Showing posts with label Monolog kahfi8. Show all posts

Tsabat Hingga Ke Akhirnya!

Rindu.

Hati ini selalu meruntun-runtun, mahu bertemu dan sentiasa bersama-sama dengan mereka yang di jalan ini.

Sepanjang masa. Mahu berada dekat dengan mereka.

Apabila rindu sudah membuak-buak, maka kepada Allah jualah sahaja tempat untukku mengadu. Itulah cinta. Jika sudah cinta, sentiasa mahu berada di sisi yang tersayang, bukan?

Kau mendail di telefon bimbit. Tertera nama Dia.

“Assalaamu’alaikum,” sapa Kau, memulakan bicara.

“Wa’alaikumussalaam,” jawab Dia.

Jeda. Terdengar sedikit esakan.

“Sihatkah? Mengapa menangis?” Dia bertanya apabila Kau tidak berkata apa-apa.

“Alhamdulillah. Fizikal baik-baik sahaja. Tapi kondisi iman tidak semantap kalian,” sedih bunyinya.

“Haha, makanya mestikah kami di sini mampu setabah kau jika dicampak ke tempat yang asing?” soal Dia.

Ya, perlu sedar, ada masanya, Allah telah campakkan ke tempat lain, yang masih gersang. Kekurangan penggerak.

Ketika sudah selesa dengan sekeliling.

Ramai ikhwah dan akhawat di situ.
Dakwah sedang mekar di situ.
Dakwah juga sedang melaju di situ.

Kerana dakwah, harus terus maju ke hadapan. Kerana dakwah juga, tidak harus terbuai-buai dengan kesenangan.

Kesenangan? Ya, apabila dakwah itu dirasai sudah semakin melaju dan seakan-akan tiadanya sekatan. Ia semakin diterima, dan seolah-olah lorong-lorong di hadapan membuka ruang untuk dakwah, tanpa diminta.

“Mengapakah Allah tidak campakkan sahaja kalian yang lebih hebat ke sini? Lihatlah bagaimana prestasi aku di sana. Masih banyak ketirisan meskipun sudah ada ramai ikhwah di sekeliling. Bayangkan apabila aku keseorangan?” Kau bertanya, tidak puas hati dengan jawapan yang diberi.

“Tidak, tidak saudaraku. Tidak semestinya,” pujuk Dia.
Tapi, perlu sedar juga, dakwah ini harus dirasai oleh semua. Kerana itulah, jika dicampakkan ke mana sekalipun, harus tabah. Harus kuat. Bukan larut dengan sekeliling. Kerana kau ada sesuatu yang mereka tidak punya!

Tarbiah.

Hatta kita berlainan dimensi sekalipun, kita tak seharusnya melencong dari jalan ini! Kerana...

Aqidah dan fikrah yang sama telah menyatukan KITA!!


Ikhwaan fillaah, moga kalian tetap tsabat dan tegar di jalan ini, walau apa jua rintangan yang melanda. Moga kita bertemu lagi. Jika tidak di dunia, di syurgaNya nanti. TaqobbalAllahu minkum!

Tidaklah ukhuwwah, jika bukan kerana Allah jua. Walau di mana bumi dipijak, tautan hati tetap pada yang sama-sama di jalan ini.


Ikhwah, semoga kalian tetap tsabat, saat kita bertemu sekali lagi. Nanti.

Doakan diriku juga begitu. Sesungguhnya aku mencintai dan merindui antum!

~ Ukhuwwah Teras Kegemilangan ~

Listening to : Al-Mulk
Reading : Nota Grafik
Watching : Final project
Mood : Perlukan sokongan dan kata-kata semangat

Pangkalnya Jauh, Hujungnya Belum Tiba


Peringatan : entry ini mengandungi maksud-maksud yang tersirat. Sila patuhi papan tanda sepanjang perjalanan. Jika keliru, sila rujuk ikhwah atau akhawat yang memahaminya, dan jangan membuat tafsiran sendiri secara melulu.

Khusus buat diriku yang masih bertatih di jalan penuh ranjau. Jalan yang garis mulanya sudah jauh ditinggalkan, namun titik penghujungnya masih belum kunjung tiba. Baton ‘larian’ perjuangan sudah bertukar tangan entah berapa kali, tidak pasti.

