(( 3 Hari Yang Sibuk.. ))

Agak sibuk beberapa hari kebelakangan ini.

Khamis, 4 Ramadhan 1429H, mengikut naqib ana ke program kesedaran Palestin 'Revolusi Ummah' di Sekolah Menengah Al-Islah, Sungai Petani. Alhamdulillah, sambutan daripada pelajar di sana agak menggalakkan. Ana bertolak bersama naqib ana seawal jam 6.40 pagi bersama seorang pelajar Master rakyat Palestin di UUM, Naji.

Bahan presentation beliau agak menarik dan sangat memberi kesedaran. Sepanjang program, ana sempat merakamkan beberapa 'shot' menarik untuk dikongsi bersama.


Karya kreatif pelajar Al-Islah

Pameran yang menarik...

Menarik jugak, tapi ghanimah zaman dahulu mane ade senjata api kan??

Booth jualan barang-barang Palestin

Ceramah Palestin oleh naqib ana

Pelajar Al-Islah bergambar bersama penceramah

*************************************************************************************

Jumaat, 5 Ramadhan 1429H, ana dan sahabat seperjuangan, dengan kerjasama Kolokium Pusat Islam UUM telah menganjurkan 'Bengkel Penghayatan Sirah' yang disampaikan oleh ikhwah dari UK, akhi Rashdan. Banyak fakta baru yang dapat dikutip oleh peserta. Tambahan pula, penerangan yang disampaikan sungguh mantap ditambah dengan persembahan Multimedia dan interaktif. Bengkel ini mirip 'Ini Sejarah Kita' dan bahan-bahan juga digunakan dari modul tersebut. Bezanya, bengkel ini di'compress'kan kerana dibuat dalam masa satu hari sahaja.

Peserta didedahkan mengenai sejarah Islam dari zaman jahiliyyah, dakwah Rasulullah di Makkah dan juga Madinah. Seterusnya, zaman Khulafaa' Ar-rasyidin, era Bani Umayyah, Bani Abbassiah, Turki Uthmaniyyah dan seterusnya era selepas kejatuhan khilafah Islamiyyah (kini). InshaAllah, ana akan cuba untuk berkongsi sedikit input yang didapati bersama pembaca sekalian dalam posting lain.


LDK : Peserta khusyu' mendengar penerangan fasilitator

Beberapa persoalan yang diberikan untuk membuka minda peserta di samping berkongsi pendapat.

Akhi Rashdan sedang memberikan penerangan (Kelakar dengar dialog Sultan Salahuddin dengan tenteranya masa nak mengangkat kapal)

Peserta mendengar penyampaian dengan begitu bersemangat

*************************************************************************************

Sabtu (hari ini), 6 Ramadhan 1429H, menerima kunjungan ikhwah dari KL. Kami berkongsi idea di samping memohon beberapa bantuan seperti training dan sebagainya. Di samping berbincang, kami turut berbuka puasa bersama-sama supaya dapat mengeratkan ukhuwwah antara satu sama lain.


Akh Amirul sedang menyampaikan presentationnya

Saling berkongsi maklumat 'sharing' serta mencatat agenda-agenda penting


*************************************************************************************

Demikianlah serba sedikit aktiviti ana yang sempat dicatatkan. Semoga jalan perjuangan ini ditempuhi dengan sabar dan tabah. Ujian demi ujian, bukan melunturkan semangat tetapi mengentalkan semangat agar lebih berkobar-kobar demi menegakkan kebenaran, inshaAllaah..

Dan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat diri yang lemah ini..

P/s - bandingkan dengan Perang Badar. Mereka berperang dalam keadaan berpuasa, di bawah panas terik. Kita yang berjuang 'menuntut ilmu' dalam air-cond pun kadang-kadang mengeluh letih kerana berpuasa. Setandingkah kita dengan mereka? Renungan untukku yang masih lalai...

Link berkaitan : Ramadhan 2 Zaman

2 Tindakbalas²:

azman said...

TaqabbalAllah minna waminkkum taqabbal ya qarim..

faisol said...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Benarkah Kita Hamba Allah?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)

Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/