(( Perkhemahan Lata Celak : 15-17 Mei 2008 ))

Alhamdulillah, semalam ana pulang dari Mukhayyam KARISMA di Lata Celak, Baling. Banyak input-input berkaitan da'wah dan tarbiyyah yang didapati. InshaAllah akan ana kongsikan tidak lama lagi. Hari ini ana memulakan tugas sebagai Research Assisstant kepada Dr Asmat Nizam Abdul Talib, pensyarah Kolej Perniagaan UUM. Agak sibuk sedikit, dan ana juga terpaksa melewatkan sedikit masa untuk pulang ke kampung. Tambahan pula, ana dijemput untuk membantu dalam beberapa aktiviti. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.