(( Dilema Umat Terakhir ))

Dua hari lepas ana pergi forum "Dilema Ummat Terakhir" di DPP Petronas UUM. walaupun hujan, tapi alhamdulillah, tetap ramai juga yang hadir. Moderator ialah Ustaz Khadafi Rofi'e yang juga bekas pensyarah TITAS ana semester lepas. Ahli panel ialah Ustaz Mohd Isa Hj Abdul Rahman (Pegawai Majlis Agama Islam/Mufti Negeri Kedah) dan Puan Maimunah Mohamad (Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM). Tapi macam biasala, muslimah ramai dari muslimin. Sebab tak bawak kertas dengan pen, so ana catat sikit2 la guna handphone. Selebihnya kita boleh bincangkan bersama dalam ruangan comment atau shoutbox diskusi 'ilmiah di bawah..

Umat Muhammad paling pendek umur tapi ganjaran amal untuk mereka 700x ganda berbanding umat terdahulu.
Kelahiran Nabi itu tanda qiamat.
Umat dahulu musnah kerana melupakan Allah.
Iman & taqwa mengelak kerosakan umat.

Perancangan yahudi pecahbelahkan manusia.
// Runtuhkan umat, jauhkan dari jalan Allah melalui hiburan.
// Tubuhkan negara Israel.
// Longgokan media massa.

Masalah ummat akhir zaman :
// Tidak tahu menilai erti kesusahan.
// Takde ketaqwaan pada Allah.

Taktik dan strategi yahudi.
// Song, masyarakat jauh bila mula berhibur melaui nyanyian.
// Sport, nilai komersial bukan lagi pada orang 'alim.
// Sex, semua pemikiran penuh dengan kelalaian dari dunia.

Umat akhir zaman, benda baik itu sgt pelik.
// Falsafah orientalis perancis,"Open the women, close the Qur'an."
// Biasakan dengan benda2 yang buruk supaya menjadi biasa bagi mereka.

Umat akhir zaman cintakan dunia dan takut mati(penyakit wahan). Leka dengan dunia.
Bangun pagi hanya fikir nak makan ape, nak pakai apa dsb.
kedekut masa untuk wirid.
Manusia boleh rosak kerana hawa nafsu.
Jihad paling besar ialah melawan hawa nafsu.

Dan pada soalan terakhir, Puan Maimunah memberikan beberapa panduan bagi kaum wanita dalam mendidik anak-anak. (ana tak salin notes yg ni, ni ape yg ingat je) Antaranya :
// Ajar anak-anak membaca Al-Qur'an dari kecil
// Menunjukkan sikap yang baik di hadapan anak-anak


Apapun, banyak input bermanfa'at yang diperoleh untuk dijadikan panduan.

(( Menghayati kehidupan Insan Terpilih dalam kehidupan seharian ))

Hebatnya seorang mu’min itu apabila dia mampu memanfaatkan kehidupan sehariannya dengan amal-amal soleh. Apatah lagi apabila dia mengikuti jejak langkah kekasih Allah, Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam. Baginya hidup itu bukan untuk hidup, tetapi untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati tapi mati itulah untuk hidup.

Oleh itu, bagi seorang Muslim, mengikuti sunnah atau tidak bukanlah suatu “kebebasan memilih”. Hal ini kerana mengamalkan ajaran Islam sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah sebagai kewajipan yang harus ditaati, sebagaimana firman Allah :
“....Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah....” (( 59, Al-Hasyr : Ayat 7 ))


Perilaku Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam disebut sunnah. Dalam Islam, sunnah merupakan sumber kedua selepas Al-Qur’an. Perilaku dan amalan Rasulullah ini turut diakui oleh para sarjana Barat sebagai gambaran kesempurnaan yang teguh dan utuh seorang insan. Tidakkah ia suatu yang hebat, apabila tingkah laku baginda diikuti oleh berbillion-billion orang sehingga kini?
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...” (( Surah 33, Al-Ahzab : Ayat 21 ))
FirmanNya lagi :
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (( Surah 21, Al-Anbiyaa’ : Ayat 107 ))

Telah ramai generasi salaf (terdahulu) yang mengagumi akhlak dan keperibadian Rasulullah ini sehingga mereka mengaplikasikan dalam kehidupan sehariannya, dari waktu bangun pada paginya sehingga sebelum tidur. Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian sebagai siswa, namun kita akan mendapat lebih keberkatan jika kita mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah. Sunnah yang dilakukan bukan diadakan tanpa tujuan, tetapi juga amat disukai Allah. Bagi orang yang baru mahu memulakan untuk mengamalkan sunnah, kalau tak mampu nak amal yang berat-berat seperti qiamullail, puasa dan solat sunat, boleh mulakan dengan yang ‘simple’ dulu. Memberi salam, membaca do’a sebelum melakukan sesuatu perkara, menutup kepala ketika masuk tandas antaranya. Jadikan setiap kehidupan seharian kita mengikut cara hidup Rasulullah, baik melalui perbuatan ataupun pertuturan. Di sini dapat dikongsikan bersama beberapa sunnah yang digalakkan untuk diamalkan SETIAP HARI.

Pertama, qiamullail iaitu bangun malam untuk beribadah. Kemuliaan seseorang mu’min terletak pada tahajudnya.
Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum matahari terbit. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang melihat Al-Qur’an pada permulaan harinya sebelum melihat dunia.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid. Sentiasa mendekatkan diri dengan rumah Allah dan kalau boleh jangan tinggalkan solat jemaah.
Keempat, amalkan solat Dhuha. Allah memberi jaminan bahawasanya setiap urusan akan dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Solat ini juga dapat menghindari kepapaan.
Kelima, memberi sedekah. Rasulullah amat menggalakkan ummatnya membantu orang yang susah. Malah, malaikat mendo’akan orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhu’. Allah sangat suka pada hambaNya yang menjaga wudhu’. Ia dapat menambah amal kebajikan dan membersihkan noda-noda dosa. Juga dapat memberi ketenangan dan Malaikat suka untuk mendampingi orang yang berwudhu’.
Ketujuh, sentiasa beristighfar. Selain memohon keampunan dari Allah, hati kita akan berasa lebih bersih dan tenang.

Semoga panduan ini dapat diamalkan bersama. Jadikan sebagai sebahagian dari amalan harian agar sebati dengan diri sehingga merasa gelisah jika meninggalkan salah satu amalan ini. Mudah-mudahan manfaat yang didapati disebarkan sesama sahabat, inshaAllah..

(( Inginkan syafa'at Nabi?? ))


Sempena bulan kelahiran Rasulullah ini, ana ingin kongsikan sebuah cerita untuk tatapan sahabat-sahabat semua..

Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kisah yang akan berlaku kepada seorang lelaki pada hari kiamat nanti. Sabdanya:

Apabila berlaku hari kiamat, seorang lelaki umatku diarah pergi ke suatu tempat.
Apabila hampir sampai ke pintu neraka, sambil menangis, orang lelaki itu bertanya kepada para malaikat,
"Ke manakah aku hendak dibawa pergi, wahai Mailakatul-Rahman?"
"Ke neraka," jawab para malaikat.
"Tinggalkan aku menangis bersendirian di sini untuk menyesali diriku," ujar lelaki itu.
"Sepatutnya dulu, engkau menangis di dunia. Pada hari ini, menangis tidak bermanfaat lagi," jelas para malaikat.

Lelaki itu berkata lagi, "Wahai Malaikatul-Jabbar. Aku ini anak Adam. Tidak tahan aku dengan panas api neraka.
Kalau sejuk, aku tidak tahan dengan sejuknya. Aku dari umat Muhammad s.a.w. Tidakkah ada bagiku sesuatu harapan dari Tuhanku?"
"Apa harapan engkau dari Tuhan engkau?" tanya para malaikat.
"Aku tidak diseksa bersama Yahudi dan Nasrani," jawab lelaki itu.
"Itu Muhammad s.a.w di hadapan Tuhan Al-Jabbar. Serulah engkau kepada Nabimu itu. Jika tidak kami akan lemparkan engkau ke neraka bersama dengan yang lain," ujar para malaikat.

Lelaki itupun segera berseru, "Ya, Muhammad! Ya, Rasulullah!"

