(( Hiburan Remaja - Nasyid dan Bukan Nasyid ))


Alhamdulillah, Hijjaz telah pun menerbitkan album terbarunya, Pelita Hidup 5 / Panggilan Haji.
Terdapat 14 'track' semuanya :

1. Hijjaz - Cerita Sejarah Pengorbanan 2 (5:30)
2. Hijjaz - Cerita Sejarah Pengorbanan (4:26)
3. Hijjaz - Doa Dan Zikir Di Padang Arafah (0:48)
4. Hijjaz - Haji Rukun Ke 5 (4:38)
5. Hijjaz - Panggilan Haji - Feat Hjh Nur Asiah Djamil (Ex El-Suraya) (5:35)
6. Hijjaz - Panggilan Haji (5:25)
7. Hijjaz - Peristiwa Padang Arafah (4:18)
8. Hijjaz - Sejarah Pengorbanan (5:13)
9. Hijjaz - Sofa Dab Marwah (4:59)
10. Hijjaz - Tawaf 2 (2:42)
11. Hijjaz - Tawaf 3 (1:35)
12. Hijjaz - Tawaf (2:55)
13. Hijjaz - Cerita Khutbah Wida' (6:09)
14. Hijjaz - Cerita Pertemuan Di Padang Arafah (2:20)

Sebut tentang nasyid kontemporari ni, mesti sebut jugak tentang hiburan, tapi kebanyakan orang sekarang (terutamanya remaja Islam, tak terkecuali juga yang tua) berhibur dengan hiburan yg melalaikan.

Tetapi kita dapat lihat nasyid telah melalui satu evolusi di mana kandungan nasyid telah mula berubah dari matlamat sebenarnya. Jika kita kembali kepada asas tujuan nasyid, nasyid menjadi medan da'wah zaman moden. Nasyid membawa mesej Islam, keinsafan, kesedaran dan juga motivasi kepada manusia. Tidak lupa juga sebagai menceritakan semula kisah2 teladan yang memberi manfaat dan juga pengajaran.

Akan tetapi, semakin banyak nasyid2 'meleleh' yang kita dengar di mana2, didengarkan di corong2 radio, juga ditayangkan di kaca TV. Isi2nya selalu dihidangkan dengan lirik yang berkaitan dengan percintaan, jiwang dsb. Ya, ada diselitkan cinta ilahi, tapi cinta ilahi tidak dapat dilakar melalui lakaran bicara puisi, sajak atau lain2nya. Ana memetik dari blog [[ link ]] seperti berikut :


Cinta Ilahi bukan sekadar lakaran puisi, ia harus dirasai.
Bukan sekadar permainan kata-kata, melainkan rasanya hadir di kedalaman jiwa. Berjuang meraihnya, tak semudah menyusun kalimah indah memukau mata.

Cinta adalah rahsia-Nya. Yang tersembunyi, dan pencari-Nya tak mudah mendakwa-dakwa sudah memiliki.


Bagi ana, nasyid yang ana panggil nasyid ialah lagu yang mengandungi mesej2 yang memberi kesan dan impak kepada penggunanya. Seperti nasyid 'The Zikr' iaitu 'Air Mata Keinsafan'. Nasyid ini sangat menimbulkan kesan yang mendalam dalam diri. Sungguh menginsafkan dan membekas di dalam hati (walaupun ana insaf sekejap je, time dengar nasyid tu je). Nasyid2 klasik (area awal 90-an sebelum munculnya raihan) lebih menarik minat ana kerana tidak terlampau mengasyikkan dan melalaikan. Nasyid seperti 'Dunia Baru Islam' dan 'Di Pondok Kecil' antara nasyid2 'hits' pada zaman itu. Walaupun masa tu ana baru berusia 5,6 tahun.

Antara nasyid kontemporari yang ana kategorikan sebagai nasyid klasik ialah 'Raihan - Wahai Kawan' dan 'Hijjaz - Sebelum Terlena'. Kedua2 nasyid ni antara favourite ana. Dan nasyid2 sekolah seperti SMAKL dan SMAP Kajang juga ana suka, seperti 'SMAKL - Usia', 'SMAKL - Masih Ada Waktu', 'Soutul Jihad - Masanya Telah Tiba' dan banyak lagi. Namun, tak dinafikan juga ana meminati nasyid2 dari Ustaz Akhil Hayy seperti 'Di Bawah Satu Cahaya' dan 'Berita Pada Kawan'.

Ana ada terbaca dari satu website, so nak share dengan sahabat2 semua tentang dasar2 & batas2 nasyid.

Dasar-dasar & Batas-batas Minima Yang Boleh Ditetapkan
Berdasarkan perkara di atas, dicadangkan dasar-dasar dan batas-batas minima berikut bagi menentukan musik dan lagu ‘halal’ bagi masyarakat awam;

1. Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah taala atau menjurus kepada yang haram seperti:

• memuja wanita.

• mendedahkan aurat.

• menggalakkan pergaulan bebas.

• mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain.

• memuja dadah dan arak.

• mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta.

• menghina amalan-amalan Islam.

• memfitnah orang.

2. Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetap oleh Islam.

3. Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.

4. Hiburan bukanlah alternatif pada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.

5. Hiburan hendaklah menjauhi dari unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlaq rendah kerana Islam sentiasa menuntut umatnya agar menyalahi amalan penganut agama lain dan menjauhi dari dikaitan dengan akhlaq-akhlaq yang keji. Ini dapat dilihat dari larangan bersolat selepas solat Subuh dan selepas Asar kerana menjauhi amalan penyembah matahari dan amalan berpuasa sembilan dan sepuluh Muharram kerana menyalahi amalan orang Yahudi yang berpuasa pada sepuluh Muharram sahaja.

Sebagai contoh ialah berambut panjang. Walau pun tiada dalil khusus yang melarang orang lelaki berambut panjang tetapi oleh kerana ia telah menjadi simbol para penyanyi Rok yang dikeji oleh Islam maka ia perlu ditinggalkan.

6. Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan yang lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.

7. Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.

8. Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.

9. Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal ia membawa pada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha.

10. Begitu juga lagu-lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.



Justeru itu, hiburan perlulah dipilih dengan berhati-hati. jangan 'sembrono' sahaja. Sebabnya nasyid pun boleh melalaikan juga. Macam mana tu? Ha, kalau dengar nasyid Raihan, Hijjaz, In-Team hatta Yusuf Islam sekalipun, tapi sampai lewatkan solat, sampai tak pergi usrah, dsb, tak lalai ke tu? Jangan anggap bila dengar nasyid, kita menjadi lebih baik dari semalam. Atau rasa lebih baik dari orang yang dengar lagu rock. Malah di sini ada satu link yang memaparkan 'top 20 nasyid yang bukan nasyid'. Ingin tahu? Klik [[ link ]]

Bolehlah disimpulkan di sini bahawa muzik yang memberi keinsafan dan kesedaran tidak terhad pada nasyid sahaja. Tapi nasyid ini sebagai alternatif masa kini. Pilihlah nasyid (atau yang bukan nasyid) yang dapat memberi kesedaran pada kita. Juga yang tidak melalaikan atau menjauhkan diri kita dari Allah s.w.t. Pilihan di tangan anda.