Be Prepared.. He's Coming!


MashaAllaah. Sedar tak sedar, Ramadhan akan bertandang kembali. Pintu rahmah, maghfirah dan pembebasan dari api neraka akan terbuka kembali. Khas, buat sesiapa yang mencarinya dengan penuh daya.

Alhamdulillah, Ramadhan bakal menyusul.

Mari kita senaraikan kewajipan-kewajipan yang sangat digalakkan sepanjang Ramadhan :

1. Tilawah Al-Qur'an 1 juz sehari
2. Solat sunat / qiamullayl setiap malam
3. Memeriksa hafazhan juzu' 30
4. Iftar bersama usrahmate / mutarabbi sekurang-kurangnya sekali
5. Infaq RM 1 sehari (simpanan dari perbelanjaan harian biasa)
6. I'tikaf di masjid sekurang-kurangnya 2 hari di penghujung Ramadhan
7. Istighfar 100x sehari


Mahu ekstra?

Buat banner atau bunting sempena Ramadhan. Atau kat bilik, print atau buat poster yang mem'boost' untuk beramal sepanjang Ramadhan. Tampalkan muhasabah atau senarai check list amalan harian sepanjang Ramadhan.


Mahu tambah lagi?

Dua kali gandakan amalan biasa..!!


Selamat berkongsi dan beramal..



~ Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna ~

2 Tindakbalas²:

Takkan ulang juzu' 30 je...

Hafal baru! Plg krg sejuzu'- juzu' 29... hehe... cadangan...

kahfi8 said...

Bukan semua orang dapat buat banyak. Ni untuk umum. Untuk yang dah lama bergelumang dalam tarbiah, mesti la ada tahap yang lebih tinggi la..