(( Kronologi Pencerobohan Yahudi ))

Sungguh, ana mengutuk dengan sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan Zionis terhadap Bumi Suci Palestin.

Di sini, ingin ana berkongsi kronologi pencerobohan Zionis la'natullaah ke atas Palestin. Semoga info yang tidak seberapa ini dapat menambah pengetahuan pembaca semua serta meningkatkan sensitiviti umat Islam khususnya di bumi Malaysia ini.

Ya ALLAAH, selamatkan Palestin dan juga umat Islam....

Bermula TAHUN 1897, telah diadakan Kongres Yahudi di Basel yang dipelopori oleh Theodore Hertzl. Mereka mendesak khalifah terakhir Turki Uthmaaniyyah, Sultan Abdul Hamid II agar mengakui imigrasi orang-orang Yahudi ke Bumi Palestin. Malah mereka telah meletakkan harga yang mahal agar beliau menjual Palestin. Namun Khalifah menolak melepaskan Palestin walaupun hanya sejengkal kerana bumi suci ini merupakan hak milik umat Islam seluruhnya, bukan hak milik individu atau mana-mana kaum.

TAHUN 1914, Perang Dunia Pertama meletus, pendudukan British bermula. Banyak negara umat Islam dijajah.

TAHUN 1917, Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestin adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu itu, orang Yahudi hanyalah merupakan 8% (56, 000 orang) daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% bumi Palestin.

TAHUN 1918, British menjajah Palestin, memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

TAHUN 1924, British berjaya meruntuhkan khilafah terakhir (Turki Uthmaaniyyah) melalui agennya Mustafa Kamal (Kamal 'Ataturk').

TAHUN 1946, pertambahan penduduk Yahudi.

TAHUN 1947, cadangan British untuk membahagi dua Palestin ditentang hebat oleh orang Arab

TAHUN 1948, orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel pada 14 Mei dengan izin PBB dengan keluasan tanah 57% dan mencecah 78% dari bumi Palestin pada tahun berikutnya. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera.

TAHUN 1967, Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertama kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa.

TAHUN 1969, seorang Yahudi membakar Masjidil Aqsa. Bagaimanapun, dia tidak dikenakan sebarang tindakan kerana dianggap sebagai seorang yang gila. Tahun ini juga OIC telah ditubuhkan. Isu ini merupakan punca sebenar OIC ditubuhkan.

TAHUN 1982, pembunuhan beramai-ramai di Sabra dan Shatilla, diketuai oleh Ariel Sharon.

TAHUN 1987-1999, Perjanjian Camp David I antara Mesir dengan Yahudi, Perjanjian Oslo di Washington(1993), dan Perjanjian Way River.

TAHUN 2000, Perjanjian Camp David II di AS yang akan memberikan seperlima (20%) sahaja dari jumlah wilayah Palestin.

TAHUN 2007, akibat memilih HAMAS dalam pilihan raya pertama Palestin, penduduk Gaza dikenakan sekatan ekonomi, bekalan makanan dan ubatan. Sumber elektrik dan air sangat terhad.

TAHUN 2008 HINGGA SEKARANG, Gaza dihujani roket dan tembakan peluru, kereta kebal yang memusnahkan penempatan, bangunan dan sekolah serta membunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Satu 'holocaust' yang lebih dahsyat dari 'holocaust' oleh Nazi terhadap Yahudi. Penggunaan senjata kimia haram, fosforus putih menambahkan derita terhadap mangsa serangan di Gaza.


--------------------

Kebiadapan Zionis semakin menjadi-jadi. Selagi bumi Palestin tidak dikuasai dan orang Palestin mengiktiraf kewujudan negara Israel, selagi itulah mereka meneruskan pendudukan mereka terhadap bumi suci ini.

Lebih menyedihkan, negara Islam berdekatan tidak memberi bantuan terutama dari segi ketenteraan. Berapa banyak sangat orang Yahudi di dalam Palestin, dibandingkan dengan umat Islam di dunia Arab?

Bukanlah memperlekehkan masyarakat Arab, tetapi kerana 'kepatuhan' pemerintah-pemerintah mereka menyebabkan kita melihat masyarakat seolah-olah tidak berbuat apa-apa.

Semoga Allah membalas pemimpin-pemimpin Munafik ini dengan seksaan yang pedih.

Di sini, kita dengan tugas kita semampunya. Teruskan memberi kesedaran terhadap Palestin terhadap orang ramai. Tingkatkan sensitiviti umat Islam. Hulurkan bantuan yang semampunya. Boikot barangan yang menyumbang kepada ketenteraan Zionis. Setiap usaha yang dilakukan walaupun kecil, tetap akan dihitung olehNya di sana nanti. Siapa tahu, kerana usaha kecil ini akan dikira oleh Allah untuk masuk syurga?

Bangkitlah, sesungguhnya pengorbanan kita ini tetap dianggap satu jihad yang mana lebih sukar di tengah-tengah kejatuhan umat ini.

1 Tindakbalas²:

cikgu_eya said...

Bismillah....

Sedih. Kejam. Ada siapa lai yang ingin bertanya tentang keperluan memboikot?

'Dan ketika peperangan melanda, Allah akan tunjukkan pada umatNya, siapa dia si munafik di kalangan kita'