(( Renungan dari Semut ))

Untuk renungan bersama.. Ana copy dari website lain..

Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan
Semut.

"Apakah yang engkau telah lakukan didunia dahulu wahai Gadis Semut"
tanya Malaikat Pendakwa di kamar Mahkamah Akhirat Tuhan Semut.

"Errr… saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut
yang comel" jawab Gadis Semut kembali. Matanya berlinangan air mata
mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu
diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.

"Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkan
ibu-bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama?" soal balas
Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.

"Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan" jawab Gadis
Semut.

"Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga"
bentak Malaikat Pendakwa kepada Malaikat Pembantu yang lain.

"Wahai ibubapa kepada Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu
wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu" tanya
Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.

"Kami lalai tuan, Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-
hari. Walaupun begitu kamu ada menghantar anak gadis kami ke
sekolah. Sepatutnya Ustaz dan Ustazah disekolah mengajarnya ilmu
agama" jawab ibubapa Gadis Semut tersebut.

"Panggil Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut sekarang juga" bentak
Malaikat Pendakwa.

"Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama?" tanya
Malaikat Pendakwa kepada Ustaz dan Ustazah sekolah Gadis Semut
tersebut.

"Kami ada mengajarnya mengenai imu agama namun ianya terbatas kepada
waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu
kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu
ini cuma 225 minit sahaja tuan" jawab Ustaz dan Ustazah sekolah
tersebut.

"Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini" tanya Malaikat Pendakwa.

"Kementerian Pendidikan tuan, yang diketuai oleh Menteri
Pendidikan." dakwa Ustaz dan Ustazah sekolah tersebut.

"Panggil kekamar bicara Menteri Pendidikan" bentak Malaikat Pendakwa
lalu ditanya pula.

"Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pendidikan yang mentetapkan
cuma 225 minit sahaja seminggu Pendidikan ilmu agama diajar kepada
penuntut sekolah?"

"Ya tuan, memang saya yang memimpin Kementerian Pendidikan. Saya
cuma menjalan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet,
tuan" terketar-ketar Menteri Pendidikan tersebut menjawab soalan
Malaikat Pendakwa tersebut.

"Siapa yang mengetuai Kabinet Kerajaan kamu itu" tegas soalan dari
Malaikat Pendakwa.

"Perdana Menteri kami, tuan" lemah balasan Menteri Pendidikan yang
kini tidak mampu mengangkat muka.

"Panggil ke kamar bicara Menteri Besar Kerajaan Semut ini sekarang
juga" bentak Malaikat Pendakwa kepada pembantu-pembantuny a..

Lemah longlai Menteri Besar diheret ke kamar bicara oleh Malaikat
Pembantu.. Kakinya tampak lemah tidak dapat mengatur langkah.
Wajahnya nampak pucat lesi.

"Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini." tanya
Malaikat Pendakwa dengan tegas kepada Menteri Besar.

"Ya tuan, Memang saya. Memang saya yang membuat semua keputusan yang
diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya. "
jawab Menteri Besar lemah.

"Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan
dan keputusan yang kamu lakukan" tanya Malaikat Pendakwa.

"Ya memang saya tahu tuan, Namun saya melakukannya mengikut mandat
yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya
menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya
lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat negara saya"
lemah jawapan Menteri Besar tersebut.

"Baiklah, sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat
keputusan perbicaraan ini" lontar Malaikat Pendakwa.

"Tuhanku, Menteri Besar ini mengaku bahawa atas mandat yang
diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka
beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan
bahawa Pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang
mana diberitakan tidak mencukupi sehinggakan Gadis Semut ini telah
melakukan satu dosa besar iaitu zina." bentang Malaikat Pendakwa
kepada Tuhan Semut dengan lengkap dan tertibnya.

"Barang siapa yang memilih (mengundi) Menteri Besar dan Kerajaan
yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan
kedalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan
oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat
membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina" titah Tuhan Semut kepada
Malaikat Pendakwa dan semua Malaikat seluruhnya.

Jika anda seorang yang berakal, tentunya anda dapat menangkap maksud
petikan ringkas cerpen diatas. Semoga Allah tidak melaknat kita dan
memasukkan kita keseluruhannya kedalam neraka atas sikap sambil lewa
dan cuai kita dalam memilih pemimpin dan pimpinan negara.. Walaupun
ada satu dosa kecil yang dilakukan oleh mana-mana pihak, maka kita
pun akan dimasukkan kedalam neraka jika kita membiarkan dosa ini
dilakukan walaupun tanpa kita sedar.

Undi kita walaupun hanya sekadar satu garisan diatas sekeping kertas
akan menyebabkan kita dimasukkan kedalam syurga ataupun neraka.
Ingat, apakah jawapan yang mampu kita berikan diakhirat kelak
sewaktu dibicarakan dihadapan Allah, Tuhan Rabbul Jalil.

Ingat sumpah kita, janji kita, mission statement kita

"Aku berSaksi Tiada ilah yang disembah melainkan Allah.

Aku berSaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah"

Sediakanlah jawapan anda. Undilah dengan iman, amal dan akal. Jangan
biarkan anda dipengaruhi dengan kebendaan dan keduniaan yang mana
ianya tidak akan kekal.

Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah Kematian.

Setiap patah perkataan yang kita tulis, setiap apa yang kita
lakukan,tangan- tangan dan kaki-kaki kita akan menjadi saksi.

Tanpa cuai walau sedetik pun waktu berlalu, ada yang menghisabnya.

P/S : Erm..Ana tak dibenarkan mengundi lagi... Baru 20 tahun 8 bulan...huhu

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=1440&rowstart=20