(( Warkah Ummi ))

Assalamualaikum wr wb.

Ke hadapan anakanda yang dikasihi moga-moga Allah melimpahkan Rahmat kepada anakanda dan kita semua di dunia dan akhirat, insya Allah.Imbang Penuh
Anakanda,

Bonda dan ayahanda di sini bersama yang lain-lain semuanya sihat, Alhamdulillah. Mudah-mudahan anakanda jua begitu.

Bersama ini disertakan barang yang anakanda pesan beserta sedikit 'hadiah' dari bonda dan ayahanda.

Pagi ini ayahanda menziarahi jenazah Allahyarham cikgu Ahmad Sahibi (sebut : Syaibi) yang duduk di Kledang Jaya. Dia yang selalu buat lawak lucu. Minggu lepas Ustaz Shafie juga meninggal.

Ambillah iktibar dari kehidupan ini. Ingatah sabda nabi mengenai lima perkara yang kita masih ada sebelum datang lima perkara yang lain.

Sampai di sini sahaja coretan bonda semoga kita termasuk orang-orang yang beriman yang menegakkan agama Allah dengan ikhlas jua, insya Allah.

Wassalam.

Yang benar,
Hamimah bt Ahmad
2 Februari 2009

*************************************************************************************

Kerinduan pada kampung halaman. Bilik, buku-buku lama, rak-rak yang usang dan angin pagi yang nyaman. Saje ana selitkan surat dari ummi ana di sini. Ana tak pulang ke rumah ketika cuti semester yang lepas (23-30 Januari) kerana membantu ikhwah-ikhwah untuk road show Palestin.

Kebetulan, ana sempat menjengah seorang sepupu ana yang diserang kanser hati di rumahnya di Alor Star. (27 Januari 2009)

SubhaanAllah, Allah sahaja yang tau betapa tabahnya sepupu ana. Kebetulan pagi itu juga, seorang emak saudaranya meninggal dunia akibat kanser (tak pasti kanser apa) dan sepupu ana agak rapat dengan emak saudaranya itu.

Memang sangat sedih apabila orang yang rapat dan terdekat dengan kita pergi menemuiNya. Bagi sepupu ana sendiri, hal ini seperti 'sign' dari Allah bahawa 'turn' dia bakal menjelma tidak lama lagi.

Terasa sebak di dada tapi entah kenapa tak mengalir air mata..

Dalam kepayahan menahan sakit, sepupu ana masih sempat memberi peringatan (baca : tazkirah). Peringatan 'ingat lima sebelum lima' dituturkan agar menginsafkan diri ana. Benarlah, sewaktu sihat inilah, kita sering melengah-lengahkan masa untuk beramal. Memberi alasan yang tidak mungkin diterima jika di hadapan Allah.

Manfaatkan waktu lapang yang ada dengan amalan yang menambah pahala, yang mendekatkan diri padaNya.

Sepupu ana sempat bertanya, dah hafaz berapa juzu'?

Gulp! Segan nak jawab.. (Biarlah rahsia...)

Beginilah manusia, waktu senang, ramai yang lupa pada Allah, pada kematian (bertemu dengan Allah).

Sedangkan nantinya di hadapan Allah kelak, ramai yang akan menyesal kerana tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.

Sehari surfing internet 2 jam, kalau hafaz Al-Qur'an, dah dapat banyak jugak kot..

Perlukan perubahan. Tinggalkan jahiliyyah itu sejauh-jauhnya...

P/s - Teringat pada ayat terakhir surah An-Nabaa',
"Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (hai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: "Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah." "
(Surah 78, An-Nabaa' : Ayat 40)



Islah nafsaka, wad'u ghoiroka!!

2 Tindakbalas²:

kelip-kelip said...

salam..

takziah saya ucapkan..
aah betul tu xdapat d nafikan pun
kekadang ble surf intrnat berjam2 lamanya
tapi bile nak baca Al-Quran beribu alasan..
jemput la ke blog saya..

thanx,
wassalam

kahfi8 said...

[ kelip-kelip ]

wa'alaikumussalaam..

inshaAllah..