Showing posts with label Peduli Palestin. Show all posts

Mc D Jom!

Jam 1300 di sebuah pejabat di utara tanah air.

“Jom, lunch!” Ikmal mengajak rakan sepejabat barunya untuk pergi makan tengahari.

“Jap, nak siapkan sikit lagi kerja ni,” balas Muaz.

Lima minit kemudian.

“Nak pergi makan kat mana ni?” tanya Muaz.

“Hari ini ade tempat special aku nak bawak hang,” beritahu Ikmal sambil memicit alat kawalan jauh keretanya.

“Kenalkan ni, Fuad,” Ikmal memperkenalkan kawan sekampungnya yang berlainan pejabat. Pejabat Ikmal dan Muaz terletak di tingkat lapan manakala Fuad bekerja di tingkat tujuh belas. Muaz dan Fuad berjabat tangan sambil tersenyum.

Mereka menaiki kereta MyVi milik Ikmal menuju ke destinasi istimewa yang diberitahu Ikmal.

“Hari ni kita makan burger,” beritahu Ikmal apabila sampai ke destinasi yang diperkatakan.


‘Eh, McD ke.. Aku ingat nasi kandar ke.. Naqib aku cakap McD kena boikot aritu..’


getus Muaz dalam hatinya. Dia teringat pesan naqibnya, Afif. Dia berasa kurang sedap hati. Apa yang diketahuinya, McD atau kependekan bagi McDonald Restaurant adalah salah satu dari penyumbang kepada Yahudi Zionis yang menjajah dan membunuh rakyat Palestin.

Ketika hampir sampai ke pintu, tiba-tiba Muaz bertanya, “McD sekarang ada pakej nasi tak?”

Ikmal ketawa, “Nasi? Takde kot. Apesal?”

“Takde la. Aku tak kenyang la makan burger je. Nak makan nasi la,” helah Muaz.

“Alaa, kenyang je aku makan burger. Aku kalau dapat makan yang paling special tu, nak abiskan french fries pun dah tak larat. Aku belanja. Tak nak gak?,” pujuk Ikmal.

“Ehhh.. Tak boleh la. Aku melayu totok kot. Hehe ~ Kena makan nasi.”

“Takpelah, kat sebelah sana ade restoran, beli la, sat gi bawak masuk makan ngan kitorang,” Fuad mencelah.

~ ~ ~ ************** ~~~

Selang sepuluh minit.

“Lauk apa? Ikan je? Kalau tak kenyang, aku bagi sikit burger aku ni ha,” pelawa Ikmal kepada Muaz.

Muaz menolak penuh sopan, “takpelah, susah-susah aje. Nasi ni dah cukup untuk kenyangkan aku.”

“Kalau camtu, takpelah.”

Muaz selesai makan lebih awal dari Fuad dan Ikmal. Selepas membasuh tangan, Ikmal bertanya, “eh, hang tak beli air ke? Tak haus ke?”

‘Alamak, ape nak jawab ni? Ah, bantai je la..’


Otak Muaz ligat mencari helah.

“Aku biasa minum air setengah jam lepas makan. Jaga kecergasan. Biaselah, atlit. Ahaha...” jawab Muaz spontan.

“Heh, ye la sangat. Aritu hang minum terus je lepas makan?”

“Aritu sebab mase sarapan pagi aku tak minum air. Tu yang haus sangat tu. Lagipun lambat sangat tunggu nasi. Order la air,” jawab Muaz lagi.

“Ala, air coke ni free je. Boleh topup kat kaunter tu,” pujuk Fuad pula.

“Segan ke? Kalau segan, biar aku tolong amikkan untuk hang,” Ikmal menawarkan bantuan. Dia bingkas bangun dan menambah air cokenya untuk diberikan kepada Muaz.

‘Alamak, camne ni..’

Muaz berfikir helah lain untuk mengelak. Dia terbayangkan setiap minuman atau makanan yang masuk ke perutnya seolah darah saudara seaqidahnya di Palestin. Ada juga rakan-rakannya sebelum ini berdalih,

‘Ala, berapa peratus je dari McD ni disumbangkan pada Zionis. Yang kita beli ni bahagian tak menyumbangkan pada Zionis. Takpe.’

‘Tahu ke pulak bahagian mana yang kita bayar tu disumbangkan kat Zionis atau tak? Ish.. Camne ni?’

Ikmal menghulurkan air coke yang sudah ditambah kepada Muaz.

“Minumlah. Jangan malu-malu,” pelawa Ikmal.

Mahu tak mahu, Muaz terpaksa minum juga.

‘Takpe la, minum sikit je. Raikan diorang ni.’

Selesai makan, dalam perjalanan pulang, “adui ni yang tak suka minum air gas ni. Perut rasa memulas sikit.” Kata Muaz, berhelah.

“Ye ke? Lain kali hang minum air takde gas la.” Kata Fuad.

