Satu Langkah Baru Buat Aku (dan Kamu)

Malam tadi, halaqoh kami diadakan penuh santai. Tidak di rumah, masjid atau pun surau. Tetapi di gerai tepi jalan. Hanya tilawah Al-Qur’an sahaja yang dibuat di rumah naqibku, sebelum kami semua ke gerai dan makan bersama.

Selesai makan, beberapa persoalan ditimbulkan dan membuahkan perbincangan yang menarik. Pulang ke rumah, aku berfikir-fikir mengenai perbincangan tersebut, mengenai peribadi dan sifat pada seorang da’i, yang tentunya menggelarkan diri mereka pejuang Islam.

Gulp! Aku rasa malu. Cukupkah muwassofatku? Masih ada banyak juga peribadi dan rutin jahiliah yang masih belum aku tinggalkan. Seringkali, aku tewas dalam membuangnya. Namun, aku tak menafikan yang banyak perubahan dapat aku lakukan selepas merasai keindahan tarbiah. Cuma, perubahan itu masih belum cukup. Harus ada peningkatan lagi. Potensi sudah ada, cuma perlukan sedikit lonjakan dan perangsang bagi mengekalkan momentum tersebut.

Jika menurunnya iman untuk mencari momentum kembali memecut naik, tidak mengapa. Bagaimana jika ia terus menurun sehingga ke paras kritikal, lantas hilang, hanyut ditelan suasana? (Na’uzubillaah!)

Ikhwaan fillaah,
Tegurlah aku jika kalian melihatku ‘tersasar’ dari landasan yang benar. Apatah lagi jika aku menyongsang arus kebenaran, sudah pasti kalian wajib menyedarkanku.

Dan, ikhwaan yang baru,
kalian ‘terlambat’ bersama di atas jalan ini, tidak bererti kalian lemah, dan tidak juga bererti ‘senior’ dalam tarbiah itu, lebih hebat. Kulihat, kalian lebih bersemangat, dan seharusnya semangat itu disalurkan melalui medium yang ada. Jangan terlampau merendah diri sehingga tidak mahu bekerja dan jangan pula terlampau meninggi diri, kelak menimbulkan penyakit hati yang bisa menghilangkan pahala kerja-kerja amal kita. Tidak ada ‘senioriti’ dalam dakwah ini sebenarnya. Yang membezakan hanyalah bagaimana kita memahami tarbiah itu.

Ada yang memakan masa yang lama dan ada yang pendek. Lantaran itu, masa kalian yang masih pendek, tidak bererti kalian tidak perlu lagi berbuat apa-apa. Jika kalian rasa ummah ini memerlukan antum, mulalah mengorak langkah.

Setiap kita yang berada di jalan ini, seharusnya menjadi murabbi kepada ummah. Kerna kita ada sesuatu yang berbeza berbanding orang lain yang tidak menerima tarbiah. Relakah kalian biarkan saudara kalian teraba-raba dalam kegelapan? Jika jawapannya tidak, marilah kita bergabung dalam saff, dan menyusun perancangan untuk menyuburkan dakwah di muka bumi ini. Usah dihirau hasil yang dicapai, sebaliknya usaha kita sentiasa ditambah baik. Allah akan menilai usaha, bukan hasilnya. Jika kalian sudah bersedia memberikan jiwa raga untuk dakwah ini, kuharap suatu hari nanti kita dapat bersua kembali di Firdausi yang indah tak terbayang dek imaginasi.

p/s – semakin lama, merasakan semakin kerdil untuk menulis dalam blog ini. Mungkinkah aku perlu menutup blog ini...?

~ Bekerja dan terus bekerja ~

6 Tindakbalas²:

salam..
haish, nape nk tutup blog?
xyah la..
jadikan blog sebagai satu medium berdakwah..
kerna, kadang-kadang ada hati yang bisa disapa dengan 'hidayah' hanya kerana ayat-ayat..

p/s : teruskan berblog..moga istiqamah. ^_^

~pembinaan insan melalui tulisan~

solehah said...

salam..

toksah lah sampai nk tutup blog nih.InshaAllah dari semasa ke semasa akan berubahlah iman terebut..

moga istiqamah.biar sedikit namun istiqamah.itu lebih bermanfaat=)

juee said...

salam. blog catatan yang begitu baik...
jangn la tutup blog...jadikan ia df kita buat oarng lain...

dan..yang ana nak share..ana nak sagt..blog ana yng akan bdakwah untuk ana bila ana kembali kepada pemilik...

ia yang kita boleh tnggal..mana taukk..oarng lain boleh tersenth bace blog kita..n..dr situ hidayah nya datang..
kita tak tahu..lagi pun hidayah itu milik Allah..

teruskan perjuangan...
jalan ini pahit..kerna syurga itu manis...

Anonymous said...

akhi ...
ana nak tegur sikit.
Ana tak larang dan sedih pun anta nak tutup blog kerana masih banyak ikhwah kita yang berada dalam nuansa dakwah ini yang menggunakan blog ini untuk berdakwah dan umat tidak rugi pun anta nak tutup blog. Tapi sebagai sahabat anta dijalan dakwah ini ana teramat sedih dengan sifat jiwa anta yang lemah ...apa kena mengena kekerdilan jiwa dengan blog anta?

Kenapa kekerdilan jiwa anta sehingga blog yang merupakan pintu amal anta ini anta tutup.

Sepatutnya sebagai rijal dijalan dakwah ini anta harus ada sikap ijabiyah dan menjadi qudwah dan kuat jiwa!

Pejuang islam bukan lah pelakun hindustan yang suka merajuk dan amat sensitif dengan perasaan dan sepatutnya kita malu jika sikap lemah jiwa ini menguasai kita.

Akhi,Dakwah itu seni. Seni mengelola manusia. Dan menulis juga seni. Seni mengarapkan hati menjadi tulisan.

Menulislah dengan hati. Dan kiranya anta tiada idea untuk menulis. rujuklah hadis2 dan gunakan ia untuk menasihati anta dan kemudian tuliskan diblog apa yang anta rasa dengan menghayati hadis2 tersebut dan insyaalah idea untu k menulis akan datang emncurah curah ...

Maaf andai tersinggung dengan cabaran ini!

setuju dengan akhi muharrikdaie. Berasa kerdil itu perlu, tapi biarlah bertempat. Pernah juga diri ini nak tutup blog, tapi dtegur oleh beberapa pembaca dan shbt. Alhmdllh, masih punya shbt seperti mereka.

pokok pgklnya, biarlah isi tidak sehebat orang lain yang petah berkata2, tapi point yang nak disampaikan dari hati itu yg penting.

Menulis juga jihad!

Unknown said...

Sungguh...

Jika dinikmati kebest-an menulis ini alangkah indahnya =)

Lagi-lagi bila ada orang terkesan dan boleh berubah apabila terbaca 'usaha kerdil' kita

wallahua'lam =)