Aku, yang masih hingusan, mula menyambut baton itu kira-kira dua tahun yang lepas. Namun, aku hanya berlari, tanpa memahami matlamat perlumbaan ini. Juga tanpa memahami prioriti-prioriti di sepanjang larian. Kerap kali aku berlari mengikut kehendak hatiku. Sekali sekala aku singgah di mana-mana perhentian bagi melepaskan lelah, namun menyambung semula dengan pecutan yang deras. Akibatnya, aku akan ‘pancit’ sebentar dan terpaksa berjalan sahaja. Sehingga tenagaku pulih, aku akan memecut kembali.


Mei 2010

"Akhi, enta lari macam tu ke? Tak efektif la macam tu. Sebab tu enta cepat penat. Enta ingat jarak larian kita ni dekat ke?"

Gulp!
Betul juga. Tidak pernah aku fikirkan sebelum ini.

"Habis, ana nak buat macam mana?"

"Mari kita lari sama-sama. Ana akan lari bersama enta."

Baru ku tahu. Banyak sekali kesilapanku dalam larian sebelum ini. Dek kerana tidak sabar mencapai garis penamat, aku membazirkan tenaga secara membabi buta. Menyangkakan di depan ialah garis penamat, tapi ia hanyalah fatamorgana sebenarnya. Seperti pengembara di padang pasir yang kehabisan air, terlihat seperti ada lopak air jauh di hadapannya, namun tiada apa-apa, kerana itulah ilusi di padang pasir ketika panas terik memancar ke bumi.

Sebenarnya, graf larian aku sangat merosot sekitar April 2010. Dan pernah terlintas di fikiranku untuk berhenti dan ‘mengambil angin’ di perhentian yang nampaknya sungguh menggiurkan. Penuh keseronokan dan kesenangan. Mungkin juga, tidak salah jika aku terus berhenti dan bermastautin di situ?

Astaghfirullah.

Mujurlah aku tidak berbuat begitu. Alhamdulillah, ada tangan yang ingin menghulur bantuan, memberi ‘kasih sayang’ ukhuwwah fillah untuk aku kembali berlari, kali ini dengan lebih efektif, dan yang penting sekali, jelas dan faham matlamat larian serta apa yang perlu kufokuskan.


Jun 2010

"Akhi, esok kita tambah sikit kelajuan kita ya?"

"Insya Allah."

Hari ini aku cuba menambahkan kelajuanku, tapi nampaknya aku menjadi cepat penat pula.

"Eh, akhi, apa enta bawak ni? Kenapa bawak sekali? Beratlah."

"Saje-saje bawak. Kalau rehat, boleh kita berhibur dengannya."

"Akhi, perjalanan kita jauh dan penuh halangan. Tapi, kadang-kadang kita membawa beban yang tidak wajar dibawa. Sebab itulah kita cepat penat. Di depan kita, laluan semakin cerun, semakin sukar dan menguji ketahanan mental kita."

"Macam tu ke? Baik, ana buang sekarang juga."

Esok.

"Alhamdulillah, hari ini enta berjaya menambah kelajuan larian tapi tidak pula penat dengan cepat."

"Baarokallaahu laka wa lii, semuanya atas bantuan enta."

Laluan larian semakin curam. Mujurlah ikhwah yang bersamaku itu memberi pesanan supaya aku membuang beban yang tidak wajar kubawa, agar larianku lebih pantas dan mudah. Kerana beban yang berat akan melembapkan larian, dan cepat meletihkan dalam perjalananku. Bukanlah salah membawa bebanan yang berat, tapi jika membawa sebarang keperluan yang tidak perlu, tidakkah ia akan menjadi bebanan yang sangat membebankan?


Penghujung Julai 2010

"Ana hendak berlari bersama ikhwah yang lain. Boleh tak?"

"Selamat jalan. Semoga apa yang telah enta mulakan, diteruskan dengan konsisten. Diharapkan ikhwah yang mengganti ana akan terus me’muntalaq’kan enta dengan lebih baik."

"Insya Allah."

Tempoh yang cukup pendek sebenarnya, tapi sangat signifikan buat diriku. Banyak ‘muntalaq’ - kick-off untuk larianku yang kini bernafas baru. Dengan hayunan lebih bertenaga, konsisten dan energetik. Semoga larian ini terus konsisten sehinggalah ajal menjemputku (semoga kemenangan "husnul khotimah" yang diraih, insya Allah), dan akan kuserahkan batonku kepada pelumba seterusnya.


Yang sebenarnya..

Larian dakwah kita ini sangat panjang. Kita tak tahu berapa jauh lagi jarak yang perlu ditamatkan, sedang garis mula larian sudah jauh kita tinggalkan. Tidak mungkin sekali untuk kita berpatah balik atau berhenti. Baton sudah di tangan kita. Sama ada hendak lari terus ke hadapan atau berehat dan bersenang lenang di perhentian. Jika kita memilih untuk berhenti, jadilah kita golongan yang futur, (futur dari segi bahasa bermaksud lembik setelah keras) kumpulan yang tercicir dari landasan, gerabak perjuangan.

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba.. [1]

Glosari entry ini :

Muntalaq = nama buku tulisan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid. Diterjemahkan sebagai "Langkah Bermula" (versi Bahasa Melayu) dan "Titik Tolak" (versi Bahasa Indonesia).

[1] Nasyid ‘Tak Seindah Sentuhan Mata’. The Zikr.

Notakaki : Tulisan ini ditulis pada November 2010, tapi lewat dimuatnaik, dan insya Allah akan ada sambungannya. (Tapi tak janji akan diupdate segera)

~ Titik Tolaknya, (ialah) Langkah Pertama ~

Listening to : Ghayyir Ilat Tamkin (Untuk Sebuah Perubahan) - Fathul Jihad
Reading : Ana Muslim no 60
Mood : In Dilemma

Kau Yang Ku Rindu

Di hari raya..
Terkenang daku kepada si dia..
(petikan lagu raya)

Aku masih terkenangkan dia. Sukar sekali melupakannya. Aku sungguh rindu padanya. Seakan pantas masa berlalu. Masa seakan cemburu. Jarum jam dirasakan berputar berganda-ganda cepat dari biasa. Jikalau boleh, mahu saja aku menghentikan waktu. Tapi sudah pasti aku tak mampu.

Dia telah pergi, tapi..

Aku masih terkenangkan sentuhannya. Merindukan belaiannya.

Dia pergi apabila masanya tiba, dan aku tidak dapat menghalangnya...

***************************

Apa agaknya yang dikenangkan tu ya?

"Awek lama?"

Salah.

"Murabbi lama?"

Tak.

"Anak kucing
lamakesayangan?"

Bukanlaaaaahhh!

*******************

Tapi dia yang membawa tiga perkara.

Rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Ya, itulah Ramadhan! Bulan yang dirindui!

Auranya sangat mengujakan. Impaknya sungguh mendalam. Tapi..

'Aksi' persembahanku sepanjang Ramadhan masih belum memuaskan. Bagiku.

Ya, memang banyak sasaran berjaya kulakukan (alhamdulillah!). Tapi, aku masih rasa menyesal.

Kerana, kemampuanku bukan setakat itu sebenarnya. Tapi lebih dari itu.

Hanya, aku yang lalai dan leka ini, masih punya lagi sifat kemalas-malasan.

Terkenang aku pada satu kisah, di akhirat kelak, nantinya ramai (mungkin juga kesemua) orang yang masuk syurga akan berkata pada dirinya, "aduhai! Jikalau aku melebihkan amalanku ketika di dunia, dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, pastinya aku akan mendapat ganjaran yang lebih di syurga ini. Dan memasuki syurga yang tertinggi." (Tak ingat baca di mana, tapi lebih kurang macam ni la)

Dan, kerana itulah, aku seolah-olah terasa kehilangan yang sangat besar pada 'Idul Fitri tahun ini. Seolah-olah kemenangan itu bukan untukku. (kerana 'Idul Fitri ialah kemenangan buat orang yang beramal sepanjang Ramadhan) Dan sebagai da'ie, jika kriteria kemenangan belum dicapai, mahukah kemenangan sampai kepadanya?

Alhamdulillah, cuma satu peningkatan yang bagus ialah aku mula dapat merasai 'kelazatan' ibadah Ramadhan itu. Dan ia menjadi saksi (penyaksian - syahadah) bagiku, bahawa ibadah (tarbiah dzatiah) itu sesuatu yang sangat penting dalam diri seorang du'at. Sebagai minyak pelincir dalam kenderaan dakwah untuk fardiah (individual). Jika minyak pelincir kering, enjinnya pasti tersekat-sekat, seumpama dakwah akan sedikit tersekat apabila da'ie itu kurang menjaga tarbiah dzatiahnya. Kerana itulah, minyak pelincir ini harus dijaga sebaiknya.