Kereta meluncur laju. Muaz mengenang ‘peristiwa’ yang berlaku sebentar tadi. Dia berasa bersalah kerana tidak mampu menyedarkan rakannya. Namun dia tahu, sukar untuk menegur secara terus. Mungkin dia perlu berbincang dan bertanya pada naqib atau ahli usrahnya yang lain tentang cara yang efektif untuk menasihati kawan sepejabatnya itu, dan orang lain juga mengenai pemboikotan terhadap Zionis.

‘Ya Allah, semoga Kau tunjukkan jalan bagiku untuk menyedarkan mereka dan menghindarkan aku dari tersesat dari jalanMu.’

Doa Muaz dalam hatinya.

McDeath!!

 Apakah yang dibanggakan dengan sticker ini pada kereta?

Teruskan Berduka

Nampaknya ramai yang sudah menerima 'salam perkenalan' sang Zionis.

Sudah kau tahu bagaimana persahabatan dengan mereka?

Justeru, teruskanlah berduka dengan apa yang menimpa!

Baru kau tahu...



~ Hanya Gerhana, Belum Terbenamnya Matahari ~

Layari Perkembangan LL4G di Net

Facebook

Livestream IHH

Twitter

Latest info (31 Mei, pagi) - 2 syahid, lebih 30 luka.
It's keep increasing.. Doakan untuk mereka!

~ Moga Tabah Hati Tak Berbelah Bagi ~

Bumi yang Dirindui

*Sesawang ini sudah sangat bersawang*

Oh bumi yang dirindui
yang punya sejarah tersendiri
hingga dimuliakan Allah dalam Al-Qur'an.

"Allazii baaroknaa haulahu"
bumi yang Kami berkati dan juga sekitarnya.

Siapa pengganti
Abu Ayyub Al-Ansori?

Di mana pemuda seperti
Solahuddin Ayyubi?

Aku?
Kita?
Kami?
Atau mereka?

Ramai yang mengaku,
Allah itu Tuhan,
Muhammad itu pesuruhNya.

Mengapa tiada yang menyahut seruan?

Anjakkan paradigmamu!!
Ubahkan sikap burukmu,
Buangkan kelengahanmu,
Muhasabah amalanmu,

Mulakan dari dirimu!!

p/s - Ini sesuai dinamakan apa ya? (Ini bukan puisi atau sajak yea. Pantun pun bukan) Luahan hati kot?

Sedang menyiapkan skrip pentomin tentang Palestin sempena "Sambutan 20 Tahun Sekolah Al-Azhar Jitra" pada 29 April - 1 Mei 2010 nanti.

~ Palestin Takkan Pernah Gentar!! Al-Qudsu lanaa!! ~

Pembebasan

Saban hari, semakin biadap sekali perlakuan Zionis laknatullah terhadap saudara seMuslim kita di Palestin.

Sedarlah hai saudara-saudaraku, bumi suci itu milik kita orang Islam. Mengapa sungguh sukar bagimu untuk membantu mereka?

Sesen yang kau "infaq"kan buat McD dan yang sekutu dengannya, bila dikumpulkan dengan sesen dari sejuta orang di tempat lain, bisa cukup menjadikan bumi itu berdarah.

Apakah tidak ada rasa kasihan dan simpati? Adakah kerana mereka bukan saudara mara kita yang terdekat? Kerana jauhnya pertalian darah?

Saudara seMuslimku,
mari betulkan kesilapan silam. Memang boikot dari seorang tidak menampakkan kesan, tapi jika semua Muslim berfikir seperti anda, tiada yang mustahil, "empayar" McD yang besar selama ini pun boleh tumbang.

Ikhwaan fillaah,
ayuh rapatkan saff! Teguhkan hati di atas jalanNya, kuatkan tekad, bertawadhu' dalam doa. Suatu hari nanti akan kita gegarkan bumi suci itu dengan laungan kalimah suci. Tak ternilai sekali. Ingin aku bersolat di dalam Masjidil Aqsa bersama-sama kalian. Berjanjilah!!

Semoga impian itu bisa jadi kenyataan.

[ Klik gambar untuk baca maklumat dalam poster di atas ]

Sejenak Kita ke Palestin

Lama tak menulis tentang Palestin.

Tapi insya Allah, aku masih lagi selalu mengambil tahu berita tentang saudara seIslam di sana.

Seperti yang korang boleh nampak, aku dah letak link Palestinkini dan HALUAN Palestin di kanan blog ini. Blog Satu Umat pun OK jugak, ade berita tentang umat Islam seluruh dunia, tidak sekadar Palestin.

Harapnya, kita sentiasa mendoakan sahabat-sahabat, saudara-saudara seIslam kita di sana. Semoga mereka tetap kuat dan teguh serta yakin dengan Allah. Bagi yang kurang mengambil tahu isu Palestin, keadaan di Palestin sangat kritikal. Bantuan disekat di pintu masuk dan menyebabkan bekalan keperluan harian mereka hampir tiada. (Astaghfirullaah, dalam beberapa hari ni aku makan sedap-sedap, langsung tak ingat kat diorang)

Dan jangan lupa juga untuk memboikot barangan yang membantu Yahudi Zionis meneruskan rancangan mereka - menjajah Palestin dan merampas tanah suci Al-Quds serta mengotori qiblat pertama umat Islam! Insya ALlah, masih banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan selain dari produk yang dikeluarkan mereka. (tak mati pun kalau tak guna barangan diorang)

Kebetulan, sekarang ni pun musim hujan, insya Allah doa makbul, so mari kita sama-sama mendoakan untuk umat Islam di seluruh dunia terutama yang sedang dalam kesusahan - Palestin, Turkistan Timur, Selatan Thailand, Mindanao, Darfur dan lain-lain lagi. Semoga Allah juga meneguhkan keimanan kita semua dalam menghadapi apa jua ujian (kesenangan serta kesusahan).

