(( Isu Palestin ))

Alhamdulillah program 2 hari untuk memperingati Nakbah Palestin dah pun habis. Harapnya, ramai yang 'aware' dan sedar tentang isu ini and then ada rasa nak bantu kawan2 kita di sana. Di sini ana nak share info terbaru tentang Palestin.

Jumaat, 20/06/2008 -Satu laporan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Eropah yang berkempen untuk membatalkan kepungan menyatakan bahawa jumlah mangsa kepungan telah meningkat kepada 116 pesakit Palestin termasuk kanak-kanak sejak awal 2008 yang menunjukkan Semenanjung Gaza menyaksikan satu kenaikan kematian pesakit yang ketara.


Menurut laporan itu, jumlah bilangan mangsa sejak kepungan Israel yang dikenakan setahun yang lalu kini telah mencapai 192 orang pesakit.

Kempen itu telah memberi amaran bayang kematian mengancam ramai pesakit yang mengalami penyakit kronik dan serius disebabkan oleh kekurangan ubat-ubatan dan sekatan Israel yang dikenakan ke atas perjalanan rawatan perubatan di luar kepungan Semenanjung Gaza.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

1 Tindakbalas²:

(( Tanda Allah Cintakan HambaNya ))

Setiap hari, macam2 ni'mat yang kita rasai. Macam mana leka sekalipun hambaNya terhadapNya, Dia yang Maha Esa tidak pernah lupakan hambaNya. Dan adakalanya Allah memberi tanda kecintaannya pada kita dengan beberapa cara :


Allah menjaga kita dari kelalaian dunia

Dia tak akan membiarkan dunia memakan dan menguasai hambaNya. Jika kita dapati diri kita 24 jam mengingati Allah, maka itu tanda-tanda cinta Allah.

Allah menjadikan hambaNya seorang yang Soleh

Jika kita dapati diri kita menuju kesolehan, walaupun sedikit demi sedikit, itu membuktikan kecintaanNya pada kita. Sebagai contoh seorang muslimah yang tidak bertudung tetapi mereka mula memakai anak tudung, maka ia sedang menuju kesolehan. InshaAllah, hidayah akan sampai padanya sehingga dia memakai tudung yang benar-benar menutup aurat.

Allah memudahkan untuk memahami ilmu agama

Ini adalah rentetan dari menuju kesolehan. Kita akan bertambah faham mengenai ilmu agama. Mula2 kita tidak tahu mengenai tajwid, kemudian mempelajarinya. akhirnya kita sudah dapat menghafaz sebahagian ayat-ayat dan surah dari Al-Qur'an. Bagi yang sudah ada asas-asasnya pula, Allah akan memberi kemahuan untuk memperbaiki ilmu-ilmu agama yang ada dan menambahkannya.

Allah mencampakkan ketenangan dalam hati

Setiap perkara dan musibah yang menimpa, hati kita tidak pun berasa gusar ataupun marah. Sedikit pun tak mengeluh walaupun kesusahan yang menimpa cukup memedihkan.


Allah memudahkan untuk melakukan ketaatan

Allah akan memudahkan dan melorongkan kita untuk berbuat kebaikan.

Allah memberikan kesulitan untuk melakukan maksiat

Apabila kita merasa ingin melakukan maksiat, Allah akan memberi kepayahan untuk menujunya. Ini dapat menghindarkan kita dari mendapat dosa.

Allah memberi Husnul Khatimah (Pengakhiran hidup yang baik)

Allah akan menutup hidup seseorang hambaNya dengan amalan soleh. Hal ini sangat penting kerana detik2 terakhir itu yang dikira dalam menentukan destinasi kita di sana nanti. Sangatlah rugi bagi orang yang selalu beramal soleh tapi mati dalam keadaan yang bergelumang dalam maksiat. (Na'uzubillaahi min zaalik!)

Semoga kita semua menjadi hamba yang dicintaiNya...

*Dikupas dan diolah semula dari buku 'Hati Sebening Mata Air' terbitan Aqwam oleh Amru Khalid.

