Jelas Tapi Kabur

Baru pulang dari perhimpunan tahunan sebuah badan dakwah mahasiswa di Malaysia, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia atau akronimnya 'KARISMA'. KARISMA ialah sayap kepada sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan) iaitu Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Perhimpunan ini mengumpulkan sebahagian besar da'ie yang menyertai halaqah di bawah KARISMA di sebahagian besar institut pengajian tinggi di Malaysia. Perhimpunan itu ialah 'PERHIMPUNAN KARISMA NASIONAL 2010' atau PKN'10. Tema PKN'10 ialah Menggarap Perubahan, Memperkukuh Kesatuan.

Alhamdulillah, aku dapat berjumpa dengan ramai pimpinan dan da'ie muda KARISMA yang menggerakkan dakwah di pelbagai lokaliti seluruh negara. Sangat menggugah jiwa! Ucapan dasar oleh presiden kami, Abdullah Omar membakar semangat kami untuk terus bekerja demi kemenangan dakwah dan Islam. Dari isu Palestin, gejala sosial, ekonomi, politik sehinggalah kepada isu yang tidak dilupakan mengenai Rancangan Dakwah KARISMA atau lebih dikenali sebagai FIDAK2015 (Fikrah Islam Dominan Alam Kampus 2015), satu gagasan yang menerangkan strategi dan plan tindakan dalam mencapai kemenangan dakwah di kampus menjelang 2015. Persoalan yang paling ditunggu-tunggu pastinya tentang status KARISMA selepas Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ditubuhkan pada pertengahan 2010 yang turut dianggotai oleh JIM.

Inilah kali pertama aku menjadi pemerhati! PKN'08 aku menjadi AJK, manakala PKN'09 sebagai perwakilan (tapi tidak menjadi pembahas). Tahun ini memaparkan kelainan apabila hanya perwakilan dari KARISMA negeri atau daerah sahaja yang wajib membahas, manakala perwakilan dari IPT boleh membahas jika mereka mahu (sunat je la).

Kami dari Perak dibarisi oleh 11 orang ikhwah dan 13 akhawat telah diwakili oleh akh Megat sebagai pembahas. Perbahasannya sangat membakar semangat sehinggakan perbahasannya disambut dengan laungan penuh semangat dari semua hadirin!

Sebelum perletakan jawatan KARISMA Nasional, beberapa penerangan telah disampaikan oleh JK KNL sendiri tentang isu-isu yang banyak menimbulkan tanda tanya dari semua ahli KARISMA. Ya, seperti kata-kata Hassan Al-Banna, dakwah kita ini cerah secerah mentari. Jelas semuanya. Tapi sekarang, ada kekaburan tentang status akan datang KARISMA. Apa yang pastinya, gerakan mahasiswa yang baru di bawah IKRAM kelak akan menyaksikan satu gerakan dakwah mahasiswa yang lebih massa dan berusaha memenangkan dakwah di kampus seterusnya menjayakan misi dakwah IKRAM iaitu memenangkan dakwah di Malaysia seterusnya di seluruh dunia. Dan pengalaman 11 tahun KARISMA di medan dan pengurusan operasi pastinya tidak sepatutnya dipersiakan begitu sahaja!

Alhamdulillah, akh Khairul Fadhli dan ukhti Nur Idayu telah dilantik untuk mengetuai barisan KNL 2011 yang dibarisi oleh lapan orang lagi AJK. Semoga amanah yang digalas mampu ditunaikan. Terus menderu memacu kemenangan, biarpun tidak menjadi sang pemenang, kerana kemenangan yang hakiki itu milikNya, dan dapat diraih apabila telah cukup syarat-syaratnya.



~ Raih Kemenangan Tanpa Perlu Jadi Pemenang ~

Listening to : Ukhuwwah Teras Kegemilangan (Saff-One)
Reading : Himpunan Risalah Hassan Al-Banna
Mood : Berkobar-kobar

7 Tindakbalas²:

hikari said...

salam..
akh megat mne yer?
megat firdaus ke?

megat firdaus mane ye? kerteh?
megat abdur rahman di sini.. pembahas mewakili karisma perak tempoh hari. sile beri tunjuk ajar.. ^_^

hikari said...

owh yeke..
knl ke megat firdaus kerteh?

salam. syukran singgah ke blog ana yg biasa2 itu. karisma perak ade blog? :)

kahfi8 said...

[ danial ]

w'salam, huhu ok ape, mantap kot blog enta.

K-Perak ade blog, tapi dorang tak update.

http://kperak.blogspot.com/

ana dulu ngan K-Kedah, jenguk ah blog K-Kedah sekali.. :)

http://kedah-karisma.blogspot.com/

Salam

Oh, anta ada kat PKN hari tu?ana plak 1st time jadi perwakilan,sblum ne pemerhati je.

Bagi ana,KARISMA atau IKRAM,kta masih lagi para daie yg berdedikasi,dan kita akan terus menjalankan misi FIDAK yg kta perjuangkan selama ini.

InsyaAllah,'rumah baru' kita IKRAM bukan sekadar lagi gah,malah lebih hebat serba serbi.slepas KOSMIK hari tu,ana semakin yakin,mmg ada peningkatan dlm gerakan dakwah kta,dan IKRAM itu sendiri bukti kemenangan bagi kita semua dan kta akan terus menerus maju dan semakin maju!

TAKBIR!

~forencisist of DeviantArt

kahfi8 said...

[ JKDakwahMedia PPUKM ]

w'salam.

yea, ade hadir PKN dan KOSMIK.

peningkatan inshaAllah berlaku, kerana sebelum ini kita rasa berseorangan, tapi kini bergabung. yang dari pelbagai wadah yang kita tidak pernah kenal dan tahu sebelum ini. (mungkin ana je yang tak tahu, sebab tak berada di zon tengah)

inshaAllah, semoga fasa dakwah ini akan menyaksikan kebangkitan semula ummah ini...!

ALLAHU AKBAR! (aritu banyak sangat takbir kat PKN dan KOSMIK, ade rase cam muktamar agung PAS pulak, hehe ~)