(( Azam Baru Semester 3 2008/2009 ))

Alhamdulillah, dapat juga luangkan masa untuk menulis coretan hidup di blog ini. Semester 3 ana di universiti baru berusia satu minggu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang didapati sepanjang di sini. Tapi semester 2 yang baru dilalui, sangat memberikan pelbagai pengajaran.

Pointer jatuh, tekanan, tanggungjawab, assignment.

Adakalanya kita rasa sangat terbeban dengan masalah dan hampir putus asa. Alhamdulillah, beberapa dari masalah ana, dapat diatasi. Cuti semester yang baru ini juga, ana dapat menimba banyak pengetahuan dan pengetahuan. Jazaakallaahu khoiron kathiiraa diucapkan kepada semua yang banyak membantu dan menyokong ana, terutama sekali ummi, Pn Hamimah bt Ahmad dan apak, Tn Hj Zulkifli b Abd Mukti dan sahabat2 seperjuangan (jasa kalian takkan ku lupakan).

InshaAllah, ana tidak akan menghampakan usaha semua dan cuba untuk bangkit dari kegagalan. Do'akan ana agar ana dapat istiqamah juga di jalanNya untuk menyebarkan syi'ar Islam.


Oh, ya, untuk pengetahuan semua, ana dilahirkan pada tarikh hari ini (10 Julai) kira-kira 20 tahun yang lalu (1988). Alhamdulillah, semoga amal ibadah semakin meningkat dan digandakan, seiring dengan umur yang semakin muda (makin dekat dengan kematian). Bagi tahun hijriah pula, ana dilahirkan pada 26 Zulqa'edah 1408H. Kalau nak ikut hijriah, ana akan berumur 21 tahun pada kira-kira bulan November ini. Terpulang la, nak sampaika ucapan pada mana2 tarikh (Masihi atau Hijriah). Yang penting, do'akan ana untuk kekal dalam perjuangan menegakkan syi'ar Islam dan kekal dalam petunjuk dan rahmatNya. Amat risau sekali bila usrah pada siang tadi, naqib ana menerangkan bahawa telah ramai individu yang dulunya bergiat dalam tarbiah dan yang berkaitan, tapi gugur iaitu menjauhkan dari medan ini apabila digugat dengan kesenangan.

Mungkin menimbulkan tanda tanya, mengapa tergugat apabila diuji dengan kesenangan kan..?

Hakikatnya, ramai manusia alpa apabila diberi ni'mat. Inilah ujian yang agak susah dijangka. Kita mungkin menyangka bahawa kita sudah berada di landasan yang betul. Namun, Allah lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbetulkan niat kita, iaitu hanya kerana ALLAH. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan. Elakkan juga penyakit hati yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, di mana bila ia bercambah, seolah jadinya diri itu seperti mayat hidup.


Alangkah ruginya apabila kita beramal dengan banyak tapi rosak begitu sahaja apabila adanya penyakit hati seperti riyaa', takbur, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Bagi melawan penyakit hati ini, hendaklah setiap hari kita mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaharui niat. Luangkan masa setiap hari untuk menyucikan hati seperti qiamullail, zikir, do'a dan berpuasa sunat.

Terlampau banyak poin ana tulis, sampai dah tak tau camne nak abiskan. Sebagai konklusinya di sini, ana menyarankan diri ana terlebih dahulu untuk menjaga hubungan dengan Allah serta konsisten dengan amal ibadah walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah tidak memandang pada kuantiti, tetapi kualiti.

"Ya Allah, ikhlaskan dan perbetulkan niatku agar tidak melakukan sesuatu selain dariMu. Sungguh payah sekali untuk ikhlas, tapi akan kucuba untuk mencapai keredhoanMu..."


*************************************************************************************

Munsyid : Durani
Nasyid : Hakikat Diri

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

2 Tindakbalas²:

AzraDiyana said...

same lah kondisi saye.
bila sem makin naik,
esaimen makin melambak..
waaaaaaaaaaa...!!

pe pon, good luck ye :)

inshaAllah.. makin bertambah usia, sepatutnya makin mahirlah kita untuk 'manage' kesemua itu.. takde yang mudah, tapi jika ada usaha ditambah dengan kegigihan dan tawakkal, kejayaan dalam genggaman..