1 Tindakbalas²:

(( Hari Nakbah Palestin : Kedah, 20 Jun ))

Alhamdulillah, petang tadi selesai sudah pembikinan flash Palestin untuk dipersembahkan pada Ceramah sempena hari Nakbah Palestin peringkat negeri Kedah yang akan diadakan pada 20 Jun 2008. Walaupun tak seberapa, ana harap ia dapat membuka mata kebanyakan pihak yang masih belum memahami keadaan saudara-saudara kita di sana terutamanya di bumi suci Al-Quds. InshaAllah pada masa akan datang, akan ada lebih banyak lagi usaha yang akan dilakukan bagi memudahkan kerja-kerja da'wah dan tarbiyyah dalam bentuk yang menarik dan berkesan.


Di sini ana sertakan sampel flash Multimedia yang akan ditayangkan di program itu nanti. Jika ada yang berminat, ana akan siapkan release version dan upload di internet untuk dikongsi dengan semua.

Sample PalestineFlash

1 Tindakbalas²:

(( Ikhlas - Review 'Hati Sebening Mata Air' ))

Alhamdulillah, buku yang dipesan dari pondok buku telah pun sampai. Tetapi kerana kekangan masa, ana belum dapat lagi membacanya sampai habis. Pagi tadi, dalam perjalanan ke ofis, ana sempat membaca dalam lebih kurang 20 laman. Alhamdulillah, bertambah juga sedikit ilmu. Dapat la sikit2 pasal ikhlas. Ikhlas ni bukan senang nak dicapai. Sesetengah orang je boleh dapat. Walau camne kita nampak orang tu alim, tapi kalau nak tau keikhlasan, tak boleh punya. Cipta la mesin ape sekalipun. Allah je tau. Hatta kerana hebatnya pahala orang ikhlas ni, sampai malaikat tak mampu nak kira.


Sehinggakan dalam al-Qur'an ada Surah Al-Ikhlas. Dan pahala membaca surah ini sama dengan sepertiga kitab suci itu. Bukankah hebat begitu?! Bagi yang berminat mendapatkan buku ini, boleh dapatkannya di kedai-kedai buku. Tak mahal pun, lagi pun tak rugi beli buku ni. Hehe promote pulak kat sini. Sekian dulu..

(( Palestina Downloads // ver 1.0 ))

Masalah Palestin bukan hanya masalah umat Palestin dan Arab juga tetapi seluruh warga Islam. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyedarkan sahabat-sahabat kita tentang perkara ini. Untuk itu, ana ingin berkongsi sedikit maklumat tentang saudara-saudara kita di sana.


Download flash di bawah untuk lihat..

AL-Quds 05

2 Tindakbalas²:

(( Palestine - Movie and Nasyid ))

Akhir-akhir ni ana banyak layan lagu jihad lak. Sebelum ni suka gak lagu jihad ni, tapi biasa2 je. Tapi sejak kena tegur ngan naqib ana (Abu Yaaser), ana dah tukar genre nasyid favourite. Heh bukan la dulu layan nasyid jiwang, cuma layan nasyid biasa2 je, dan jugak nasyid Rock!(macam Mestica, Badar 313 heh)


Beliau juga memperkenalkan ana dengan munsyid-munsyid nasyid jihad dari Indonesia seperti 'Izzatul Islam, Shoutul Harokah, Ar-Ruhul Jadid dsb. Best la jugak, dan kalau dengar tu, rase nak kawad lak hehe.. Di samping nak promote kat sini, ana pun nak share movie nasyid ngan antum.. Klik kat bawah tu untuk download..


Merah Saga

(( Taraf Keikhlasan Kita ))

ADAKAH AKU IKHLAS?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra-syarat untuk apa-apa amalan kita diterima oleh Allah swt. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dsbnya, ada tanda-tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas. Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia-sialah di sisi Allah swt. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata-kata ulamak, ada ulamak yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam ( yg pekat legam ). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah ta'ala.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith nabi.. telah berkata " 3 golongan yang tidak diterima allah ta'ala untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada nabi apakah golongan itu, maka nabi menjawab :
1. Orang-orang kaya menginfaqkan ( sedekah ) sebahagian hartanya di jalan allah, tetapi tidak ikhlas.
2. Orang-orang yang berjihad di jalan allah, mahupun perang atau sebagainya.
3. Orang-orang alim ulamak yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah ta'ala"