Dan juga, semoga Allah mengampuni doa semua Muslimin dan Muslimat!!

(( Palestin - Jangan Dilupakan ))

Nampaknya, gelombang Palestin semakin kurang mendapat perhatian. Masyarakat semakin lupa (barangkali?). Semoga kita tidak begitu. Perjuangan mereka (orang Palestin) sentiasa berterusan tidak mengira masa. Mungkin kerana keadaan kita yang selesa di sini, membuatkan kita 'rileks' 24 jam. Di musim peperiksaan ini, tenangkan fikiran kita dengan dendangan nasyid yang membangkitkan semangat di bawah ini..

(( Bersamamu Palestin COB ))

Dengan Nama ALLAH
YANG MAHA PENGASIH, Lagi MAHA PENYAYANG

Assalaamu'alaikum wbt..

POSTER ini telah diluluskan untuk
BERSAMAMU PALESTIN
oleh KOLEJ PERNIAGAAN UUM

rekabentuk oleh KAHFI8
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERPERANG
DI JALANNYA DALAM BARISAN YANG TERATUR SEAKAN-AKAN
MEREKA SEPERTI SUATU BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH."
(( ASH-SHOFF, 61 : 4 ))



SETIAP HARI
Pameran & tayangan video
Foyer FPP (1-3 Mac)
Foyer FPK (4-5 Mac)

3 MAC (DKG 2/1)
9.00 am
Tayangan Video 'The Iron Wall'
10.00am-12.30pm
Ceramah Khas : Personal Journey in Ghaza
Dr Jamnul Azhar

4 MAC (Foyer FPP)
Sembang santai bersama pelajar-pelajar Palestin

5 MAC (DKG 2/1)
Special Lectures : Consumer Boycotts:
The impact of 'War on Gaza'
Dr Abdul Rahim Abu Bakar
Dr Asmat Nizam Abdul Talib
Dr Nazlida Muhamad @ Hashim
12.30 pm - 2.00pm


InshaAllah, di samping itu, dapatkan juga t-shirt ketika
program berlangsung. Selain waktu program, sila ke
foyer FPP (1-3 Mac) atau foyer FPK (4-5 Mac)

Lengan pendek - RM18
Lengan panjang - RM20 (sama design dengan lengan pendek)
Muslimah - RM26

Untuk melihat reka bentuk dengan jelas, sila klik pada gambar.

01
Depan - Warning! Save our first qiblah!
Belakang - Free Palestine


Ikhwah

Akhowat


02
Depan - Free Al-Quds
Belakang - Bebaskan Palestin 1948-2009


Ikhwah

Akhowat

(( Kronologi Pencerobohan Yahudi ))

Sungguh, ana mengutuk dengan sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan Zionis terhadap Bumi Suci Palestin.

Di sini, ingin ana berkongsi kronologi pencerobohan Zionis la'natullaah ke atas Palestin. Semoga info yang tidak seberapa ini dapat menambah pengetahuan pembaca semua serta meningkatkan sensitiviti umat Islam khususnya di bumi Malaysia ini.

Ya ALLAAH, selamatkan Palestin dan juga umat Islam....

Bermula TAHUN 1897, telah diadakan Kongres Yahudi di Basel yang dipelopori oleh Theodore Hertzl. Mereka mendesak khalifah terakhir Turki Uthmaaniyyah, Sultan Abdul Hamid II agar mengakui imigrasi orang-orang Yahudi ke Bumi Palestin. Malah mereka telah meletakkan harga yang mahal agar beliau menjual Palestin. Namun Khalifah menolak melepaskan Palestin walaupun hanya sejengkal kerana bumi suci ini merupakan hak milik umat Islam seluruhnya, bukan hak milik individu atau mana-mana kaum.

TAHUN 1914, Perang Dunia Pertama meletus, pendudukan British bermula. Banyak negara umat Islam dijajah.

TAHUN 1917, Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestin adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu itu, orang Yahudi hanyalah merupakan 8% (56, 000 orang) daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% bumi Palestin.

TAHUN 1918, British menjajah Palestin, memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

TAHUN 1924, British berjaya meruntuhkan khilafah terakhir (Turki Uthmaaniyyah) melalui agennya Mustafa Kamal (Kamal 'Ataturk').

TAHUN 1946, pertambahan penduduk Yahudi.

