Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Sepohon Kayu Daunnya Rimbun

Separuh masa kedua Ramadhan tidak lama lagi. Bagaimana prestasi kita?


Jika meningkat dari Ramadhan tahun lepas, ALHAMDULILLAAH.

Jika sama, ASTAGHFIRULLAAH. Tingkatkan lagi!

Jika lebih teruk, INNAA LILLAAH! Warning pada diri!


Meskipun seribu bulan Ramadhan yang kau tempuhi, jika tiada perubahan dan peningkatan pada diri, tiadalah ertinya.

Kerana matlamat Ramadhan dan Siyam (puasa) itu bukan sekadar menahan diri. Sama ada menahan diri dari lapar, dahaga dan hubungan antara suami isteri.

Tetapi matlamatnya ialah TAQWA.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu berTAQWA. "
(Surah 2, Al-Baqarah : Ayat 183)

Niat.

Mari, perbetulkan niat Ramadhan dan Siyam (puasa) kita!

Berpuasalah kerana ALLAH, untuk mencapai TAQWA padaNya.. InshaALlah, jadikan puasa kita lebih berkualiti, inshaAllah.


Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun puasa seribu tahun,
Lapar dahaga saja tidak berguna.

http://yusufcolors.deviantart.com/art/Ramadhan-kareem-2011-251841835

~ Ramadhan : 2 Fast 4 Taqwa! ~

Listening to : Tilawah
Reading : Ma'thurat
Watching : Ramadhan in Mesir
Mood : Iftar. Hehe ~

Kau Yang Ku Rindu

Di hari raya..
Terkenang daku kepada si dia..
(petikan lagu raya)

Aku masih terkenangkan dia. Sukar sekali melupakannya. Aku sungguh rindu padanya. Seakan pantas masa berlalu. Masa seakan cemburu. Jarum jam dirasakan berputar berganda-ganda cepat dari biasa. Jikalau boleh, mahu saja aku menghentikan waktu. Tapi sudah pasti aku tak mampu.

Dia telah pergi, tapi..

Aku masih terkenangkan sentuhannya. Merindukan belaiannya.

Dia pergi apabila masanya tiba, dan aku tidak dapat menghalangnya...

***************************

Apa agaknya yang dikenangkan tu ya?

"Awek lama?"

Salah.

"Murabbi lama?"

Tak.

"Anak kucing
lamakesayangan?"

Bukanlaaaaahhh!

*******************

Tapi dia yang membawa tiga perkara.

Rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Ya, itulah Ramadhan! Bulan yang dirindui!

Auranya sangat mengujakan. Impaknya sungguh mendalam. Tapi..

'Aksi' persembahanku sepanjang Ramadhan masih belum memuaskan. Bagiku.

Ya, memang banyak sasaran berjaya kulakukan (alhamdulillah!). Tapi, aku masih rasa menyesal.

Kerana, kemampuanku bukan setakat itu sebenarnya. Tapi lebih dari itu.

Hanya, aku yang lalai dan leka ini, masih punya lagi sifat kemalas-malasan.

Terkenang aku pada satu kisah, di akhirat kelak, nantinya ramai (mungkin juga kesemua) orang yang masuk syurga akan berkata pada dirinya, "aduhai! Jikalau aku melebihkan amalanku ketika di dunia, dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat, pastinya aku akan mendapat ganjaran yang lebih di syurga ini. Dan memasuki syurga yang tertinggi." (Tak ingat baca di mana, tapi lebih kurang macam ni la)

Dan, kerana itulah, aku seolah-olah terasa kehilangan yang sangat besar pada 'Idul Fitri tahun ini. Seolah-olah kemenangan itu bukan untukku. (kerana 'Idul Fitri ialah kemenangan buat orang yang beramal sepanjang Ramadhan) Dan sebagai da'ie, jika kriteria kemenangan belum dicapai, mahukah kemenangan sampai kepadanya?

Alhamdulillah, cuma satu peningkatan yang bagus ialah aku mula dapat merasai 'kelazatan' ibadah Ramadhan itu. Dan ia menjadi saksi (penyaksian - syahadah) bagiku, bahawa ibadah (tarbiah dzatiah) itu sesuatu yang sangat penting dalam diri seorang du'at. Sebagai minyak pelincir dalam kenderaan dakwah untuk fardiah (individual). Jika minyak pelincir kering, enjinnya pasti tersekat-sekat, seumpama dakwah akan sedikit tersekat apabila da'ie itu kurang menjaga tarbiah dzatiahnya. Kerana itulah, minyak pelincir ini harus dijaga sebaiknya.

Sedikit kisah, buat renungan;

Ketika melakukan ibadah di malam hari, seorang tabi'in, Al-Ahnaf bin Qais akan meletakkan pelita berdekatan dengannya sambil beliau mendirikan solat di mihrabnya. Setiap kali terlintas di fikirannya dosa yang telah dilakukannya atau suatu kesalahan yang pernah dilakukannya, beliau akan mendekatkan jari ke api pelitanya. Beliau akan berkata: "Rasakan wahai Ahnaf kenapa engkau lakukan perkara itu pada hari itu. Celakalah engkau wahai Ahnaf. Jika engkau tidak mampu menahan api pelita ini dan tidak dapat menahan kepanasannya, mungkin engkau akan dapat menahan kepanasan api neraka dan mampu menahan seksaannya?!" [1]

Jika kita tahu bagaimana panasnya api neraka itu, maka kita tidak akan mahu singgah di sana walaupun sedetik! (Inilah penyaksian terhadap neraka)

Hai yang berjiwa du'at!

