(( Pesanan Ummu Asmaa' ))

"Wahai anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dapat menjaga tatasusila,
Dalam masyarakat hidup ceria,
Pergi dan datang orang bercerita



Wahai anakku,
Jadilah insan yang mulia,
Supaya dirimu selalu dalam pengawasan,
Amalan,
Tindakan,
Perjalanan lancar ketahuan,
Agak tercicir dan cacat amalan.

Wahai anakku,
Jadilah insan yang bertakwa,
Supaya jasad dan rohani,
Bersih sentiasa
agar terhindar noda dan dosa,
biar badai ribut melanda
jiwa mantap,
roh berkota

Wahai anakku,
Jadilah insan yang amanah
Sebab banyak ranjau duri dan onak mengancah,
Kuatkan hati tidak gundah,
Gelap mata dek habuan impian tersanggah

Wahai anakku,
Jadilah insan yang sabar,
Supaya rasa gelisah terus berputar,
Sifat gelojoh, rakus, haloba, mengumpul harta dan takhta,
Kerana ia punca merana,
Biar hidup serba sederhana,
Namun di kalbu tersemat segala
Mutiara budi,
Bersinar sentiasa,
Jadilah hidupmu mulia
Atau hatimu sebagai syahid.

Sumber : hard disk (unknown)

3 Tindakbalas²:

(( kahfi8 on Youtube! : Klip Nasyid Merah Saga ))

Bangkitlah wahai syabaabul Islam! Di mana pengganti Umar Al-Faruq? Siapakah pewaris Salahuddin Al-Ayyubi? Di mana pemuda-pemuda Sultan Muhammad Al-Fateh? Tanamkan semangat jihad dalam hatimu, tekadkan azam untuk syahid dalam dirimu! ALLAHU AKBAR!!

Hmm, hari nie ana nak berkongsi satu klip nasyid jihad dengan antum/antunna/korang. InshaAllah, bila tengah buat kerja tu, rase bersemangat dan berkobar-kobar. Kaki pun rasa nak hentak macam kawad plak heheh! Layan laa... Merah Saga!!


Munsyid : Shoutul Harokah
Nasyid : Merah Saga

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa syahid dalam cintaNya


Selamat menonton. Video ini juga dapat dilihat dalam flash tentang Nakbah Palestin Kedah pada 20 Jun 2008. Lihat posting ana sebelum ini (( Hi-Impak Nakbah Palestin : Sungai Petani & Kulim ))

Untuk mendownload flash tersebut, klik PalestineFlash ® ReleaseJune08

2 Tindakbalas²:

(( Ukhuwwah Pemangkin Da'wah ))

Dah lama ana nak upload tapi tak kecukupan waktu, so di sini ana letakkan pengisian daripada Slot I, selepas solat jama' ta'khir maghrib isya' dalam mukhayyam di Lata Celak, Baling pada 15hb Mei 2008. Pengisian ini telah disampaikan oleh akhi Munawwar bin Mustafa yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan di UUM. Tajuk slot ini ialah 'Ukhuwwah Pemangkin Da'wah'.


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung. ((Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 104 ))

Dalam da’wah, selalunya akan wujudnya jama’ah. Mereka ini biasanya mempunyai matlamat yang sama dan menggunakan cara yang juga sama. Dengan hidup dalam jama’ah, inshaAllah banyak rahmat yang akan diterima dariNya. Melalui pengalaman ana sendiri, dengan berjama’ah, dapat memupuk sifat kerjasama dan tolong-menolong. Di samping itu, setiap pekerjaan yang dilakukan, dapat diselesaikan dengan mudah.



Ana rasa sahabat-sahabat yang membaca posting ini turut bersetuju.

Malah, dalam berjama’ah juga, Allah boleh melorongkan untuk melakukan sesuatu yang tidak terfikir oleh kita. Hal ini kerana apabila berjama’ah, kita boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar fikiran.

Dalam berjama’ah pula, perlu juga adanya ukhuwwah. Hal ini penting juga, kerana jika tiada ukhuwwah, bagaimana jama’ah hendak diteruskan.

Bagaimana hendak mencapai suatu misi tanpa kewujudan kerjasama...

Dengan adanya ukhuwwah, ahli jama’ah boleh saling menerima kelemahan antara satu sama lain, di samping kelebihan yang ada boleh melengkapi mereka. Dan biasanya jika ukhuwwah itu sangat erat, seseorang itu tidak boleh lihat ikhwah atau saudaranya dalam kesusahan, mesti rasa nak tolong. Selain itu juga, mestilah mempunyai sikap saling mempercayai sesama sahabat.