TAHUN 1947, cadangan British untuk membahagi dua Palestin ditentang hebat oleh orang Arab

TAHUN 1948, orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel pada 14 Mei dengan izin PBB dengan keluasan tanah 57% dan mencecah 78% dari bumi Palestin pada tahun berikutnya. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera.

TAHUN 1967, Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertama kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa.

TAHUN 1969, seorang Yahudi membakar Masjidil Aqsa. Bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dianggap sebagai seorang yang gila. Tahun ini juga OIC telah ditubuhkan. Isu ini merupakan punca sebenar OIC ditubuhkan.

TAHUN 1982, pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatilla, diketuai oleh Ariel Sharon.

TAHUN 1987-1999, Perjanjian Camp David I antara Mesir dengan Yahudi, Perjanjian Oslo di Washington(1993), dan Perjanjian Way River.

TAHUN 2000, Perjanjian Camp David II di AS yang akan memberikan seperlima (20%) sahaja dari jumlah wilayah Palestin.

TAHUN 2007, akibat memilih HAMAS dalam pilihan raya pertama Palestin, penduduk Gaza dikenakan sekatan ekonomi, bekalan makanan dan ubatan. Sumber elektrik dan air sangat terhad.

TAHUN 2008 HINGGA SEKARANG, Gaza dihujani roket dan tembakan peluru, kereta kebal yang memusnahkan penempatan, bangunan dan sekolah serta membunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Satu 'holocaust' yang lebih dahsyat dari 'holocaust' oleh Nazi terhadap Yahudi. Penggunaan senjata kimia haram, fosforus putih menambahkan derita terhadap mangsa serangan di Gaza.


--------------------

Kebiadapan Zionis semakin menjadi-jadi. Selagi bumi Palestin tidak dikuasai dan orang Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel, selagi itulah mereka meneruskan pendudukan mereka terhadap bumi suci ini.

Lebih menyedihkan, negara Islam berdekatan tidak memberi bantuan terutama dari segi ketenteraan. Berapa banyak sangat orang Yahudi di dalam Palestin, dibandingkan dengan umat Islam di dunia Arab?

Bukanlah memperlekehkan masyarakat Arab, tetapi kerana 'kepatuhan' pemerintah-pemerintah mereka menyebabkan kita melihat masyarakat seolah-olah tidak berbuat apa-apa.

Semoga Allah membalas pemimpin-pemimpin Munafik ini dengan seksaan yang pedih.

Di sini, kita dengan tugas kita semampunya. Teruskan memberi kesedaran terhadap Palestin terhadap orang ramai. Tingkatkan sensitiviti umat Islam. Hulurkan bantuan yang semampunya. Boikot barangan yang menyumbang kepada ketenteraan Zionis. Setiap usaha yang dilakukan walaupun kecil, tetap akan dihitung olehNya di sana nanti. Siapa tahu, kerana usaha kecil ini akan dikira oleh Allah untuk masuk syurga?

Bangkitlah, sesungguhnya pengorbanan kita ini tetap dianggap satu jihad yang mana lebih sukar di tengah-tengah kejatuhan umat ini.

(( Boycott Israel Tag ))

*Update 8 Februari - Ana di'tag' oleh blogger 'Khazanah Rahsia' walaupun dah buat tag ni..

Sebuah tag yang bagus dari ukhti Nihlah. Walaupun tidak ditag, tapi nak buat sendiri. Dan sape-sape yang ditag nanti, jangan marah yea..

*************************************************************************************

Here's what we should do. It's simple:
List down 5 of the products from the list below that you are boycotting,
and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott,
and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott,
and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see : if they can boycott one product that you haven't been boycotting, why can't you start to boycott the product too?

5 products i'm boycotting (Allaahu akbar!!):
1. Coca-Cola
2. Nestle
3. Starbucks
4. KFC & McDonald (all US fast food)
5. Tesco & many more

5 products i will start to boycott (inshaAllah) :
1. Nike
2. Ambi Pur
3. 100 Plus
4. Disney
5. Arsenal

5 products that i find hard to boycott (astaghfirullaah) :
1. Nokia
2. Intel
3. National Geographic
4. IBM
5. TV Fox

5 tag to others :
1. Khairulisam
2. Syafiq Mahadi
3. Syakur
4. Cikgu Eya
5. Jannah

Senarai Boikot

(( Palestin Terus Bersedih.. ))

ALLAAHU AKBAR!!

ALLAAHU AKBAR!!

Masalah Al-Quds ini bukan hanya masalah bangsa sama ada Palestin ataupun Arab! Bukan juga perselisihan faham antara Hamas dan Fatah! Tapi ia permasalah terhadap umat Islam. Maka dipertanggungjawabkan kepada kita untuk membebaskan bumi suci ketiga ini. Tahukah anda mengapa?

Kerna ia mempunyai Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Kini mereka yang memperjuangkan Palestin, tertumpu di Gaza. Sejak awal Muharram yang lalu, mereka telah diserang bertubi-tubi. Tanpa mengira umur, rejim Zionis terus-menerus memuntahkan peluru tidak kira sama ada dari laut, air mahupun darat.