Sedikit kisah, buat renungan;

Ketika melakukan ibadah di malam hari, seorang tabi'in, Al-Ahnaf bin Qais akan meletakkan pelita berdekatan dengannya sambil beliau mendirikan solat di mihrabnya. Setiap kali terlintas di fikirannya dosa yang telah dilakukannya atau suatu kesalahan yang pernah dilakukannya, beliau akan mendekatkan jari ke api pelitanya. Beliau akan berkata: "Rasakan wahai Ahnaf kenapa engkau lakukan perkara itu pada hari itu. Celakalah engkau wahai Ahnaf. Jika engkau tidak mampu menahan api pelita ini dan tidak dapat menahan kepanasannya, mungkin engkau akan dapat menahan kepanasan api neraka dan mampu menahan seksaannya?!" [1]

Jika kita tahu bagaimana panasnya api neraka itu, maka kita tidak akan mahu singgah di sana walaupun sedetik! (Inilah penyaksian terhadap neraka)

Hai yang berjiwa du'at!

Saksikan bahawa Ramadhan itu satu terminal penyucian. Maka janganlah lagi kamu lalai dan leka lagi apabila Ramadhan 1432H datang padamu!


Syahaadatur Ramadhan!

~ Penyaksian Yang Tak Mampu Diungkap ~

[1] 37 Kisah Kehidupan Tabi’in. Pustaka Salam.

Hangatkan Tarbiah

Aku bersyukur, kerana dalam tempoh sebulan lepas, tarbiah aku agak terumbang-ambing. Dzaatiahku meronta-ronta. Namun kini, ada brothers yang masih prihatin untuk menghulurkan tangannya, walau secebis tarbiah bagi menguatkan diriku di jalan yang penuh duri ini.

Ya!

Jalan ini tak mudah.. Maka, marilah kita menjadi penguat antara satu sama lain. (pointnya, jangan hadapi masalah sorang-sorang la)

p/s - still tengah siapkan entry. Semoga dipermudahkanNya.

~ Hangatkan Tarbiah ~

Sudahkah Aku Beramal?

Lama sangat tidak mengemaskini.

Ada yang marah.

InshaAllah, sedang siapkan entry baru. Rahsia tak boleh bagitau lagi.

Cabaran untukku selepas ini, mengamalkan apa yang aku tulis di sini. Kerana, cukuplah bagiku menghimpun kemurkaan Allah lantaran lebih banyak kata dan saranan untuk pembaca di sini, berbanding amal untuk aku jadikan rutin harian yang sebati dalam perjalanan harianku.

Amal dzatiah hanya jadi rutin ketika program, hanya ketika bersama ikhwah.

Inikah aku? Teruk dan hampeh nya diriku!!

Justeru, jangan tiru aku yang begitu!
Dan kerna kekuranganku itu, jangan segan
dan silu untuk menegurku dengan tegas!

Diriku, perbetulkan semula niatmu di jalan ini!

Jika tidak...

Jangan puitis bersilat kata,
sedang isinya kosong belaka!

Jika hanya bergoyang kaki,
jangan Jannatul Firdaus yang kau impi!

p/s - tarbiah tidak sepatutnya melahirkan orang yang hanya suam-suam hangat-hangat najis tahi ayam, tapi sepatutnya yang komited dan berterusan. Juga tidak melahirkan orang yang hanya berapi-api bicaranya serta membakar keazamannya, tapi hanya bak angin lalu. Tiada penerusan dan penjagaan untuk mengekalkan momentum. Eh, eh, aku pun menulis dengan penuh berapi..?

~ Once Tarbiah, Always Tarbiah, Forever Tarbiah ~
~ Tarbiah That's Never End ~

Sungkur atau teguh?

*Maaf, hanya monolog hati yang lemah imannya*

Tika hari-hari terus kulalui, aku kadang-kadang berfikir,

"Mampukah aku terus teguh di jalan ini? Atau akankah nanti, aku tersungkur di mana-mana persimpangan?"

