(( Fahaman Mengenai 786 ))
Published on
Wednesday, January 30, 2008
By
Bashir IbnDzul
Kebanyakan kita menganggap nombor 786 itu sebagai kalimah basmalah. Akan tetapi, tahukah kita maksud yang tersirat di sebaliknya? Ana terbaca satu artikel dari blog sahabat, harap kita dapat informasi darinya..klik [[ link ]]
(( AJL di Awal 2008 ))
Published on
Sunday, January 27, 2008
By
Bashir IbnDzul
Semalam pergi makan kat cafe ngan kawan. Ana tengok agak ramai jugak kat cafe tu, ingatkan ada apa2 makanan yg best, rupanya tengok Anugerah Juara Lagu. Tak pasti pulak AJL ke berapa. Tapi sempat la tengok Siti Nurhaliza nyanyi dengan fesyen terbarunya. Hiburan tu memang best, tapi kita kena la tau batas2 yg telah ditetapkan dlm Islam dlm berhibur. Antaranya tidak boleh bergaul antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim dsb. Akan tetapi, kita dapat lihat bagaimana generasi hari ini makin jauh terpesong bukan sahaja dari adat ketimuran, malah jauh dari kehendak syara'. Hari ini, masjid sangat kurang dikunjungi oleh pemuda2 Islam. Walhal, pemuda Islam lah merupakan tunggak kegemilangan Islam.Pemuda dan pemudi memang memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Revolusi Perancis yang menumbangkan kekuasaan monarki digerakkan oleh para pemuda-pemudi. Perjuangan pro demokrasi di RRC dan Burma juga digerakkan oleh pemuda dan pemudi. Medan Tiananmen di Beijing, Cina boleh menjadi saksi bagaimana keberanian pemuda-pemudi menyongsong desingan peluru demi cita-cita demokrasi yang didambakannya. Bahkan foto yang merakamkan keberanian seorang pemuda pro-demokrasi menyongsong iringan kereta kebal menjadi foto jurnalistik terbaik sedunia seketika itu. Para pengikut setia Lenin dan Stalin di awal kemenangan komunis di Russia kebanyakannya adalah para pemuda. Pemuda Michail Gorbachev ketika berusia 18 tahun menulis, ' Lenin adalah ayahku, guruku dan Tuhanku'.
Begitu juga dalam sejarah dakwah Islam, pemuda-pemudi memegang peranan penting. Para Nabi dan Rasul yang diutus Allah untuk meyampaikan ajaran agama Allah terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Berkata Ibnu Abbas R.A, "Tidak ada seorang nabi pun yang diutus Allah melainkan ia (dipilih) dari kalangan pemuda saja ( antara 30-40 tahun). Begitu juga tidak seorang alim pun yang diberi ilmu melainkan (hanya) dari kalangan pemuda saja." (Tafsir Ibn Katsir III/63). Dalam Al Quran terdapat banyak kisah pemuda dalam menegakkan kebenaran. Ada pemuda Ashabul Kahfi, pemuda Musa, pemuda Yusuf dan sebagainya. Renunglah kisah bagaimana keberanian seorang pemuda iaitu Nabi Ibrahim yang kisahnya terdapat dalam surah Al Anbiyaa' :
"Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim ." (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 60 ))
Ibrahim sememangnya menentang keras kebiasaan kaumnya yang menyembah sesuatu selain Allah.Ia mencela patung-patung sembahan mereka yang sama sekali tidak memberi manfaat dan hanya mendatangkan mudharat. Dalam surah Asy Syu'ara ayat 72, diceritakan bagaimana pemuda Ibrahim berdebat mengenai cara kaumnya berfikir.
"Berkata Ibrahim: "Apakah berhala-berhala itu mendengar (doa)mu sewaktu kamu berdoa (kepadanya)?, atau (dapatkah) mereka memberi manfaat kepadamu atau memberi mudharat?" Mereka menjawab: "(Bukan karena itu) sebenarnya kami mendapati nenek moyang kami berbuat demikian." (( Surah 26, Asy-Syu'araa : Ayat 72-74 ))
Jelaslah bahawa mereka menyembah berhala-berhala itu kerana taqlid buta semata-mata, tanpa ilmu. Ibrahim lantas menjelaskan siapa yang sesungguhnya berhak disembah.