Di manakah umat Islam? Di manakah ummat yang dulunya menguasai dua per tiga dunia? Di mana Salahuddin Al-Ayyubi abad ke-21 yang akan membebaskan Palestin??

Sedarlah wahai saudara-saudariku..

Sesungguhnya ramai antara kita masih terleka dengan permainan kotor Zionis ini. Mereka telah berjaya dalam serangan pemikiran dan menyebabkan umat Islam tidak bersatu! Padahal kita bagaikan satu anggota! Tidak mengira bangsa malah warna kulit! Kecuali taqwa kepada ALLAH!!

AYUH, BANGKITLAH UMATKU!! PALESTIN ITU MILIK KITA! MAKA KITALAH YANG AKAN MEMBEBASKANNYA!!!

(( Seuntai Sorotan dari Gaza ))





Beberapa hari kebelakangan ini, jumlah mangsa yang terkorban di Gaza semakin bertambah. (Maklumat terbaru yang ana baca, 879 orang sudah terkorban) Diharapkan juga pada rakan-rakan sekalian terus ambil tahu dan cuba sedaya upaya memberi sumbangan kepada saudara-saudara kita (demo, qunut nazilah, infaq dan sebagainya)

Dihidangkan maklumat yang cukup bermanfaat dari Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE (Palestine Centre of Excellence). Ayuh, sama-sama kita jadi jurucakap untuk Hamas, jurubicara keadilan sejagat!

Ada satu isu yang harus (wajib) dijelaskan tentang pendirian Hamas terhadap gesaan gencatan senjata oleh PBB. Majlis Keselamatan yang bersidang telah meluluskan resolusi 1860 dengan sokongan 14-0 (Amerika abstain - tidak mengundi) iaitu kedua-dua pihak Israel dan Hamas menghentikan serangan.

Khaled Meshal dengan tegas menyatakan pendirian Hamas untuk menolak syarat-syarat gencatan senjata.

[1] Hamas tidak menolak gencatan senjata tetapi syarat-syarat gencatan senjata. Ini untuk menolak dakwaan Hamas tidak berminat untuk mewujudkan keamanan dan menjamin keselamatan orang awam.

[2] Hamas bersedia untuk menghentikan serangan roket seperti yang dikehendaki oleh Resolusi 1860 apabila Israel mengundurkan tenteranya dari Gaza dan membuka semua sempadan dan pintu masuk ke Gaza (termasuk sempadan Rafah di Mesir). Inilah punca kepada penentangan Hamas dan rakyat Palestin. Jangan lupa Gaza terkepung sejak 18 bulan lalu sehingga mencetuskan tragedi kemanusiaan yang dahsyat.

[3] Menerima syarat gencatan senjata yang diluluskan oleh PBB bererti balik kepada status qou iaitu kembali kepada kepungan. Gaza akan terus dicengkam oleh krisis kemanusiaan yang parah. Ini yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi: "Rakyat Gaza ada 2 pilihan; Sama ada mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau mati dengan segera akibat pengeboman." Jangan kita biarkan saudara kita tersepit di antara dua pilihan tidak munasabah ini.

[4] Israel sendiri menolak gesaan gencatan senjata ini. Jadi, jangan fokus kepada Hamas tetapi fokus kepada Israel yang merupakan pihak penyerang.

[5] Israel selamanya tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa termasuk resolusi PBB. Setelah mereka tidak mengendahkan lebih dari 80 resolusi Majlis Keselamatan sejak 1948, apakah mereka akan menerima dan menghormati resolusi terbaru dari PBB?

[6] Syarat gencatan senjata juga yang menghendaki kehadiran tentera asing ditolak oleh Hamas. Ingat, jika OIC berjaya mendapat kelulusan untuk hantar tentera pengaman ianya akan ditolak oleh Israel. Israel yang akan memutuskan tentera negara mana yang dibenarkan untuk menjadi pasukan pengaman di Gaza. Apa yang akan berlaku pasukan pengaman ini hanya akan memastikan keselamatan dan sekuriti Israel untuk terus mengepung dan menduduki Gaza. Sedang pejuang Palestin akan dilumpuhkan, dilucutkan senjata, dihalang dari membentuk pertahanan. Akhirnya Isreal bebas untuk melakukan apa sahaja ke atas wilayah Gaza tanpa sebarang penentangan dari pejuang Palestin.

Moga penerangan di atas dapat mencerahkan kefahaman kita.

Wahai rakyat Malaysia, wahai rakyat Palestin! Jiwa kita bersatu, sehinggalah bumi Al-Quds dibebaskan dari cengkaman Zionis yang zalim berserta sekutunya.

(( Palestine Poem ))

I will tell you a story
A story that lived in the dreams of people
A story that comes out of the world of tents
Was made by hunger and decorated in the dark nights
In my country, and my country is a handful of refugees
Every twenty of them have a pound of flour
And promises of a relief...gifts and parcels
It is the story of the suffering group
Who stood for ten years in hunger
In tears and agony
In hardship and yearning

It is a story of people who were misled
Who were thrown in the mazes of years
But they defied and stood
Disrobed and united
And went to light, from the tents
The revolution of return
in the world of darkness.


