. Dia nggak sadar lagi diintip sama tiga angin gede. Angin Topan, Tornado sama Bahorok. Tiga angin itu rupanya pada ngomongin, siapa yang bisa paling cepet jatuhin si monyet dari pohon kelapa. Angin Topan bilang, dia cuma perlu waktu 45 detik. Angin Tornado nggak mau kalah, 30 detik. Angin Bahorok senyum ngeledek, 15 detik juga jatuh tuh monyet. Akhirnya satu persatu ketiga angin itu maju. Angin Topan duluan, dia tiup sekenceng-kencengnya, Wuuusss…. Merasa ada angin gede datang, si monyet langsung megang batang pohon kelapa. Dia pegang sekuat-kuatmya. Beberapa menit lewat, nggak jatuh-jatuh tuh monyet. Angin Topan pun nyerah. Giliran Angin Tornado. Wuuusss… Wuuusss… Dia tiup sekenceng-kencengnya. Ngga jatuh juga tuh monyet. Angin Tornado nyerah. Terakhir, angin Bahorok. Lebih kenceng lagi dia tiup. Wuuuss… Wuuuss… Wuuuss… Si monyet malah makin kenceng pegangannya. Nggak jatuh-jatuh. Ketiga angin gede itu akhirnya ngakuin, si monyet memang jagoan. Tangguh. Daya tahannya luar biasa.

Ngga lama, datang angin Sepoi-Sepoi. Dia bilang mau ikutan jatuhin si monyet. Diketawain sama tiga angin itu. Yang gede aja nggak bisa, apalagi yang kecil. Nggak banyak omong, angin Sepoi-Sepoi langsung niup ubun-ubun si monyet. Psssss… Enak banget. Adem… Seger… Riyep-riyep matanya si monyet. Nggak lama ketiduran dia. Lepas pegangannya. Jatuh tuh si monyet.

Nah, akhi. Tantangan dakwah seperti itu. Diuji dengan kesusahan… Dicoba dengan penderitaan… Insya Allah, kita kuat. Tapi jika diuji oleh Allah dengan kenikmatan, ini yang kita mesti hati-hati. Antum mesti sabar… ikhlas… Ingetin terus temen-temen antum, jangan seperti monyet…

*************************************************************************************

Pengajarannya di sini, ujian tidak diberi melalui kesusahan sahaja, namun juga melalui kesenangan. Biasanya, ujian kesenangan sering membuatkan kita terleka lantas mampu melencongkan kita dari jalan da’wah secara perlahan-lahan. Berhati-hatilah, sahabat!

Yaa Muqollibal Quluub, Tsabbit quluubanaa ‘alaa diinik wa ‘alaa to’atik (Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkan hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu)

Website Sang Murabbi : [ link ]

Mengenai langganan VCD/DVD filem ini, rujuk : [ link ]



*************************************************************************************

Sumber :

Zul3 Multiply - Petikan 'Sang Murabbi'

Alimmahdi - Jangan seperti monyet

Azwarti - Mencari Spirit Yang Hilang

Hasdiputra - Mencari Spirit Yang Hilang

(( Ramadhanku dan Ramadhan Mereka ))

(Tulisan yang ditebalkan merupakan lirik nasyid ‘Ramadhan Dua Zaman’ oleh kumpulan ‘The Zikr’)

*************************************************************************************

Ramadhan satu nasib tak serupa, Peluangnya sama natijah berbeza

Alhamdulillah, ganjaran dan keberkatan Ramadhan yang dikurniakan Allah sama dengan zaman Rasulullah. Namun, natijah (kesan) nya amat berbeza. Madrasah Ramadhan benar-benar mendidik jiwa sahabat Nabi untuk bermujahadah dan mengislahkan diri. Tapi ana, astaghfirullaah.. Masih lagi lalai. Ibadah masih lagi cupui-cupui (buat ikut dan = mana yang sempat). Sungguh rugi..


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”
(( Hadis riwayat Ahmad dan An-Nasa-i ))

Tindakan : Perbaiki lagi. Manfa’atkan hari yang masih tersisa. Masih lagi di level ‘Rahmah’ dalam bulan Ramadhan (sepertiga yang awal)



Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa di awal zaman,
Ramadhan kami malang terbuang,
Mukmin berdosa di akhir zaman

Penghayatan Ramadhan di zaman Rasulullah sangat berlainan dengan zaman ini. Mereka mempergunakan Ramadhan yang hanya menjengah sebulan dalam setahun dengan sebaiknya. Nampaknya ana pun belum lagi menghayati Ramadhan ini sepenuhnya. Masih lagi mempunyai masa kosong yang diisi dengan aktiviti yang kurang berpahala. Ubahlah sikap wahai diri... Rugilah, bulan ni ganjaran ibadah dilipatganda Allah..

