(( Rahmat Ujian ))

Tanpa-Mu
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Resah dan gelisah ku rasa
Hidup penuh pancaroba
Roda masa pantas berputar
Menduga iman di dada

Daku yang lena dan terleka
Tenggelam di lautan dunia
Kabur pandangan mataku
Pada nikmat yang menggunung

Mendustakan kurniaanMu
Tiba murkamu menghukum
Keangkuhanku kian hancur
Lantas ku jatuh dan tersungkur

TanpaMu kasih (Oh Kekasih)
Ku tak berdaya (Ku terpedaya)
Hilang punca dan arah (Pada helah dusta dunia)
Hanyut alpa di arus bergelora

Kasih (Oh Kekasih)
Daku derita (Tangisku hiba)
Lemah dalam sengsara (Dan mengalir oh air mata)
Jiwa dan tubuh kepedihan
Terseksa, terhukum
Menanggung kifarah dariMu

Telah ku lalui semalam
Jalanan kelam dan suram
Lampaui batasan insan
KeagunganMu kulupakan
Rahmat dariMu kudambakan
KeampunanMu kupohonkan

Tuhan, ku tak berdaya
Tempuh segala
Tanpa kasihMu

Hatiku ini merindu
Sinar cintaMu Yang Agung
Pasrah merayu redhaMu
Ampuni dosa-dosaku

Rahmat dariMu ku dambakan
KeampunanMu ku pohonkan

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Ya Allah, begitu banyak sekali dugaan yang menimpa akhir-akhir ini. Rasa sungguh kerdil ini untuk menanggungnya. Ya Allah, janganlah kau timpakan musibah kepadaku kerana murkaMu, tapi kurniakan musibah ini sebagai kifarah dan juga ujian kepadaku. Aku hanya insan yang lemah.. Semoga sahabat2 ana dapat mendo'akan ana. Imtihan tak lama lagi. Jangan sampai nak jawab imtihan nanti tension2.. Banyak lagi kesilapan pada diri yang perlu diperbaiki. Harap boleh kongsikan penyelesaian di ruangan komen.. Syukran ilaikum..

**************************************************************




Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," sedangkan mereka belum diuji?


Imtihan ana :

20 April 2008 (13 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIV2043 Teknologi Audio Digital

2 Mei 2008 (25 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIV1013 Bahasa Pengaturcaraan dan Pengarangan

3 Mei 2008 (26 Rabi'ul Akhir 1429H)
TIA1013 Pengaturcaraan Awalan

13 Mei 2008 (7 Jamadil Awwal 1429H)
TQM1203 Matematik Untuk IT

14 Mei 2008 (8 Jamadil Awwal 1429H)
ADN1043 Hubungan Etnik

3 Tindakbalas²:

Anonymous said...

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya." -- Imam Al-Ghazali

Anonymous said...

Tolong ingatkan aku Andai aku terlupakan Tuhan Dalam kelapangan dan kesibukan Dalam kesenangan dan kesusahan Tolong ingatkan aku Jangan jadi anak derhaka Mak ayah dilupakan jangan Usah diluka hati dan perasaan Tolong ingatkan aku Supaya ingat pesanan guru Bukan sekadar peringatan Tapi tarbiyah berpanjangan Tolong ingatkan aku Dengarlah dan bacalah al-quran Tika radio penuh hiburan Tika tv penuh hindustan Tolong ingatkan aku Di mana Islamnya zahirku,skadar nama atau sebaliknya..tolong ingatkan aku.. Jadilah sahabat yang baik Sentiasa memberi peringatan Sedia menerima teguran Tolong ingatkan aku Kalau bercinta biar keranaNya Dalam memilih utamakan Iman Kelak ikatan dihindari syaitan Tolong ingatkan aku Hidup ini satu kembara Kutiplah mutiara dalam perjalanan Moga di sana menjadi bekalan Tolong ingatkan aku Diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya jiwa diserahkan Segala-galanya Dialah tumpuan

kahfi8 said...

yg ditulis tu susah sikit nak baca...

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan
Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku,skadar nama atau sebaliknya..tolong ingatkan aku..
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sedia menerima teguran
Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya
Dialah tumpuan

syukran kepada yg mengepost..