Na'uzubillaah!

Adeh.. Tensen n serabut betui arini.. Down..

[ MESSAGE SENT ]

Selang beberapa minit..

[ MESSAGE RECEIVED ]

Kenape? Ada masalah ape?

+ Tak tau ah.. Cuba la rasa, duduk di tempat ana. Tahulah bagaimana rasanya.. Terdampar keseorangan di sini, terkapai-kapai..

Sorang ke, ramai ke.. Bukan alasan. Allah nak tengok anta betul2 kuat ke tak, atau hanya kuat bila ramai2, kalau sorang2 pun kuat, insya Allah ramai2 pun kuat jugak..
Arrggghhh...!!

[ SIGN OUT ]

Faham ke diorang ni camne perasaan aku..??

Aku sedar, sesama ikhwah, mereka anggap aku bagus. (Astaghfirullaah!)

Tahukah antum, semua itu tidak layak bagiku? Kalaulah antum melihatku di sini, sangkaan kalian meleset sama sekali.

Tapi,
aku tak sama ngan diorang kat sini, mereka bukan ikhwah.. Juga tak sama dengan ikhwah-ikhwah di sana..

Abis tu, aku di kategori mane?

Tengah-tengah.. Atau berpaling ke salah satu mengikut keadaan?

Astaghfirullaah!

Janganlah aku terSUNGKUR dari jalan ini.. Itu sahaja yang kuharapkan..

~ I'm so stress ~

Flash Assignment

Sedang berkursus Adobe Flash CS4 di UUM. Kena buat assignment individu sama ada berbentuk montaj atau animasi. Aku cadang nak buat animasi tentang Palestin, tapi pening pula nak fikirkan skrip. Buku "Biarkan Aku Jadi Orang Palestin" tertinggal pulak di rumah. Kalau tak, boleh juga menggarap sedikit idea dari buku tersebut.

Ya Allah, semoga dipermudahkan urusanku..

Kerinduanku

Inilah akibatnya.

Rasa rindu yang amat membuak-buak meskipun baru seminggu lebih tidak berjumpa.

Semuanya gara-gara terkena 'ubat pengasih'.

Sekali terkena, pasti hendak lagi!

Ya Allah, bagaimanakah harus kuhadapinya?

Bagaimana..?

Untuk kukawal..?

Semoga cinta yang hadir dalam jiwa ini terus bersemi di jasad ini, hingga hujung nyawa..


*********************************************************

Tak reti nak berpuitis, tapi cuba jugak.

Sebenarnya, aku sangat rindu dengan ikhwah seperjuangan, anak buah usrahku, mad'u dan anak buah usrah naqibku (sebagai pelapis kami insya Allah).

Sihatkah antum?

Bagaimanakah antum isikan cuti antum?

Yang penting, bagaimana stamina iman antum?

Semoga Allah menjaga kalian. Kurindukan saat-saat kita bersama, berhalaqoh, berprogram, berjaulah, beriadah dan beraktiviti (juga berhibernasi).

Entahlah, akhir-akhir ini, sejak punya mad'u dan anak usrah, kerap teringatkan mereka apabila berjauhan. Agaknya macam ni perasaan bila ade mad'u yang sering kita 'take care'kan yea..

Antum yang membaca entry ini, ingin aku kongsikan satu doa (yang disampaikan oleh ex-naqibku) yang insya Allah dapat menjaga sesama kita semua tidak kira masa dan tempat.

Rajinlah amalkan doa dalam ma'thurat :

Pagi
Allaahumma inna haaza iqbaalu nahaarik wa idbaaru laylik wa aswaatu du'aatik

Petang
Allaahumma inna haaza iqbaalu laylik wa idbaaru nahaarik wa aswaatu du'aatik


Berhentilah sejenak selepas ayat "du'aatik" dan bayangkan wajah2 ikhwah yang antum sangat rindukan itu dan sambunglah 'faghfirlana' selepas itu.

Marilah kita membanyakkan bertakbir, bertahmid dan bertasbih (walaupun sudah lepas Hari Tasyrik).

Semoga aku dan antum terus bergelumang dalam kancah kedu'atan ini sehingga Izra'il datang menziarah!!