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(( Surah 103, Al-'Ashr : Ayat 1-3 ))

Tindakan : Fahami ibadah Ramadhan dengan sebaiknya. Uruskan masa dengan baik. Lupakah, setiap masa itu akan ditanya di akhirat kelak??


Mereka gembira kerana kedatanganmu,
Kami gembira dengan pemergianmu

Umat terdahulu gembira dengan ketibaan Ramadhan. Sedangkan ana, gembira dengan pemergian Ramadhan, sibuk menghias dan mencantikkan rumah untuk menyambut Syawal. Layakkah?? Mereka khuatir andai Ramadhan yang dilalui ialah Ramadhan yang terakhir dan menyambut Syawal sekadarnya. Sedang ana, sibuk membuat persiapan Syawal, yang tidak pasti layak atau tidak untuk menyambutnya.. Tidakkah malu untuk menyambut hari kemenangan dengan ibadah yang tidak seberapa??

Tindakan : Hidupkan Ramadhan dengan amal ibadah. Di samping itu, bermujahadah untuk menjauhi sifat-sifat mazmumah dalam diri.. Ya Allah, bantulah hambaMu ini..


Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran,
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Gelap malam mereka diterangi dengan nur Al-Qur’an, qiyaamul layl dan zikrullah. Sangatlah rugi jika dihabiskan dengan dengkuran. Malam zaman ini tidaklah secerah mereka walaupun diterangi dengan lampu-lampu yang canggih tapi hakikatnya malam ini ‘mati’. Tiada usaha mempertingkatkan amalan.

Tindakan : Hidupkan malam dengan qiyaamul layl, solat dan sebagainya. Takkan menghabiskan sebahagian Ramadhan dengan tidur?? Ya Allah, temukanlah hambaMu ini dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu...


Mereka berlumba mengejar maghfirah
Tapi kami lesu di buru nafsu
Hati mereka bercahaya di gilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Di bulan penuh barokah ini, mereka berlumba-lumba mencari keampunan dariNya. Hati mereka bercahaya ibarat digilap dengan taqwa dan tawadhu’ padaNya. Ana masih lagi menunggu masa untuk memohon ampun dan memperbaiki diri. Masih lagi dibuai nafsu dan dosa. Layakkah diri ini menyambut Syawal?

Tindakan : Banyakkan beristighfar, memohon keampunan. Suburkan sifat tawadhu’, ikhlaskan hati dalam beribadah. InshaAllah, akan bertemu dengan kemanisan ibadah agar hawa nafsu tidak menguasai diri.


Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan,
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Syawal menjelma, takbir berkumandang tanda kemenangan. Takbir yang sebenarnya berhak untuk mereka yang benar-benar mujahadah di sepanjang Ramadhan dalam menentang hawa nafsu. Mereka yang layak bergembira masih mengatakan mereka tidak layak menyambut Syawal. Jika Ramadhan ada award, confirm, ana boleh dapat anugerah yang corot (last!).

Tindakan : Menunjukkan banyak lagi yang perlu diperbaiki. Berusahalah ke arah Ramadhan yang lebih berkualiti. Tingkatkan keazaman untuk istiqamah dalam ibadah walaupun Ramadhan telah pergi. Nikmatilah Ramadhan sebelum ia berlalu pergi..


Puasa antara latihan dalam mendidik jiwa dan nafsu. Persiapkan diri menyambut Ramadhan dengan meriah seperti mana sebelum ini kita menyambut hadirnya Syawal. Mulakan dengan menghayati pengertian ihyaa’ Ramadhan, seterusnya mengaplikasikan sepanjang Ramadhan. Akhir sekali, kekalkan dan istiqamah. Semoga Madrasah Ramadhan benar-benar mendidik jiwa-jiwa Mukmin.

Wahai Muhammad Bashir bin Zulkifli, mulakannya dari sekarang....


