Tak tahu nak terangkan macam mana... Betapa lalainya diriku beberapa hari ini.. Bayangkan, dalam 5 hari, dapat baca 4 mukasurat je dari kalam suci Al-Furqan?? Hmm.. kena diperbaiki lagi.. Bagaimana nak dapat keredhoanNya kalau kalamNya pun jarang dibaca.. Alasan sibuk tidak boleh diambil kira kerana ibadah kepadaNya itu boleh dilakukan bila-bila masa sahaja.. Berubahlah wahai hamba Allah, jangan terlalu mengejar dunia hingga akhirat dilupakan. Jangan hanya melakukan ibadah fardhu dan yang sunat ditinggalkan. Seolah-olah merasakan ibadah yang fardhu itu telah pun cantik dan mantap di sisiNya. Tidak malukah menikmati nikmat Tuhan tanpa sebarang halangan mahupun kepayahan? Bersyukurlah sementara masih ada waktu.
" Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "
(An-Nahl :18)
Berusahalah untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Tingkatkan lagi usaha dalam mencapai keredhoanNya. Semoga kudapat memperbaiki diri yang lemah ini. Oh Tuhan, bantulah diriku ini. Permudahkan dan jangan pula engkau payahkan. Semoga pintu kerahmatan masih terbuka luas buat diriku. Ya Rahman, semoga engkau limpahkan rahmat dan mengurniakan kasih sayangMu, agar ku sentiasa tenang. Juga berikan kekuatan untuk menghadapi cabaran yang berliku.