4 Kerinduan dalam Tarbiah

Murobbi mursyid (naqib atau guru yang bijaksana)
Bi'ah ukhuwwah wal mahabbah (suasana ukhuwwah dan kasih sayang)
Bi'ah iimaniah (suasana keimanan)
Bi'ah tajmi' wa tahrik (suasana pengumpulan kader dan bergerak untuk Islam)

Glosari untuk entry ini
Ubat pengasih - tarbiah
Untuk isi kerinduan dalam tarbiah, aku terjemahkan maksudnya secara ringkas.

Saatnya Sedang Jatuh

Kebelakangan ini terasa sangat tertekan..

Dengan pelbagai masalah. (macam-macam masalah)

Aku ingin lari..

Lari dari masalah!

Ya Allah, aku tak tahu apakah jalan penyelesaian terbaik buatku..

Mengapakah aku yang terpilih?

Rasanya, aku bukanlah manusia yang luar biasa. Bukan hebat. Biasa-biasa sahaja.

Eh, jap..

Tapi Allah kan dah sebut,

“Kamu adalah umat yang TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Aali ‘Imron : Ayat 110)

Hm, tu aku tau, tapi aku tak tau ke mana perginya semangatku itu..?

Na’udzubillaah, aku tak mahu futur..

Futur?

Aku pernah dengar, kalau rasa nak (menuju ke arah) futur, cuba cek amal, cek pemakanan dan beberapa lagi tips yang lain.

Tapi aku rasa ke’futur’an aku ni lain dari biasa..

Oh? Futur luar biasa?

Hm, complicated to say lah. Walaupun En Nabil kata ‘lu pk la sendiri’ tapi aku tak boleh pikir camne lagi dah ni.. Waarrrghh!!

Sometimes, rasanya kena meluahkan (dalam bentuk tulisan) sikit dalam blog. ‘Simpan dalam’, boleh bawak bahaya aku rase.. (mungkin boleh jadi ‘makan dalam’ kot)

Lastly, sape nak komen tu, tegur lah dengan bebaik. Kalau ade ikhwah yang rasa dia tak sibuk, boleh kot nak tolong aku..

P/s – zaman belajar lagi tertekan ke zaman bekerja (lepas belajar) lagi tertekan? Zaman kanak-kanak paling best kot, langsung tak tertekan.. (melainkan kalau Allah menarik balik akal dan anda dihantar ke Tampoi atau Tanjung Rambutan)

Exam lagi beberapa jam..

Renungan Sejenak

Adakah masalah diri aku lebih utama dari masalah ummah?

Berapa ramai orang yang telah aku DF untuk bersama dalam jalan da'wah ini?

Berapa orang yang telah menyahutnya?

Dan bagaimanakah usaha follow up aku terhadap mereka?

Banyak mana peningkatan 'islah' terhadap diri sendiri?

Bagaimanakah tarbiah ramadhan membentuk diri menghadapi 11 bulan selepasnya?

******

P/s - Soalan untuk diri sendiri..

Ramadhan Yang Bakal Pergi

Ya Allah,
Semoga dapat kumanfaatkan Ramadhan kali ini.
Jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas..

*****************************************

+ Entahlah, akhir-akhir ni rasa macam amalan yang dibuat macam ‘kering’.

Kering? Macam mana tu ya?

+ Hmm.. Takde penghayatan lah lebih kurang. Rasa macam tak mengalir ke segenap tubuh ni.

Ceewaah, berpuitis plak.

+ Betul la.. Sepatutnya kalau dalam beribadah ni, kena cuba sampai tahap macam tu. Bererti, kita lakukan ibadah itu dengan sepenuh hati, dengan penuh rasa kecintaan padaNya. Bukan sekadar pada mulut sahaja. Kan?

Hm, bila fikir-fikirkan, betul jugak pendapat tu. Sedihnya, Ramadhan tinggal beberapa malam je. Tak tau, dapat lagi tak bersua tahun depan..

+ That’s why la kene pertingkatkan lagi.. Ganbatte! (pengaruh anime dan manga nie)



*******************************************

Alhamdulillah, sudah berjaya hafaz dengan lancar surah Ash-Shaff (surah ke 61), dalam proses menghafaz surah Muhammad (surah ke 47). Baru hafaz satu muka surat, tapi baru 4 ayat je yang lancar (yang tak lancar tu kena berhenti sekejap bila membaca, ingat-ingat lupa)

Ayat favourite dalam surah Ash-Shaff ni ialah ayat ke 4 dan ke 10-11.

