(( Kau Sahabat Kau Teman ))


Nasyid : Kau Sahabat Kau Teman
Munsyid : Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

****************************************************************************

Nasyid ni selalu buat ana teringat pada sahabat ana (Muhammad Izzat) yang pergi sehari sebelum 'Idul Fitri pada tahun 2004. Memang sungguh tak disangka kerana sebelum cuti arwah sihat je. Begitulah kalau dah ketentuan Allah, tidak terlewat ataupun terawal@tercepat walaupun sedetik.. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang² yang beriman dan bertaqwa...Al-Fatihah..

P/s - juga ditujukan buat sahabat masa tadika dan sekaryah (Zahid b Zaidi) yang pulang ke rahmatullah pada 2 Februari 2006..

1 Tindakbalas²:

(( Take Over ))

Alhamdulillah, dah lama tak tulis blog. Kali ni nak serius sikit, tak macam dulu, malas sikit.



Selamat membaca yea. Nantikannya tak lama lagi.. =) Kali ni blog ni ana jadikan sebagai medan da'wah, info mengenai komputer dan sebagai diari.