(( Gaza Menangis Lagi ))

Ya Allah, tabahkanlah hati-hati mereka yang berada di atas jalanMu..

Seharusnya kita sedar dan prihatin terhadap isu yang melanda saudara kita di Palestin. Seperti dalam sebuah hadith yang berbunyi :

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukan sebahagian dari kalangan mereka"

Kekejaman tentera zionis sungguh melampau dan kejam. Mereka menyerang dari udara dan laut ke arah Gaza termasuk kepada bangunan dan orang awam. Tidakkah itu satu keganasan yang sebenarnya? PBB, hanyalah sebuah badan yang menjadi boneka Yahudi sahaja. Tidak perlu sokongan mereka untuk meminta menghentikan serangan ke atas Gaza tersebut. Dengan tentera zionis yang mendapat sokongan penuh AS, mereka memperlakukan 'pembantaian jarak jauh' pula. Mungkin kerana jika bertempur secara bersemuka atau melalui darat, mereka bimbang dilempar dengan batu?

Barrack Obama, tidak perlu ditanya, langsung tidak kedengaran suaranya. Dalam memerlukan sokongan menjadi Presiden AS, beliau perlu menyokong dan membantu yahudi dan zionis agar terus berkuasa.

Dalam pada itu, kebanyakan negara Arab yang kaya-raya masih tidak menghantar bantuan terutama sekali jiran Palestin, Mesir. Malah bukan setakat itu sahaja, mereka turut memberi 'hadiah' dengan tidak membenarkan rakyat awam Palestin yang ingin berlindung di Mesir dengan menutup pintu masuk ke negara mereka.

Quote dari wawancara dengan Ustaz Maszlee di [ link ]:

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

Maka, di sini ana menyeru sahabat sekalian agar kita sama-sama dapat menyumbang tidak kira sama ada harta dan tenaga untuk membantu saudara kita di sana. Sekurang-kurangnya, sentiasa iringi dengan doa dan bacaan qunut nazilah kepada mereka. InshaAllah, walaupun bantuan yang diberikan tidak seberapa, tapi inshaAllah, Allah akan mengganjarkan pahala.

Selain itu, boikotlah barang-barang utama yang menyumbang kepada dana ketenteraan zionis seperti KFC dan sebagainya. Ana rasa ramai sudah tahu tentang jenama-jenama tersebut. Ayuh, kita sama-sama membantu saudara-saudara kita!

Lain-lain link :

[ Blog K-Melaka : Palestin Menyeru Lagi ]

[ Blog 'Untukmu Palestin' ]

[ Info Palestin : Wawancara Ustaz Maszlee ]

[ Info Palestin : Serangan Habis-habisan ke atas Gaza ]

[ Info Palestin : Mesir Halang Bantuan ke Gaza ]

2 Tindakbalas²:

ciku_eya said...

Rasa geli pulak usus bilamana mereka kata serangan tersebut dibuat atas sebab mempertahan diri. Nampak sangat jahilnya mereka...

Banyak blog ulas isu ini. dari perspektif dan kaca mata yang pelbagai. Cara ana lain sket tapi simpl jak... ^^

kahfi8 said...

[ cikgu_eya ]

Hmm, AS dan Israel berjaya lagi mengaburi mata dunia dalam isu ini. Manakala dunia Arab terus-menerus menjadi 'bacul'. Tiada lagi semangat untuk membantu saudara mereka..

Israel pulak, diorang serang Palestin boleh, tapi bila kena serang, tahu pulak nak marah..

PBB memang takkan buat apa-apa. Lagipun badan tu memang dipelopori Yahudi. Mungkin tak perasan, sebab diorang Yahudi mix, bukan Yahudi tulen...