Inspirasi penulisan ini berdasarkan : [ link ]

(( Ramadhan Yang Dinanti ))

Alhamdulillah, Ramadhan akan menjengah beberapa jam saja lagi. Semoga persiapan diri benar-benar kukuh menghadapi bulan yang penuh jihad ini. Di kesempatan ini, ana memohon maaf atas kesilapan ana (bukan mesti waktu ni je, waktu lain pun kena gak). Halalkan makan dan minum ana. Di samping tu jemputlah kepada sahabat-sahabat untuk menerima dan membaca 'Kad Ramadhan' ana yang tak seberapa ana ni. Sama-samalah kita mengimarah dan menyemarakkan lagi bulan yang sangat mulia ini. Rebutlah 10 malam terakhir dan carilah Malam Al-Qadr di mana ibadah pada malam itu melebihi dari amal 1000 bulan. Semoga puasa tidak juga menghalang kita dalam menjalankan dakwah dan kerja-kerja amal jama'ie dan sebagainya. Semakin sukar dan berat ujiannya, semakin besar pahalanya inshaAllah..

Semoga kita benar-benar memeriahkan Ramadhan kita sebaiknya..




P/s - maaf sebab grafik tak seberapa..

(( Perjuangan Bermula!! ))

Hari ni ana agak kurang sihat dan sakit kepala. Memang tak keluar ke mana pun. Makan pun dah petang, sebab ade pakcik yang jual nasi goreng (nasi ayam, nasi goreng, burger, bihun, mee, kuetiaw) lalu depan bilik. Kelas pun tak pegi. Isk3x..

Dalam kehebohan mengenai pilihan raya di Permatang Pauh, ana merasa terpanggil untuk melihat-lihat berita Palestin.

Nampaknya, rejim zionis masih meneruskan kebiadapan mereka terhadap umat Islam di sekitar al-Quds. Alhamdulillah, umat Islam di sekitarnya masih tidak gentar dan takut mempertahankan kesucian al-Aqsa.

Sebagai umat Islam, kita harus sedar akan kepentingan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Apatah lagi, kebanyakan kawasan di negara itu telah dirampas secara biadap dan terus-menerus menindas saudara-saudara kita di sana. Tidakkah kita merasa malu yang setiap hari kita hanya memikirkan 'Apa yang aku nak makan, nak pakai dan nak pergi?' sedangkan mereka di sana setiap hari dihujani peluru yang tidak diketahui siapa mangsanya.

Oleh itu, ana menyeru sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita menyumbang untuk saudara-saudara kita di sana, untuk membiaya ubat-ubatan, makan minum dan pelajaran (ramai saudara Palestin menyambung pelajaran di luar Palestin dan tidak dibenarkan pulang).

Jika bukan kita(umat Islam), siapa yang hendak membebaskan Palestin?

Jika bukan sekarang, bila?

Bagaimana caranya? Marilah menyumbang di Tabung Palestin!

Jangan nanti di hari kemudian antum akan menyesali diri sendiri kerana tidak melakukan sesuatu untuk saudara antum di Palestin. Apa yang ditunggu lagi, berdermalah sekarang! Masukkan derma antum ke dalam akaun “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: 12113010005797. Selamat Menyumbang...

Rujukan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

Sumbangan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

(( Serulah ke Jalan Tuhanmu...!! ))

Pernahkah antum mengajak rakan-rakan non-Muslim (sama ada di tempat kerja, tempat belajar atau jiran) untuk mengikut Islam? Di sini ana ingin kongsi sebuah artikel yang telah ana edit :

Mengajak manusia ke jalan Allah ta’ala merupakan perkara yang sangat mulia. Allah ta’aala menyebutnya sebagai “ucapan yang paling baik”. Namun tidak banyak muslim yang mahu dan sanggup melakukannya. Pada umumnya, seorang muslim dihalangi oleh seribu satu alasan untuk tidak melakukannya. Ada alasan yang sangat umum iaitu ”nanti si non-muslim itu tersinggung”. Itulah sebabnya Allah ta’aala membekali kita dengan firmanNya:

”...dan berdebatlah (beradu hujahlah) dengan mereka dengan cara yang baik.”(( Surah 16, An-Nahl : Ayat 125))

Artinya, Allah ta’aala Maha Mengetahui bahawa sangat mungkin ajakan kita tersebut mendatangkan penolakan dari sasaran da’wah. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berda’wah!
Seorang muslim tatkala menyampaikan da’wah Islam haruslah memiliki optimisme dan harapan hanya kepada Allah subhaanahu wa ta’aala. Ia harus selalu mengingati bahawa kewajipannya hanyalah menyampaikan. Adapun soal sasaran da’wahnya mahu menerima atau tidak, maka ini bukan urusan si muslim. Soal seseorang memperoleh hidayah atau tetap sesat sepenuhnya terserah pada Allah subhaanahu wa ta’aala.

“Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(( Surah 16, An-Nahl : Ayat 125 ))

Hal lain yang juga harus selalu diingat oleh seorang muslim yang mengajak orang lain agar mengikuti jalan Allah ta’aala ialah: “Jangan remehkan ucapan anda.” Siapa tahu, kerana melalui ucapan anda, seseorang memperoleh hidayah. Anda tidak akan pernah tahu apakah ucapan anda mendatangkan taufiq dan hidayah Allah ta’aala sebelum anda mencobanya.. ! Hayatilah sebuah kisah di bawah ini...

Seorang pelajar baru sahaja menjejakkan kaki di luar negeri untuk menyambung pelajaran. Ketika dia pertama kali tiba di London, kemampuan bertutur bahasa Inggerisnya masih belum lancar. Waktu itu ialah bulan Ramadhan. Minggu pertamanya tiba di England, dia ikut sebuah rombongan mengelilingi kota London. Apabila tiba waktu makan tengahari, bas itu berhenti di sebuah restoran dan semua peserta rombongan turun untuk makan. Termasuk pelajar muslim tersebut.

Semua peserta rombongan makan di restoran tersebut kecuali pelajar tersebut kerana dia sedang puasa. Maka ketika melihat ia tidak makan pemandu pelancong, seorang berbangsa Inggeris mendekatinya dan bertanya: “Why aren’t you eating?” (Mengapa kamu tidak makan?). Dengan bahasa Inggeris yang ‘broken’, dia pun menjawab: “I am Muslim. This is Ramadhan. I am fasting.” (Saya seorang muslim. Ini bulan Ramadhan. Saya sedang puasa)
Tiba-tiba dengan nada mengejek pemandu pelancong itu pun berkata: “Oh, rupanya anda datang dari sebuah negara muslim. Negara yang miskin sehingga kamu tidak sanggup makan...” Lalu pelajar muslim itu pun menjadi marah dan tersinggung. Tapi bagaimana caranya untuk mengungkapkan kemarahan dalam suatu bahasa yang belum dikuasai? Akhirnya dia hanya boleh berkata: “Wait, one year... I will explain to you the beauty of Islam…” (tunggulah satu tahun, nanti aku jelaskan padamu indahnya ajaran Islam). Maksudnya dia ingin diberi kesempatan belajar bahasa Inggris dahulu selama setahun, baru dia akan jelaskan secara panjang lebar apa itu sebenarnya ajaran Islam yang indah ini.
Sesudah satu tahun pelajar muslim ini pun memenuhi janjinya. Dia berjumpa pemandu pelancong itu untuk menjelaskan Islam kepadanya. Namun apa yang terjadi? Ketika mereka berjumpa antara satu sama lain, tiba-tiba pemandu pelancong orang Inggeris itu menyapa pelajar Muslim ini dengan ucapan: “Assalaamu’alaikum, brother...!”
Maka pelajar Muslim ini terkejut dan bertanya: “Anda sudah masuk Islam?”
“Ya, saya sudah masuk Islam, ” kata orang Inggeris itu.
“Laa, saya baru saja nak menjelaskan kepada anda apa itu Islam, ” kata pelajar muslim itu.
“Anda terlambat, saudaraku...” kata orang Inggeris itu.
Maka pelajar muslim itu pun bertanya: “Mengapa anda ingin memeluk Islam?”
”Saya masuk Islam sejak Anda mengatakan ‘I will explain to you the beauty of Islam’. Maka saya pun tertanya-tanya adakah memang di dalam Islam ada keindahan? Saya selama ini hanya mengetahui bahawa Islam itu beridentitikan dengan terorisme, keganasan dan segala yang hitam dan jelek.. Maka kerana saya teruja, saya pun mempelajari mengenai Islam. Dan alhamdulillah, saya mendapat hidayah dari Allah ta'aala...”

Subhanallah...! Maka, saudaraku, bersegeralah. Ajaklah teman kerja anda, tetangga anda atau barangkali saudara anda yang non-muslim ke dalam rahmat Allah ta’aala. Jangan remehkan ucapan anda. Siapa tahu hasil tuturan lisan anda, Allah ta’aala akan melimpahkan hidayah iman dan Islam kepada seseorang. Wallaahua’laam...

P/s - ana baca dari sebuah emel dan meng'edit' sedikit kandungan cerita ini..

