Sejenak Kita ke Palestin

Lama tak menulis tentang Palestin.

Tapi insya Allah, aku masih lagi selalu mengambil tahu berita tentang saudara seIslam di sana.

Seperti yang korang boleh nampak, aku dah letak link Palestinkini dan HALUAN Palestin di kanan blog ini. Blog Satu Umat pun OK jugak, ade berita tentang umat Islam seluruh dunia, tidak sekadar Palestin.

Harapnya, kita sentiasa mendoakan sahabat-sahabat, saudara-saudara seIslam kita di sana. Semoga mereka tetap kuat dan teguh serta yakin dengan Allah. Bagi yang kurang mengambil tahu isu Palestin, keadaan di Palestin sangat kritikal. Bantuan disekat di pintu masuk dan menyebabkan bekalan keperluan harian mereka hampir tiada. (Astaghfirullaah, dalam beberapa hari ni aku makan sedap-sedap, langsung tak ingat kat diorang)

Dan jangan lupa juga untuk memboikot barangan yang membantu Yahudi Zionis meneruskan rancangan mereka - menjajah Palestin dan merampas tanah suci Al-Quds serta mengotori qiblat pertama umat Islam! Insya ALlah, masih banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan selain dari produk yang dikeluarkan mereka. (tak mati pun kalau tak guna barangan diorang)

Kebetulan, sekarang ni pun musim hujan, insya Allah doa makbul, so mari kita sama-sama mendoakan untuk umat Islam di seluruh dunia terutama yang sedang dalam kesusahan - Palestin, Turkistan Timur, Selatan Thailand, Mindanao, Darfur dan lain-lain lagi. Semoga Allah juga meneguhkan keimanan kita semua dalam menghadapi apa jua ujian (kesenangan serta kesusahan).

Dan juga, semoga Allah mengampuni doa semua Muslimin dan Muslimat!!

Saatnya Sedang Jatuh

Kebelakangan ini terasa sangat tertekan..

Dengan pelbagai masalah. (macam-macam masalah)

Aku ingin lari..

Lari dari masalah!

Ya Allah, aku tak tahu apakah jalan penyelesaian terbaik buatku..

Mengapakah aku yang terpilih?

Rasanya, aku bukanlah manusia yang luar biasa. Bukan hebat. Biasa-biasa sahaja.

Eh, jap..

Tapi Allah kan dah sebut,

“Kamu adalah umat yang TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(Aali ‘Imron : Ayat 110)

Hm, tu aku tau, tapi aku tak tau ke mana perginya semangatku itu..?

Na’udzubillaah, aku tak mahu futur..

Futur?

Aku pernah dengar, kalau rasa nak (menuju ke arah) futur, cuba cek amal, cek pemakanan dan beberapa lagi tips yang lain.

Tapi aku rasa ke’futur’an aku ni lain dari biasa..

Oh? Futur luar biasa?

Hm, complicated to say lah. Walaupun En Nabil kata ‘lu pk la sendiri’ tapi aku tak boleh pikir camne lagi dah ni.. Waarrrghh!!

Sometimes, rasanya kena meluahkan (dalam bentuk tulisan) sikit dalam blog. ‘Simpan dalam’, boleh bawak bahaya aku rase.. (mungkin boleh jadi ‘makan dalam’ kot)

Lastly, sape nak komen tu, tegur lah dengan bebaik. Kalau ade ikhwah yang rasa dia tak sibuk, boleh kot nak tolong aku..

P/s – zaman belajar lagi tertekan ke zaman bekerja (lepas belajar) lagi tertekan? Zaman kanak-kanak paling best kot, langsung tak tertekan.. (melainkan kalau Allah menarik balik akal dan anda dihantar ke Tampoi atau Tanjung Rambutan)

Exam lagi beberapa jam..

Apa Yang Termampu

Kebelakangan ni ramai pulak ikhwah ditimpa musibah.

Positif H1N1 (alhamdulillah dah keluar hospital), kecurian dan kemalangan.

Semoga ujian yang menimpa tidak melemahkan semangat mereka.

Jalan yang kita lalui ini memang penuh dengan liku-likunya.

Tapi di saat ini, aku yang di akhir semester sudah kekeringan duit poket. Apalah dayaku.. Imanku tidak seperti Abu Bakr r.a. yang menginfaq keseluruhan hartanya untuk Islam. (T_T) Hanya doa yang mampu dihulurkan. Juga kata-kata semangat sebagai penguat diri antum. Semoga kita terus tsabat di jalan ini. ~ Aameen ~

The Worst Update

Cukup dengan merenung beberapa wahyu terawal Rasulullah.

Al-Muddatstsir ayat 1 - 7 (permulaan berdakwah)

Al-Muzzammil ayat 1 - 3 (qiamullail)

dan

Al-'Alaq ayat 1 - 5 (membaca). So apa lagi? Baca buku pi study!! Exam dah dekat!!

p/s - mengapa sungguh malas membuka nota...

Parkour

Anda peminat sukan ekstrem?

Lihat sini..

Sengaja dimasukkan di sini, sebab ada berita dari ikhwah di UNITEN, Qayyim Hafidzi. Tahun lepas, group parkournya telah membuat persembahan parkour ketika majlis penutup Karnival Kebudayaan Belia & Komuniti di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor.

Terfikir jugak, kalau parkour boleh diaplikasikan dalam bola sepak, memudahkan striker melepasi pertahanan.. Apa-apa sajalah..! Heh ~

Media dan Dakwah

Baru balik dari keluar, dengan anak saudaraku, jumpa dengan akh Amirul Letfee, mantan presiden KNL. Berbincang dengannya memberi sedikit idea untuk aku update blog malam ni.

Kecanggihan teknologi sekarang sangat mengagumkan. Tapi adakah kita menggunakan sehabis baik sumber yang ada sebagai peluang dakwah? Perlu diberi perhatian, masih banyak lagi kekosongan yang boleh diisi dan dimanfaatkan untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Salah satunya media.

Dari apa yang kami bincang, banyak projek dan rancangan yang boleh dilakukan. Cuma tenaga kerja sahaja yang menjadi masalahnya.

Kami 'ter'bincangkan hal ini sebab anak saudaraku yang bekerja sebagai graphic designer di Pustaka Darul Iman sekarang ini. Kebetulan, Pustaka Darul Iman sering juga menggunakan khidmat grafik dari abangku (ayah anak saudaraku). Dan aku juga pernah menerima tawaran untuk membantu tapi aku memilih untuk menyambung pelajaran buat masa ini.

Setakat ini, aku ada merancang banyak perkara. Tapi masih banyak yang terbengkalai di laptop dan external hard disk ku. Juga ada merancang untuk buat skrip filem pendek yang berunsurkan dakwah.

Mungkin ada sesiapa ingin membantu? Apa pun, aku perlu tumpu pada imtihaan dahulu! (haha mungkin ada yang kecewa dengan anti-climax di penghujung entri ini)

P/s - entri ni macam berterabur la bila aku baca lagi sekali.. Ah tak kisah janji update..