Jadi sahabat dan sohabiat yang dirahmati allah sekalian dapat kita renungkan betapa besar ikhlas tu perlu wujud pada hati masing-masing. Syaitan sentiasa merasuk diri anda supaya mengkhianati Allah ta'ala. Oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah swt yang Maha Mengetahui dan hanya Allah swt sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

(( Nakbah : Ingat Tarikh Itu )):

* Dipetik dari iluvislam.com [ link ]

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.



Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

Kelemahan Liga Negara Arab

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :

1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.



5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam

Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Di Malaysia

Kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.

Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?

(( Palestine Flash for Download ))

Ana baru upload flash Palestin kat web multiply ana, tapi tak pasti dapat download atau tidak untuk 'unregistered user' kat multiply tu. Klik 'Seterusnya' untuk lihat link download, jika ada masalah, cuba download guna software downloader seperti Internet Download Manager atau Orbit Downloader.

Separation Map

Apartheid in Palestine

jika ada masalah, antum/antunna cuba login di Multiply dan masuk ke blog Multiply ana (kahfi8).

Ana tunggu komen antum untuk sebarang respon. Syukran.

P/s - jika antum/antunna nak linkkan download tu, link kan dulu ke posting/blog ni.

(( 12 Barisan di Akhirat ))

*Dipetik dari sebuah laman web.

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:



"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok" (( Surah 78, An-Nabaa': Ayat 18 ))

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu bersabda: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut,


BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat kebaikan. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..

p/s - semoga kita tergolong dari kalangan barisan terakhir itu amiin..

(( 15 Kebaikan Sujud ))

* Jumpa dalam hard disk ana..

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.



1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4.Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5.Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7.Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8.Meringankan bahagian pelvis.

9.Memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

13.Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut. (Convulsions).

14.Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

3 Tindakbalas²:

(( Kesan Kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah ))

*Dipetik dari [ link ]

Apabila jatuhnya sistem pemerintahan Khalifah Islamiyah yang terakhir berpusat di Turki pada tahun 1924M, negara-negara umat Islam telah menghadapi penjajahan daripada kuasa-kuasa kuffar Barat seperti Britain, Perancis, Itali, Jerman, Rusia dan sebagainya. Penjajahan yang dilakukan bukan sekadar bermatlamat menguasai tanah-tanah milik umat Islam dan hasil buminya, bahkan lebih daripada itu mereka mahu menghapuskan Islam dan sekaligus mahu melenyapkan ketuanannya di muka bumi ini, yang telah bertahan selama lebih 1,000 tahun




Kesan daripada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

Negara-negara umat Islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat Islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas selagi tidak mahu menerima perubahan yang dibawa oleh golongan Freemasom.
Di bawah ini dinyatakan secara ringkas peristiwa kejatuhan negara-negara umat Islam ke tangan penjajah

Tahun 1921 Saudi Arabia dan Iran
Tahun 1922 Mesir
Tahun 1932 Iraq
Tahun 1945 Jordan, Lubnan, Syria
Tahun 1947 India
Tahun 1948 Palestin
Tahun 1960 Somalia, Nigeria, Kuwait dan Algeria
Tahun 1970-an Afghanistan
Tahun 1990-an Bosnia, Kosovo, Chechen dan Dagistan
Tahun 2002 Afghanistan
Tahun 2003 Iraq

Sampai sekarang, umat Islam tidak mampu bangkit walaupun mempunyai jumlah penduduk yang begitu ramai jika hendak dibandingkan dengan puak kuffar. Contoh yang paling jelas ialah kelemahan bangsa Arab dalam menangani isu Palestin. Masing-masing beranggapan bahawa ia adalah isu dalaman Palestin yang tidak ada kaitannya dengan Islam. Lebih daripada itu, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol dengan Yahudi, Amerika Syarikat, Britain dan sekutu-sekutunya untuk menjayakan misi dan visi jahat Freemasonry.