Ayat 4

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.


Ayat 10-11

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


Macam mana? Dapat rasa ‘boost’ sikit tak? Kita bermuamalat dengan Allah. Bayarannya tak mahal, cuma beriman kepadaNya dan RasulNya, serta berjihad.

Ingatlah, setiap amalan seperti saham di sana kelak. Maka, janganlah risau. Insya Allah, menyimpan untuk hari muda iaitu di Hari Pembalasan.

Jom! Pulun untuk baki-baki ‘second half’ Ramadhan! 2 Fast for Taqwa! (Rujuk Al-Baqarah ayat 183)

(( Cuti-cuti Kuliah ))

Dah beberapa hari cuti. Tinggal lagi 2, 3 hari cuti akan habis. Sungguh, rasa kerinduan dengan ikhwah seusrah. Bagaimanakah keadaan mereka? Mesti seronok pulang ke kampong, ke rumah masing-masing.

Harapnya diri ini tidak dilupakan. Ukhuwwah berkekalan selama mana masih teguh di atas jalan perjuangan yang penuh mehnah dan cabaran.

Ya Allah, ku mengharap keampunanMu. Kadang-kadang diri ini lalai atau ‘menipu’ dalam menunaikan tanggungjawabMu..

Putikkan kembali semangat kepadaku di kala kesedihan ini. Semoga dapat mengembalikan rasa keni’matan dalam hidayah dan petunjuk dariMu.

Sesungguhnya hambaMu ini seorang yang sangat lemah, hanya kepadaMu ku berserah diri..

Ujian kembali melanda.. Dapatkah ku menghadapinya...?

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkan hatiku di jalanMu dan keta’atanMu.. Aameen.

Kekuatan berjama’ah terasa berkurangan di waktu cuti ini. Sangat mantap bila di dalam kumpulan. Nampaknya, di sinilah kelemahan diri yang harus diperbaiki. Mesti berazam untuk mengubah diri. Walhal, sudah sebulan melalui bulan pertama Hijrah.

Ikhwahku, bimbinglah dan nasihatilahku!

(( Buat UMMI... ))

Kebetulan sudah lama tidak mengupdate, di kesempatan hari jadi ummi ana ini, ana luangkan sedikit masa untuk mencoret di blog ini.

"Ummi, semoga hidupmu sentiasa dalam keberkatanNya. Maafkanlah kesalahan anakmu, halalkan setiap titis susu yang diteguk sewaktu kecil. Maafkan juga di atas keterlanjuran kata, kedegilan pada arahan atau permintaan, serta kepelbagaian lagi karenah dan ragam. Sesungguhnya engkau sungguh tabah dan sabar dalam menghadapi semua itu..

InshaAllah, segala pengorbananmu itu akan kubalas agar ummi sentiasa bahagia dan sejahtera, di dunia dan akhirat. Saaaayang Ummi sangat-sangat!! Aameen.."


P/s - Teka yang mana satu ana? Hehe..

(( Rahmat Ujian ))

Tanpa-Mu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Ya Allah, begitu banyak sekali dugaan yang menimpa akhir-akhir ini. Rasa sungguh kerdil ini untuk menanggungnya. Ya Allah, janganlah kau timpakan musibah kepadaku kerana murkaMu, tapi kurniakan musibah ini sebagai kifarah dan juga ujian kepadaku. Aku hanya insan yang lemah.. Semoga sahabat2 ana dapat mendo'akan ana. Imtihan tak lama lagi. Jangan sampai nak jawab imtihan nanti tension2.. Banyak lagi kesilapan pada diri yang perlu diperbaiki. Harap boleh kongsikan penyelesaian di ruangan komen.. Syukran ilaikum..

**************************************************************




Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji?


Imtihan ana :

20 April 2008 (13 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIV2043 Teknologi Audio Digital

2 Mei 2008 (25 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIV1013 Bahasa Pengaturcaraan dan Pengarangan

3 Mei 2008 (26 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIA1013 Pengaturcaraan Awalan

13 Mei 2008 (7 Jamadil Awwal 1429H)
TQM1203 Matematik Untuk IT

14 Mei 2008 (8 Jamadil Awwal 1429H)
ADN1043 Hubungan Etnik