Hinggakan tercapai satu ciri yang agak ekstrem antara sahabat iaitu sentiasa melebihkan sahabatnya.

Tahap ini yang agak sukar dicapai, tapi jika tercapainya tahap ini, terasalah indahnya silaturahim antara sahabat. Kesimpulannya kat sini, ukhuwwah sangat penting dalam berda’wah. Maka, binalah ukhuwwah yang sangat erat antara sahabat seperjuangan dan tidak menyimpan prasangka dengan mereka. Ta’aruf tidak terhad sekadar hari pertama sahaja, tapi berterusan sepanjang masa!

(( Palestina-Info ))

Dipetik dari [ link ]


Jumaat, 11/07/2008 -Menteri Wakaf (pembiayaan) Palestin, Dr. Taleb Abu Shaar pada Khamis lalu menyelar keputusan Israel membangunkan 1800 unit penempatan baru di bandar Baitulmuqaddis sambil menuduh rejim Zionis mengubah identiti kota suci Islam itu.

"Institusi Zionis pernah dan masih berusaha untuk menghapuskan identiti Islam di Baitulmuqaddis seperti yang terbukti dengan keputusan terbaru untuk membina 1800 unit penempatan baru dalam satu pembinaan tersasar yang belum pernah berlaku di bandar tersebut dengan sokongan penuh kerajaan penceroboh Israel", kata Abu Shaar dalam satu kenyataan yang ditimbulkan berkenaan isu ini melalui satu salinan diperolehi PIC.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

(( Azam Baru Semester 3 2008/2009 ))

Alhamdulillah, dapat juga luangkan masa untuk menulis coretan hidup di blog ini. Semester 3 ana di universiti baru berusia satu minggu. Banyak pengalaman dan pengajaran yang didapati sepanjang di sini. Tapi semester 2 yang baru dilalui, sangat memberikan pelbagai pengajaran.

Pointer jatuh, tekanan, tanggungjawab, assignment.

Adakalanya kita rasa sangat terbeban dengan masalah dan hampir putus asa. Alhamdulillah, beberapa dari masalah ana, dapat diatasi. Cuti semester yang baru ini juga, ana dapat menimba banyak pengetahuan dan pengetahuan. Jazaakallaahu khoiron kathiiraa diucapkan kepada semua yang banyak membantu dan menyokong ana, terutama sekali ummi, Pn Hamimah bt Ahmad dan apak, Tn Hj Zulkifli b Abd Mukti dan sahabat2 seperjuangan (jasa kalian takkan ku lupakan).

InshaAllah, ana tidak akan menghampakan usaha semua dan cuba untuk bangkit dari kegagalan. Do'akan ana agar ana dapat istiqamah juga di jalanNya untuk menyebarkan syi'ar Islam.


Oh, ya, untuk pengetahuan semua, ana dilahirkan pada tarikh hari ini (10 Julai) kira-kira 20 tahun yang lalu (1988). Alhamdulillah, semoga amal ibadah semakin meningkat dan digandakan, seiring dengan umur yang semakin muda (makin dekat dengan kematian). Bagi tahun hijriah pula, ana dilahirkan pada 26 Zulqa'edah 1408H. Kalau nak ikut hijriah, ana akan berumur 21 tahun pada kira-kira bulan November ini. Terpulang la, nak sampaika ucapan pada mana2 tarikh (Masihi atau Hijriah). Yang penting, do'akan ana untuk kekal dalam perjuangan menegakkan syi'ar Islam dan kekal dalam petunjuk dan rahmatNya. Amat risau sekali bila usrah pada siang tadi, naqib ana menerangkan bahawa telah ramai individu yang dulunya bergiat dalam tarbiah dan yang berkaitan, tapi gugur iaitu menjauhkan dari medan ini apabila digugat dengan kesenangan.

Mungkin menimbulkan tanda tanya, mengapa tergugat apabila diuji dengan kesenangan kan..?

Hakikatnya, ramai manusia alpa apabila diberi ni'mat. Inilah ujian yang agak susah dijangka. Kita mungkin menyangka bahawa kita sudah berada di landasan yang betul. Namun, Allah lebih mengetahui.

Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbetulkan niat kita, iaitu hanya kerana ALLAH. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan. Elakkan juga penyakit hati yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, di mana bila ia bercambah, seolah jadinya diri itu seperti mayat hidup.


Alangkah ruginya apabila kita beramal dengan banyak tapi rosak begitu sahaja apabila adanya penyakit hati seperti riyaa', takbur, menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Bagi melawan penyakit hati ini, hendaklah setiap hari kita mendekatkan diri kepada Allah dan memperbaharui niat. Luangkan masa setiap hari untuk menyucikan hati seperti qiamullail, zikir, do'a dan berpuasa sunat.

