Jumaat lepas, ana menziarahi sekali lagi sepupu ana yang sakit di Alor Star. Pagi-pagi lagi (8.15 pagi) ana menunggu bas untuk bertolak ke stesen bas Shahab Perdana, Alor Star. Oleh kerana zaujah sepupu ana ingin membeli barang basah di pasar, ana tidak perlu mengambil bas lain untuk ke rumah sepupu ana.
Alhamdulillaah, kesihatan sepupu ana (ana panggil Abg Anas) semakin pulih. Dengan izinNya, ubat yang dibeli dengan harga kira-kira RM3000 sebotol (tak tau ubat apa) memberikan kesan yang positif. Ubat tersebut dihabiskan kira-kira 3 hari untuk sebotol tetapi mesti dimakan secara berterusan. Kalau dikira-kira, agak banyak jugak tu. (Bayangkan 15 hari dah 5 kali beli, darab RM3000 dah RM15000!)
Walaupun ubat sebagai ikhtiar, namun yang berkuasa menyembuhkan ialah Allah swt.
Kebetulan, ummi ana menumpang bapa saudara ana untuk mengunjungi sepupu ana tu sehari sebelumnya. Sebelum ana pulang ke Sintok, ana menemankan (bukan ‘dating’ tau) ummi ana membeli-belah di Pekan Rabu sebelum berpisah.
Bermacam-macam perkara yang kami sembangkan dari hal ana di universiti, adik ana di sekolahnya sehingga ke pergolakan politik di Perak. Pelbagai nasihat juga sempat diperolehi. Antaranya, bab menjaga masa. Dalam hal menjaga masa, umat Islam agak kurang menepati masa dibandingkan dengan orang bukan Islam sendiri.
Terfikir jugak dalam hati, ni teguran untuk ana ni..
Alhamdulillaah, dalam kesibukan menziarah, sempat baca 2 hizib dari Al-Qur’an serta habiskan buku ‘Travelog Haji : Mengubah Sempadan Iman’ (baca dari tahun lepas, tahun ni baru habis, teruk betul..) Sekarang sedang menghabiskan buku ‘Hati Sebening Mata Air’ dan ‘Travelog Dakwah : Meniti Hari Esok’. Kenapa kalau baca novel, boleh habiskan cepat yea?? Kena wat post mortem ni..
Teringat pada 'Ingat 5 sebelum 5'.
Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati
Namun, berapa ramai yang ambil peduli? Sesungguhnya, 'final destination' semua manusia ialah akhirat. Biarlah kita mengakhiri kehidupan dengan banyak 'amalan soleh dan jariah sebagai bekalan di akhirat.
Satu hal yang tidak boleh dianggap remeh juga, mesti sentiasa ada peningkatan (improvement) setiap hari. Juga menyeru orang lain untuk sama-sama memperbaiki diri melalui kesedaran tentang '5 sebelum 5' di atas.
Beribadahlah seolah-olah akan mati esok hari, bekerjalah seolah-olah akan hidup selama-lamanya!