(( Perlunya Memahami ISLAM Yang Sahih ))

Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana masih memberi peluang dan kesempatan untuk kita menikmati dua nikmat terbesar yakni Islam dan Iman yang mana tanpa keduanya, kehidupan kita akan kembali gelap dalam kesesiaan. Firman ALlah swt dalam surah al-ahzab ayat 36, yang bermaksud:”Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka “

Dalam kita menjalankan tugas serta kewajipan2 kita seharian, kita tidak akan terlepas dalam membuat pilihan-pilihan. Tidak kira apa jenis tugasan sama ada tugasan sebagai seorang student, anak, scholar, sahabat dan sebagainya, seringkali kita melakukan pilihan-pilihan ini dan sudah semestinya pilihan itu akan menentukan sama ada ia adalah keperluan yang haq atau batil, yakni tuntutan dan keperluan yang di syariatkan oleh Islam atau memenuhi nafsu Jahiliyyah. Oleh itu pentingnya untuk kita mengenali dan memahami yang mana satu yang haq yakni islam dan yang mana satu itu adalah batil yakni jahilliyyah, dan tentu sekali jawapannya adalah tarbiyyah yang akan mengisi lopong-lopong jahiliyah.

Sesungguhnya, sudah menjadi kewajipan seorang muslim untuk medirikan solat kita. Tetapi sejauh manakah nilaian solat kita ini kepada diri kita? Mampukah ia menjaga kita daripada melakukan perkara keji dan mungkar sepertimana yang telah termaktub dalam al-quran pada 29:45 yang kira-kira bermaksud: “…. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Umat Islam pada masa ini telah terpedaya, terpedaya dengan keimanan mereka, bahawa kepercayaan yang solat 5 waktu itu seandainya dilaksanakan maka sempurnalah keislaman mereka, juga dengan perlaksaan puasa yang cuma menahan diri sekadar dari lapar dan dahaga, juga menunaikan zakat yang mengsia-siakan kewangan mereka (tidak ikhlas) dan juga pergi balik haji yang terkadang sampai berbelas-belas kali dengan sangkaan bahawa setelah tertunainya haji, maka jiwa mereka menjadi sesuci bayi yang baru lahir. Tetapi sejauh manakah keislaman yang sebenar yang tertera dan terjemah dalam kehidupan mereka?

Rupanya ramai yang terpedaya, disangka bahawa terlaksananya rukun islam yang lima itu, maka sempurnalah iman, bahkan itu cuma tiangnya sahaja, kerana berdasarkan hadis Rasulullah saw daripada Abu Abdurrahman Abdullah bin Umar bin Khattab ra, berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ” Islam itu TERTEGAK di atas lima tiang: bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, haji ke Baitullah dan berpuasa Ramadhan.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). Bayangkan kalau sebuah kawasan perumahan yang cuma ada beratus-ratus tiang, tanpa dinding, atap dan biliknya, begitu jualah yang berlaku kepada umat islam pada masa sekarang. Betapa jumudnya pengertian Islam dalam diri mereka yang cuma terkandung dalam upacara-upacara ritual semata-mata dan tiadalah dalam kehidupannya. Maka berjayalah sudah perancangan kaum Yahudi dan Nasara untuk menarik umat-umat Islam bukan untuk keluar dari Islam tetapi menjauhkan mereka daripada SyariatNya yang sebenar, mengikuti kehidupan mereka, cara hidup mereka, yakni mendustakan tuhan walaupun pada zahirnya kita lihat ada lagi yang masih bersolat, berpuasa, membayar zakat, menunaikan haji dan menyambut hari eid adha dan eid mubarak , tetapi apa bezanya dengan John yang juga pergi bersembahyang di gereja setiap ahad, menyambut krismas dan easter monday, tetapi dalam hatinya menafikan illah, juga rabb Tuhannya? Bahkan mereka lebih baik kerana rata-rata akhlak insaniah yang ada pada dirinya jauh lebih mulia dan baik menandingi akhlak seorang muslim yang mungkin kita kenal? Apakah kerana Bangsa?? Kita melayu dan mereka kafir? atau kerana sebab-sebab lain yang boleh diberi untuk menjustifikasikan maksiat atau kompromi kita ke atas perintahNya? Maka tiadalah beza seorang muslim yang beramal dengan sedemikian dengan seorang kristian bernama John mahupun Jacob seorang yahudi, melainkan dirinya penat berpuasa dan solat, penat-penat bangun awal pagi untuk menunaikan solat fajar. Mengapa? kerana ibadat-ibadat yang dilakukan ini tiada terkandungnya kefahaman, kesungguhan dan keikhlasan. Solat dilakukan secara bermalasan dan ikut-ikutan tanpa mengetahui mengapa perlunya solat? Bahkan, solat inilah merupakan medium yang paling-paling sangat effektif untuk kita mengadu dan berbicara dengan al-Khaliq, untuk kita menunjukkan kesyukuran kita paling kurangnya, tetapi ramai antara kita masih bersikap memilih-milih dengan mengambil mana yang disenangi dan meninggalkan mana-mana yang berat atau kurang disenanginya, tetapi masih mengakui dirinya Islam yang sempurna dan tidak memerlukan kepada tazkirah, majlis-majlis ilmu dan diperdengarkan dengan bacaan al-Quran, bahkan untuk mendengar kisah-kisah Islam dan masalah umat Islam pun tidak mahu. Kerana apa? kerana merasa dirinya sudah cukup sempurna dengan keislamannya. Juga terpedaya dengan beberapa kerat hadis sahih yang mengatakan masa sujud itu paling afdal berdoa, maka hilanglah nikmat pertemuan dengannya, yang mana bila mana kita sujud, kita sepatutnya berada lebih dekat kepadaNya tetapi ramai yang menjadikan masa sujud itu untuk “memakbulkan doa” kerana apa yang dikejarnya itu adalah supaya hajatnya sampai dan bukan keredhaanNya.