"Berkata Ibrahim, "karena sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan Semesta Alam, (yaitu Tuhan) Yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang menunjuki aku, dan Tuhanku, Yang Dia memberi makan dan minum kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku."" (( Surah 26, Asy-Syu'araa : Ayat 77-80 ))
Bukan hanya berdebat,malahan Ibrahim juga bertindak. Ayat dari surah Al Anbiya menceritakan,
"Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur berpotong-potong, kecuali yang terbesar (induk) dari patung-patung yang lain; agar mereka kembali (untuk bertanya) kepadanya. " (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 58 ))
Ketika mereka menangkap Ibrahim dan menuduhnya merosakkan berhala itu, Ibrahim meminta mereka untuk bertanya kepada berhala besar yang masih tertegak itu. Sudah tentu meraka tidak mahu melakukan kerana mereka tahu bahawa berhala itu tidak dapat berbicara.
"Kemudian kepala mereka jadi tertunduk (lalu berkata): "Sesungguhnya kamu (hai Ibrahim) telah mengetahui bahwa berhala-berhala itu tidak dapat berbicara." Ibrahim berkata: Maka mengapakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak (pula) memberi mudharat kepada kamu?" (( Surah 21, Al-Anbiyaa' : Ayat 65-66 ))
(( Maal Hijrah 1429H.. ))
Published on
Saturday, January 12, 2008
By
Bashir IbnDzul
Alhamdulillah, Tahun Baru Hijriah/Awal Muharram telah pun menjelma. Semoga amal ibadah pada tahun yang lepas diterima Allah inshaAllah. Syukur kepada Allah kerana kita masih lagi dipanjangkan umur untuk beribadah dan mengabdikan diri padaNya. Oleh itu, usia yang masih tersisa ini, isilah dengan amal yang baik. Dianjurkan juga untuk saling ingat-mengingati antara satu sama lain supaya tidak lalai dengan kemaksiatan dan tipu daya dunia. Jom kita do'a sama-sama...
Do'a Awal Tahun :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Berikut ialah do'a akhir tahun :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
p/s - Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin...
(( Mencari CINTA Ilahi ))
Published on
Monday, January 07, 2008
By
Bashir IbnDzul
Ana baru lepas log out dari Portal Ukhwah. Ada satu komen dari sahabat dalam ukhwah yang menarik minat ana untuk dikongsikan bersama iaitu mengenai mencari CINTA ILAHI...Sama2 lah kita jadikan rujukan:"Saya ada buku rindu dan cinta pada Allah karangan imam nawawi..Tapi tak habis baca lagi...saya ada buku takwa pada Allah..Takut tapi rindu pada Allah karangan Ustaz Hadi Awang tapi pun tak baca lagi.. Rasanya kalau nak tips, bacalah buku...Jangan jadi macam saya, semangat saja beli.Tapi satu buku pun tak pernah habis baca.
ikut pengalaman...
cuba jaga solat,
banyakkan baca Quran,
banyakkan tahajjud..
banyakkan muhasabah diri..
banyakkan mengingati Allah..
rajin hadiri kelas agama,
"Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada orang yang mencintai dan tidak mencintai dunia, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada orang yang menyukainya.."
Ya Allah andainya ada satu waktu atau detik saat di mana aku benar-benar merasakan keindahan iman, di mana aku benar-benar merasakan keagunganMU, kerana aku sering kali ragu akan keikhlasanku sendiri, maka matikanlah aku saat itu ya Allah, agar aku bisa meraih semulia2 kematian.. kematian disaat aku cinta padaMU, ameen..
Rujukan dari topik Bincang Agama bertajuk : "Bagaimana mencari cinta Allah"
(( Anjakan Paradigma 2008-1429H ))
Published on
Sunday, January 06, 2008
By
Bashir IbnDzul
Assalamu'alaikum w.b.t..Alhamdulillah, dah pun masuk 2008! Tak lame lagi, sambut pulak awal muharram. Kepada penziarah blog ana, maaf sebab lama tak tulis, takde idea selalunya. Lagipun baru je daftar sem II kat U. Alhamdulillah pagi tadi kelas tak ada, so ambil kesempatan ni untuk tulis sikit. (sikit2 lama2 jadi bukit) Walaupun dah terlewat hampir seminggu, ana nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU, 2008 kepada semua, kullu 'aamin wa antum bikhair.
Sem ni ana kena pertingkatkan lagi study, sebab sem lepas punya result kurang boleh dibanggakan walaupun baik. InshaAllah, jika ada usaha gigih, ikhtiar dan tawakkal, Allah tak akan sia2kan hambaNya, kan sahabat2? Semoga dipertemukan di lain post. Ada kelas pukul 10 ni. Wassalam...