
Perhatikanlah asal kejadian dirimu wahai anak adam. Dari setitis air yang tidak bererti, namun Allah telah mengangkatnya ke suatu tahap iaitu menjadi khalifah di muka bumi, untuk memakmurkannya.

Hakikatnya, ramai manusia yang tidak mensyukuri terhadap apa yang dikurniakan. Bahkan, bakhil untuk berkongsi rezeki serta ni’mat yang telah dikurniakan. Tidak cukup dengan apa yang dikecapi, dengki dan cemburu pula dengan kejayaan orang lain, berangan-angan untuk memiliki apa yang dimiliki orang tersebut.

Akhirnya, hanya material yang menjadi matlamat. Hanya penghargaan yang dikejarkan. Mereka lupa pada tugas yang sebenar.
Untuk apakah manusia ini diciptakan sebenarnya? Adakah untuk berseronok? Lupakah pada firman Allah di bawah?

Hakikatnya, sungguh ramai yang masih terlena dibuai mimpi. Leka dengan keasyikan. Tidak tahu matlamat sebenar mereka diutuskan sebagai khalifah.
Atau terlupa?
Bagi mereka, mengejar dunia yang penuh tipu daya juga yang menjadi misi paling besar. Ramai manusia itu sia-sia. Sesungguhnya, manusia merupakan lebihan bahan di dunia. Ya, jika mereka tidak tahu untuk apa ia diciptakan. Maka jadilah mereka itu seperti robot-robot. Robot yang leka ini hanya akan duduk bersenang lenang sahaja, tidak memahami matlamat hidup. Setiap hari, mengulangi kitaran yang sama. Kebosanan akan diisi dengan hiburan dan perkara yang melalaikan. Mereka menyangka bahawa diri mereka bahagia, untuk melakukan sekehendak mereka. Sedangkan, tujuan mereka dicipta tidak diambil peduli. Mereka lupa pada amanah yang perlu digalas dan ditanggung. Lebih teruk lagi, mereka lupa bahawa mereka perlu berkhidmat kepada tuannya. Adakah manusia seperti robot tersebut??

InshaAllah, ana akan sambung kemudian.