Terlampau banyak poin ana tulis, sampai dah tak tau camne nak abiskan. Sebagai konklusinya di sini, ana menyarankan diri ana terlebih dahulu untuk menjaga hubungan dengan Allah serta konsisten dengan amal ibadah walaupun sedikit. Sesungguhnya Allah tidak memandang pada kuantiti, tetapi kualiti.

"Ya Allah, ikhlaskan dan perbetulkan niatku agar tidak melakukan sesuatu selain dariMu. Sungguh payah sekali untuk ikhlas, tapi akan kucuba untuk mencapai keredhoanMu..."


*************************************************************************************

Munsyid : Durani
Nasyid : Hakikat Diri

Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dgn Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia...

2 Tindakbalas²:

(( Rejab Dah Tiba!! ))

*Dipetik dari [ link ]

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini

BULAN REJAB

Pada 3 Julai 2008 (Khamis) kita telah memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 200 8) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4,5,6 Julai 200 8) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”
Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Wallaahua'laam..

p/s - sama2 kita mempertingkatkan amalan sehingga berterusan 'hatrik' Rejab, Sya'aban dan Romadhon...

2 Tindakbalas²:

(( Palestin-Kini ))

Dipetik dari [ link ]

Khamis, 03/07/2008 -Rejim Zionis membunuh 78 kanak-kanak Palestin, dan menculik lebih daripada 2,500 rakyat Palestin, termasuk 260 kanak-kanak, diserata Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, ditegaskan oleh satu laporan dikeluarkan oleh Nafha Society.


Persatuan tersebut, yang memberi khidmat untuk tahanan-tahanan Palestin dalam penjara-penjara Israel, menerangkan bahawa 1500 rakyat Palestin yang diculik adalah dari Tebing Barat, tambahan kepada beratus-ratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang dikepung oleh tentera Rejim Zionis semasa pencerobohan ketenteraan ke dalam Semenanjung itu.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shuk

2 Tindakbalas²:

(( Hi-Impak Nakbah Palestin : Sungai Petani & Kulim ))

Assalaamu'alaikum w.b.t..

+ Wa'alaikumussalaam w.b.t.. Apa khabar? Lama tak dengo khabo. Baru balik ke?


A'ah, baru je tengahari tadi sampai.

+ Cuti U bukan dah lame ke? Apesal lambat bebeno anta balik?

Heh ade la..

+ Alah dengan ana pun nak berahsia.. Ni mesti ade wat jenayah? :p

Isk ke situ pulak, astaghfirullaah.. Ana tolong lecture ana la kat U. Tu yang tak balik tu..

+ Amboi bagusnye, so masuk ofis la tiap2 hari?

A'ah.. Sambil-sambil tu tolong naqib ana untuk program Nakbah Palestin kat Kedah.

+ Program ape tu? Nampak menarik.

Alaa.. Pasal isu Nakbah Palestin, nak bagi kesedaran, wat pameran pastu ade la sikit forum, ceramah, camtu..

+ Oh ye ke.. Erm Nakbah tu ape?

Tak tau ke? OK Nakbah tu maksudnya malapetaka ataupun bencana. Nakbah Palestin tu dibuat bukan suka-suka je. Sebabnye Nakbah Palestin tu memperingati umat Islam Palestin yang diusir beramai-ramai dari bumi mereka sendiri. 15 Mei 1948, tertubuhnya negara HARAM Israel. Sejak dari itulah, rakyat Palestin merempat di negara mereka sendiri dan beberapa negara di sekitarnya seperti Lubnan dan Syria.

+ Uii.. Jahat yea Palestin..

Hmm camtulah.. Banyak lagi kalau nak diceritakan. Camnilah, anta download file kat blog ana, pastu tengok la sendiri yea.. Ana wat untuk persembahan multimedia tentang Palestin masa malam 21hb Jun 2008 kat Mini Stadium Keladi, Kulim. Tapi sistem LCD tak berapa baik, so ramai yang tak berapa nampak flash yang ana wat. Dan ana ada ubah sedikit isi dalam flash tu. Maafla arini ana tak bawak laptop, tak dapat nak transfer file tu kat anta.

+ Oh ye ke? Takpelaa, nanti ana download je. Syukraan.. Jazaakallaahu khoiron kathiiro..

'Afwan.. Selamat menonton yea.. OK la ana nak balik dulu, ade hal sikit. Assalaamu'alaikum..

+ Wa'alaikumussalaam..



PalestineFlash ® ReleaseJune08 [[ Link Download ]]

1 Tindakbalas²: