(( Hakikat dan Peranan Sebenar Manusia ))

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. (( Surah 23, Al-Mu’minuun : Ayat 12-14 ))

Perhatikanlah asal kejadian dirimu wahai anak adam. Dari setitis air yang tidak bererti, namun Allah telah mengangkatnya ke suatu tahap iaitu menjadi khalifah di muka bumi, untuk memakmurkannya.

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (( Surah 55, Ar-Rahmaan : Ayat 36 ))

Hakikatnya, ramai manusia yang tidak mensyukuri terhadap apa yang dikurniakan. Bahkan, bakhil untuk berkongsi rezeki serta ni’mat yang telah dikurniakan. Tidak cukup dengan apa yang dikecapi, dengki dan cemburu pula dengan kejayaan orang lain, berangan-angan untuk memiliki apa yang dimiliki orang tersebut.

Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah? (( Surah 16, An-Nahl : Ayat 71 ))

Akhirnya, hanya material yang menjadi matlamat. Hanya penghargaan yang dikejarkan. Mereka lupa pada tugas yang sebenar.

Untuk apakah manusia ini diciptakan sebenarnya? Adakah untuk berseronok? Lupakah pada firman Allah di bawah?

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (( Surah 3, Aali ‘Imraan : Ayat 104 ))

Hakikatnya, sungguh ramai yang masih terlena dibuai mimpi. Leka dengan keasyikan. Tidak tahu matlamat sebenar mereka diutuskan sebagai khalifah.

Atau terlupa?

Bagi mereka, mengejar dunia yang penuh tipu daya juga yang menjadi misi paling besar. Ramai manusia itu sia-sia. Sesungguhnya, manusia merupakan lebihan bahan di dunia. Ya, jika mereka tidak tahu untuk apa ia diciptakan. Maka jadilah mereka itu seperti robot-robot. Robot yang leka ini hanya akan duduk bersenang lenang sahaja, tidak memahami matlamat hidup. Setiap hari, mengulangi kitaran yang sama. Kebosanan akan diisi dengan hiburan dan perkara yang melalaikan. Mereka menyangka bahawa diri mereka bahagia, untuk melakukan sekehendak mereka. Sedangkan, tujuan mereka dicipta tidak diambil peduli. Mereka lupa pada amanah yang perlu digalas dan ditanggung. Lebih teruk lagi, mereka lupa bahawa mereka perlu berkhidmat kepada tuannya. Adakah manusia seperti robot tersebut??

Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa dipertanggungjawabkan)? (( Surah 75, Al-Qiyaamah : Ayat 36 ))

InshaAllah, ana akan sambung kemudian.

9 Tindakbalas²:

Ahmedkzaman said...

salam..masih menunggu update..

[ Ahmedkzaman ]

Salam. InshaAllah ana akan upload. Buat masa ni, ada kerja lain yang perlu dibereskan. Harap bersabar..

Anonymous said...

"maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

I personally like this statement. kalau diibaratkan bahasa manusia, as if kita cakap "kamu nak apa lagi ni?".

Bila jadi ayat macam tu, rasa cam teruk sgt kita sebagai manusia nih~ masyaAllah~

[ dalili ]

Heh. Tu sebab sekarang ni tengah baca buku 'Travelog Haji, mengubah sempadan iman' terbitan PTS. Banyak dalam tu ulang dalil ni, so masukkan dalam entry ni.

Anonymous said...

wah bagus ni post !
nanti saya akan balik lagi untuk sambungannya.

teruskan perjuangan !!

[ Tanpa Nama ]

InshaAllah selepas peperiksaan pertama akan diupdate. Nak menulis sesuatu yang agak mendalam ni, perlukan masa yang lebih..

Mungkin sementara menunggu, boleh baca posting-posting terdahulu..??

cikgu_eya said...

rajin sungguh lah nta nihh...

Kena blajar dari kerajinan kamu.

p/s: tamplate kte sama tema ek? har har har

[ cikgu_eya ]

Hoho rajin ke? Takde la sangat, tapi bersemangat lepas baca entry2 dari saifulislam, "blog kepada buku", teringin juga mengumpulkan kompilasi tulisan sendiri. Bukanlah itulah matlamat utama, tapi semoga ia dapat dijadikan panduan buat semua umat Islam inshaAllah.. :D

Memandangkan exam yang menjelang tiba, tumpukanlah pada nota2 akademik..

Baru-baru ni baru je pesan 3 buah buku dari pondokbuku (lihat link di sidebar). Ada banyak juga beberapa buku lain tak sempat dibaca. Buku teks je, ana tak larat nak baca. Heheh..

p/s - memang ana perasan template tu same, tapi ana ade ubah2 sikit template ana hehe..

Unknown said...

salam, nice n3 and nice blog

memang sukar untuk diciptakan 'manusia'. he he he.
perlu ditapis, diujii untuk dapatkan sari patinya.... baru mampu menjadi penanggungjawab.