Wahai kaum muslim. Sejauh manakah kita betul-betul menghayati pengertian ISlam ini? Adakah kita ini betul-betul telah malaksanakan amanah kita? Di manakah ertinya pengorbanan darah Sumayyah dan keluarganya, pengorbanan seluruh harta Abu Bakar ra, pengorbanan Salahuddin dalam membebaskan al-Aqsar dan pengorbanan mujtahid-mujtahid yang telah meninggalkan kita? Bagaimana akan kita dapat Islam ini kiranya tidak dengan pengorbanan-penorbanan suci yang telah dipertaruhkan, diperdagangkan dengan Janji-Nya Yang Maha Benar?Adakah majikan kita, pembiaya kita, mak bapak kita, permainan video kita, komputer kita, motosikal kita, pda kita dan apa-apa lagi itu yang dapat menjamin kita untuk ke syurga? atau adakah dengan keredaannya kita dapat ke Syurga?? Fikirkanlah.. Gunakanlah nikmat otak - akal fikiran yang telah dikurniakan secara percuma kepada kita, tanpa perlu kita membayarnya, tanpa perlu kita mengkoordinasikan laluan saraf2 penghantar maklumat (Impulse in the nerves), tanpa perlu kita memikirkan macam mana hendak menggerakkan setiap satu otot mulut kita untuk memakan hasil nikmat pemberian Allah kepada kita. Gunakanlah nikmat2 ini untuk keredhaannya. Kiranya Dunia yang kita kejar, maka, percayalah bahawa dunia itu akan memperhambakan kita, dan kehidupan kita akan berpusat di sekitar dunia yang kita dambakan itu, tetapi kiranya akhirat itu menjadi tujuan kita, maka yakinlah JanjiNya, dunia pula yang akan mengejar kita. Akhir kalam, semoga tazkirah ringkas ini dapat membekas dalam diri penulis terutamanya dan juga kalian yang membaca tulisan-tulisam yang tidak seberapa ini. Segala yang baik datang dari ALlah dan yang buruk datang dari kelemahan penulis, tetapi hakikatnya datangnya semua dari Allah. Moga kita mendapat pengajaran.

Dipetik dari [ link ]

(( Ukhuwwah Pemangkin Da'wah ))

Dah lama ana nak upload tapi tak kecukupan waktu, so di sini ana letakkan pengisian daripada Slot I, selepas solat jama' ta'khir maghrib isya' dalam mukhayyam di Lata Celak, Baling pada 15hb Mei 2008. Pengisian ini telah disampaikan oleh akhi Munawwar bin Mustafa yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan di UUM. Tajuk slot ini ialah 'Ukhuwwah Pemangkin Da'wah'.


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. ((Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 104 ))

Dalam da’wah, selalunya akan wujudnya jama’ah. Mereka ini biasanya mempunyai matlamat yang sama dan menggunakan cara yang juga sama. Dengan hidup dalam jama’ah, inshaAllah banyak rahmat yang akan diterima dariNya. Melalui pengalaman ana sendiri, dengan berjama’ah, dapat memupuk sifat kerjasama dan tolong-menolong. Di samping itu, setiap pekerjaan yang dilakukan, dapat diselesaikan dengan mudah.



Ana rasa sahabat-sahabat yang membaca posting ini turut bersetuju.