Aku(Rasulullah) mendekati lelaki itu. Lalu bersabda kepada para malaikat, "Wahai Malaikatul-Rahman. Hantarlah kembali orang ini ke daun Mizan."
"Ya, Muhammad. Sesungguhnya kami diperintah oleh Allah Taala, dan kami tidak mahu mengingkari perintah itu," jawab para malaikat.

Aku segera tunduk dan sujud kepada Allah Azza wa Jalla serta mengangkat sembah, mengadukan hal itu kepada-Nya. Dengan syafaatku, lelaki itu dihantar semula ke daun Mizan untuk ditimbang pahala dan dosanya. Akhirnya dengan syafaatku juga lelaki itu diperintahkan Allah Taala masuk ke syurga. Aku kemudiannya bersabda kepada lelaki itu, "Kenalkah engkau siapa aku?"

"Wajah engkau yang elok dan baumu yang harum, siapakah engkau yang sebenarnya?" tanya lelaki itu.
Aku bersabda, "Akulah Nabi engkau, Muhammad. Bacaan selawat engkau di dunia untukku telah diberkati oleh Allah Taala."

Lelaki itu tunduk dan menangis. Lalu berkata, "Wahai Muhammad Rasulullah. Tanpa engkau dan selawatku untuk engkau, nescaya aku dilontarkan ke neraka bersama ahli neraka yang lain."

Wallahu a'lam - Hadith riwayat Nafi daripada Ibn 'Umar

(( Mata Lelaki ))

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.



Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...

Jagalah pandanganmu wahai diri..
Semoga selamat dari fitnah iblis dan konco-konconya..

(( Ke Mana Pergi Belia dan Remaja Islam? ))

Golongan muda iaitu remaja dan belia ialah individu yang berusia sekitar 15 hingga pertengahan 20-an. Ada juga yang mengkategorikan sehingga 30 tahun. Apapun definisinya, kebanyakan golongan ini sangat pendek akal dan suka mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan.
Tanpa memikirkan akibat dan impaknya. Ingin mencari pengalaman, kata mereka. Akhirnya, kita lihat banyak masalah dan gejala sosial yang muncul dari golongan ini.

Mereka inilah bakal memimpin negara suatu masa kelak. Tapi bagaimana hendak memimpin jika diri sendiri masih lagi tidak mampu untuk dipimpin. Masih tidak merdeka. Walaupun bebas dari belenggu penjajahan, tapi minda mereka masih lagi dikongkong. Bebasnya mereka pada perlakuan sehingga perilaku mereka melampaui batasan agama.

Realitinya, remaja dan belia Islam yang banyak terlibat dalam masalah ini di negara kita. Sepatutnya, dengan kemajuan teknologi dan pembangunan pesat negara, remaja dan belia Islam semakin berfikiran terbuka dan matang dalam berfikir. Masalah keruntuhan moral remaja dan belia Islam mestilah dipandang serius dan diberi perhatian khusus. Tidak patut dibiarkan.

“Alah, nak tua nanti taulah nak taubat..” Tunggu tua? Kalau ajal tiba sebelum tua? Firman Allah s.w.t : (( “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila telah datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan. ” Al-Munaafiquun, Ayat 11 ))

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang berfikiran sebegitu.

Di mana silapnya?

Masalah keruntuhan moral generasi muda hari ini memang masalah yang hebat dibincangkan di mana-mana negara di dunia. Baik negara maju, membangun, mahupun negara dunia ketiga. Kecanggihan bukan membawa kepada pembentukan jiwa yang dekat kepada Allah, tetapi menambahkan kelalaian mereka kepadaNya. Maka setiap hari kita dapat lihat pelbagai kes-kes yang kian menjadi tepu untuk didengar dan meluat untuk dibaca.

Keruntuhan institusi keluarga dapat dilihat di mana ibu bapa tidak memperdulikan anak-anak mereka. Anak-anak pula menganggap kebebasan yang diberikan sebagai ‘tiket’ untuk melakukan apa sahaja. Pergaulan bebas membawa kepada penzinaan dan hamil luar nikah. Seterusnya membawa kepada buang anak, pengguguran dan pembunuhan bayi.

Banyak pihak membimbangkan masalah ini, tetapi jalan penyelesaian seperti sukar untuk dicari. Bermacam-macam cara dan strategi untuk membanterasnya. Kempen, seminar, dan sebagainya. Hakikatnya, semakin banyak masalah pula yang timbul.

