Lembaran Baru; Satu Peringatan

Kerana tidak punya kesempatan, maafkan diriku kerana lambat mengucapkan ‘SALAAM MA’AL HIJRAH” kepada anda semua.

“KULLU ‘AAMIN WA ANTUM BIKHAYR”.

SMS ku kepada sahabat-sahabat :

Salam Ma’al Hijrah.
Semoga tahun baru menjadi satu titik tolak
dalam perubahan paradigma serta tidak
lupa memperkasa tarbiah dan mempertingkat amal!

Ingin ku memuhasabah diri, sejauh mana peningkatan amal ku berbanding setahun lepas?

Nampaknya,
masih banyak lompang-lompang yang perlu kuperbaiki,
masih belum sedar diri, bahawa amalku belum mencukupi,
masih tidak bersedia menempuh mati,
tak tahu bagaimana nasibku di depanNya nanti.

Sebelum peperiksaan pada semester ni, seorang ikhwah eksiden. Alhamdulillah, dia tak cedera teruk, luka ringan je. Katanya, dia tak sedar masa kemalangan berlaku. Sedar-sedar, dah terbaring kira-kira 5m dari kereta. Syukur kerana dia bukak tingkap. Kalau tak, boleh terhentak kat kaca tingkap dan menyebabkan lebih parah. Lepas sedar tu, dia cuma ingat Allah sambil pergi kat kereta (risau sebab kereta sewa).

Seorang lagi, akh Ariff dan ibu bapa nya , yang mana akh Ariff baru sahaja selesai akad nikahnya pada pagi itu. Meninggal selepas 3 jam menjadi suami.

Hm, tu baru secebis kisah dari kawan yang terdekat. Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup. Bayangkan kalau aku? Adakah aku dah bersedia? Bagaimana pula kalau Allah tarik nyawa aku di saat aku sedang lalai dariNya? Bukankah bertambah-tambah peritnya di akhirat kelak?

Gambar Hiasan.

Allaahu akbar....

Dengan masa yang masih ada ni, seharusnya tenaga, harta dan masa dicurahkan untuk ummah.


Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku menjadi dari orang-orang Yang soleh ". Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.
((Surah 63, Al-Munaafiquun : Ayat 10 – 11))

Yang terbaru, berita yang kuterima dari ummiku. Kawan sekampungku (rumah mak ayahku) terlibat dalam kemalangan. Seorang meninggal (Meor Azlan), seorang cedera parah (Muhammad Nor Al-Hadi).

Yang meninggal tu, aku berjanji untuk mem'forward' detail dirinya untuk disantuni dalam tarbiah di IPT nya. Tapi, aku berlengah, melambatkan, sehingga terlupa.

Astaghfirullaah.. Aku rasa sangat bersalah. Mengapa aku berlengah?

Semoga jadi pengajaran buat semua. Aku takut, di akhirat kelak, dia mendakwa diriku pula.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

p/s – tahun ini, cukup banyak kematian dari saudaraku yang terdekat. Dua orang bapa saudaraku dipanggilNya. Wak (Hj Zawawi bin Hj Mahmud) - 15 Jun, dan Pak Yang (Hj Abdullah bin Hj Mahmud) - 22 Oktober. Al-Faatihah buat mereka.

*updated 21 Disember*
Link berita :
Berita Harian
Harian Metro
Utusan Malaysia
Kosmo
Bernama

4 Tindakbalas²:

arifazhari said...

ini adalah peringatan dan pengajaran bagi mereka yang masih hidup.. masing-masing akan membawa bekal sendiri...

kahfi8 said...

[ arifazhari ]

Memang semua bawa bekal sendiri, tapi jangan jugak lupa saling ingat-memperingati antara satu sama lain.

Siapa tahu, mereka yang kita beri peringatan itu, dia yang akan menarik kita dari azab nerakaNya kelak?

cikgu_eya said...

Inialillah....

Beratnya ujian yang dytanggung oleh si isteri 3 jam itu... huhu

Semoga Allah tabahkan hatinya...

Sahabat tentu lebih terasa apabila mereka yang kembali kepangkuanNya terdiri dari orang-orang terdekat. Tu satu ingatan tuh...
Buat nta dan pembaca yang membacanya... ^^

kahfi8 said...

[ cikgu_eya ]

Ya, tapi yang paling mengesankan di hati ialah kawan sekampung tu.

Terlepas saham untuk mengajak kawan untuk sama2 berjuang di jalan Allah..