(( Hakikat dan Peranan Sebenar Manusia v3 ))

KHALIFAH

Tugas khalifah mungkin disalahertikan sebagai hanya satu tanggungjawab politik, pentadbiran dan yang berkaitan dengannya. Sedangkan yang dituntut sebenarnya ialah memastikan manusia berada dalam landasan ibadah dan kehambaan pada Allah.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (( Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 110 ))

IBADAH

Mungkin tidak perlu dihuraikan lebih panjang. Semua sedia maklum tentang maksud serta definisinya. Namun, janganlah pula hanya memfokuskan ibadah hanya pada amalan-amalan seperti solat dan zikir sahaja. Setiap hari, amalan-amalan harian yang baik dan berfaedah juga merupakan ibadah. Belajar, bekerja mencari nafkah, bersukan dan aktiviti-aktiviti lain juga merupakan ibadah. Selagi menepati batas-batas syara’ dan tidak berlebih-lebihan. Dalam artikel di blog Leokid bertajuk ‘Directive’, beliau membawakan penjelasan ibadah dari Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah iaitu “Ibadah adalah suatu nama yang mencakup seluruh perbuatan yang dicintai Allah dan diredhai-Nya baik berupa ucapan mahupun perbuatan yang baik, yang kelihatan atau tersembunyi.

PENGAJARAN DARI MOVIE WALL-E

Directive! Dalam movie Wall-E, robot pun mempunyai ‘directive’ mereka. Lihatlah directive Wall-E, memungut sampah-sampah, memampatkan dan menyusunnya dalam blok-blok yang tersusun. Eve, sebuah robot dari kapal angkasa yang membawa penduduk bumi pula mempunyai ‘directive’ yang lain iaitu mencari tumbuhan di bumi, selain mengkaji adakah bumi kembali sesuai didiami (di dalam movie tesebut).

Directive, hala tuju, tujuan hidup.

Lihatlah! Robot pun ada tujuan!

Bagaimana dengan penduduk di dalam kapal angkasa tersebut? Dengan semuanya disediakan oleh pentadbir kapal, automatik dan mudah. Hampir kesemuanya dikendalikan oleh robot. Setiap hari berchatting, makan dan bersukaria, disediakan semuanya. Untuk bergerak pun, mereka menggunakan mesin. Akibatnya, badan mereka menjadi gemuk (atau obesiti?) dan seolah-olah menjadi ternakan untuk mendapatkan dagingnya. (Hehe).

*Kredit pada Leokid, artikel Directive*

CITA-CITA

Namun, setiap hari, mereka mengulangi perkara dan aktiviti yang sama. Adakah anda tidak berasa bosan jika begitu? Perhatikan sahaja zaman sekarang. Apakah yang dikejar oleh manusia? Harta, pangkat (contoh). Di universiti? Mengejar cita-cita. Ya, tidak salah mengejar cita-cita. Tetapi janganlah hanya menumpukan pada pelajaran semata-mata tanpa mengambil peduli hal-hal lain. Tanggungjawab yang utama pada Allah, pastikan dilakukan juga.

Menangguh selepas tamat belajar? Adakah anda pasti anda punya umur yang panjang??

Menyambung analogi robot di siri pertama, bagaimanakah jika robot-robot itu dicabut suisnya kerana telah tiba masanya untuk ‘berehat’, tapi buku laporannya kosong, amanahnya tidak selesai, banyak pula kerja yang terbengkalai?