Bagaimana hendak mengatasinya?

Kembali kepada pertimbangan dan hukum Islam. Didikan awal terhadap Islam sangat memainkan perana penting. Kejahilan terhadap ilmu agama menyebabkan ramai remaja Islam mengambil mudah terhadap perkara yang berkaitan, tanpa mengikut hukum syara’. Ibu bapa seharusnya memberi didikan agama sejak anak-anak berusia 7 tahun dengan mengajar cara-cara bersolat. Seterusnya, diajar secara berperingkat-peringkat selain menghantar mereka ke sekolah agama.

Bagi remaja tindakan yang boleh dilakukan ialah dengan mendekati mereka. Untuk menasihati mereka. Kebanyakan remaja yang bermasalah kerap menyimpan rahsia mereka. Dekati mereka dan bantu mereka menyelesaikan masalah tersebut. Di samping itu, ajaklah mereka kembali pada cara hidup Islam yang sebenar. Tidak mustahil, jika para remaja hari ini dapat mengembalikan jati diri Islam yang sebenar, Islam dapat ditegakkan sebagaimana zaman kegemilangan Islam dahulu.

(( 1 message received ))

[[ 1 message received ]]

+ Assalamu'alaikum.. Kayfa haluk? Busy tak? Hujung minggu ni chatting nak tak?

Reply : Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah sihat. Anti? InshaAllah.. Ba'da solaatul 'asr. OK?

[[ 1 message sent ]]

[[ 1 message received ]]

+ InshaAllah.. Lepas ma'thurat jam 1720. Syukran. Wassalam.

Reply : InshaAllah.. Wassalam.

[[ 1 message sent ]]

_______________________________________________________

dia : BUZZ!
dia : Assalamu'alaikum..

kahfi8 : Wa'alaikumussalam..

dia : Lama tunggu?
dia : Sihat?

kahfi8 : Takde lame sangat.. Alhamdulillah sihat.. =)

dia : Banyak ke assignment?

kahfi8 : Bolehla tahan. Banyak juga. Dengan kerja2 persatuan dan lain2.

dia : Oh.. Erm ana rasa tak bersemangat..

kahfi8 : Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Berdo'a agar diber kekuatan menghadapi dugaan.

dia : Tapi ana tak dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran ana.

kahfi8 : Mengadu dan merintihlah pada Allah. Di waktu kita sangat-sangat memerlukannya, Dia lah tempatnya.. Jangan terlampau ikutkan perasaan.

dia : Kan seronok kalau dapat tempat yang sama.

kahfi8 : Tak semestinya.

dia : Kenapa?

kahfi8 : Kalau dapat tempat sama pun, asyik bergaduh je.
kahfi8 : Barulah rasa kemanisan bersahabat..
kahfi8 : Ana pun rindu juga.

dia : Kenapa tak cakap?

kahfi8 : Nak jaga hati. Belajar untuk bersabar dan pasrah dengan ketentuanNya. Juga meng'upgrade'kan tingkat Hubungan Dengan Allah. Kena tabah. Ujian ni baru sikit. Itu tanda Dia sayang pada kita.

dia : Syukran.

kahfi8 : Malam ni qiam. Minta ditabahkan dan dikuatkan iman. InshaAllah lama2 hati akan tenang.

dia : Jazakallahu khairan kathira. InshaAllah.
dia : Ana minta diri dulu. Assalamu'alaikum.

kahfi8 : Tafaddolii.. Wa'alaikumussalam..

_____________________________________________________

Mata yang digenangi air dikelipkan. Mengalir dan tumpah ke pipi. Hanya Allah yang tahu perasaan ini.

Ya Allah, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaanMu. Aku hanya insan lemah yang mengharapkan pertolongan dariMu. Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam Taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Da'wah. Jangan kau lalaikan aku dengan dunia. Aku terlalu banyak menangis. Tapi bukan untukMu. Buka juga kerana dosa yang kulakukan. Cukup sukar untuk menangis semata-mata keranaMu.

P/s - hanya rekaan semata-mata. persamaan hanyalah kebetulan.

Rujukan Tambahan : Lihat [[ link ]]