Malah, dalam berjama’ah juga, Allah boleh melorongkan untuk melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita. Hal ini kerana apabila berjama’ah, kita boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran.

Dalam berjama’ah pula, perlu juga adanya ukhuwwah. Hal ini penting juga, kerana jika tiada ukhuwwah, bagaimana jama’ah hendak diteruskan.

Bagaimana hendak mencapai suatu misi tanpa kewujudan kerjasama...

Dengan adanya ukhuwwah, ahli jama’ah boleh saling menerima kelemahan antara satu sama lain, di samping kelebihan yang ada boleh melengkapi mereka. Dan biasanya jika ukhuwwah itu sangat erat, seseorang itu tidak boleh lihat ikhwah atau saudaranya dalam kesusahan, mesti rasa nak tolong. Selain itu juga, mestilah mempunyai sikap saling mempercayai sesama sahabat.

Hinggakan tercapai satu ciri yang agak ekstrem antara sahabat iaitu sentiasa melebihkan sahabatnya.

Tahap ini yang agak sukar dicapai, tapi jika tercapainya tahap ini, terasalah indahnya silaturahim antara sahabat. Kesimpulannya kat sini, ukhuwwah sangat penting dalam berda’wah. Maka, binalah ukhuwwah yang sangat erat antara sahabat seperjuangan dan tidak menyimpan prasangka dengan mereka. Ta’aruf tidak terhad sekadar hari pertama sahaja, tapi berterusan sepanjang masa!

(( Hedonisme : Remaja Islam..? - Repost ))

Hiburan tu memang best, tapi kita kena la tau batas2 yg telah ditetapkan dlm Islam dlm berhibur. Antaranya tidak boleh bergaul antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dsb. Akan tetapi, kita dapat lihat bagaimana generasi hari ini makin jauh terpesong bukan sahaja dari adat ketimuran, malah jauh dari kehendak syara'. Hari ini, masjid sangat kurang dikunjungi oleh pemuda2 Islam. Walhal, pemuda Islam lah merupakan tunggak kegemilangan Islam.

Pemuda dan pemudi memang memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Revolusi Perancis yang menumbangkan kekuasaan monarki digerakkan oleh para pemuda-pemudi. Perjuangan pro demokrasi di RRC dan Burma juga digerakkan oleh pemuda dan pemudi. Medan Tiananmen di Beijing, Cina boleh menjadi saksi bagaimana keberanian pemuda-pemudi menyongsong desingan peluru demi cita-cita demokrasi yang didambakannya. Bahkan foto yang merakamkan keberanian seorang pemuda pro-demokrasi menyongsong iringan kereta kebal menjadi foto jurnalistik terbaik sedunia seketika itu. Para pengikut setia Lenin dan Stalin di awal kemenangan komunis di Russia kebanyakannya adalah para pemuda. Pemuda Michail Gorbachev ketika berusia 18 tahun menulis, ' Lenin adalah ayahku, guruku dan Tuhanku'.



Begitu juga dalam sejarah dakwah Islam, pemuda-pemudi memegang peranan penting. Para Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk meyampaikan ajaran agama Allah terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Berkata Ibnu Abbas R.A, "Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah melainkan ia (dipilih) dari kalangan pemuda saja ( antara 30-40 tahun). Begitu juga tidak seorang alim pun yang diberi ilmu melainkan (hanya) dari kalangan pemuda saja." (Tafsir Ibn Katsir III/63). Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaa' :



"Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim ." (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 60 ))

Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir.



"Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?, atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." (( Surah 26, Asy-Syu'araa : Ayat 72-74 ))

Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah.

"Berkata Ibrahim, "karena sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan Semesta Alam, (iaitu Tuhan) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku."" (( Surah 26, Asy-Syu'araa : Ayat 77-80 )) Bukan hanya berdebat,malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan :

"Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. " (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 58 ))

Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara.



"Kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara." Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?" (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 65-66 ))

Lawat posting lama [ link ]

(( Muzakarah Pembangunan Mahasiswa : Misi Mengembalikan Da’wah di UUM ))

Segala Puji Bagi Allah, ana dapat menghadiri muzakarah ini petang tadi.

Pada mulanya ana diminta hadir sebagai wakil dari Kumpulan Pembimbing Islam Pusat Islam tetapi nama ana telah diletakkan sebagai wakil Sahabat Da’wah dan Penerbitan Pusat Islam. Walau apapun, kedua-duanya tetap berkaitan. Muzakarah yang diadakan bagi membincangkan program kerohanian ini telah diadakan dalam dua bahagian. Bahagian pertama kira-kira jam 1000 hingga 1300 yang membabitkan staf-staf Pusat Islam, pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) serta staf-staf UUM.

