Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
[ Surah 9, At-Taubah : Ayat 111 ]
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.[ Surah 61, As-Soff : Ayat 10 - 11 ]
Bulan yang mulia ini akan pergi kurang dari 10 hari lagi. Semoga momentum amalan harian sepanjang Ramadhan ini masih berterusan meskipun ia telah berlalu. Tilawah, zikir, istighfar, sedekah (infaq), solat sunat, tahajud dan sebagainya. Ingatkah anda, amalan baik pada bulan ini digandakan pahalanya sebanyak 70 kali? Justeru, perbanyakkan amal yang baik di bulan mulia ini.
Boros? Ya, boros berbelanja di jalan Allah. Apatah lagi, pahalanya dilipat kali ganda 70 kali. Bagi yang sudah bekerja, mungkin, beri sahaja duit (sedekah) kepada anak saudara atau adik yang kecil ketika bulan Ramadhan ini? Kerana jika kita menyediakan duit raya untuk diberi pada hari raya nanti, nilaian RM2 hanya dikira sebagai sedekah RM2. Tapi jika kamu memberi RM2 pada bulan Ramadhan, pahalanya akan berlipat ganda, seolah anda bersedekah sebanyak RM140!
Apa tunggu lagi? Mahu boros ketika Ramadhan atau Syawwal? Pilihan di tangan anda! Sementara 'sale' masih ada!
p/s - entry ini ditulis selepas mendengar tazkirah ketika iftar dari seorang ikhwah. Kalau dapat dengar dari mulut dia, lagi best!
~ Memburu 'Pembebasan dari Api Neraka' ~