(( Rahmat Ujian v2 ))

Antum rasa Allah sayangkan kita tak? Agak-agaknya bagaimana nak tau Allah sayang kita atau tak? Selain Allah bagi rahmat, Allah juga bagi ujian. Di sini ana nak kongsikan rahsia di sebalik ujian yang Allah berikan. Semoga dapat difikirkan bersama dan jangan risau bila ditimpa ujian.. Di sebalik ujian yang sangat perit, terselit di situ Rahman dan Rahim dariNya..


1. Untuk memunculkan bentuk ibadah berupa doa, yang sebelumnya tidak pernah nampak.
Seseorang berkata: "Maha Suci Dzat yang telah memunculkan doa hambaNya dengan cara memberinya cubaan." Dalam sebuah atsar disebutkan bahawa Allah memberikan cubaan kepada seorang hambaNya yang soleh, lalu Allah berfirman kepada para malaikatNya: "Tujuannya adalah agar Aku medengar suaranya." Maksudnya, doa dan permohonannya.

2. Untuk meredakan nafsu manusia yang cenderung melampaui batas.
Allah berfirman: "Ketahuilah! Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas.Ketika melihat dirinya merasa serba cukup." (( Surah 6, Al-An’aam : Ayat 6-7))

3. Untuk membangkitkan kesedaran manusia untuk menyayangi dan mendoakan orang yang tertimpa musibah.
Sesungguhnya manusia mempunyai kecenderungan untuk bersimpati dan saling membantu ketika tertimpa musibah dan bencana.

4. Untuk menunjukkan adanya anugerah yang nilainya jauh lebih besar daripada musibah itu sendiri.
Kerana musibah yang menimpa seseorang jauh lebih kecil bila dibandingkan dengan besarnya nilai anugerah yang bakal diberikan kepadanya.Seseorang yang ditimpa musibah akan diberi ampunan atas dosa-dosanya dan kesalahannaya dan akan diberi pahala oleh Allah. Jika seorang hamba telah mengetahui bahawa semua hal yang telah disebutkan di atas adalah hikmah yang dapat dipetik dari adanya musibah, nescaya ia akan tenang, tenteram, tidak akan gelisah, dan tidak akan berputus asa tatkala mendapat musibah. Firman Allah :
"....sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dicukupkan pahala mereka tanpa batas. " (( Surah 39, Az-Zumar : Ayat 10))


[[ Dipetik dari buku La Tahzan, 'Jangan bersedih' karangan Dr 'Ayidh bin Abdullah Al-Qarni dan diterjemah oleh Noraine Abu ]]


Kalau sebelum ni, kita payah sangat nak berdo'a walaupun lepas solat sekalipun. Mungkin Allah nak jadikan kita kembali meminta padaNya dan ingat padaNya. Oleh itu, waktu ditimpa ujian ini, terimalah dengan berlapang dada dan bersangka baik padaNya. Jangan dilayan bisikan syaitan. Mungkin ada hikmahnya. Contoh kalau kita hilang handset, mungkin sebab Allah tak bagi kita buat kemungkaran dengan handset tu(mesej tak berfaedah dsb). Firman Allah :
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. " (( Surah 2, Al-Baqarah : Ayat 156 ))
Redholah dengan ketentuannya. Ujian itu sebagai tarbiah buat kita.



***************************************************
Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Senilagu : Nazrey Johani
Senikata : Nazrey Johani
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.

Rujukan Tambahan : Lihat [[ link ]]

3 Tindakbalas²:

Anonymous said...

Kita akan merasa BAHAGIA bila kita telah membahagiakan seseorang yang lain disekeliling kita..
tapi kita akan merasa DERITA bila mana kita senantiasa mengharapkan seseorang untuk datang membahagiakan kita

Anonymous said...

Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah.

the 1st posting make me thinking..
benar.. nak jadi yg bahagia..