Ana menghadiri Bahagian Kedua yang membabitkan Exco MPP, wakil Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Dewan Penginapan Pelajar (JPPDPP), Rakan Masjid, Kelab Pembimbing Islam, Kelab PERKIM, Urusetia Perancangan Korporat dan juga Sahabat Da’wah dan Penerbitan. Objektif muzakarah ini ialah dalam membangunkan institusi da’wah dalam UUM yang lebih mantap. Perlunya peningkatan dan pengemasan dalam program-program kerohanian bagi melahirkan Mukmin yang Professional. Turut dibincangkan ialah perancangan aktiviti bagi masa akan datang.

Pada mulanya, Pengarah Pusat Islam, Prof Madya Dr Shukri B Ahmad meminta semua yang hadir agar bercakap dan memberi pandangan. Akan tetapi, masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah, kesemua pihak memberikan respons yang sangat baik. Tidak kira dari kalangan pelajar mahupun pihak Pusat Islam sendiri.

Antara perkara yang dibincangkan membabitkan krisis gejala sosial yang semakin meruncing, terutama sekali masalah ‘couple’ dan berdua-duaan. Agak lama juga topik ini dibahaskan, untuk mencari jalan pencegahan dan pembasmian. Antaranya ialah menubuhkan Unit Pencegah Maksiat.

Akan tetapi memang sukar untuk melaksanakan kerana perlunya pemantauan yang kerap. Apatah lagi, perkara ini mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar yang kurang faham agama. Sangat terpegun apabila mendengar pengalaman staf Pusat Islam, Ustaz Usamah yang rajin meronda UUM selepas Isya’. Beliau menggunakan pendekatan Ikhwanul Muslimin dengan cara mendekati golongan-golongan ini dan bertanyakan pandangan mereka. Beliau turut mengadakan ‘follow-up’ terhadap golongan ini dengan mengajak berjumpanya pada lain masa. Malah, cara ini dilihat lebih berkesan apabila kebanyakan pelajar yang pernah berjumpanya insaf.



Go forward young Muslims,
wherever you are.
Go forward young Muslims,
whoever you are.
Press forward and forward
to the light of ALLAH.


Flyers

Cara lain yang turut dibangkitkan ialah dengan mengedarkan pamplet atau risalah ringkas kepada ‘couple-couple’ ini. Teknik ini mengingatkan ana pada cara penyebaran Kristian seperti di US. Di sana, ‘flyers’ mengenai Kristian ini sangat tersebar luas malah di kampus sendiri. Diedarkan dari bilik ke bilik, malah turut diberikan penerangan ringkas seperti penjual barangan langsung pula. Ana rasa cara ini boleh dilaksanakan. Apatah lagi, Kelab PERKIM telah mempunyai pengalaman mengIslamkan penduduk orang Asli. Mengapa tidak dilakukan pada siswa siswi UUM?

Perkara lain yang dibangkitkan termasuklah penyelarasan program kerohanian antara Dewan Penginapan Pelajar (DPP), wajibkan solat jemaah terutama Subuh, Maghrib dan Isya’, dan beberapa perkara lain.

Islamisasi

“Program-program yang dijalankan tidak semestinya bengkel kerohanian, kursus atau ceramah. Banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan. Tembusi semua aspek, baru ada Islamisasi. Sukan dan hiburan, antara aspek yang boleh diketengahkan untuk menarik pelajar ke masjid,” begitu lebih kurang ucapan dari Ustaz Usamah.



Islamisasi. Penyerapan nilai-nilai Islam sebagai jalan hidup, dari apa yang ana faham. Pendapat dari seorang sahabat pula, 'to instill islamic concept as a way of life to all students and staffs in the effort to be benefit individual for ummah' (menyerap nilai-nilai Islam sebagai jalan hidup pada pelajar dan staf dalam usaha untuk menjadi individu bermanfaat pada ummah). Istilah ‘Mukmin Professional’ mungkin sesuai.

Logik dan bernas juga. Dalam sukan, wajibkan peserta menutup aurat dan berpakaian sopan. Terapkan konsep ‘bermain kerana Allah’. Bersukan untuk menyihatkan badan, menjalin silaturrahim dan membentuk kerjasama. Bukankah Islam itu syumul?

Mari sama-sama fikirkan alternatifnya!



"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung."
(( Surah 3, Ali ‘Imran : Ayat 104 ))