Saksikan bahawa Ramadhan itu satu terminal penyucian. Maka janganlah lagi kamu lalai dan leka lagi apabila Ramadhan 1432H datang padamu!


Syahaadatur Ramadhan!

~ Penyaksian Yang Tak Mampu Diungkap ~

[1] 37 Kisah Kehidupan Tabi’in. Pustaka Salam.

Mari 'Boros' Di Bulan Yang Mulia


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
[ Surah 9, At-Taubah : Ayat 111 ]

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
[ Surah 61, As-Soff : Ayat 10 - 11 ]

Bulan yang mulia ini akan pergi kurang dari 10 hari lagi. Semoga momentum amalan harian sepanjang Ramadhan ini masih berterusan meskipun ia telah berlalu. Tilawah, zikir, istighfar, sedekah (infaq), solat sunat, tahajud dan sebagainya. Ingatkah anda, amalan baik pada bulan ini digandakan pahalanya sebanyak 70 kali? Justeru, perbanyakkan amal yang baik di bulan mulia ini.

Dan, bulan ini sepatutnya kita boros!


Boros? Ya, boros berbelanja di jalan Allah. Apatah lagi, pahalanya dilipat kali ganda 70 kali. Bagi yang sudah bekerja, mungkin, beri sahaja duit (sedekah) kepada anak saudara atau adik yang kecil ketika bulan Ramadhan ini? Kerana jika kita menyediakan duit raya untuk diberi pada hari raya nanti, nilaian RM2 hanya dikira sebagai sedekah RM2. Tapi jika kamu memberi RM2 pada bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipat ganda, seolah anda bersedekah sebanyak RM140!

Apa tunggu lagi? Mahu boros ketika Ramadhan atau Syawwal? Pilihan di tangan anda! Sementara 'sale' masih ada!

p/s - entry ini ditulis selepas mendengar tazkirah ketika iftar dari seorang ikhwah. Kalau dapat dengar dari mulut dia, lagi best!

~ Memburu 'Pembebasan dari Api Neraka' ~

PJ Di Bulan Ramadhan

Muhasabah sebelum 'kick-off' grand finale Ramadhan.

Berapa juzu' Al-Qur'an sudah dibaca?

Berapa banyak peningkatan amalan tahun ini berbanding tahun lepas?

Cukuplah dua soalan ini buat diriku (dan kamu).

Sekarang sudah hampir mencecah malam ke20 Ramadhan, sedang aku belum menamatkan 20 juzu' bacaan dari Al-Qur'an. Harus memecut apabila melepasi 'lap' terakhir ini! Siapa tahu, aku akan ketemu lagi Ramadhan akan datang atau tidak?


Rasulullah bersabda, yang maksudnya :

“Sesiapa bersuci di rumahnya, kemudian berjalan menuju ke salah sebuah rumah Allah swt bagi melaksanakan salah satu solat fardhu yang ditetapkan Allah swt, maka salah satu daripada dua langkahnya akan menggugurkan kesalahan yang dilakukannya dan langkahnya yang satu lagi akan meninggikan darjatnya.
[ dipetik dari 'Ar-Raqaiq', Abu Ammar ]

Jom i'tikaf di masjid! Semoga PJ (Pendidikan Jiwa) pada bulan Ramadhan ini akan mencorakkan diri kita untuk bulan yang seterusnya!

~ Ramadhan, Universiti Mendidik Jiwa ~

Ramadhan Yang Bakal Pergi

Ya Allah,
Semoga dapat kumanfaatkan Ramadhan kali ini.
Jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik berbanding Ramadhan yang lepas..

*****************************************

+ Entahlah, akhir-akhir ni rasa macam amalan yang dibuat macam ‘kering’.

Kering? Macam mana tu ya?

+ Hmm.. Takde penghayatan lah lebih kurang. Rasa macam tak mengalir ke segenap tubuh ni.

Ceewaah, berpuitis plak.

+ Betul la.. Sepatutnya kalau dalam beribadah ni, kena cuba sampai tahap macam tu. Bererti, kita lakukan ibadah itu dengan sepenuh hati, dengan penuh rasa kecintaan padaNya. Bukan sekadar pada mulut sahaja. Kan?

Hm, bila fikir-fikirkan, betul jugak pendapat tu. Sedihnya, Ramadhan tinggal beberapa malam je. Tak tau, dapat lagi tak bersua tahun depan..

+ That’s why la kene pertingkatkan lagi.. Ganbatte! (pengaruh anime dan manga nie)



*******************************************

Alhamdulillah, sudah berjaya hafaz dengan lancar surah Ash-Shaff (surah ke 61), dalam proses menghafaz surah Muhammad (surah ke 47). Baru hafaz satu muka surat, tapi baru 4 ayat je yang lancar (yang tak lancar tu kena berhenti sekejap bila membaca, ingat-ingat lupa)

Ayat favourite dalam surah Ash-Shaff ni ialah ayat ke 4 dan ke 10-11.

Ayat 4

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.


Ayat 10-11

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.


Macam mana? Dapat rasa ‘boost’ sikit tak? Kita bermuamalat dengan Allah. Bayarannya tak mahal, cuma beriman kepadaNya dan RasulNya, serta berjihad.

Ingatlah, setiap amalan seperti saham di sana kelak. Maka, janganlah risau. Insya Allah, menyimpan untuk hari muda iaitu di Hari Pembalasan.

Jom! Pulun untuk baki-baki ‘second half’ Ramadhan! 2 Fast for Taqwa! (Rujuk Al-Baqarah ayat 183)

Tawaran Hangat!!



Pointer hangpa OK?