Buangkan Amarah

Huhu ~ Tadi saya terlampau emosional kot, tu yang marah-marah sket.

Hari ni mungkin terbeban dengan beberapa perkara yang perlu di'settle'kan, tu yang rase sedikit pressure.

Saya akui, sukarnya untuk berlapang dada. Sedangkan, itulah nilai ukhuwwah yang paling rendah.



Dari janji nak jumpa petang, kepada lepas maghrib, dan akhirnya selepas Isya', Allah mempertemukan. Mungkin ada hikmahnya, sebab lepas Isya', saya dah cool sket.

Alhamdulillah, lepas publish entry petang tadi (antara zohor dan asar) , ade la beberapa orang yang respon (melalui ym, emel dan blog comment) dan membantu sedikit sebanyak.

Jazaakumullaahu kk kepada antum/antunna.

Semoga Allah mengembalikan semula ikhwah ini ke pangkuan kami.

Saya teringat firmanNya :

Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
(Surah 8, Al-Anfaal : Ayat 63)

~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu,
telah berjumpa dalam taat padaMu,
telah bersatu dalam dakwah padaMu,
telah berpadu dalam membela syari’atMu.
Kukuhkanlah, ya Allah, ikatannya.
Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur cahayaMu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu dan
keindahan bertawakkal kepadaMu.
Nyalakanlah hati kami dengan berma’rifat padaMu.
Matikanlah kami dalam syahid di jalanMu.
Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah. Amin. Sampaikanlah kesejahteraan, ya Allah, pada junjungan kami, Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan limpahkanlah kepada mereka keselamatan.

~~~~~~~~~~~~~

Allah nak beri pengajaran kat saya. Nanti kalau ada mad'u futur ke, insya Allah dah boleh hadapi dan atasi.

P/s - akhirnya, walaupun saya yang paling marah kat dia, tapi saya jugak yang handle dia. Sebab saya dengan dia masih selalu berhubung.

4 Tindakbalas²:

setiap peristiwa ada hikmahnya, kekadang datang untuk menguji kita..bila kita kata kita orang yang sabar, Allah datangkan ujian supaya kita boleh menilai, adakah kita benar2 penyabar orangnya..begitu juga Allah telah berpesan mana mungkin kita boleh dikira beriman sebelum kita diuji.. carilah hikmah yg Allah cuba titipkan, kerana disana ada khazanah berharga buat hambaNya yang diuji...

alhamdulillah, semoga setiap tindakan yang dilakukan mendapat keberkatan dariNya dan menjadi saksi di Hari Kebangkitan kelak.

Nur Hazwani said...

Salam~

Nah amek komen.. tatau nak ckp ape sebab dah terlewat komen (aritu masalah sket). Papepun sabar dan doa byk2 semoga dipermudahkan segala urusan.. Setiap yg berlaku ade hikmahnya..

Wassalam

Anonymous said...

Salam ramadhan to kahfi.. Now sy pn dah 'hilang' n menghilangkan diri.. Bile lame dah x de pengisisan baru sbuk nak tercari2..