*Untuk lebih memahami, sila baca juga v1, v2 dan v3
PERINGATAN DARI ALLAH
Berapa ramaikah ummat dan kaum-kaum terdahulu yang telah dibinasakan Allah atas kedegilan mereka? Tidak cukup dengan itu, mereka mengkhianati utusan-utusan Allah. Mengapakah masih ramai yang tidak mengambil ‘ibrah dan pengajaran dari kisah-kisah ini?
Renungilah Firman Allah di bawah :
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (( Surah 7, Al-A’raaf : Ayat 179 ))
Allah meletakkan mereka (yang tidak menggunakan akal dan hati) lebih teruk dari binatang ternak.
Segalanya bermula dari hati.
SEKETUL DAGING
Kita mempunyai tanggungjawab kita yang lebih besar. Bukanlah menafikan tanggungjawab belajar, bekerja mencari nafkah itu, namun, pastikah apakah niat sebenar kita?
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. (( Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi ))
Belajar. Adakah sekadar mendapat kerja yang baik, gaji (dan tentunya pangkat) yang tinggi atau memenuhi kehendak ibu bapa?
Bekerja. Adakah sekadar menikmati kehidupan yang baik dan selesa, mencari kepopularan, menggembirakan keluarga?
Ke manakah tujuan ini dapat membawa kita? Ibaratkan sebuah kapal yang dalam perjalanan, dunia ini hanyalah tempat persinggahan (R n R) mengambil bekal sementara tiba ke destinasi. Letakkanlah tujuan yang pasti dan jauh iaitu tujuan kepada Allah dan untuk menyeru kepadaNya.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (( Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim ))
Hati. Tempat bermulanya segalanya. Dari hatilah kefahaman seseorang dapat dibina. Selain itu, kefahaman dari hati juga lebih memudahkan. Contohnya, membaca novel memerlukan penghayatan kandungan menggunakan hati. Akan tetapi, jika membaca buku akademik seperti Sains, perlu menggunakan akal untuk memahaminya. Selain itu, kefahaman melalui hati berjaya mempengaruhi kehidupan. Tetapi kefahaman melalui akal, belum tentu berjaya.
Maka, sebagai seorang Islam, anda perlu memahami mengapakah anda Muslim?