(( Membangkitkan Iman ))

Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata, kami bertanya kepada Rasulullah :

"Ya Rasulullah Allah Berfirman (Dan sesiapa yang dibukakan hatinya oleh Allah dengan iman maka dia didalam cahaya daripada tuhannya)
(( Surah 39, Az-Zumar : Ayat 22 ))

Bagaimana Allah membukakan hati ?" Rasulullah bersabda : "Apabila masuknya cahaya didalam hati, maka hati akan dicerahkan dan terbuka"

Apakah alamatnya pula Ya Rasulullah?

Rasulullah bersabda: "Kembalinya(segala urusan) dia kepada negeri yang abadi, dan keringnya (urusannya ) dari negeri yang menipu dan bersedianya menghadapi kematian sebelum ia datang kepadanya."

(Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi)


Maka alamat yang pertama daripada hadis adalah : “kembalinya (di dalam urusan) kepada negeri yang abdi” dan petunjuk bagi alamat ini adalah

1. Bersegera didalam melakukan kebaikan
2. Wara’ dan sangat waspada didalam perkara yang haram dan setiap perkara yang syubhat
3. Mengutamakan kepentingan agama lebih daripada semua kepentingan dunia apabila bertembung antaranya.


Manakala alamat kedua dalam “kebangkitan iman dan keringnya (di dalam urusan) kepada negeri yang menipu” :

1. Tidak cenderung kepada hasil duniawi
2. Tidak bersedih apabila kurangnya dan hilangnya(dunia)
3. Kurangnya memikirkan terhadap dunia
4. Tidak hasad terhadap yang lain
5. Meinginkan menjadi hartawan atas dorongan untuk menginfakkan keatas jalan Allah s.a.w


Manakala alamat untuk “persediaan menghadapi kematian sebelum masanya”

1. Bersegera untuk bertaubat dengan sebenarnya
2. Sentiasa kembali kepada Allah
3. Menyelesaikan daripada kezaliman
4. Mengembalikan hak dan amanah kepada ahlinya

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah, kembalikan semangatku untuk menegakkan syi'ar ISLAM!!

P/s - copy paste sebahagian isi dari sebuah e-mail..

(( Bersamamu Palestin COB ))

Dengan Nama ALLAH
YANG MAHA PENGASIH, Lagi MAHA PENYAYANG

Assalaamu'alaikum wbt..

POSTER ini telah diluluskan untuk
BERSAMAMU PALESTIN
oleh KOLEJ PERNIAGAAN UUM

rekabentuk oleh KAHFI8
"SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI ORANG YANG BERPERANG
DI JALANNYA DALAM BARISAN YANG TERATUR SEAKAN-AKAN
MEREKA SEPERTI SUATU BANGUNAN YANG TERSUSUN KUKUH."
(( ASH-SHOFF, 61 : 4 ))



SETIAP HARI
Pameran & tayangan video
Foyer FPP (1-3 Mac)
Foyer FPK (4-5 Mac)

3 MAC (DKG 2/1)
9.00 am
Tayangan Video 'The Iron Wall'
10.00am-12.30pm
Ceramah Khas : Personal Journey in Ghaza
Dr Jamnul Azhar

4 MAC (Foyer FPP)
Sembang santai bersama pelajar-pelajar Palestin

5 MAC (DKG 2/1)
Special Lectures : Consumer Boycotts:
The impact of 'War on Gaza'
Dr Abdul Rahim Abu Bakar
Dr Asmat Nizam Abdul Talib
Dr Nazlida Muhamad @ Hashim
12.30 pm - 2.00pm


InshaAllah, di samping itu, dapatkan juga t-shirt ketika
program berlangsung. Selain waktu program, sila ke
foyer FPP (1-3 Mac) atau foyer FPK (4-5 Mac)

Lengan pendek - RM18
Lengan panjang - RM20 (sama design dengan lengan pendek)
Muslimah - RM26

Untuk melihat reka bentuk dengan jelas, sila klik pada gambar.

01
Depan - Warning! Save our first qiblah!
Belakang - Free Palestine


Ikhwah

Akhowat


02
Depan - Free Al-Quds
Belakang - Bebaskan Palestin 1948-2009


Ikhwah

Akhowat

2 Tindakbalas²: