Mentor, Guru, Cikgu, Mudarris, Muallim, Murabbi

Keluhan hati dan jiwaku mengatakan, aku tak sesuai jadi cikgu.

Sudah mencuba hampir dua bulan, tapi nampaknya, ini bukan profesion yang sesuai untukku.

Ikhwah yang berharap agar aku kekal di sini, kupohon maaf sepanjang perkhidmatanku yang kurang memberangsangkan, aku tidak dapat menunaikan permintaanmu untuk kekal berkhidmat sebagai guru.

Bukan aku tidak mahu membimbing bakal-bakal pengganti pemimpin sekarang, tapi biarlah tugas itu dilakukan oleh orang yang lebih sesuai dan bersedia (untuk mengajar dengan penuh komited serta kasih sayang).

Mungkin, jiwaku yang lebih pada 'art n design' ini sesuai berkomunikasi dengan lukisan dan komputer yang kuhadap hampir setiap hari..



Cikgu dan murabbi. Hampir sama. Namun, pengunduran diri dari menjadi cikgu, tidak bererti berundur dari menjadi murabbi. Aku tetap berusaha menjadi murabbi, tetapi dengan caraku tersendiri. Melalui multimedia dan seni lukisku. Bukan dipandang pada berapa ramai anak binaan, tapi biarlah pada istiqamahnya hati-hati yang terpikat dengan ajakanku kepadaNya. Setakat ini, belum ada seorang lagi mutarabbiku yang 'lekat'. Semoga pengalaman dapat memberikan pengajaran untuk masa akan datang. Bukankah pengalaman itu guru terbaik?

~ Murabbi Tegar, Mutarabbi Menyinar (Tema TiTiaN 08) ~

1 Tindakbalas²:

muharrikdaie said...

Menjadi murabbi tidak boleh dengan cara tersendiri ...

Ianya harus melalui proses tarbiyah yang berterusan ..

Murabbi harus ada ikatan dengan tanzim ...

Itulah pengertian murabbi didalam kontek jamaah islam dan bukan pengertian yang difahami yaani sama seperti seorang guru!

sekadar pandangan