(( Cuti-cuti Kuliah ))

Dah beberapa hari cuti. Tinggal lagi 2, 3 hari cuti akan habis. Sungguh, rasa kerinduan dengan ikhwah seusrah. Bagaimanakah keadaan mereka? Mesti seronok pulang ke kampong, ke rumah masing-masing.

Harapnya diri ini tidak dilupakan. Ukhuwwah berkekalan selama mana masih teguh di atas jalan perjuangan yang penuh mehnah dan cabaran.

Ya Allah, ku mengharap keampunanMu. Kadang-kadang diri ini lalai atau ‘menipu’ dalam menunaikan tanggungjawabMu..

Putikkan kembali semangat kepadaku di kala kesedihan ini. Semoga dapat mengembalikan rasa keni’matan dalam hidayah dan petunjuk dariMu.

Sesungguhnya hambaMu ini seorang yang sangat lemah, hanya kepadaMu ku berserah diri..

Ujian kembali melanda.. Dapatkah ku menghadapinya...?

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati, teguhkan hatiku di jalanMu dan keta’atanMu.. Aameen.

Kekuatan berjama’ah terasa berkurangan di waktu cuti ini. Sangat mantap bila di dalam kumpulan. Nampaknya, di sinilah kelemahan diri yang harus diperbaiki. Mesti berazam untuk mengubah diri. Walhal, sudah sebulan melalui bulan pertama Hijrah.

Ikhwahku, bimbinglah dan nasihatilahku!

2 Tindakbalas²:

insan said...

ujian yg melanda adalah tanda sayangnya Pencipta pd kita..
kadang2, bla ujian menimpa,terasa diri ini begitu kerdil sekali n disaat itulah hati kecil kita menangis memohon ampun,ingin kembali pd Tuhan..itulah tandanya ALLAH masih sygkn kita dan kita juga masih sygkn ALLAH ..
ALLAH hanya ingin menguji tahap iman dan pegangan kita pdNya, sejauh mana hambaNYA akn kembali pdNYA dan sejauh mana pula hambaNya yg akn lari drNya apabla ditimpakn ujian..
hindarilah dr murkaNya,usahlah kita mncari selain ALLAH apabila ditimpa kesusahan
ambllah ALLAH sebagai yg pertama yg dicari saat suka atau duka,
usahlah mmandang dgn pandangan mata kasar thadap stiap apa yg berlau,
krn apa ditemui hanyalah mainan ilusi,
bersihkan hati,suluhi lah ia dgn iman+amal,
dan pandanglah stiap yg brlaku dgn pandangan mata hati krn disitu kita akn temui ketenangan dr Ilahi
la takhaf wa la tahzan
innALLAHa ma' (^_^)

kahfi8 said...

[ insan ]

syukran atas nasihat tu. Semoga semua ikhwah, sahabat dan rafiq terus istiqamah dalam perjuangan walau di mana jua berada.

benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menumbuhkan pokok yang berbuah buat semua mengambil manfa'at darinya. Ayuh da'ie sekalian, buangkan segala yang mengganggu dari perjalanan da'wah! Sesungguhnya kitalah yang akan terus menegakkan syi'ar Islaamiyyah itu. Semoga dari kita dan keturunan kita tetap meneruskan perjuangan suci ini, mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia suatu masa dahulu.

Bangkitlah kalian semua....!! Live in dignity, or die as a martyr...!!