(( Ukhuwwah Pemangkin Da'wah ))

Dah lama ana nak upload tapi tak kecukupan waktu, so di sini ana letakkan pengisian daripada Slot I, selepas solat jama' ta'khir maghrib isya' dalam mukhayyam di Lata Celak, Baling pada 15hb Mei 2008. Pengisian ini telah disampaikan oleh akhi Munawwar bin Mustafa yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan di UUM. Tajuk slot ini ialah 'Ukhuwwah Pemangkin Da'wah'.


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. ((Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 104 ))

Dalam da’wah, selalunya akan wujudnya jama’ah. Mereka ini biasanya mempunyai matlamat yang sama dan menggunakan cara yang juga sama. Dengan hidup dalam jama’ah, inshaAllah banyak rahmat yang akan diterima dariNya. Melalui pengalaman ana sendiri, dengan berjama’ah, dapat memupuk sifat kerjasama dan tolong-menolong. Di samping itu, setiap pekerjaan yang dilakukan, dapat diselesaikan dengan mudah.



Ana rasa sahabat-sahabat yang membaca posting ini turut bersetuju.

Malah, dalam berjama’ah juga, Allah boleh melorongkan untuk melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita. Hal ini kerana apabila berjama’ah, kita boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran.

Dalam berjama’ah pula, perlu juga adanya ukhuwwah. Hal ini penting juga, kerana jika tiada ukhuwwah, bagaimana jama’ah hendak diteruskan.

Bagaimana hendak mencapai suatu misi tanpa kewujudan kerjasama...

Dengan adanya ukhuwwah, ahli jama’ah boleh saling menerima kelemahan antara satu sama lain, di samping kelebihan yang ada boleh melengkapi mereka. Dan biasanya jika ukhuwwah itu sangat erat, seseorang itu tidak boleh lihat ikhwah atau saudaranya dalam kesusahan, mesti rasa nak tolong. Selain itu juga, mestilah mempunyai sikap saling mempercayai sesama sahabat.

Hinggakan tercapai satu ciri yang agak ekstrem antara sahabat iaitu sentiasa melebihkan sahabatnya.

Tahap ini yang agak sukar dicapai, tapi jika tercapainya tahap ini, terasalah indahnya silaturahim antara sahabat. Kesimpulannya kat sini, ukhuwwah sangat penting dalam berda’wah. Maka, binalah ukhuwwah yang sangat erat antara sahabat seperjuangan dan tidak menyimpan prasangka dengan mereka. Ta’aruf tidak terhad sekadar hari pertama sahaja, tapi berterusan sepanjang masa!