(( Valentine..?? ))

Assalamu'alaikum w.b.t.. Ana ganggu ke ni?

+ Wa'alaikumussalam w.b.t.. Boleh la tahan. Study sikit. Esok exam mid term.

Oh ya ke.. Subjek ape?

+ Matematik Untuk IT.

So far macam mana, susah ke?

+ Alhamdulillah, OK. Tapi bab akan datang tak tau la pulak. InshaAllah, ana cuba yang terbaik.

Ma'at taufiq wan najaah. Semoga Allah mempermudahkan anta jawab imtihan tu esok..

+ Syukran sebab do'akan ana.

Em, ni nak tanya sikit. Apa hukum sambut valentine ek?

+ Anta sambut jugak ke? Anta tau apa dia valentine tu?

Eh, takdela. Tapi nak penjelasan lanjut. Nanti kalau ada orang nak tanya ana, ana cuba la jelaskan pasal benda ni.

+ Bagus jugak tu. Hm, sebenarnya ada banyak versi tentang valentine ni. Ada 3 pendapat tentang asal-usul dia:
i. Valentine’s Day bermula semasa empayar Rom memerintah iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tu, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta tu berlangsung.
ii. Pendapat kedua pulak mengatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St.Valentine dibunuh sebab dia bertengkar dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St.Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati pastu dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Untuk nak memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, so 14 Februari ni dijadikan sebagai hari memperingati kematian St.Valentine sebagai upacara keagamaan.
iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St.Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St.Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan lepas kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova sebab St.Valentine tu seorang Paderi Katolik yang tak boleh kahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tak boleh berkahwin. Tindakan St.Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan kemurkaan Ratu Isabella, so St.Valentine pun kena penjara untuk sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Oh, macam tu ke.. Mengapa Islam larang sambut Valentine ni?

+ Islam ni sangat prihatin dan nak umatnya ada identiti tersendiri, berbeza dengan identiti umat yang lain. Sebab tu penghayatan aqidah Islam, pelaksanaan ibadah, mu'amalah dan akhlaq serta tradisi2 yang ada pada umat Islam tak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Senang cerita kat sini, umat Islam tak boleh campur adukkan aqidah dan peribadatan agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain. Kita boleh fahami dari 6 ayat dalam surah Al-Kafirun yang bermaksud :
" Katakanlah (wahai Muhammad) : Hai orang kafir. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadah sebagaimana kamu beribadah dan kamu pula tidak mahu beribadah sebagaimana cara aku beribadah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. "[ Al-Kafirun : 1-6 ]
Rasulullah sangat melarang umat Islam meniru dan menyertai tradisi umat2 selain Islam.
"Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut."
(HR. At-Tirmidzi).
Kalau seseorang tu meraikan hari tersebut untuk mengenang peristiwa tersebut, maka dia telah pun kafir manakala jika dia tak bermaksud demikian, dia telah membuat kemungkaran kepada Allah. So, kita hendaklah berhati-hati dalam tingkah laku kita.
Kan ke banyak lagi sunnah Rasulullah s.a.w. yg lebih mulia dan baik? Kenapa nak ikut jejak langkah orang yang bukan Islam (kristian)? Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya nak tiru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Oh, em, betul jugak tu.. Kan ada satu hadith yang bagitau tentang larangan Rasulullah s.a.w. terhadap amalan bukan Islam :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

+ So secara ringkasnya, budaya meraikan Hari Valentine ni tak dibenarkan sama sekali oleh Islam.
Lagipun, perayaan ni banyak campur dengan unsur2 ritual dan kepercayaan Kristian. Maksiat pun mesti ada jugak tu. Kalau ye pun nak berkasih sayang, takkan satu hari je? Islam galakkan aje berkasih sayang terutama sekali suami isteri. Tetapi biarlah batasan tu dijaga dan tak dicampur aduk dengan budaya yang bercanggah dari Islam serta mengandungi maksiat.
Kenapa kita harus bangga dengan budaya agama lain? Kan banyak lagi amalan2 sunat dan juga sunnah Rasululullah yang boleh diamalkan?

Em, syukran atas informasi anta tu. Baru ana faham dengan lebih jelas. Sebelum ni samar2 lagi. Tapi ana memang tak sambut pun benda ni.

+ Baguslah, syukur pada Allah sebab dijauhkan dari benda2 maksiat ni. Semoga Allah melindungi kita dan ahli2 keluarga kita. Ameen..

Ameen... InshaAllah, jika ada kelapangan, kita bertemu lagi. Ilal liqa'. Assalamu'alaikum w.b.t.

+ Ilal liqa' aidon.. Wa'alaikumussalam...


Isi kandungan dirujuk dari sumber :
http://www.dudung.net/index.php?naon=depan&action=detail&id=210&cat=2