*************************************************************************************

Sajak ini ditulis oleh Kamal Nasir, seorang penyajak Palestin yang dibunuh askar Israel pada 10 April 1973 ketika 1570 ahli akademik, doktor dan ahli professional palestin dihalau dari tanah air mereka dan dibunuh. Sajak ini ditulis pada 1961.

Kamal Nasir, Palestinian poet, killed by an Israeli death squad on April 10, 1973 during a time when 1570 Palestinian educators, doctors, and professionals were deported from their homeland as well as assasinated and maimed in botched assasinations. Their crimes: intellect, resistance, leadership This poem was written in 1961.

[ link ]

(( Gaza Menangis Lagi ))

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati mereka yang berada di atas jalanMu..

Seharusnya kita sedar dan prihatin terhadap isu yang melanda saudara kita di Palestin. Seperti dalam sebuah hadith yang berbunyi :

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka"

Kekejaman tentera zionis sungguh melampau dan kejam. Mereka menyerang dari udara dan laut ke arah Gaza termasuk kepada bangunan dan orang awam. Tidakkah itu satu keganasan yang sebenarnya? PBB, hanyalah sebuah badan yang menjadi boneka Yahudi sahaja. Tidak perlu sokongan mereka untuk meminta menghentikan serangan ke atas Gaza tersebut. Dengan tentera zionis yang mendapat sokongan penuh AS, mereka memperlakukan 'pembantaian jarak jauh' pula. Mungkin kerana jika bertempur secara bersemuka atau melalui darat, mereka bimbang dilempar dengan batu?

Barrack Obama, tidak perlu ditanya, langsung tidak kedengaran suaranya. Dalam memerlukan sokongan menjadi Presiden AS, beliau perlu menyokong dan membantu yahudi dan zionis agar terus berkuasa.

Dalam pada itu, kebanyakan negara Arab yang kaya-raya masih tidak menghantar bantuan terutama sekali jiran Palestin, Mesir. Malah bukan setakat itu sahaja, mereka turut memberi 'hadiah' dengan tidak membenarkan rakyat awam Palestin yang ingin berlindung di Mesir dengan menutup pintu masuk ke negara mereka.

Quote dari wawancara dengan Ustaz Maszlee di [ link ]:

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

Maka, di sini ana menyeru sahabat sekalian agar kita sama-sama dapat menyumbang tidak kira sama ada harta dan tenaga untuk membantu saudara kita di sana. Sekurang-kurangnya, sentiasa iringi dengan doa dan bacaan qunut nazilah kepada mereka. InshaAllah, walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, tapi inshaAllah, Allah akan mengganjarkan pahala.

Selain itu, boikotlah barang-barang utama yang menyumbang kepada dana ketenteraan zionis seperti KFC dan sebagainya. Ana rasa ramai sudah tahu tentang jenama-jenama tersebut. Ayuh, kita sama-sama membantu saudara-saudara kita!

Lain-lain link :

[ Blog K-Melaka : Palestin Menyeru Lagi ]

[ Blog 'Untukmu Palestin' ]

[ Info Palestin : Wawancara Ustaz Maszlee ]

[ Info Palestin : Serangan Habis-habisan ke atas Gaza ]

[ Info Palestin : Mesir Halang Bantuan ke Gaza ]

(( Semangat ))

Beberapa hari ini ana sedikit tertekan dengan beberapa masalah terutama sekali dengan keputusan peperiksaan yang di tahap membimbangkan. Di sini bukanlah hendak membincangkan mengenainya, kerna masalah tetap tidak akan lari dari diri kita selagi masih hidup!

Beberapa malam yang lepas, ana sekeluarga menziarahi keluarga bapa saudara yang tidak jauh dari kawasan tempat tinggal ana. Beliau dan isterinya baru pulang dari menunaikan haji. Sementara ayah ana dan beliau bersembang, ana membaca buku-buku yang terdapat di rumahnya. Kebetulan, anak sulungnya antara editor di Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Baru malam tadi ana usai membaca buku yang dipinjam di rumah Pak Yang (gelaran yang dipanggil pada bapa saudara ana) yang bertajuk Nostalgia Syuhada’ Palestin’ karya Ibnu Ismail yang diterbitkan oleh Al-Qassam Library.

PALESTIN

Di dalam buku ini banyak mengisahkan sejarah Palestin dari detik-detik akhir Khilafah Uthmaniyyah sehingga akhir tahun 2003. Walaupun banyak isi yang tidak ‘up-to-date’, namun banyak info-info baru yang ana dapat darinya.

Keberanian dan kegigihan anak-anak muda mencari syahid yang sangat mulia.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (( Surah 9, At-Taubaah : Ayat 111 ))

Salah seorang remaja yang syahid pada umur 18 tahun, Asy-Syahid Suhaib Timraz meninggalkan wasiat sebelum operasi berani matinya, memetik dari sepotong syair yang masyhur: “ Cahaya tidak akan bersinar sekiranya darah kita tidak menjadi bahan bakarannya, Al-Quds tidak akan dapat dikembalikan, sekiranya kita tidak menjadi tenteranya.”


