(( Semangat ))

Beberapa hari ini ana sedikit tertekan dengan beberapa masalah terutama sekali dengan keputusan peperiksaan yang di tahap membimbangkan. Di sini bukanlah hendak membincangkan mengenainya, kerna masalah tetap tidak akan lari dari diri kita selagi masih hidup!

Beberapa malam yang lepas, ana sekeluarga menziarahi keluarga bapa saudara yang tidak jauh dari kawasan tempat tinggal ana. Beliau dan isterinya baru pulang dari menunaikan haji. Sementara ayah ana dan beliau bersembang, ana membaca buku-buku yang terdapat di rumahnya. Kebetulan, anak sulungnya antara editor di Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Baru malam tadi ana usai membaca buku yang dipinjam di rumah Pak Yang (gelaran yang dipanggil pada bapa saudara ana) yang bertajuk Nostalgia Syuhada’ Palestin’ karya Ibnu Ismail yang diterbitkan oleh Al-Qassam Library.

PALESTIN

Di dalam buku ini banyak mengisahkan sejarah Palestin dari detik-detik akhir Khilafah Uthmaniyyah sehingga akhir tahun 2003. Walaupun banyak isi yang tidak ‘up-to-date’, namun banyak info-info baru yang ana dapat darinya.

Keberanian dan kegigihan anak-anak muda mencari syahid yang sangat mulia.



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (( Surah 9, At-Taubaah : Ayat 111 ))

Salah seorang remaja yang syahid pada umur 18 tahun, Asy-Syahid Suhaib Timraz meninggalkan wasiat sebelum operasi berani matinya, memetik dari sepotong syair yang masyhur: “ Cahaya tidak akan bersinar sekiranya darah kita tidak menjadi bahan bakarannya, Al-Quds tidak akan dapat dikembalikan, sekiranya kita tidak menjadi tenteranya.”


Begitulah hebatnya jiwa pemuda yang kental, penuh ‘izzah pada Islam.

Kebanyakan kisah yang dipaparkan sangat menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa, namun ana sendiri tidak pasti adakah ana mampu mencapai maqam seperti mereka.

Dari kisah yang dipaparkan, kesemua mereka yang syahid menunjukkan bahawa mereka benar-benar berpegang teguh dengan ajaran Islam semasa hidup. Alhamdulillah, berkat keteguhan dan kesungguhan mereka dalam Islam, Allah mengganjarkan kesyahidan kepada mereka.

Memetik sebuah kisah di dalamnya (bahagian kesimpulan) :

Diberitakan, suatu ketika seorang Islam bertengkar dengan seorang Yahudi. Dalam pertengkaran itu, kedua-duanya saling kutuk-mengutuk antara satu sama lain. Anatara kata-kata yang dilontarkan oleh si Muslim ialah, ”Satu hari nanti Allah akan binasakan kamu semua. Ini janji Allah. Ini janji Rasulullah SAW.” Si Muslim turut membacakan hadith-hadith Nabi yang menjanjikan bahawa akan tiba di suatu masa, orang-orang Islam akan berjaya mengalahkan orang-orang Yahudi.

Mendengarkan hadith-hadith berkenaan, si Yahudi berkata, ”Kami sememangnya percaya kepada perkhabaran berkenaan. Ia pasti berlaku, tapi bukan sekarang. Dan orang Islam yang akan mengalahkan kami bukan orang Islam seperti kamu. Mereka ialah orang Islam yang memenuhkan masjid untuk sembahyang Fardhu Subuh sama seperti mereka memenuhkan masjid untuk sembahyang Fardhu Maghrib dan Jumaat!”

Semoga direnungkan bersama.

3 Tindakbalas²:

Anonymous said...

Assalamualaikum ..

tertarik dgn entry kli ini..mmg perjuangan itu pahit sbb nye syurga itu manis..dan klu x silp..ayat quran...sesorg itu tidk dikatakm b'iman seblm ia diuji(klu slh tlg btulkn)..
jadi b'sabrlh dgn stiap ujian dn dugaan dr Allah..sntiasalah b'doa smoga Allah mmberikn ktabahan dn ktguhan iman utk mnrima stiap yg yg datg dn sudh di tentukan drNya..

ingin b'kongsi ksh yg agk sme spt entry diats..smase persidangn org2 kuffar..pmimpin org2 kuffar itu bangun dn menyatakn kita tidak akan tewas dengan orang2 muslim selagi mana bilangan jemaah solt subuh mereka tidk sramai jemaah solt jumaat...jd ap lagi..jom kite bwk dri g solat jemaah smbil bwk dri bwk gak sedare,kwn,jirn..join skali solat jemaah ngn kite..bg gol muslimat plak..mmg x diglkkan solt jemaah di msjid tp solat lah diawal waktu dn seelok2nye wt le scr berjemaah drumh b'sme mak,kakak,adik sdare prmpuan dn lg bgus ajk makcik2 sblh rumh join skali solt jemaah tuh..insyaallah..smoge kite t'golong di klgn golong org2 lelaki or permpuan yg b'iman di akhr zmn nih...insyaallah..wallahhualam bi sawab...

assalammualaikum,

buku yang menarik.. huhu~

kahfi8 said...

[ Tanpa Nama ]

Yaa betul3x.. Dekati masjid dan orang-orang Soleh, sama-sama usaha mengislahkan diri, di samping mengajak orang lain bersama dengan kita (Musleh)..