Terasa cepat masa berlalu.
Sedar tak sedar, umur semakin bertambah. Umur saje? Amalnya, bagaimana pula?
Sedikit perkongsian, semalam saya pergi 'menziarah' junior-junior di UUM yang menyertai 'Perkampungan Sintok' - sebuah program kerohanian untuk pelajar-pelajar baru. Tak pasti pengisian ke berapa (mungkin yang pertama), seorang bekas pelajar UUM telah menyampaikan sedikit ceramah motivasi kepada peserta. Saya pun join jugak la, hehe.
Beberapa peringatan yang dapat diinput malam tadi antaranya supaya kita menetapkan matlamat hidup kita. Masuk universiti, contohnya. Adakah matlamat kita ini betul? Niat kita betul? Kadang-kadang luaran nampak, fuh, hebat.. Tapi bila Allah 'zoom'kan kat hati, erm, alamak... Ada sikit keterpaksaan, ada sikit rasa yang menyebabkan matlamat kita terlencong. Sebabnya?
Niat.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Kerana itulah, setiap kali melakukan sesuatu, sentiasalah memperbetulkan niat. Dan tidak salah, setiap kali juga kita memperbaharui niat. Bukan menukar niat, tapi me'
refresh' niat tu. Ye la, kadang-kadang, syaitan memasukkan jarum-jarum ujub dan riya' dalam hati kita, tanpa kita sedari.
Dalam hidup yang kita tidak tahu bila kematian akan menjelang, ingin saya peringatkan, Allah telah menciptakan kita tidaklah sia-sia. Maka hayatilah hakikat penciptaan itu sebaiknya dengan sama-sama merenung kebesaranNya. Firman Allah dalam surah Adz-Dzaariyaat, ayat 56 :
"Tidak Aku ciptakan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu."
dan juga Al-Baqarah, ayat 30 :
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Ramai orang yang ingin mengejar syurga, tapi tidak mahu melepaskan dunia. Satu analogi, dunia sebagai rumput dan akhirat sebagai padi. Jika kita menanam padi, rumput tetap akan tumbuh. Tetapi jika kita menanam rumput, mustahil padi akan tumbuh. Begitulah dunia dan akhirat, jika kita mengejar keduniaan, belum tentu kita akan bahagia di akhirat kelak. Namun jika kita mengejar akhirat, yakni mematuhi suruhan dan menjauhi perintahNya, insya Allah dunia juga kita dapat.
Lagi, lihat firman Allah dalam surah Asy-Syams ayat 8 hingga 10:
Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Maka, diharapkan, semakin hari, semakin banyak perubahan positif yang kita lakukan. Sesungguhnya sesiapa yang hari ini baik dari semalam, itulah orang yang beruntung, elakkan hari ini sama dengan semalam kerana mereka golongan yang merugi dan hindarkan menjadi golongan yang lebih teruk dari semalam, yang merupakan golongan yang celaka. (Na'uzubillaah!)
Dalam hidup ini, kejayaan dan kegagalan datang silih berganti. Namun, gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya. Jadikan kegagalan diri itu sebagai satu 'turning point' untuk kita bangkit semula dari titik hitam atau 'dark age' itu.
Firman Allah dalam surah Al-Fussilat ayat 30-32 :
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Kamilah pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Dalam sibuk belajar juga, diharapkan agar mutabaah amal tidak diabaikan. Insya Allah, ingatlah ayat ke 7 dalam surah Muhammad :
" Jika kamu menolong agama Allah, Allah pasti akan menolong kamu."
Maka, ayuhlah bangkit untuk sama berganding bahu menjadi da'i pembawa misi dakwah. Jangan kita berasa takut dan gentar sebaliknya berazam untuk menaikkan nama Islam.
Jom, renungi Surah Al-Mu'minuun ayat 1 hingga 11 di bawah :
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseks dsb) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
Maka nikmat apa lagi yang hendak kita nafikan?
Alhamdulillaah Yaa Allah, Alhamdulillaah Yaa Rohman, Alhamdulillaah yaa Rohiim kerana memberiku kehidupan sehingga mencapai umur 21 tahun hari ini. Semoga aku menjadi orang-orang yang mewarisi Jannatul Firdaus insya Allah, aameen.
Sedikit perkongsian :
1. Saya mempunyai dua orang adik-beradik yang lahir pada bulan Julai jugak. Sorang abang 6 Julai (zaujah dia 8 Julai tahun yang sama), dan sorang lagi abang 17 Julai.
2. Abang saya yang lahir 6 Julai tu, mempunyai anak sulung yang dilahirkan pada 7 Jun (terbalik dari 6hb 7 ke 7hb 6 hehe..)