(( Hey Problem, I've A Big GOD ))

Assalamu'alaikum w.b.t

+ Wa'alaikumussalam w.b.t.. Oh anta ke.. Tafaddol masuklah.

Sihat ke?

+ Alhamdulillah fizikal, tapi emosi ni macam kurang je.

Lain macam benor bunyinye. Besar sangat problem ke?

+ Ade la sikit.

Hm.. Mungkin anta perlukan inspirasi kot..? Ke mana dia?

+ Haha, lama dah tak contact.

Aik, tak contact? Kenapa?

+ Nak jaga hubungan, jaga iman.

Alhamdulillah, tapi dapat tahan ke ni? Macam tak percaya la.

+ Erm, sukar jugak. Lagi kuat perasaan rindu ada la..

Hehe ana paham. Tak perlu explain dalam bentuk objektif, struktur mahupun esei.

+ Ana tengah cuba untuk mujahadah ni. Allah masih ada di sisi ana. Walaupun kadang2 rasa hampir tewas, ana akan cuba gagahkan diri ini..

Itulah yang sebaiknya, biarlah seksa di dunia, besar ganjaran pahala di sana. Erm, apa kata anta baca balik posting lama anta..

+ Yang mana?

1 Message Received tu..

+ Oh ye tak ye jugak.. Isk malu pulak ana. Dulu tegur orang punya hebat, sekarang sendiri pulak rasa, baru tahu..

Alah apa guna sahabat kalau tak tolong sahabat dia. Kan? Ukhwah fillah abadan abada akhi..

+ Syukran akhi..

Semoga dapat recover. Ana dan sahabat akan do'akan anta. Sentiasa jaga solat dan amalan lain. Elakkan dosa kecil, jaga pandangan, pastu lagi satu! Jaga makanan! Jangan main balun aje. Makan pun sekadarnye sahaja. Kalau boleh, tundukkan nafsu dengan puasa. Cadangan ana je, kalau anta nak, ana boleh temankan anta puasa Isnin Khamis sama-sama.

+ InshaAllah akhi..

OK, jaga diri dan iman baik2. Teguhkan hati. Ingatlah yang kita ni sedang berjuang. Menuntut Ilmu. Hm, panjang sangat ana celoteh, ada lagi dua tiga topik ana tak study lagi. Maafkan ganggu anta ni.. Ilal Liqa'. Assalamu'alaikum..

+ Syukran banyak2.. Ma'as salaamah. Wa'alaikumussalam..



Rujukan Tambahan : [[ link 1 ]] dan [[ link 2 ]]

2 Tindakbalas²:

Demi Allah Yang Maha Esa,tak disediakan jalan mudah menuju cintaNya..Cuma terkadang Iman yang disangka bertapak kukuh di jiwa hakikatnya masih disaluti dengan dosa-dosa yang dianggap kecil oleh nafsu..Tertipulah diri andai tiada hidayah dan kasih sayang Tuhan pd diri yang terasa semakin jauh drNya..
Ya Allah,rezekikanku cintaMU,cinta org yang mencintaiMU dan cinta pd amalan yang mendekatkan aku pdMU.. moga terus kekal pada jln dakwahMu ini,moga Iman yang disemai bisa mendatangkan rahmat dan sakinahagar damai hadir pada setiap tindakan demi secebis redhaMU....

saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu - syed Qutb