Begitulah hebatnya jiwa pemuda yang kental, penuh ‘izzah pada Islam.

Kebanyakan kisah yang dipaparkan sangat menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa, namun ana sendiri tidak pasti adakah ana mampu mencapai maqam seperti mereka.

Dari kisah yang dipaparkan, kesemua mereka yang syahid menunjukkan bahawa mereka benar-benar berpegang teguh dengan ajaran Islam semasa hidup. Alhamdulillah, berkat keteguhan dan kesungguhan mereka dalam Islam, Allah mengganjarkan kesyahidan kepada mereka.

Memetik sebuah kisah di dalamnya (bahagian kesimpulan) :

Diberitakan, suatu ketika seorang Islam bertengkar dengan seorang Yahudi. Dalam pertengkaran itu, kedua-duanya saling kutuk-mengutuk antara satu sama lain. Anatara kata-kata yang dilontarkan oleh si Muslim ialah, ”Satu hari nanti Allah akan binasakan kamu semua. Ini janji Allah. Ini janji Rasulullah SAW.” Si Muslim turut membacakan hadith-hadith Nabi yang menjanjikan bahawa akan tiba di suatu masa, orang-orang Islam akan berjaya mengalahkan orang-orang Yahudi.

Mendengarkan hadith-hadith berkenaan, si Yahudi berkata, ”Kami sememangnya percaya kepada perkhabaran berkenaan. Ia pasti berlaku, tapi bukan sekarang. Dan orang Islam yang akan mengalahkan kami bukan orang Islam seperti kamu. Mereka ialah orang Islam yang memenuhkan masjid untuk sembahyang Fardhu Subuh sama seperti mereka memenuhkan masjid untuk sembahyang Fardhu Maghrib dan Jumaat!”

Semoga direnungkan bersama.

(( World Today ))

Mengemas fail-fail dalam laptop, ana terjumpa sebuah artikel (tak tahu la, puisi ke, syair ni)..


WORLD TODAY, TERRORIST, PALESTINE, MUSLIM, AMERICA, SEPTEMBER 11..

Palestine.
When the village is so peaceful,
Zionist has been submitted a military,
All the resident has been irritated by this dastard terrorist,
All this terrorist has a passionate of Palestinian blood,
There are stacked dead body,
There are swirled of missile,
That’s enough to revealed a cruelity of Zionist,
In a fatherland of Palestinian,
That has been hijacked by Zionist.

September 11.
There are so many skyscraper in your country,
The construction is so firmly fixed,
The building is so immense,
The inventiveness’ is so high,
The technology is so sophisticated,
But when the aeroplane has contravened,
All this thing are so dwarf,
That’s enough to illuminate about September 11.

Global.
There are so many assembly by a world organization,
OIC,PBB,APEC,NAM…that’s not enough space to write,
There are so many confluence,
There are so many communicator,
This cresting is so completely construct by American,
Yasser Arafat,
I want to accolade a lot of thanks,
I salute you,
I respect you,
But when you are died,
There is a sadness news to all of Palestinian,
But to all of Palestinian,
Don’t give up,
Don’t pessimistic,
Give our energy,
Give our co-operation,
To claim all the compensate,
If the ICJ was ratify Palestine is for Palestinian,
That’s not enough to explain,
Not enough to gratifying the Zionist.
Because this problem is so puzzled.
May Allah S.W.T bless all the Palestinian.

(( Lambaian Al-Quds ))

Hamas Beri Amaran kepada Penjajah di Tebing Barat

Jumaat, 17/10/2008 - Gerakan Pejuang Islam, Hamas mengingatkan penjajah Israel daripada meneruskan aksi permusuhannya di Tebing Barat. Hamas memberi amaran bahawa tindakan kejam yang dilakukan itu tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan balas.Hamas menganggap aksi pemusuhan ini sebagai kesan daripada kesepakatan keamanan antara penjajah dengan pihak autoriti Ramallah.

Dalam jangka waktu kurang dari 48 jam pasukan penjajah Zionis Israel telah membunuh 3 warga Palestin di Tebing Barat, antaranya adalah seorang remaja berusia 17 tahun. Tindakan ini adalah yang paling dahsyat sejak beberapa bulan terakhir.

Pemimpin gerakan Hamas Dr. Ismail Ridwan menyatakan, “Aksi di Tebing Barat ini merupakan lanjutan dari usaha untuk menghukum pejuang dan menghapuskan semua tanda-tanda pejuangan di Tebing Barat. Ini juga merupakan sebahagian dari koordinasi dan kerjasama keamanan dengan Zionis Israel. Oleh itu ia adalah hasil langsung dari kerjasama keamanan antara autoriti Ramallah dengan penjajah.”