Di bawah ini dinyatakan jumlah sebenar bangsa Arab secara terperinci sebagai bukti bahawa tanpa kesatuan di bawah Khilafah Islamiyah, mana mungkin mereka dapat menghalau keluar Yahudi dari bumi Palestin, walaupun bilangan mereka berpuluh-puluh kali ganda

1. Mesir -70 juta orang
2. Sudan -35 juta orang
3. Maghribi -30 juta orang
4. Al Jazair -30 juta orang
5. Iraq -24 juta orang
6. Saudi Arabia -20 juta orang
7. Syria -16 juta orang
8. Yaman -16 juta orang
9. Tunisia -10 juta orang
10. Somalia -7 juta orang
11. Palestin -6 juta orang
12. Libya -6 juta orang
13. Jordan -5 juta orang
14. Lubnan -4 juta orang
15. Mauritania -3 juta orang
16. Oman -3 juta orang
17. Al Imarat -3 juta orang
18. Kuwait -2 juta orang
19. Qatar -1 juta orang
20. Bahrain -1 juta orang
21. Djibouti -1/2 juta orang

Jumlah keseluruhan bangsa Arab di 21 negara umat Islam ialah lebih kurang 300 juta orang. Jumlah bangsa Yahudi di Palestin mengikut bancian [census] tahun 1994 hanya 5 juta orang sahaja. Manakala jumlah keseluruhan bangsa Yahudi di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Poland, Perancis dan Turki ialah 15 juta orang

Gerakan FREEMANSONARY
Musuh Dalam Menghancurkan Islam
Penulis: Hj. Nik Azran Muhamed, Hj.Mohd Mahadi Hj. Isa
La Khauf Resources 2005

(( Faedah Menundukkan Pandangan ))

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya, antaranya ialah:

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan seseorang hamba di dunia dan di akhirat.


2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan kehancuran.

3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya, melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

4) Membersihkan hati dari akibat sedih. Orang yang tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma'rifat kepada Allah s.w.t. serta hokum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan dan keberanian.

8) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi, maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dah fikiran yang selalu merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran.Sedangkan mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil kecuali hilang sikap waspada terhadap ahibat-akibat buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam) akhirat.

(( Mukhayyam KRJ - 30 Mei-1 Jun ))

Hampir 5 hari tak online. 3 hari ana berada di Lata Celak, Baling untuk membimbing adik-adik dari Kelab Remaja JIM.

Hari pertama,
bertolak dari Sekolah Al-Azhar bersama Ustaz Syahir, akh Hatim, akh Fadhli dan beberapa ikhwah lain kira-kira jam 0830. Mengambil akh Syahid di Pendang dan akh Izuan di Kuala Ketil. Selesai pembahagian kumpulan, fasi-fasi membantu peserta memasang khemah dan memasak. Syahid membuat resepi baru 'bendi goreng' yang pelik tapi sedap, huhu.
Petang itu, ketika Team Building, peserta dan fasi mengharungi sungai yang berarus kuat kira-kira 750m. Selepas itu, setiap kumpulan diminta membuat logo atau tugu sebagai simbol kumpulan masing-masing.

Hari kedua,
ber'junggle trekking' dari kawasan perkhemahan ke kawasan air terjun Lata Celak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 25 minit. Alhamdulillah, persekitaran yang kering mengurangkan risiko didatangi pacat, hehe. Tiba di khemah kira-kira jam 1230 dalam keadaan yang agak letih. Selepas zohor, peserta membuat persediaan untuk Malam Nurani Interpreatasi Seni (MANIS). MANIS diadakan pada sebelah malam, sebelum aktiviti Masiirul Lail.

Hari ketiga,
aktiviti 'explorace' bermula jam 0900 hingga 1230. Selepas zohor, majlis penutup diadakan. Tempat pertama dimenangi oleh Fly Emirates, diikuti oleh Celak Warrior dan Bestari. Semua peserta dan fasi menerima cenderahati berupa penanda buku daripada urusetia.

Alhamdulillah, kerjasama yang mereka berikan agak memberangsangkan. Semoga dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

p/s - takde idea nak tulis panjang-panjang laa...