(( Palestin Terus Bersedih.. ))

ALLAAHU AKBAR!!

ALLAAHU AKBAR!!

Masalah Al-Quds ini bukan hanya masalah bangsa sama ada Palestin ataupun Arab! Bukan juga perselisihan faham antara Hamas dan Fatah! Tapi ia permasalah terhadap umat Islam. Maka dipertanggungjawabkan kepada kita untuk membebaskan bumi suci ketiga ini. Tahukah anda mengapa?

Kerna ia mempunyai Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Kini mereka yang memperjuangkan Palestin, tertumpu di Gaza. Sejak awal Muharram yang lalu, mereka telah diserang bertubi-tubi. Tanpa mengira umur, rejim Zionis terus-menerus memuntahkan peluru tidak kira sama ada dari laut, air mahupun darat.

Di manakah umat Islam? Di manakah ummat yang dulunya menguasai dua per tiga dunia? Di mana Salahuddin Al-Ayyubi abad ke-21 yang akan membebaskan Palestin??

Sedarlah wahai saudara-saudariku..

Sesungguhnya ramai antara kita masih terleka dengan permainan kotor Zionis ini. Mereka telah berjaya dalam serangan pemikiran dan menyebabkan umat Islam tidak bersatu! Padahal kita bagaikan satu anggota! Tidak mengira bangsa malah warna kulit! Kecuali taqwa kepada ALLAH!!

AYUH, BANGKITLAH UMATKU!! PALESTIN ITU MILIK KITA! MAKA KITALAH YANG AKAN MEMBEBASKANNYA!!!

2 Tindakbalas²:

dalili said...

sy masih speechless dgn semua ni. tp bara amarah dah berkobar-kobar. haih~

kahfi8 said...

[ dalili ]

Semangat jihad harus diluapkan di dada semua umat Islam. Sejak kejatuhan Khilafah terakhir Sultan Abdul Hamid II, umat Islam semakin lemah terutama dengan serangan pemikiran. Muda-mudi semakin hilang jati diri yang mana menjadi tonggak dan aset penting da'wah Rasulullah 1430 (lebih) yang lalu.

Maka kewajipan juga bagi kita untuk menyedarkan kepada semua. Masa hidup ini tidak cukup sebenarnya dengan tanggungjawab da'wah itu, tapi kita harus juga memikulnya..