Note:
Sumber : [ link ]
Penterjemah : Osman



*************************************************************************************

Al Aqsha Memanggil
Album : Al Aqsha Memanggil
Munsyid : Izzatul Islam

Ayunkan langkahmu
Luruskan niatmu
Tetapkan azzammu
Janganlah kau ragu

Slamatkan Islammu
Bebaskan duniamu
Hadapi musuhmu
Hilangkan malasmu

Al Aqsha memanggil
Al Aqsha menyeru
Slamatkan Al Aqsha
Slamatkan! Slamatkan!!

Bakarlah smangatmu
Syahid menunggumu
Bebaskan Palestin
Bebaskan! Bebaskan!!

Slamatkan Al Quds yang mulia
Dari cengkraman durjana
Hancurkan Yahudi
Hancurkan! Hancurkan!!

Pastikan langkah sucimu
Bebaskan dunia Islammu
Menang atau syahid
Itu yang kau tuju

Al Aqsha Memanggil
By: Fathurrahman

Sumber : [ link ]

(( Perjuangan Bermula!! ))

Hari ni ana agak kurang sihat dan sakit kepala. Memang tak keluar ke mana pun. Makan pun dah petang, sebab ade pakcik yang jual nasi goreng (nasi ayam, nasi goreng, burger, bihun, mee, kuetiaw) lalu depan bilik. Kelas pun tak pegi. Isk3x..

Dalam kehebohan mengenai pilihan raya di Permatang Pauh, ana merasa terpanggil untuk melihat-lihat berita Palestin.

Nampaknya, rejim zionis masih meneruskan kebiadapan mereka terhadap umat Islam di sekitar al-Quds. Alhamdulillah, umat Islam di sekitarnya masih tidak gentar dan takut mempertahankan kesucian al-Aqsa.

Sebagai umat Islam, kita harus sedar akan kepentingan membantu perjuangan pembebasan Palestin. Apatah lagi, kebanyakan kawasan di negara itu telah dirampas secara biadap dan terus-menerus menindas saudara-saudara kita di sana. Tidakkah kita merasa malu yang setiap hari kita hanya memikirkan 'Apa yang aku nak makan, nak pakai dan nak pergi?' sedangkan mereka di sana setiap hari dihujani peluru yang tidak diketahui siapa mangsanya.

Oleh itu, ana menyeru sahabat-sahabat sekalian, sama-samalah kita menyumbang untuk saudara-saudara kita di sana, untuk membiaya ubat-ubatan, makan minum dan pelajaran (ramai saudara Palestin menyambung pelajaran di luar Palestin dan tidak dibenarkan pulang).

Jika bukan kita(umat Islam), siapa yang hendak membebaskan Palestin?

Jika bukan sekarang, bila?

Bagaimana caranya? Marilah menyumbang di Tabung Palestin!

Jangan nanti di hari kemudian antum akan menyesali diri sendiri kerana tidak melakukan sesuatu untuk saudara antum di Palestin. Apa yang ditunggu lagi, berdermalah sekarang! Masukkan derma antum ke dalam akaun “Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia” di Bank Islam Malaysia Berhad, cawangan Taman Melawati, nombor akaun: 12113010005797. Selamat Menyumbang...

Rujukan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

Sumbangan : [ link 1 ] [ link 2 ] [ link 3 ]

(( kahfi8 on Youtube! : Klip Nasyid Merah Saga ))

Bangkitlah wahai syabaabul Islam! Di mana pengganti Umar Al-Faruq? Siapakah pewaris Salahuddin Al-Ayyubi? Di mana pemuda-pemuda Sultan Muhammad Al-Fateh? Tanamkan semangat jihad dalam hatimu, tekadkan azam untuk syahid dalam dirimu! ALLAHU AKBAR!!

Hmm, hari nie ana nak berkongsi satu klip nasyid jihad dengan antum/antunna/korang. InshaAllah, bila tengah buat kerja tu, rase bersemangat dan berkobar-kobar. Kaki pun rasa nak hentak macam kawad plak heheh! Layan laa... Merah Saga!!


Munsyid : Shoutul Harokah
Nasyid : Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa syahid dalam cintaNya


Selamat menonton. Video ini juga dapat dilihat dalam flash tentang Nakbah Palestin Kedah pada 20 Jun 2008. Lihat posting ana sebelum ini (( Hi-Impak Nakbah Palestin : Sungai Petani & Kulim ))

Untuk mendownload flash tersebut, klik PalestineFlash ® ReleaseJune08

(( Palestina-Info ))

Dipetik dari [ link ]


Jumaat, 11/07/2008 -Menteri Wakaf (pembiayaan) Palestin, Dr. Taleb Abu Shaar pada Khamis lalu menyelar keputusan Israel membangunkan 1800 unit penempatan baru di bandar Baitulmuqaddis sambil menuduh rejim Zionis mengubah identiti kota suci Islam itu.

"Institusi Zionis pernah dan masih berusaha untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmuqaddis seperti yang terbukti dengan keputusan terbaru untuk membina 1800 unit penempatan baru dalam satu pembinaan tersasar yang belum pernah berlaku di bandar tersebut dengan sokongan penuh kerajaan penceroboh Israel", kata Abu Shaar dalam satu kenyataan yang ditimbulkan berkenaan isu ini melalui satu salinan diperolehi PIC.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79