MashaAllaah. Sedar tak sedar, Ramadhan akan bertandang kembali. Pintu rahmah, maghfirah dan pembebasan dari api neraka akan terbuka kembali. Khas, buat sesiapa yang mencarinya dengan penuh daya.
Alhamdulillah, Ramadhan bakal menyusul.
Mari kita senaraikan kewajipan-kewajipan yang sangat digalakkan sepanjang Ramadhan :
1. Tilawah Al-Qur'an 1 juz sehari2. Solat sunat / qiamullayl setiap malam3. Memeriksa hafazhan juzu' 304. Iftar bersama usrahmate / mutarabbi sekurang-kurangnya sekali5. Infaq RM 1 sehari (simpanan dari perbelanjaan harian biasa)6. I'tikaf di masjid sekurang-kurangnya 2 hari di penghujung Ramadhan7. Istighfar 100x sehari
Mahu ekstra?
Buat banner atau bunting sempena Ramadhan. Atau kat bilik, print atau buat poster yang mem'boost' untuk beramal sepanjang Ramadhan. Tampalkan muhasabah atau senarai check list amalan harian sepanjang Ramadhan.
Mahu tambah lagi?
Dua kali gandakan amalan biasa..!!
Selamat berkongsi dan beramal..
~ Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna ~